Thursday, February 21, 2008

Blog goblok lawan Penulis blog

KUALA LUMPUR 5 Ogos 2007 – Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin hari ini berkata, beliau tidak menyifatkan semua penulis blog sebagai ‘goblok’, perkataan Indonesia yang bermaksud dungu atau jahil, kerana dalam kalangan mereka, ada yang bermaklumat, berpenge- tahuan dan menyebarkan pandangan positif tentang isu semasa.

“Kebanyakan mereka yang ’goblok’ adalah penulis blog politik yang menyebarkan khabar angin dan menyemai rasa saling membenci dalam kalangan rakyat,” katanya kepada Bernama di sini bagi menjelaskan pelbagai laporan media yang memetik beliau sebagai berkata bahawa semua penulis blog adalah ‘goblok’ pada satu sidang akhbar di Melaka minggu lepas.

Zainuddin berkata, penulis blog terbabit dengan sewenang-wenangnya menyalahgunakan kebebasan Internet.

Katanya, pelayar Internet membaca hasil tulisan penulis blog seperti itu hanya untuk suka-suka dan bagi mengisi masa lapang, seperti mereka membaca cerita hantu.

“Orang ramai perlu membezakan antara blog goblok dan penulis blog,” kata Zainuddin.

– Bernama

No comments: