Thursday, July 31, 2008

Sanggupkah Anwar bersumpah Quran?

Goblok: sanggupkah Anwar ...sama-sama kita nantikan ...

ADAKAH Datuk Seri Anwar Ibrahim akan didakwa atas tuduhan meliwat berikutan laporan yang dibuat oleh Mohd Saiful? Ini soalan cepu emas. Dan segalanya bergantung di atas siasatan polis yang sudah memakan masa kira-kira sebulan. Difahamkan kertas siasatan telah dikemukakan kepada Peguam Cara Negara, Datuk Idris Harun untuk tindakan selanjutnya.

Kenapa siasatan polis terlalu lama hingga mengundang teguran daripada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Abdul Hamid Albar? Jawapannya, polis terpaksa amat berhati-hati dan profesional supaya tidak menimbulkan sebarang kesangsian terhadap siasatan mereka. Namun Anwar telah berjaya menimbulkan kesangsian.

Perjalanan siasatan yang terganggu dan imej yang dipalitkan oleh Anwar terhadap polis telah menambah kesulitan. Anwar berjaya melontarkan keraguan terhadap Tan Sri Musa Hassan dengan membuat laporan polis terhadapnya sehingga menyebabkan Perdana Menteri telah mengarahkan Ketua Polis Negara itu tidak campur tangan dan tidak boleh bercakap sepatah pun mengenai kes aduan Mohd Saiful ini. Segalanya diserahkan kepada Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Anwar juga berjaya melontarkan keraguan terhadap PeguaM Negara, Tan Sri Gani Patail sehingga kes itu tidak lagi dirujuk kepadanya sebagaimana kebiasaan dan terpaksa diserahkan Peguam Cara Negara.

Sekalipun mempunyai bukti, polis dan Peguam Cara Negara tetap berhadapan dengan kesukaran untuk mendakwa kerana Anwar telah dari awal berjaya mengatur langkah strategik untuk menimbulkan kesangsian di kalangan orang ramai terhadap kebenaran kes ini.


Anwar mendakwa segalanya diada-adakan untuk menghalang kemaraannya dalam politik. Terbaru kononnya seorang doktor di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) bernama Dr. Muhamad Osman Abdul Hamid yang berasal dari Myanmar telah memeriksa Mohd Saiful dan mendapatinya tiada sebarang kesan liwat pada si pengadu berkenaan.

Laporan mengenai hasil pemeriksaan doktor berkenaan didedahkan oleh Malaysia Today dan Malaysiakini, berserta salinan dokumen perubatan. Bagaimana mereka memperoleh dokumen itu menjadi tanda tanya.

Ekoran laporan dua laman berita itu, Anwar memanggil sidang media untuk mendesak supaya polis tidak meneruskan siasatan kerana terbukti kes tersebut diada-adakan.

Pada hari ini Pusrawi membuat kenyataan mengakui pegawai perubatannya Dr Muhamad Osman melakukan pemeriksaan terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun lepas, tetapi bukan berkaitan liwat.

Pengurus Besarnya Wan Mahmood Wan Yaacob berkata, Dr Muhamad Osman adalah pegawai perubatan yang bertugas di klinik kemalangan dan kecemasan hospital itu dan beliau bukan seorang doktor pakar.

Katanya, doktor itu membuat pemeriksaan ke atas Mohd Saiful Bukhari apabila beliau mengadu sakit perut dan sakit di bahagian dubur.

Hanya selepas Dr Muhamad Osman selesai menjalankan pemeriksaan ke atas Mohd Saiful Bukhari, pesakit itu mendakwa bahawa beliau diliwat oleh seorang berprofil tinggi, kata Wan Mahmood. Siapa sebenarnya Dr. Muhamad Osman? Ini pun masih menjadi pertanyaan yang belum dijawab sepenuhnya.

Dalam masa yang sama, peguam Mohd Saiful memberitahu bahawa anak guamnya akan membuat akuan bersumpah menggunakan Al-Quran dalam masa terdekat.

Ramai orang berkata, Anwar setakat ini telah berjaya dalam perang saraf untuk meyakinkan orang ramai bahawa beliau hanyalah mangsa penganiayaan. Ramai juga yang kini berpendapat bahawa memang wajar Anwar tidak membenarkan DNAnya diambil kerana ia akan `disalahguna' sebagai bukti terhadapnya.

Namun jika benar Mohd Saiful akan tampil untuk bersumpah dengan Quran, perang saraf Anwar akan gagal kecualilah beliau turut menjunjung Quran.

Polis dan Peguam Cara Negara juga berhadapan dengan kesukaran untuk bertindak kerana kes ini telah dipolitikkan dan dijadikan sarkas sebelum perbicaraan. Tapi percayalah bahawa Anwar akan tetap didakwa jika mereka mempunyai cukup bukti untuk mendakwanya. Tidak ada sebab mereka tidak akan membawa Anwar ke mahkamah jika ada bukti.

Sekadar sekeping dokumen pemeriksaan Dr. Muhamad Osman yang belum sahih asal-usulnya, tidak akan menyekat pendakwaan jika siasatan polis mendapati ada bukti lain untuk mendakwa Anwar.

Bagaimanapun, pada akhirnya Mohd Saiful akan bersumpah dengan Quran. Kita tunggu sama ada Anwar juga bersedia untuk menjunjung Quran. - malaysiaktif.com

Petikan www.malaysiaaktif.com
Ahmad Bashir
31 Julai 2008

Monday, July 28, 2008

Isu Perdana V6: Ahmad Said sekali lagi lawan bos



DATUK Ahmad Said menjadi Menteri Besar Terengganu bukan atas pilihan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO, tetapi beliau adalah pilihan istana yang tidak mahukan Datuk Seri Idris Jusoh menyambung tugas.

Pilihan Pak Lah ialah Idris Jusoh. Akibatnya isu pelantikan MB Terengganu menjadi konflik yang hanya dapat diselesaikan 14 hari selepas pilihan raya umum pada 8 Mac 2008. Ahmad Said tidak berganjak dan akhirnya Pak Lah terpaksa bersetuju dengan kehendak istana.

Maka apabila meletus kontroversi mengenai pembelian 14 buah kereta Mercedes Benz bagi menggantikan Proton Perdana V6 Excutives yang digunakan oleh Menteri Besar, exco dan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri Terengganu, sekali lagi Ahmad Said mendapat perhatian besar.

Tindakan Ahmad Said meluluskan pembelian Mercedes itu tanpa terlebih dulu mendapat restu Pak Lah, walau dengan apa alasan wajar sekalipun, boleh dilihat sekali lagi sebagai perbuatan `melawan bos.' Ia memperlihatkan kemungkinan belum wujud hubungan yang sihat antara kedua-dua pihak.

Sebelum ini Ahmad Said telah menuntut wang royalti minyak dan gas Terengganu dibayar terus kepada kerajaan negeri, bukan melalui tabung wang ihsan. Kerajaan persekutuan akur dengan kehendak Ahmad Said.

Kini kita lihatlah sama ada Ahmad Said akan akur kepada ketegasan Pak Lah supaya MB, exco dan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri Terengganu akan kembali menggunakan Proton Perdana atau terus bergaya dengan Mercedes yang telah dibeli.

Dilaporkan bahawa beberapa orang exco kerajaan negeri Terengganu telah menggunakan Mercedes baru mereka ketika menghadiri beberapa majlis sekalipun kabinet kerajaan persekutuan telah membuat keputusan melarang mereka menggunakan kereta rasmi selain daripada Proton Perdana.

Kononnya mereka akan terus menggunakan Mercedes sehingga ada arahan daripada Ahmad Said yang hanya akan diputuskan dalam mesyuarat exco akan datang.

Ahmad Said telah memberikan alasan untuk tidak menggunakan Proton Perdana kerana kos penyenggaraan yang terlampau tinggi. Di samping itu, Ahmad Said juga menyatakan bahawa Mercedes lebih selesa daripada Proton Perdana V6 bagi beliau yang selalu berjalan jauh atas tugas-tugas rasmi.

Perihal kos penyengaraan yang tinggi itu tidak dapat dinafikan dan kini menjadi satu isu sampingan yang panas. Proton Holdings Berhad menjelaskan bahawa kos sebenar tidak tinggi. Lalu Badan Pencegah Rasuah (BPR) memulakan siasatan mengenai kenapa kos penyenggaraan Proton Perdana kerajaan negeri Terengganu terlalu tinggi. Kereta-kereta tersebut dibeli bukan pada zaman Ahmad Said, tapi semasa Idris sudah menjadi MB.

Agak menarik juga laporan awal mengenai kos penyenggaraan itu menyenaraikan kereta bekas MB Idris Jusoh paling tinggi. Idris telah membantah dan akhirnya Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu mengakui angka yang dinyatakan adalah tersilap. Kini Idris sedang mempertimbangkan saman malu.

Dalam masa yang sama muncul nama Spanco Sdn Bhd, syarikat yang mendapat kontrak kerajaan pusat untuk menyenggara 1,400 buah Proton Perdana V6 dengan caj RM80 juta setahun. Ahmad Said dilaporkan turut menggesa BPR menyiasat Spanco.

Yang lebih menarik, Ahmad Said bukan sahaja meminta BPR menyiasat sesiapa jua yang berkaitan dengan kontroversi penyenggaraan Proton Perdana yang tinggi. Beliau turut menggesa BPR menyiasat projek-projek mewah Piala Monsoon (Monsoon Cup) dan Taman Tamadun Islam di Terengganu.

Pak Lah dalam reaksinya berkata, terpulanglah kepada BPR untuk menyiasat jika ada unsur-unsur rasuah.

Nampaknya apa yang berlaku ada unsur-unsur permainan politik. Ahmad Said telah menggunakan kesempatan untuk mendedahkan kain kotor di khalayak umum tanpa selindung.Apa tujuannya?

``Saya seorang yang kontroversi. Saya akan dedahkan banyak lagi, tetapi BPR mestilah telus dan siasat kes-kes besar.

``Jangan hanya siasat Mad (Ahmad Said) . Siasat Monsoon Cup dan Taman Tamadun Islam,'' kata Ahmad Said kepada media.

Apakah Ahmad Said bertindak kerana berdendam, atau ada sesuatu yang belum kena, atau beliau semata-mata mahu menegakkan kebenaran dan keadilan? Ketika ini kelihatan Ahmad Said mempunyai kelebihan kerana serangannya berasas.

Andainya kerajaan negeri Terengganu tidak mempedulikan arahan kabinet supaya Proton Perdana V6 terus digunakan, apakah tindakan Pak Lah seterusnya? Negeri-negeri lain sedang melihat perkembangan ini. Jika Pak Lah gagal menangani isu ini dengan baik, kelihatan kepimpinannya terus dicabar dan boleh dicabar. Apakah ia akan mempengaruhi senario pemilihan pucuk pimpinan UMNO pada Disember akan datang? - malaysiaaktif.com

Bashir Ahmad
27 Julai 2008

Friday, July 25, 2008

UMNO dan Pas tak perlu bergabung

Goblok:Pilih jalan yang baik dan banyak memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia..Fikir-fikirkanlah


MUZAKARAH UMNO-Pas akan berlangsung tanpa sebarang tentangan lagi setelah Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyetujuinya dengan syarat namanya ditukarkan daripada muzakarah kepada muqabalah.

Sama ada media akan menggunakan istilah Nik Aziz itu, kita lihatlah. Tapi apalah sangat pada perubahan istilah. Yang penting ialah ada pertemuan dan dialog antara Pas dan UMNO mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan kepentingan Melayu dan Islam.

Memang benar sebagaimana yang Nik Aziz bangkitkan sebelum menyatakan persetujuannya bahawa jika muzakarah itu diteruskan, akan berlaku perpecahan dalam Pas. Perpecahan antara kumpulan yang menentang dan yang menyokong. Puak yang menentang telah menyuarakan keluh-kesah mereka kepada Nik Aziz dan menjadikan beliau pemimpin kumpulan mereka. Tanda-tanda perpecahan agak jelas melalui tulisan-tulisan yang disiarkan dalam blog-blog pro-Pas.

Ada yang mendakwa bahawa muzakarah itu dianjurkan oleh pemimpin-pemimpin tertentu dalam Pas yang ``hayat politik mereka sudah sampai ke hujung'' dan ``kalangan yang kepingin jawatan.''

Dicanangkan oleh kumpulan penentang muzakarah ini bahawa UMNO melalui Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pertemuan merintis jalan dengan Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa kononnya telah menawarkan:

1. Jawatan Menteri Besar kepada Pas di Selangor selain kekal di Perak, Kedah dan Kelantan.
2. Jawatan exco kerajaan negeri kepada Pas di Terengganu, Pahang, Perlis dan Johor.
3. Pas akan mendapat semua kerusi yang dimenangi PKR dan DAP dalam PRU 12 untuk ditandingi pada PRU 13 akan datang.
4. Pas akan mendapat jawatan Timbalan Perdana Menteri Kedua.
5. Pas akan mendapat 5 jawatan menteri Kabinet Persekutuan.
6. Sejumlah jawatan Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen.
7. Sejumlah jawatan Senator dan ahli lembaga pengarah GLC.
8. Dan beberapa jawatan lagi.

Menurut kalangan antimuzakarah ini, tawaran tersebut akan ditunaikan jika Pas masuk Barisan Nasional.

Sebab itulah apabila pucuk pimpinan Pas memutuskan muzakarah tersebut akan diteruskan , kedengaran suara-suara dalaman yang memperingatkan Pas supaya jangan masuk BN. Antara yang bersuara lantang ialah Salahuddin Ayub, Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat.

Suara tersebut adalah sejajar dengan pendirian awal Nik Aziz. Entah apa gerangan hujah yang dibawah oleh pemimpin-pemimpin yang menyokong muzakarah itu lalu membolehkan Nik Aziz mengubah pendirian dalam pertemuan peringkat pimpinan tertinggi parti itu di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan pada 23 Julai.

Presiden Pas Datuk Seri Haji Hadi Awang dalam kenyataan kepada media selepas pertemuan itu memberi jaminan bahawa muqabalah tersebut tidak akan melorongkan Pas masuk BN atau Pas bergabung dengan UMNO.

Jika dipegang cakap Hadi Awang, maka tidak benarlah hujah dan cerita yang dibawa oleh kumpulan antimuzakarah itu yang turut menuduh pemimpin-pemimpin tertentu Pas menyokong kuat kerana mahukan jawatan. Atau jika memang betul wujudnya kumpulan pemimpin Pas yang mengidamkan jawatan itu, nampaknya kempunanlah mereka.

Apa pun, dalam politik segala kemungkinan boleh berlaku. Apa yang mustahil pada hari ini, barangkali munasabah pada hari esok.

Namun secara logik kita boleh membayangkan bahawa untuk membolehkan Pas masuk BN, UMNO perlu terlebih dulu mendapat restu daripada rakan-rakan komponen gabungannya. Adakah mereka dengan mudah akan menerima Pas dengan mengambil kira bahawa kekuatan Melayu akan bertambah sedangkan kekuatan bukan Melayu merosot dalam gabungan itu?

Apatah lagi dalam PRU 12, kemerosotan prestasi BN adalah disebabkan sokongan kaum Cina menurun daripada 65 peratus (PRU 11) kepada 35 peratus; India merudum daripada 82 peratus ke 47 peratus; berbanding sokongan Melayu yang merosot hanya sebanyak 5 peratus.

Andainya UMNO dan Pas tetap mahu memadukan kekuatan Islam dan Melayu melalui muafakat politik, maka terpaksalah mereka bergabung berasingan dengan meminggirkan sokongan bukan Melayu. Ini satu perkara yang sukar untuk dicapai kerana undi Melayu belum cukup untuk membolehkan pembentukan sebuah kerajaan Melayu bermajoriti dua pertiga di Parlimen.

Satu kemungkinan yang boleh dilaksanakan ialah UMNO dan Pas bermuafakat untuk berteguh pendirian secara bersama dalam isu-isu yang berkepentingan Islam dan Melayu tanpa masing-masing meninggalkan BN dan Pakatan Rakyat. Ini boleh dilaksanakan sekalipun Pas terus berada dalam PKR. Misalnya, jika ada usul atau apa jua bentuk tindakan yang datang dari DAP atau PKR, Pas boleh tidak menyokong dan membantah jika ia melihat tindakan itu boleh mengancam atau menggugat kepentingan Islam dan Melayu.

Begitu juga jika UMNO menghadapai tekanan daripada parti-parti bukan Melayu dalam BN. Pas boleh menyuarakan pandangan tegas yang seiring dengan pendirian UMNO. Inilah adalah satu muafakat yang paling longgar, tapi lebih mudah untuk dicapai. - malaysiaaktif.com

Bashir Ahmad
25 Julai 2008
www.malaysiaaktif.com

Wednesday, July 23, 2008

Anwar Ibrahim dalam ilusi


Goblok: Anwar..oh anwar....



ARTIS Amerika yang merancang untuk berpisah walaupun belum berkahwin, penyanyi atau pelakon yang sering dilihat berdua-duan atau melahirkan anak memanglah mendapat perhatian meluas di media apatah lagi jika ia melibatkan selebriti dari Hollywood.

Namun, ibarat artis yang sentiasa dikejar paparazzi, Datuk Seri Anwar Ibrahim, juga mendapat perhatian rapi bukan saja media antarabangsa berpangkalan di AS, terutama CNN malah hampir semua saluran berita elektronik dunia seperti Aljazeera dan British Broadcasting Corporation (BBC).

Malangnya mantan Timbalan Perdana Menteri itu dipaparkan hampir setiap hari sejak lewat Jun lalu hinggalah kini semata-mata kerana kes liwat didakwa melibatkan beliau dan bekas pembantunya.

Kononnya kes itu diselimuti konspirasi untuk menghalang beliau daripada ‘merampas’ tampuk pemerintahan kerajaan Barisan Nasional untuk digantikan dengan barisan rakyat.

Liputan berita ini termasuk temuramah khas BBC dengan Anwar di kediamannya di Segambut boleh dikatakan menenggelamkan liputan panas sebelum ini berkaitan isu kahwin sesama seks iaitu di antara pasangan gay baik lelaki mahupun wanita terutama di California.

Ramai pembaca dan penonton TV tahu, jika dinilai daripada sudut kacamata Barat apalah sangat isu liwat atau hubungan seks sejenis ini. Di Britain, penyanyi Elton John sudah pun ‘berkahwin’ dengan pasangan lelakinya. Begitu juga ada menteri di Eropah diuar-uarkan turut berkahwin dengan pasangan gay masing-masing.

Di AS pun, berpuluh-puluh pasangan gay mendaftar bagi ‘menghalalkan’ ikatan hubungan sesama seks di kalangan mereka di sekurang-kurangnya dua negeri, iaitu California dan Colombia.

Semua media Barat itu dengan gah ingin menerapkan amalan hidup mereka itu terhadap masyarakat Timur yang mereka anggap sebagai kolot dan melanggar hak asasi individu itu.

Apabila media Barat menyebut Malaysia, ayat yang pasti disertakan dalam liputan mereka adalah “sebagai negara ramai penduduk Islam, liwat boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan disebat.''
Sebab itulah, hampir setiap hari ada saja berita baru mengenai isu Anwar dengan pelbagai dakwaan terbarunya yang seolah-olah mahu ‘kerbau memalitkan semua di sekelilingnya dengan lumpur’.

Daripada soal dalih beliau pada 26 Jun, 2008 iaitu tarikh dia dituduh meliwat Saiful, keengganannya membenarkan DNA diambil, dia mendakwa ditelanjangkan hinggalah tuduhan bidang kehakiman dan pemeriksaan kesihatan negara tidak lagi berwibawa, Anwar cuba meraih simpati.

Hanya sebuah akhbar Era Baru kelihatan begitu berani dan lantang menulis rencana memperlinya dengan tajuk “Betulkah Anwar buat perangai lagi”.
Kini beliau terus berusaha mendapat perhatian Barat kononnya ada pakar DNA dari luar negara termasuk dari AS yang menasihatkannya supaya tidak memberikan sampelnya.

Anwar mendakwa bahawa ulama terkemuka, Sheikh Yusuf Qardawi dari Mesir, perdana menteri Afrika Selatan serta Imam Makkah pun menyokong keengganan beliau untuk memberikan sampel DNAnya.

Ada siapa yang boleh mengesahkan perkara ini daripada mereka? Tentulah sukar. Lagipun Anwar akan sentiasa mencetuskan senario baru untuk mengalihkan perhatian daripada isu sebenar, iaitu beliau mestilah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis untuk menjalankan siasatan yang adil dan saksama.

Namun majoriti rakyat Malaysia masih ingat cerita Anwar `lari' ke rumah Duta Turki di Kuala Lumpur selepas Mohd Saiful membuat laporan polis tempoh hari. Kata Anwar, pihak kedutaan yang menawarkan perlindungan. Apabila Kementerian Luar bertanya kepada Duta Turki, rupa-rupanya apa yang berlaku adalah berbeza daripada dakwaan Anwar. Dia yang `meminta perlindungan' bukannya Duta Turki yang menawarkan perlindungan.

Anwar juga mendakwa ada ancaman ke atas nyawanya. Tapi selepas keluar dari kediaman Duta Turki, Anwar bebas ke sana sini. Tidak kelihatan tanda-tanda nyawa beliau terancam. Sekarang beliau menjelajah ke seluruh negara untuk mencanangkan `saya tidak bersalah...ini semua konspirasi.'' Beliau cuba meraih simpati rakyat sebagaimana yang berlaku pada 1998.

Pada 1998, Anwar mendapat simpati sejumlah besar rakyat selepas beliau ditahan dan dikenakan tuduhan meliwat dan rasuah. Demonstrasi besar-besaran berlaku di Kuala Lumpur. Kali ini jumlah orang ramai yang mendengar ucapan jelajahnya setakat ini di Melaka dan Pahang dikatakan tidak melebihi 5,000 orang.

Dan kelihatan tiada siapa yang mahu merusuh seperti pada tahun 1998.

Jika Anwar percaya bahawa beliau akan mendapat sokongan besar seperti pada 1998, itu sebenarnya hanyalah kepercayaan seorang yang tersepit. Di kalangan Pas yang merupakan rakannya dalam Pakatan Rakyat, sudah kedengaran suara-suara yang mahu memencilkan parti itu daripada Anwar. Hanya Karpal Singh dan Lim Kit Siang yang jelas setia bersama Anwar. Itu pun ada sebabnya. Anwar telah menolak DEB dan ketuanan Melayu yang DAP sanggah sekian lama. DAP melihat bahawa Anwar adalah instrumen penting dalam mencapai impian Malaysian Malaysia. Mana ada Melayu lain yang sanggup menjadi instrumen kepada DAP untuk menjayakan Malaysian Malaysia.

Anwar juga cuba mendapatkan simpati dunia, terutama dari Amerika. Kita tengoklah siapa yang mahu datang ke Kuala Lumpur seperti Naib Presiden AS, Al Gore yang membangkitkan isu reformasi pada satu jamuan sidang Apec, pada November 1998. - malaysiaaktif.com

Nasir Sukiman
23 Julai 2008
(www.malaysiaaktif.com)

Monday, July 21, 2008

Anwar vs Shabery Debate

Goblok: something to share with you ...

By Shamsul (http://marahku.blogspot.com/)

I am quite surprised that people thought Datuk Shabery was too personal with Anwar. OK he did talk about Anwar's 1970s rabble rousing activities and pointed out that the PKR advisor was Finance Minister once and he was not known as the most populist of Finance Minister when he had the power.

But this is a political debate. You have to expect these things...

The real surprise is that Anwar was so restrained, to the point of barely making his point.

I am surprised that Anwar did not just own up to the fact that his fuel price reduction plan is a populist policy. What is so wrong with a populist policy anyway? A populist policy simply means that it will give benefit to a lot of people and thus make the originator popular.... It would have been a great foil to Shabery's explanations of why prices had to increase...

If Anwar's supporters think Shabery was playing personal, they should read their own comments and shudder from the personal-ness of many of their attacks

Anyway, the debate was a political event, to expect a deep and meaningful economic argument about the merits of fuel subsidy is to be too optimistic.

The debate probably went 50-50, in which case Anwar won because everyone thought the minister agreed to the debate because he thought he could pummel Anwar to dirt..

Subsidy itself is not a bad word. If you want to see where the US spends most of its subsidy money just look up the the term NASA....all cutting edge technology research and pure research is subsidised by the Government, the other thing they are subsidising by the billions is food production. There is a lesson there somewhere.

When it comes to oil, Uncle Sam still prefers gunboat diplomacy but that doesn't seem to be working right now. Maybe Anwar's buddy, Wolfie knows better...

Did the people really win with the debate, like Rocky said? That depends on whether we get anymore such debates, doesn't it? If the Government think they got more negative remarks than positive ones, there is no reason for them to continue...

Anyway, the excitement of the debate is now washed away by the dramatic arrest of the PKR head and the drama being played out.....ooh I am so tired of the political drama


Did anyone notice that Datin Paduka Dr Tan Yee Kew has resigned from the MCA? She says the party is not relevant for her political fight and the former Wanita MCA deputy chief declined to rule out joining PKR

She just wants to see a two-party system....
(http://www.marahku.blogspot.com/)

Thursday, July 17, 2008

Nak tahu SIAPA MENANG Debat?

Goblok: Ingin tahu siapa memeng Debat Turun harga Minyak?..baca Wak Sapu tulis ni..

Ramai kawan-kawan wak bertanyakan soalan cepumas kepada Wak "siapa yang menang dalam debat Shabery-Anwar". Soalan ini mudah dijawab tetapi sukar dinilai secara adil dan ilmiah. Mudah dijawab kerana jika ditanya penyokong Anwar, pasti Anwar adalah pemenangnya. Begitu juga jika ditanya kepada penyokong Shabery, mestilah Shabery kerana berjaya mematahkan hujah anwar dengan baik.

Macam Mawi dulu. Walaupun juri sudah keluarkan dia dari akademi Fantasia, tapi kerana peminat dia mengamuk terpaksa masuk balik dan akhirnya jadi juara. Juri buat keputusan secara profesional dan ilmiah tapi peminat fanatiknya lain pula. Mereka suka dengar suara dan budi baik Mawi. Itu yang wak kata sukar nak buat penilaian secara objektif.

Wak mempunyai pendapat yang paling mudah dan adil kepada semua pihak. Tidak ada sesiapa yang menang dan tidak ada sesiapa yang kalah. Debat ini sebenarnya memberi ruang dan peluang kepada pihak kerajaan dan pembangkang mengemukakan pandangan serta kritikan terhadap perkara yang diperkatakan yakni tajuk ' "Hari ini membentuk kerajaan, esok turun harga minyak". Shabery telah mengemukakan hujahnya. Ramai penonton di DBP dan dirumah bertepuk kerana bersetuju dengan hujahnya. Begitu juga dengan Anwar. Juga mendapat tepukan dari penonton. Inilah debat namanya. Masing-masing mempunyai hujah dan pendapat masing-masing.

Ada yang kata Shabery ambil kesempatan untuk membuat serangan peribadi terhadap Anwar. Wak tak berhajat nak mempertahankan Shabery kerana Wak tak dapat sesen pun. Wak dah kata wak pun tak kenal dia. Wak tak berapa faham apa dia yang dikatakan peribadi. Wak tak dengarpun dia kata Anwar keluar dengan perempuan atau dia kata Anwar gay atau Anwar meliwat Saiful. Kalau Shabery kata macam tu, memang peribadi sifatnya. Tapi yang Wak dengar dia kata beberapa tindakan Anwar yang jelas bertentangan dengan prinsipnya hari ini.

Contohnya Shabery cakap "Saya ingat pada waktu itu Saudara Anwar memilih untuk memalukan Tun Razak, berarak di jalan raya mengajak mahasiswa dan sebagainya. Seperti dulu dan seperti hari ini, rakyat memang sempit tetapi saya melihat sama seperti dulu, Saudara Anwar suka mengambil kesempatan daripada kesempitan rakyat". Itu kritikan terhadap perlakuan Anwar yang memang diketahui dari dulu gemar menentang kerajaan. Apakah itu peribadi namanya?

Begitu juga kenyataan ini " Sedaplah kita bercakap waktu itu, bercakap tentang orang Baling pada waktu itu. Tetapi pada waktu yang sama kita rasakan bahawa Saudara Anwar waktu berada dalam Kerajaan, tidak selesai pun tentang soal orang di Baling. Bercakap mudah dalam soal ini, sebab itulah sebahagian daripada masalah yang kita ada, soal IPP ialah semasa zaman Saudara Anwar berada dalam Kerajaan. Susah kita hendak ubah kontrak-kontrak yang ada sekarang ini kerana antara kontrak itu dipertahankan semasa Saudara Anwar berada dalam Kerajaan". Itu kritikan namanya yang menjadi kebiasaan dalam mana-mana perbahasan dan perdebatan.

Akhirnya Shabery sekali lagi mengemukakan kritikan untuk Anwar yang berbunyi "Percayalah. Kalau kita perhatikan bahawa, Saudara Anwar tidak berubah seperti dulu. Dalam sejarah yang banyak memberi sumbangan kepada Negara untuk membina PETRONAS daripada apa yang ada sekarang, sebaik-baiknya kepada satu syarikat yang mencapai tahap yang begitu tinggi sekali. Kalau dahulu, orang yang membina PETRONAS seperti Tun Razak, sudah ditentang. Tun Mahathir yang mengembangkan PETRONAS sampai ke peringkat dunia, ditentang juga. Kita selalu sebutkan bahawa pada waktu sekarang Pak Lah tidak mengambil lebih daripada apa yang sepatutnya. Maka tidak ada sebab untuk kita menentang. Dan apakah kita nak sekarang ini, dalam keadaan sekarang ini, kita terus hendak mainkan sentimen-sentimen mengajak orang ke jalan raya sebagaimana yang dibuat dalam tahun 1974 dahulu, akan menyelesaikan masalah kita. Dan kita ingat, kalau ingin kita terus menyebabkan menekankan supaya wang yang banyak diambil daripada PETRONAS misalnya, untuk membantu mensubsidi negara kita, maka kita akan katakan bahawa kita membenarkan ia menjadi semakin miskin dan mungkin kita hendak membenarkan orang lain akan mengambil PETRONAS satu masa nanti. Wak tak nampak apakah ini peribadi namanya. Kalau itu namanya serangan peribadi, tak payah buat debatlah nampaknya.

Anwar juga mengambil kesempatan untuk mengkritik dan menyindir kerajaan. Pada Wak itu biasa dalam debat. Jadi apa yang dilakukan oleh Anwar tidak ada salahnya. Begitu juga apa yang dilakukan oleh Shabery tidak salah. Itu lah debat namanya. Cuma yang Wak tak setuju dengan Shebery ialah ada beberapa soalan yang diajukan oleh Zulkifli Sulong yang tidak dijawabnya. Sepatutnya Shabery jawab soalan tersebut straight to the point. Tak payah dok koner-koner lagi.

Tapi satu perkara yang Wak hairan ialah mengapa bila berhadapan dengan wakil kerajaan dalam perdebatan terbuka, Anwar tidak berapi-api seperti semasa dia sampaikan ceramah kepada pengikut-pengikutnya? Dihadapan penyokongnya, Anwar cakap dan tuduh kerajaan macam-macam. Tapi bila berhadapan dengan wakil kerajaan Anwar tak berapi pula. Nampak Anwar pada hari itu baik sangat. Anwar pada malam itu nampak sopan, merendah diri, alim, sabar, tak pernah meninggikan suara, tak pernah marah orang. Atau apakah Anwar takut hujahnya disanggah oleh Shabery? Kalau dihadapan penyokongnya tidak ada sesiapa akan menyanggah hujahnya. Anwar nampaknya bimbang untuk mengemukakan hujah berapi-api tersebut kerana dia sedang berhadapan dengan wakil kerajaan yang akan menjawab balik segala tuduhan tersebut. Ini yang Wak pening sikit.

Walau apapun Wak nak ucapkan tahniah kepada Shabery dan Anwar. Inilah gentleman namanya. Berani buat berani berdepan. Wak nak cabar semua Menteri dan pembangkang yang selama ini buat tuduhan antara satu sama lain, marilah berdebat secara sihat macam yang dibuat oleh Shabery dan Anwar. Biar rakyat lihat dan nilai. Kerajaan sekarang dah pun tunjukkan sifat keterbukaan. Kita tak nak lihat tuduhan palsu dilemparkan kepada kerajaan. Dan kita tak nak juga kerajaan menyembunyikan apa-apa fakta kepada rakyat. Kedua-dua pihak hendaklah telus dan lurus. Tak payah bengkang bengkok lagi.-http://waksapu.blogspot.com/.

Wednesday, July 16, 2008

Debat Shabery -Anwar


Apa yang dapat kita lihat intipati dalam Debat ini adalah sikap Penasihat PKR Anwar Ibrahim yang menggunakan pendekatan yang popular hanya untuk menarik simpati rakyat bawahan yang tidak memahami pegertian sebenar ekonomi.

Meskipun demikian rakyat harus faham jika minyak turun ,kadar Inflasi meningkat juga tiada guna.Tidak semudah jika belum memerintah negara. tengok apa yang berlaku di Selangor, Kelam kabut untuk memberi pengecualian tarif bekalan air percuma kepada rakyat.

Pedekatan Shabery wajar diterima kerana menggunakan isu yang pendekatan realiti dan menyampaikan seluruh maklumat yang telah disalurkan oleh pihak kerajaan.Ini nyata mencapai matlamat asal fungsi sebenar Menteri Penerangan untuk menyalurkan maklumat dan dasar-dasar kerajaan..

Syabas Shabery dan Anwar juga kerana berjaya melaksanakan debat ini secara profesional , yang dapat saya simpulkan ,Pak Lah adalah orang yang berhak mendapat tabik kemenangan ,tanpa dasar keterbukaan kita tidak mungkin lihat pedebatan ini berlaku.

Oleh demikian jangan kita sangka Pak Lah tidor, sebenarnya Pak Lah memang seorang yang bijak dan memahami kehendak rakyat. Tindakan Pak lah bukan untuk popular malah untuk menyelamatkan negara supaya sentiasa mencapai pertumbuhan ekonomi negara yang mampan dan mampu dinikmati oleh generasi kini dan akan datang.

fikir-fikirkan lah.....- www.goblok88.blogspot.com

Monday, July 14, 2008

RM10 juta untuk tunai janji

Nasir Sukiman
13 Julai 2008


BENARLAH kata orang, bukannya mudah menunaikan janji. Apatah lagi jika benar-benar mahu mengotakan janji yang memerlukan ongkos hampir RM10 juta.

Inilah hakikat harus dihadapi seorang ADUN yang terpaksa berdepan kemarahan penduduk kampung dua kilometer saja dari sempadan tenggara Kuala Lumpur.

Si Adun ni memenangi pilihan raya 8 Mac lalu atas tiket pembangkang. Janji diluahkannya begitu indah, begitu muluk-muluk belaka.

Penduduk yang begitu berang apabila mendapati tanah kubur, tanah milik sekolah agama dan rizab untuk pembinaan sebuah surau sudah bertukar tangan mahu hak milik itu dikembalikan.

Mereka tidak tahu kewujudan pelbagai pihak berkepentingan yang sedar akan nilai setiap meter persegi tanah di sekitar ibu negara kita ini. Bila masa hak pemilikan bertukar tangan tidak diketahui.

Penduduk terperanjat apabila mendapat tahu, kawasan tanah perkuburan sudah ditutup setelah tiga ekar dipenuhi walaupun masih ada lagi dua ekar yang boleh mengisi 5,000 liang lahad.

Begitu juga kawasan bagi pembesaran sekolah agama tiba-tiba saja sudah berpindah milik. Ini disahkan dengan terpacaknya sebuah papan tanda pemberitahuan mengenai projek rumah teres dan rumah kedai dekat kawasan sekolah.

Tanah rizab surau pula dijadikan tempat menyimpan perkakas dan alat oleh pemilik kedai Cina.

Apabila disiasat dengan rapi, barulah fakta berkaitan semua hartanah itu terbongkar. Si Adun tu mendapati dua ekar kawasan perkuburan berkenaan sudah dicagar kepada sebuah bank oleh pemaju.

Kawasan itu dimajukan bersama majlis perbandaran dan ini diluluskan sebelum Mac lalu. Begitu juga tanah rizab surau itu dicagarkan orang berkepentingan kepada sebuah bank tetapi gagal ditebus kembali.

Ini menyebabkan pihak bank melelong tanah itu yang dibeli pula oleh pemodal Cina. Gara-gara mahu kaya cepat pelbagai pihak terlibat bersepakat merampas tanah tidak diwartakan itu bagi kepentingan masing-masing.

Jika mahu menebusnya, si Adun bersama-sama penduduk harus mencari RM10 juta. Bagaimana caranya ?

Itulah, kata orang "politik itu saudara pembohongan" , orang politik memang mudah menabur janji tetapi sukar ditepati.

Memang mudah mencari kesalahan pemimpin lain sambil membuat janji itu dan ini tetapi apabila mengetahui fakta sebenar, baru padan muka. - malaysiaaktif.com

Goblok: banyak tu 10 juta...tetapi manusia harus berpegang pada janji..

Thursday, July 10, 2008

DEBAT SHABERY VS ANWAR

Goblok: terjumpa pula Wak sapu..mungkin boleh di kongsi bersama..fikir-fikirkan

Wak secara peribadi tak mengenali Shabery Cheek. Dia pun tak kenal Wak. Tapi Wak sangat minat kat Menteri Penerangan nie. Apa yang Wak minat terhadap beliau nie kerana beliau mempunyai kelainan sedikit daripada lain-lain ahli politik.

Wak lihat dia nie mempunyai perwatakan yang tenang, cara dia cakap tu tidak terlalu lantang tetapi penuh dengan fakta dan cara dia menyusun ayat cukup power sehingga sesiapa yang dengar dia berceramah tak akan tutup mata dan telinga punya. Satu lagi yang Wak kagum ialah dia tidak sombong. Walaupun berstatus Menteri penuh, namun ini tidak sedikitpun menukar stailnya bila berinteraksi dengan sesiapa. Wak angkat topi kat Shabery kerana masih tidak berubah walaupun sudah berada di atas.

Paling akhir yang Wak sangat kagum dan sanjung tinggi kepadanya ialah apabila beliau sanggup berhadapan untuk berdebat dengan Anwar Ibrahim mengenai tajuk ' Hari ini membentuk kerajaan,esok turun harga minyak '. Wak mula-mula tu terkejut juga bila ada menteri yang berani mengambil risiko untuk berdebat dengan seorang terkenal dengan sikap dan cakap 'berbelitnya'. Tapi Wak yakin, Shabery bukanlah orang baru dalam dunia pidato ini. Wak percaya Shabery akan menggunakan skillnya untuk menelanjangi tipu muslihat politik Anwar terutama berkaitan dengan tajuk ini.

Wak sebenarnya amat kagum dengan prinsip yang dipegang oleh Shabery. Cara beliau mempertahan dasar dan tindakan kerajaan amat konsisten. Kenyataannya "Saya adalah Menteri Penerangan yang bertanggungjawab untuk pertahankan dan jelaskan dasar kerajaan, saya bukan Menteri yang nak jaga airtime ,drama,artis atau konsert sahaja" cukup untuk kita menilai siapa Shabery Cheek sebenarnya.

Wak juga hairan mengapa masih terdapat sesetengah pemimpin UMNO mahu debat ini dibatalkan. Apakah mereka tidak yakin kepada bekas pensyarah di Falkulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya dan juga seorang mantan zamil penyelidikan (fello) di Institut Kajian Asia Tenggara Singapura (ISEAS) ini?

Apa kekurangan Shebery berbanding Anwar. Semasa di Universiti Malaya, beliau adalah seorang yang sangat aktif dalam persatuan gerakan mahasiswa dan dikenali sebagai seorang aktivis mahasiswa yang lantang dan pernah menjadi Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya dan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya. Setelah tamat pengajian di Universiti Malaya, beliau turut memimpin pelbagai badan bukan kerajaan. Selain dari memiliki ijazah dalam bidang ekonomi dari Universiti Malaya, beliau juga telah memperoleh Ijazah Sarjana Sains Politik daripada University of Leeds, England. Beliau juga pernah menuntut diperingkat Diploma Lanjutan dalam bidang hubungan antarabangsa di Uppsala University, Sweden.

Jadi apa yang hendak dibimbangkan? Wak percaya bahawa Shabery berpegang kuat kepada pepatah Melayu BERANI KERANA BENAR. Wak yakin Shabery sudah mempunyai senjata dan fakta yang kuat untuk berhadapan dengan Anwar. Debat yang akan dilangsungkan pada 15 Mei ini akan menjawab dengan jelas dan tepat momokan pembangkang selama ini untuk menurunkan harga minyak sekiranya mereka memerintah. Rakyat boleh menilai sendiri fakta sebenar dan fakta 'berbelit' semasa debat nanti. Wak berharap selepas ini lebih ramai menteri akan berani tampil untuk berdebat secara live dengan pembangkang untuk menyampaikan maklumat secara langsung kepada rakyat.

Jika rakyat faham yang selama ini kerajaan memang betul-betul berada dilandasan sebenar, dalam pilihan raya akan datang tidak mustahil Selangor, Wilayah Persekutuan, Perak, Kedah, Pulau Pinang termasuk Kelantan akan kembali kepada kerajaan BN.
(petikan dari http://waksapu.blogspot.com/)

Wednesday, July 9, 2008

Mahu ke mana PAS

Maulana Arrif
9 Julai 2008


ADA tanda-tanda bahawa Pas sekarang berada dalam keadaan terpaksa menilai semula hubungannya dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam konteks muafakat Pakatan Rakyat.

Mari kita lihat senario berikut.

1. Awal Jun 2008: Apabila persembahan penyanyi Ella dan Mas Idayu diumumkan bakal menyerikan perlawanan bola sepak Piala Sultan Selangor, Pemuda Pas Selangor pada bulan lalu telah membantah dengan hujah bahawa penyanyi-penyanyi itu berpakaian tidak senonoh, tidak sejajar dengan Islam. Sultan Selangor sendiri menjawab bahawa kritikan Pemuda Pas Selangor itu remeh dan tidak perlu. PKR yang menunjangi kerajaan Selangor tidak bersuara. Akhirnya persembahan Ella dan Mas Idayu diteruskan.

2. Awal Julai: Apabila jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Tom Cahill mengeluarkan kenyataan yang membayangkan bahawa Washington melihat kes aduan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibuat oleh Mohd Saiful sebagai kes beragenda politik, Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz dan Ketua Dewan Pemuda Pas, Salahuddin Ayub turut mengkritik dan meminta AS tidak campur tangan dalam hal-ehwal Malaysia. Suara mereka senada dengan suara beberapa pemimpin UMNO, termasuk Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

3. Awal Julai: Nik Aziz bersetuju dengan cadangan Mufti Perlis, Dr. Asri supaya Anwar Ibrahim bersumpah dengan Quran (mubahalah) untuk membuktikan beliau tidak melakukan liwat sebagaimana yang dilaporkan kepada polis. Ramai yang melihat cadangan ini sebagai tanda bahawa Nik Aziz dan Dr. Asri kurang percaya dengan penafian Anwar. Kemudian Nik Aziz telah menambah kenyataan dengan mengutarakan supaya mubahalah itu diadakan selepas selesai proses undang-undang kes berkenaan. Barangkali Nik Aziz tidak mahu muhabalah itu mengganggu proses undang-undang.

4. Protes Sejuta Rakyat 6 Julai: Sebelum perhimpunan ini diadakan, Pemuda Pas Wilayah Persekutuan mengancam untuk memboikot kerana persembahan pentas (termasuk oleh Blues Gang) turut menjadi acara. Bagaimanapun, persembahan pentas tetap diadakan di perhimpunan yang berlangsung di Stadium Kelana Jaya itu.

Tanpa diduga berlaku persembahan `Jilat-jilat jubur korporat' oleh Alak, penyanyi lelaki kumpulan Carburetor Dung. Sebilangan peserta perhimpunan marah dan membaling botol. Media memberikan laporan besar kepada insiden ini. Pengurus persembahan pentas itu ialah Hishamuddin Rais (rakan karib Anwar sejak zaman demonstrasi di unversiti).

Ekoran insiden itu, boleh dikatakan seluruh Pas daripada pucuk pimpinan hinggalah ke akar umbi, mengecam pihak penganjur. Perhimpunan itu dianggap gagal kerana bukan sahaja dicemari oleh insiden `jilat jubur' tapi juga tidak memberi fokus kepada tujuan asal ia diadakan iaitu untuk membantah kenaikan harga minyak. Sebaliknya ia menjadi medan untuk marah-marah kepada kerajaan kerana `kes liwat Anwar.'

Pas adalah sebuah parti yang berpendirian keras selama ini dengan imej keislamannya. Apabila ia bermuafakat dengan PKR dan DAP untuk menghadapi Pilihan raya Umum 2008 atas nama Pakatan Rakyat, banyak orang melihat bahawa Pas telah mengorbankan prinsip perjuangannya untuk menegakkan sebuah negara Islam. Orang bertanya, bagaimana mungkin Pas mahu menegakkan kerajaan Islam sedangkan DAP bermatian-matian menentangnya.

Pakatan Pas dengan DAP dan PKR dilihat sebagai tidak lebih daripada marriage of convenience (perkahwinan mutaah) yang tidak akan kekal. Perkahwinan itu disimpulkan hanya atas tujuan untuk menjatuhkan Barisan Nasional. Bagaimanapun, Pakatan Rakyat hanya berjaya menghalang BN daripada memperoleh majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat, tapi menawan lima negeri.

Di Perak, Pas berjaya menampilkan orangnya untuk menjadi Menteri Besar walaupun DAP yang memegang lebih banyak kerusi. Dikatakan kononnya wujud satu perjanjian yang dimomokkan sebagai `Pejanjian Pangkor Kedua' yang dimeterai oleh Pas dan DAP di Pulau Pangkor bagi menetapkan syarat-syarat perkongsian kuasa mentadbir negeri Perak. Orang Pas menjadi MB tetapi segala keputusan dan dasar mestilah dengan restu DAP.

Satu dasar baru yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Rakyat Perak ialah pemberian hak milik selama 999 tahun kepada penduduk kampung-kampung baru yang dihuni hanya oleh orang Cina . Keputusan ini sangat mendukacitakan orang-orang Melayu di negeri itu kerana tanah-tanah yang terlibat adalah tanah di kawasan bandar dan pinggir bandar yang mempunyai nilai komersial yang tinggi. Memberikan hak milik 999 tahun adalah sama sahaja dengan memberikan hak milik kekal. Sedangkan masih ramai orang Melayu yang menduduki tanah TOL (tumpang sementara). Di kawasan bandar, boleh dibilang tanah kekal milik Melayu.

Orang-orang Melayu khususnya di Perak sekarang melihat Pas hanya menjadi boneka DAP. Menariknya apabila beberapa pemimpin Pemuda Pas bercakap tentang pentadbiran Islam, pemimpin-pemimpin DAP terutama Karpal Singh telah menyerang mereka habisan-habisan. Dalam jangka panjang, kekalutan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di Perak akan menghakiskan kepercayaan orang-orang Melayu terhadap Pas. Apakah Pas tidak menyedari hakikat ini?

Pas mahu menegakkan kerajaan Islam, tapi DAP bermati-matian menentang dan PKR pula mempunyai budaya dan agenda tersendiri.

Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat yang akhirnya hanya berjaya menghimpunkan kira-kira 20,000 orang penyokong fanatik Pakatan Rakyat (sebilangan besar adalah ahli-ahli Pas) menyerlahkan lagi budaya dan agenda politik PKR pimpinan Anwar.

Persembahan `jilat jubur korporat' adalah sebahagian daripada budaya PKR yang berpendirian sangat liberal dalam soal hiburan. UMNO yang Pas tuduh sebagai parti sekular pun tidak tergamak untuk menyelitkan persembahan seumpama dalam acara-acara yang diadakannya. Betapa Hishamuddin yang merupakan rakan karib Anwar sanggup menjemput kumpulan Carburetor Dung, menunjukkan begitulah sifat orang-orang PKR.

Barangkali Pas mulai terasa menyesal dan malu kerana menjalin hubungan dengan orang-orang semacam ini. Maka sebab itulah Pas kemudian menghentam Protes Sejuta Rakyat. Secara tidak langsung hentaman mereka itu ditujukan kepada PKR dan Anwar.

Betapa orang-orang Pas yang kehadiran mereka di perhimpunan Stadium Kelana Jaya itu tampak paling ramai juga menyedari kumpulan Hindraf (Badan Bertindak Hak-Hak Hindu) telah menjadikan Protes Sejuta Rakyat sebagai medan untuk mempromosi perjuangan mereka. Kehadiran Hindraf dengan membawa pelbagai pemidang, bendera Hindraf dan cukup dengan paluan gendang mereka, memperlihatkan betapa mereka yang memperoleh lebih banyak laba politik daripada perhimpunan itu berbanding Pas.

Tidakkah juga sangat ganjil bagi sebuah kumpulan yang mahu menegakkan Islam berada dalam saf yang sama dengan kumpulan penegak agama Hindu dan peminat muzik underground yang ketawa mendengar lagu Negaraku tapi menggemari lagu `Jilat jubur korporat.'

Inilah antara pertanyaan-pertanyaan muhasabah diri yang para pemimpin Pas wajib jawab. Cubalah berterus terang bahawa titik persamaan antara Pas dengan DAP, PKR dan Hindraf adalah ibarat bumi dan langit. Malah jika kita halusi matlamat dan sejarah perjuangannya, Pas mempunyai lebih banyak persamaan dengan UMNO. Bukan dengan PKR, apatah lagi DAP dan Hindraf.

Mahu ke mana Pas? - malaysiaaktif.com
(petikan www.malaysiaaktif.com)

Tuesday, July 8, 2008

DEMI KUASA ATAU MARUAH BANGSA

Goblok: Melayu Jangan Mudah Lupa...

Situasi iklim politik negara hari ini seram sejuk dibuatnya. Fitnah, tuduh menuduh dan hasut menghasut semakin menular tanpa mempedulikan natijah yang bakal menimpa kepada bangsa dan negara. Rakyat yang tidak berdosa hari ini disajikan dengan cerita-cerita yang meloyakan berbaur fitnah, tuduh-menuduh dan pelbagai hasutan yang tidak diambil ikhtibar oleh ahli-ahli politik yang taksub membabi buta semata-mata kepentingan mereka dan kuasa. Paling dukacita situasi politik meloyakan ini hanya melibatkan orang Melayu yang beragama Islam saja.

Budaya politik hanyir dan meloyakan ini nampaknya menjadi medan baru bagi mereka yang gilakan kuasa. Tindakan ahli-ahli politik hari ini seolah-olah mereka sudah hilang pertimbangan dan kewarasan serta tidak lagi menggunakan akal yang dianugerahkan Allah dengan sempurna sehingga agama dipertaruhkan sebagai agenda untuk berkuasa.

Al-Quran dan Hadis tidak lagi menjadi rujukan dan pedoman, sebaliknya digunakan sebagai elemen dan batu loncatan demi kuasa. Manakala sikap suka memfitnah dan kebencian sesama bangsa sendiri yang ada dalam diri orang menjadi amalan yang jelas boleh menghancur dan menggangu-gugat keamanan dan kekuatan umat Islam. Hari ini orang Melayu dipersendakan manakala ada pihak hanya mampu tersenyum gembira akan kebodohan segelintir sikap orang-orang Melayu yang suka mencela dan mengaibkan sesama mereka.

Sekali sekala kita hendaklah melihat sejarah akan natijah akibat menularnya budaya dan gejala politik hanyir dan meloyakan ini. Tentu ahli-ahli politik yang memperjuangkan agama Islam boleh menterjemahkan ayat-ayat dalam Al-Quran dan Al-Hadis mengenai kisah-kisah sejarah akibat sikap penyakit fitnah dan mengadu-domba kepada bangsa Melayu beragama Islam. Lihat bagaimana sejarah Islam dan runtuhnya Kerajaan Islam dan umat Islam khasnya apabila membelakangi agama kerana gejala fitnah dan hasutan menjadi darah daging demi kuasa.

Tapi puak-puak ini membisu seribua bahasa, sebaliknya kenyataan MB Kelantan membuatkan semua orang tertanya-tanya, mungkin MB Kelantan sudah lupa. MB Kelantan berkata tuduh menuduh dalam Islam besar dosanya, senang saja kita tuduh liwat atau zina, sedangkan tuduh cabul kehormatan menjatuhkan maruah orang (Utusan Malaysia, 5 Julai 2005) beliau menyatakan demikian apabila diminta mengulas mengenai pandangan Mufti Perlis supaya Anwar dan Mohd Saiful bersumpah atau ‘bermubahalah’ berhubung isu liwat yang semakin mengelirukan masyarakat Islam.

Apa yang diucapkan oleh MB Kelantan tidak sama dengan apa yang dibuat dan dihayati oleh pengikut-pengikutnya. Bacalah dalam media perjuangan mereka seperti Harakah dan lain-lain lidah perjuangannya, penuh dengan hasutan dan fitnah tanpa memperdulikan dosa. Hari ini puak-puak ini cuba menghasut dan mengelirukan umat Islam apabila dalam laporan HarakahDaily.Net, mereka menyatakan pihak polis menghalang orang ramai hadir ke perhimpunan di Stadium Kelana Jaya.

Betul ke apa yang mereka katakan ini? Atau pun hanya sekadar kepentingan politik semata-mata? Bagi saya ia adalah satu fitnah dan berbaur hasutan? Saya dan beberapa rakan sendiri berada di sana dan pihak polis langsung tidak menghalang sesiapa untuk hadir ke perhimpunan tersebut melainkan hanya menjalankan tugas untuk memastikan supaya tidak berlaku kesesakan lalulintas dan menyusahkan orang lain yang tidak berminat dengan perhimpunan tersebut. Nampak, keikhlasan anggota polis yang bertugas demi menjaga keamanan disalah tafsirkan serta difitnah dan dinafikan.

Bagaimana pula dengan akuan bersumpah yang di buat oleh Raja Petra? Sebagai orang Islam apakah tindakan beliau memfitnah isteri Timbalan Perdana Menteri berhubung isu pembunuhan Altantuya tidak mengaibkan seseorang dan tidak berdosa? Inikah manusia-manusia yang perlu kita sanjungi dan menyokong membabi buta apa yang dikatakannya. Persoalannya kenapa beliau enggan mendedahkan nama sumber pemberi maklumat tentang penglibatan Rosmah dalam pembunuhan Altantuya? Nampaknya puak-puak mulut hanyir ini menggunakan skrip sama untuk agenda politik mereka iaitu ancaman keselamatan.

Sebab keselamatanlah juga Anwar hari ini bebas bersuara dan muncul di hadapan penyokongnya sehingga ke P.Pinang. Tetapi sebelum ini beliau mendakwa keselamatan beliau terancam, begitulah mainan politik puak-puak bermulut hanyir ini yang sanggup bersumpah dan mempermainkan nama Allah semata-mata demi kuasa.

Jika benarlah Anwar tidak melakukan perbuatan yang dilaknati Allah itu, kenapa beliau tidak mengumumkan persetujuan untuk bersumpah atau ‘bermubahalah’ seperti yang di cadangkan oleh Mufti Perlis dan dipersetujui oleh MB Kelantan? Kenapa beliau tidak menjawab kepada soalan wartawan yang bertanya mengenai cadangan Mufti Perlis ini? Kenapa beliau mengelak untuk menjawab pertanyaan tersebut? Bukalah minda dan janganlah menggunakan nama Allah semata-mata untuk tunjuk yang kita ini baik dan berada dijalan yang betul tetapi pada hakikatnya ia adalah sebaliknya.

Atau kerana beliau takut akan rakan-rakannya yang mula membongkar salah lakunya. Betul ke beliau akan menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah 30 tahun dilaksanakan? Jika benar, nescaya ia boleh menggugat kedudukan orang Melayu untuk mencapai seperti apa yang dinikmati sekarang. Bacalah dan hayatilah wahai bangsa Melayu akan kenyataan Anwar dalam majalah Asia Inc, Asian Business Asian Views terbitan bulan Mei-Jun lalu. Renungi dan ambilah ikhtibar akan perjuangan Anwar. Kerana hilang sokonganlah beliau meraih simpati antarabangsa. Menjaja dan memburukan nama negara di persada antarabangsa sehingga beliau sanggup menjatuhkan maruah bangsanya sendiri. Semata-mata agenda politiknya untuk menjadi Perdana Menteri September nanti.

Nampaknya walaupun pilihan raya sudah berlalu, namun ahli-ahli politk masih leka dengan mainan politik demi kuasa. Sepatutnya agenda pembangunan negara dalam memastikan rakyat jelata menikmati kemakmuran negara dijadikan agenda utama. Bukannya adu domba dan fitnah yang semakin melata bermaharajalela. Fikirlah masa depan bangsa dan agama bukannya hanya pandai manis berkata, rakyat terbiar negara tergadai. Jika agenda pembangunan negara tergendala semata-mata adu domba dan fitnah menjadi agenda, tersungkurlah kemakmuran negara, hancurlah bangsa. maka ketawalah mereka-mereka melihat bangsa kita membunuh sesama kita hanya kerana gilakan kuasa.

Osman@Mansor
Petaling Jaya
(Petikan Malaysiaaktif.com)

Monday, July 7, 2008

GANAS...akibat jilat jilat













ALAK terlentang di atas lantai selepas dibelasah penyokong parti pembangkang ekoran tindakannya cuba melondehkan seluar di Stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya petang semalam.




Gara-gara cuba melondehkan seluar dan menonggeng ke arah penonton sambil menjerit perkataan ‘jilat, jilat’ ketika menyanyikan lagu Mari Nyanyi Menjilat, vokalis kumpulan underground Carburetor Dung dibelasah penyokong parti pembangkang yang menyaksikan persembahan mereka pada Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat – Protes Sampai Turun di Stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya, petang semalam.

Persembahan itu adalah program selingan sebelum ucapan membantah kenaikan harga minyak oleh para pemimpin pembangkang termasuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

(Petikan Utusan Malaysia 7 Julai 2008)

GOBLOK: adakah keganasan macam ini kita mahu berlaku dalam negara Malaysia yang aman ini..fikir-fikirkanlah

Perhimpunan di Kelana Jaya hanya satu permulaan

Goblok: konon satu juta...seratus ribu pun tak sampai...alahai..kecian dia.. bukan nak mengata tapi memang orang kata..fikir-fikirkan















Bashir Ahmad
6 Julai 2008


KELANA JAYA - Perhimpunan anjuran Pakatan Rakyat di Stadium Kelana Jaya pagi ini dinamakan Protes Sejuta Rakyat, tapi sehingga tengah hari kelihatan hanya kira-kira 20,000 berada dalam stadium yang boleh memuatkan 50,000 penonton itu.


Kebanyakan mereka memakai baju-T berwarna merah darah yang bertulis Protes Sejuta Rakyat dan Protes Sampai Turun. Diadakan bertujuan untuk membantah kenaikan harga minyak, tapi selepas sejam isu-isu kenaikan harga minyak dilaungkan oleh beberapa penceramah, mauduknya mulai beralih ke isu kes liwat yang Anwar Ibrahim hadapi sekarang.


Kumpulan kaum India, dipercayai dari Hindraf paling banyak membawa pemidang protes harga minyak. Mereka berbaris seketika di tengah padang stadium di bawah panas terik cahaya matahari sambil mempamerkan beberapa pemidang. Gelagat mereka menarik berpuluh-puluh orang yang memetik kamera untuk merakamkan adegan.


Salah satu pemidang yang diarak oleh kumpulan India ini berbunyi `Turunkan harga minyak, nanti rakyat naik minyak.'















Turut kelihatan beberapa bendera parti Pas, PKR dan Hindraf. Tidak nampak satu pun bendera berlambang roket (DAP).

Yang banyak hadir dalam stadium adalah muka-muka Melayu dan sebilangan India dari kumpulan Hindraf. Muka Cina boleh dibilang. Barangkali orang-orang DAP yang majoriti ahlinya kaum Cina lebih seronok berada di rumah bersama keluarga pada hujung minggu. Dan mereka hanya mahu menangguk laba politik tanpa bersusah payah seperti orang-orang Melayu dari Pas dan PKR serta para penyokong Hindraf.


Juruacara mengumumkan perhimpunan akan berlarutan hingga ke tengah malam, atau barangkali hingga ke hari esok jika mereka yang hadir tidak pulang ke rumah kerana kepenatan. Pidato demi pidato diselang-seli dengan persembahan nyanyian dan muzik . Cuaca hari ini juga agak panas menyebabkan hanya bahagian stadium yang terlindung daripada cahaya matahari dipenuhi dengan baju-T berwarna merah.


Kenapa warna merah darah menjadi pilihan? Selain baju-T merah, ramai juga yang memakai kain lilit merah di kepala. Bayangkan rupa seseorang yang berkopiah atau berserban yang dililiti kain merah, berjambang dan memakai baju merah. Bayangkan apabila mereka menyambut pekikan pemidato dengan laungan `Hidup Rakyat' bertalu-talu. Bagaikan mereka mahu ke medan perang.


Bagaimanapun suasana sepanjang perjalanan dan di luar stadium agak aman. Tiada terak FRU dan anggota polis kelihatan di pekarangan stadium. Hanya beberapa sekatan jalan raya diadakan di beberapa jalan utama menuju ke Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

Inilah suasana di Stadium Kelana Jaya pagi ini. Dipenuhi dengan celaan terhadap kerajaan BN. Salah seorang pemidato cuba mengapi-apikan semangat mereka dengan berkata:`` Bukan Anwar yang meliwat, tapi BN meliwat rakyat.''

Juruacara perhimpunan mengumumkan Saudara Anwar dan Lim Kit Siang akan turut hadir. Barangkali pemimpin-pemimpin besar Pakatan Rakyat akan hadir apabila cuaca tidak lagi panas dan suasana lebih selesa. Kerja remeh dan renyah biarlah dilakukan oleh golongan `rakyat.'

Selepas seorang demi seorang pemidato tampil ke corong pembesar suara membelasah BN dan UMNO, pemidato terakhir sebelum selingan persembahan pentas tengah hari ialah Tian Chua, Ketua Penerangan PKR yang sekarang bergelar Yang Berhormat sebagai Ahli Parlimen Batu (Wilayah Persekutuan).

Siapa tidak kenal Tian Chua, tokoh demonstrasi jalanan yang telah beberapa kali ditangkap FRU. Pidato Tian Chua dalam bahasa Melayu agak fasih.













``Perhimpunan ini hanyalah satu permulaan. Sudah 10 tahun kita tidak berhadapan dengan FRU. Kita akan kembali hidupkan reformasi,'' katanya merujuk kepada siri demonstrasi Reformasi pada 1998 yang dilancarkan apabila Anwar ditahan dan kemudian dituduh meliwat.

Kemudian Tian Chua melaungkan berkali-kali:`` Lawan tetap lawan... reformasi...lawan tetap lawan...reformasi..hidup rakyat.''

Daripada isi pidatonya, jelas bahawa demonstrasi jalanan akan digerakkan semula. Untuk apa? Barangkali untuk mempertahankan Anwar jika ditahan dan dihadapkan ke mahkamah sekali lagi atas tuduhan meliwat.

Tian Chua yang kurang bercakap di Parlimen nampaknya sudah bersedia untuk kembali ke jalan raya yang telah lama menjadi gelanggang politiknya. Di jalanan Tian Chua adalah panglima, tidak di Parlimen.

Ternyata ada kewajaran bagi pihak tentera turut diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Parti-parti kumpulan Pakatan Rakyat dan NGO-NGO penyokongnya termasuk Badan Peguam (Bar Council) telah mempertikaikan langkah kerajaan untuk mengerahkan tentera jika keadaan diperlukan. Kata mereka, penglibatan tentera akan membunuh demokrasi.


Apakah demontrasi jalanan tidak akan membunuh demokrasi? Bukankah pilihan raya umum baru sahaja berlalu dan buat pertama kali dalam sejarah pilihan raya itu telah memberikan kuasa pentadbiran di lima negeri kepada Pakatan Rakyat. Malah BN hilang majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat. Masih tidak puas hatikah?

Jawabnya amat jelas. Ya, memang mereka amat tidak puas hati. Mereka mahukan kuasa pemerintahan negara dan Anwar menjadi Perdana Menteri. Dan jangan sesiapa sekalipun berani mengusik Anwar. Apatah lagi untuk membawanya ke mahkamah dan mengenakan tuduhan liwat ke atasnya. Bagi mereka Anwar seorang yang maksum. Sentiasa betul, benar dan tidak akan melakukan apa jua kesalahan.

Kenaikan harga minyak hanyalah satu alasan untuk menjemput `rakyat' supaya turun beramai-ramai ke jalanan untuk bersama menyokong dan mempertahankan Anwar. - malaysiaaktif.com

Saturday, July 5, 2008

Anwar patut contohi tindakan Nabi Yusof

Maulana Arrif
5 Julai 2008

PADA 6 Julai esok akan berlansung perhimpunan Protes Rakyat anjuran pembangkang bagi membantah kenaikan harga minyak. Pada mulanya dijadualkan di Padang Timur Petaling Jaya, tetapi pada saat-saat akhir diubah ke Stadium Kelana Jaya.

Sejak kira-kira sebulan lalu perhimpunan itu diuar-uarkan supaya disertai kira-kira sejuta rakyat. `Bapa demonstrasi negara' Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menjelajah ke seluruh negara untuk menggembeleng rakyat supaya menyertai perhimpunan tersebut. Isu kenaikan minyak telah dijadikan pencetus dan pemangkin orang ramai supaya bersedia untuk mengorbankan hari cuti hujung minggu bagi menjayakan agenda politik Anwar atas nama Pakatan Rakyat.

Anwar telah mencanangkan bahawa jika beliau menjadi Perdana Menteri dan Pakatan Rakyat menguasai kerajaan pusat, harga minyak akan diturunkan serta merta.

Dalam masa yang sama Anwar dan konco-konconya memberitahu orang ramai bahawa Pakatan Rakyat hanya menunggu masa sahaja untuk membentuk kerajaan kerana jumlah ahli parlimen Barisan Nasional yang akan berpaling tadah sudah mencukupi. Malah mereka telah mengumumkan bahawa pada 16 September 2008 (hari ulang tahun pembentukan Malaysia) Anwar akan ditabalkan menjadi Perdana Menteri. Alangkah `bertuah' rakyat Malaysia kerana akan dipimpin oleh seorang Perdana Menteri yang amat disayangi oleh Amerika (lihat rencana Apa hubungan Anwar dengan Amerika?).

Jika kita kembali kepada kewarasan, kita harus bertanya apa perlunya perhimpunan gergasi itu mahu diadakan sedangkan Anwar sudah pasti akan menjadi Perdana Menteri pada 16 September yang hampir tiba. Jika Anwar sudah menjadi Perdana Menteri, kotakanlah janjinya untuk menurunkan harga minyak serta merta. Habis cerita! Buat apa susah-susah mengadakan demonstrasi yang akan meletakkan negara dalam keadaan semakin tidak tenteram. Kini bukan sahaja polis, tapi tentera juga telah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Tapi Anwar dan konco-konconya masih mahu meneruskan perhimpunan tersebut. Ingin ditanya, apakah beliau mahu menumbangkan kerajaan yang ada melalui demonstrasi rakyat sebagaimana rakyat Indonesia menjatuhkan Presiden Suharto dulu?

Ini sebenarnya membuktikan bahawa Anwar tidak yakin yang beliau boleh menjadi Perdana Menteri melalui tindakan demokrasi yang sihat. Suatu masa dulu beliau sangat hampir ke jawatan Perdana Menteri Malaysia, tapi takdir Allah menentukan Anwar gagal menjadi Perdana Menteri ketika itu.

Kini beliau merancana perjalanan baru ke Putrajaya melalui demonstrasi dan muslihat politik yang licik dengan menggunakan istilah rakyat sebagai slogan politiknya. Pakatan pembangkang dinamakan Pakatan Rakyat. Ketuanan Melayu diperlekehkannya dengan Ketuanan Rakyat. Parti pimpinan isterinya dinamakan Parti Keadilan Rakyat. Malah demonstrasi yang akan diadakan esok juga dinamakan Protes Rakyat.

Setahu kita, perkataan rakyat atau people dalam bahasa Inggeris paling lumrah digunakan oleh oleh golongan sosialis dan komunis. Dua negara komunis yang masih ada ialah Republik Rakyat China (China) dan Republik Rakyat Korea (Korea Utara).

Rakyat Malaysia telah ditipu oleh Anwar yang berjaya memutar otak mereka supaya membenci dan menentang kerajaan dengan mengelabui fikiran mereka supaya mempercayai bahawa apa jua tindakan pembankang yang dipimpinnya adalah tindakan rakyat dan untuk rakyat.

Hakikat sebenarnya, segala tindakan atas nama rakyat itu adalah tindakan oleh Anwar dan untuk Anwar menjadi Perdana Menteri. Melihat kepada keadaan negara yang semakin tidak menentu dan boleh menjunam ke kancah huru-hara jika tidak kena gayanya, rakyat harus sedar bahawa Anwar sebenarnya tidak pedulikan semua ini. Beliau tidak peduli sama ada negara jadi huru-hara dan ekonomi semakin merudum serta rakyat yang menanggung kesengsaraan.

Yang penting bagi Anwar ialah ``saya mesti jadi Perdana Menteri Malaysia.''

Tiba-tiba, dalam kesibukan mengatur agenda politik demontrasi dan tipu-helah untuk mencuri ahli-ahli parlimen BN yang telah diundi oleh rakyat, satu laporan liwat dibuat terhadapnya. Kelam-kabut Anwar untuk menepis tuduhan liwat itu. Beliau lari ke Kedutaan Turki kononnya dijemput ke sana. Rupa-rupanya Anwar sendiri pergi tanpa dijemput ke Kedutaan Turki, sebuah negara yang mempunyai hubungan rapat dengan Amerika.

Anwar juga berkata, ada cubaan untuk membunuhnya. Kononnya beliau mendapat khabar daripada sumber-sumber risikan tentera. Pihak perisikan tentera telah menafikan perkara itu.

Anwar menuduh Datuk Seri Najib terlibat dalam pakatan tuduhan liwat terhadapnya. Dia juga menuduh Najib terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya dan menampilkan keterangan bersumpah penyiasat persendirian P. Balasubramaniam untuk menyokong dakwaan terhadap Najib.

Sehari kemudian, Balasubramaniam menarik balik surat sumpahnya. Sudah pasti Anwar akan menyatakan semuanya ini adalah permainan politik Najib yang mendapat sokongan polis. Anwar melalui PKR telah pun membuat tuduhan terhadap Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail kononnya mereka memutar belit bukti dan siasatan dalam perbicaraan kes liwat terhadapnya dulu.

Segalanya berlaku seolah-olah untuk menunjukkan bahawa Anwar adalah mangsa penganiayaan dan komplot untuk menghalangnya daripada menjadi Perdana Menteri. Kenapa Najib pula yang kini dijadikan sasaran serangannya? Menurut bekas setiausaha politiknya, Mohammad Ezam Mohd Nor, Anwar memfitnah dan menyerang peribadi Najib kerana Timbalan Perdana Menteri itu merupakan penghalang besar untuk Anwar mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri (lihat Utusan Malaysia 5 Julai 2008).

Nampaknya, sekalipun jika polis mendapati ada bukti (melalui ujian pakar hospital terhadap pengadu) untuk mendakwa Anwar atas tuduhan liwat, orang ramai telah dikelabui hati mereka oleh Anwar supaya jangan sekali-kali percaya kepada polis. Malah rakyat juga telah ditarik hidung mereka supaya jangan sekali-kali mempercayai mana-mana badan dan institusi yang berkaitan dengan pentadbiran kerajaan.

Hati dan minda mereka cuba dikuasai supaya percaya hanya kepada Anwar dan Pakatan Rakyat.

Esok akan berlangsung Protes Rakyat yang asalnya untuk membantah kenaikan harga minyak. Mari kita tengok sama ada perhimpunan itu memprotes terhadap penstrukturan semula subsidi minyak atau cuba melaungkan bahawa `Anwar tidak bersalah...Hidup Anwar ...Mampus....@*&$!! BN''.

Jika Anwar seorang yang benar-benar beriman, kenapa beliau tidak mengambil pengajaran daripada kisah Nabi Yusof dalam Quran. Baginda semasa kecil cuba dibunuh oleh adik beradiknya, tapi terselamat. Kemudian Nabi Yusof difitnah oleh isteri pembesar Firaun, dimasukkan ke penjara, tapi akhirnya keluar dan menjadi wazir (Perdana Menteri).

Siapa yang menyelamatkan Nabi Yusof. Tentulah Allah s.w.t.

Jika Anwar benar-benar beriman, beliau pada ketika ini sepatutnya menyerahkan diri sepenuhnya (bertawakal) kepada Allah Yang Maha Berkuasa. Jika Anwar benar, percayalah bahawa Allah pasti menolongnya.

Dan bukankah doa orang dianiaya itu sangat mustajab? Maka berdoa dan berserah dirilah kepada Allah s.w.t sebagaimana yang Nabi Yusof lakukan. Sekalipun Anwar dimasukkan ke penjara seperti Nabi Yusof, Anwar akan tetap akan menjadi Perdana Menteri jika itulah ketetapan Allah. Tiada siapa yang boleh mengubah ketetapan Allah. Itu janji Allah yang menjadi prasyarat keimanan.

Bukankah Allah telah mengingatkan kita supaya bersabar dalam menghadapi apa jua ujian. Maka bersabarlah dan mintalah pertolongan Allah. Janganlah menghasut rakyat supaya mengambil tindakan yang tidak sepatutnya. - malaysiaaktif

Thursday, July 3, 2008

Apa hubungan Anwar dengan Amerika?

Malaysiaaktif.com
3 Julai 2008

KENAPA Amerika Syarikat (AS) bersikap campur tangan dalam kes-kes yang melibatkan Anwar Ibrahim sahaja? Ini adalah pertanyaan yang dikemukakan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Hishammuddin Tun Hussein (lihat Utusan Malaysia 2 Julai 2008).

Agensi berita AFP telah melaporkan jurucakap Jabatan Negara AS, Tom Casey yang menyatakan ia menentang siasatan atau pendakwaan yang bermotifkan politik.

Mengapa AS begitu cepat memberikan reaksi? Kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Abdul Hamid Albar, Anwar sendiri yang melaporkan perkara tersebut kepada AS. (lihat Utusan Malaysia 3 Julai 2008).

Sebelum ini, Datuk Mukhriz Mahathir pernah mendedahkan di Dewan Rakyat tentang kaitan Anwar dengan perancang perang AS, Paul Wolfowitz yang turut bertanggungjawab terhadap Perang Iraq yang mengorbankan kira-kira sejuta nyawa, majoriti orang Islam. (sila lihat The Star 17 Mei 2008).

Mukhriz mengingatkan rakyat Malaysia supaya berhati-hati dengan Anwar kerana Penasihat PKR itu adalah pengerusi sebuah yayasan antarabangsa (Foundation of the Future) yang latar belakangnya boleh dipersoal. Yayasan itu menerima sumbangan AS$35mil (RM112mil) daripada Jabatan Negara Amerika Syarikat, AS$10 juta (RM32 jutal) daripada Bahrain dan AS$11 juta (RM35.2 juta) daripada sumber-sumber yang tidak diketahui.

Maka ada sebab bagi rakyat Malaysia untuk mencurigai campur tangan Jabatan Negara AS dalam kes Anwar.

Selain para pemimpin UMNO yang tidak senang dengan kenyataan Tom Casey, kalangan Pas juga mulai gelisah. Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub semalam turut mengingatkan Washington supaya tidak mencampuri urusan dalaman Malaysia berhubung kes Anwar (lihat Utusan Malaysia 3 Julai 2008).

Hanya Karpal Singh, Pengerusi DAP yang berpendapat bahawa kenyataan Casey tidak wajar dilihat sebagai campur tangan negara lain.

Anwar sering ke Amerika sejak zaman memimpin ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) dan menjadi ahli lembaga pengarah International Institute of Islamic Thought (IIIT) yang beribu pejabat di Herndon, Virginia, AS tidak jauh dari Washington. IIIT pada asalnya ditubuhkan sebagai pelopor gerakan Muslim-Christian Understanding yang kemudian berkembang ke Malaysia sebagai Inter Faith Council (IFC) yang cuba mewujudkan persamaan antara agama atas nama merapatkan jurang perbezaan bagi maksud kedamaian.

Bagaimanapun ibu pejabat IIIT disyakki menjadi sarang pengganas dan pernah diserbu oleh FBI pada 20 Mac 2002, tapi tiada tangkapan dibuat. (sila lihat Wikipedia).

Antara pengasas IIIT ialah Dr. Ismail Farouqi, dekan pengajian Islam dan Timur di Universiti Temple, Philadephia. Allahyaham mati ditikam di rumahnya pada akhir 80-an. Kes pembunuhannya tidak dapat diselesaikan dan tidak diketahui siapa pembunuhnya. Anwar mempunyai hubungan yang rapat dengan Allahyarham Ismail Farouqi semasa hayatnya.

Ramai anggota ABIM (Angkatan Belia Islam di Malaysia) yang suatu masa dulu dipimpin Anwar, menuntut dengan Ismail di Universiti Temple pada akhir 80-an. Malah semasa zaman puncaknya, ABIM mempunyai cawangan di universiti-universiti Amerika yang ramai terdapat pelajar Malaysia.

Menjadi kehairanan bagaimana Anwar yang suatu masa dulu memimpin ABIM dan dianggap salah seorang pemimpin muda pergerakan Islam antarabangsa akhirnya boleh menjalin hubungan rapat dengan Washington. Bagaimana ABIM boleh membuka cawangan di universiti-universiti di Amerika. Dan IIIT masih dibenarkan bergerak walaupun FBI pernah menyerbu ibu pejabatnya?



Dan bagaimana pula kemudiannya Anwar boleh menjadi pengerusi Future di mana teman wanita Wolfowitz, Shaha Riza bekerja dengan gaji yang mahal dan akhirnya mencetuskan skendal.

Terlalu banyak pertanyaan mengenai hubungan Anwar dan Amerika. Adakah sekadar kebetulan? - malaysiaaktif.com

Wednesday, July 2, 2008

Isu Anwar ibarat mencurah petrol ke api

Goblok: sekadar peringatan janganlah kita buat huru hara ..buatlah pilihan yang baik.. saudara Anwar...fikir-fikirkanlah

Bashir Ahmad
30 Jun 2008


SAYA kebingungan sekarang. Bingung memikirkan senario terbaru membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Seluruh Malaysia sudah tahu bahawa seorang pembantunya yang bernama Mohd Saiful Bukhari Azlan telah membuat aduan kepada polis bahawa Anwar telah meliwatnya di sebuah kondominium pada hari Khamis (26 Jun 2008). Saiful melapor kepada polis pada hari Sabtu (28 Jun 2008).

Anwar sekarang berada dalam `perlindungan' di Kedutaan Turki di Kuala Lumpur. Menurut kenyataan Penasihat PKR itu dalam blognya, dia dijemput oleh Duta Turki, Barlas Ozener pada pagi Ahad (29 Jun 2008).

Kata Anwar, ada ancaman untuk membunuhnya.

Pada hari Ahad yang sama, isterinya Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengadakan sidang akhbar dan menunjukkan kepada para wartawan gambar Saiful (pengadu) bersama Khairil Anas Yusof seorang pembantu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak (lihat laporan The Star).

Dalam masa yang sama para pemimpin PKR, DAP dan Pas (sekutu Pakatan Rakyat) telah melaungkan bahawa Anwar telah diperangkap (oleh siapa?) dan sekali lagi menjadi mangsa konspirasi politik untuk menghalangnya daripada menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 16 September 2008 melalui tindakan paling tadah sebilangan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional.

Di kalangan umum ada tiga golongan pendapat. Satu golongan yang mempercayai Anwar melakukan apa yang didakwa. Satu golongan lagi bermati-matian percaya bahawa ini adalah pakatan jahat kerajaan BN untuk membunuh karier politik Anwar. Satu golongan lagi masih kebingungan kerana masih memikirkan apakah yang sebenarnya berlaku? Penulis adalah dalam kelompok ketiga, yang mungkin tidak seramai kelompok pertama dan kedua.

Namun penulis percaya bahawa yang paling ramai adalah kelompok kedua, yang bermati-matian percaya bahawa Anwar sekali lagi menjadi mangsa komplot jahat.

Dan penulis bertambah bingung berikutan episod-espisod selanjutnya.

Hari ini Najib telah mengeluarkan kenyataan mengenai gambar Saiful bersama pembantu khasnya (sila lihat laporan Bernama ). Beliau menafikan terlibat dengan isu aduan terhadap Anwar. Kata Najib, gambar pegawainya yang diambil dengan pegawai Anwar di pejabatnya pada 12 Feb lepas adalah selepas pegawai Anwar datang ke pejabatnya bersama seorang rakan untuk berjumpa dengan pegawainya bagi mendapatkan sokongan untuk mendapatkan biasiswa dari kerajaan melanjutkan pelajaran.

Nah, ini yang menjadi persoalan besar di benak penulis. Bagaimana gambar berkenaan begitu pantas berada di tangan Wan Azizah (isteri Anwar) dan ditunjukkan kepada wartawan . Apa tujuan gambar itu ditunjukkan? Tidakkah gambar itu sengaja ditunjukkan bagi mendakwa bahawa Najib terlibat dalam komplot untuk menuduh Anwar meliwat? Bagaimana Wan Azizah memperoleh gambar itu. Sebagaimana kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Hishamuddin Tun Hussein bahawa Anwar mendakwa ada ancaman untuk membunuhnya adalah satu perkara yang tidak masuk akal. Adalah lebih tidak masuk akal bagi Najib untuk memerangkap Anwar dengan tuduhan meliwat.

Tidakkah lebih baik bagi sesiapa yang mahu memerangkap atau memfitnah Anwar, menggunakan dakwaan lain selain daripada meliwat? Tuduhan Anwar meliwat yang dihadapinya di mahkamah buat kali pertama dulu tidak diterima oleh majoriti rakyat Malaysia. Kes berkaitan juga telah diketepikan oleh Mahakamah Persekutruan atas rayuan. Tidak masuk akal untuk memerangkap Anwar sekali lagi dengan tuduhan liwat. Tentu akan menimbulkan kemarahan lebih besar.

Pada hari ini Menteri Luar, Datuk Rais Yatim juga mengeluarkan kenyataan bahawa Duta Turki telah menafikan beliau menjemput Anwar ke kediamannya dan memberikan perlindungan. Kata duta itu, Anwar yang datang ke rumahnya tanpa dijemput (sila baca laporan Bernama). Ini sangat bertentangan dengan dakwaan Anwar bahawa Duta Turki yang menjemputnya. Siapa yang bercakap benar? Penulis lebih cenderung untuk mempercayai cakap Duta Turki kerana jika beliau yang menjemput Anwar, ertinya beliau telah meletakkan hubungan Malaysia-Turki dalam satu keadaan yang tegang.

Setelah meneliti dan mempertimbangkan dari segenap sudut, akhirnya kita akan terpaksa menjawab tiga pertanyaan berhubung perkembangan yang boleh menambah gawat keadaan yang tidak menentu di Malaysia sekarang.

Pertanyaan pertama: Benarkah apa yang berlaku adalah komplot BN (atau Najib) untuk membunuh karier politik Anwar?

Pertanyaan kedua: Jika jawapan kepada pertanyaan pertama ialah tidak, maka kita terpaksa menunggu keputusan siasatan polis sama ada aduan yang dibuat oleh Saiful terhadap Anwar benar dan cukup bukti?

Pertanyaan ketiga: Pertanyaan ini telah pun dikemukakan oleh Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang disiarkan oleh Utusan Malaysia di muka depan hari ini (lihat laporan). Kata Khairy, beliau tidak menolak kemungkinan Anwar sendiri yang menyuruh pembantunya membuat laporan polis untuk meraih simpati orang ramai. Meraih simpati untuk apa?

Meraih simpati orang ramai supaya bertambah marah terhadap kerajaan BN. Sebilangan mereka sudah pun marah kerana penstrukturan semula subsidi bahan api yang menyebabkan harga minyak naik.

Anwar telah pun merancang untuk mengadakan Perhimpunan Sejuta Orang pada 5 Julai ini di Kuala Lumpur. Parti-parti pembangkang yang bernaung di bawah nama Pakatan Rakyat sedang menggembeleng rakyat supaya turun beramai-ramai ke ibu negara untuk memprotes terhadap `kenaikan harga minyak' pada tarikh berkenaan. Menurut salah seorang aktivis NGO, perhimpunan besar-besaran itu bukan sahaja akan diadakan pada 5 Julai, tapi akan diteruskan pada 6 dan 7 Julai `untuk menumbangkan kerajaan.' (lihat laporan malaysiaaktif.com)

Bayangkan kesan laporan Anwar dituduh meliwat ini terhadap sentimen rakyat. Ia ibarat mencurahkan petrol ke api yang marak jika mereka percaya Anwar dianiayai sekali lagi. Tapi inilah yang diuar-uarkan oleh PKR, DAP dan Pas.

Senario ini hanya mendesak polis supaya menyegerakan siasatan dan mengumumkan hasil siasatan. Persoalannya, apakah orang ramai bersedia untuk menerima hasil siasatan polis tanpa prejudis? Inilah yang dibimbangi.

Jika kita tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku yang kesannya akan ditanggung oleh negara dan seluruh rakyat, kita kena memberi kepercayaan kepada polis untuk melakukan siasatan tanpa melakukan sebarang tindakan yang mengeruhkan lagi suasana. Elakkan daripada situasi `yang menang jadi abu, yang kalah jadi arang.'

Agak malang kerana pada masa yang sama kalangan PKR dan pemblog-pemblog yang menyokongnya, telah membuat tuduhan-tuduhan yang mempersoal kredibiliti pasukan polis dan pegawai-pegawai tingginya. Ini menambahkan kekeruhan.

Dalam keadaan sekarang cakap siapa yang lebih dipercayai. Hasil siasatan klip video Lingam telah memberikan kredibiliti kepada Anwar selaku orang yang mendedahkannya kepada umum. Maka siapa yang percaya tuduhan Anwar meliwat? Dan kemarahan terhadap kerajaan akan meningkat ke paras ledakan.

Rakyat Malaysia wajib kembali kepada kewarasan jika kita benar-benar menyayangi tanah air ini. Cara yang waras ialah dengan menyerahkan kepada polis untuk menyiasat dan mengambil tindakan berdasarkan apa yang sebenarnya berlaku. Tiada pihak yang lebih berhak untuk menentukan kebenaran, selain daripada polis. Janganlah kita heret Malaysia ke kancah kebinasaan. Semua akan menerima padahnya. - malaysiaaktif.com

Tuesday, July 1, 2008

Berani Shabery berhadapan Anwar

Goblok:Berani kerana Benar...

Bashir Ahmad
28 Jun 2008


DATUK Ahmad Shabery Cheek adalah salah seorang pemimpin muda UMNO yang cepat melonjak. Daripada Setiausaha Parlimen Kementerian Luar pada 2004 hingga 2008, anak Terengganu ini diangkat menjadi Menteri Penerangan selepas PRU 2008. Barangkali pengalamannya sebagai Ketua Penerangan Semangat 46 dan kemudian Ketua Penerangan UMNO Terengganu sedikit sebanyak menjadi perkiraan Pak Lah untuk melantiknya.

Ketika lebih kurang dua minggu Shabery berada di Angkasapuri, penulis kebetulan bertemu dengan seorang pegawai kanan Kementerian Penerangan. Lalu ditanya bagaimana `bos barunya'.

Jawapan pegawai berkenaan agak menarik. Ketika bertemu pertama kali dengan Shabery di biliknya, Menteri Penerangan itu sambil senyum memberitahunya:`` Saya bukan bos awak, tapi rakan sekerja.''

Dikatakan juga bahawa jika makanan dihidangkan dalam majlis-majlis yang dihadirinya, Shabery mahu apa yang dihidangkan untuknya adalah apa yang dihidangkan untuk orang lain, tiada keistimewaan. Beliau juga kelihatan relaks memakai pakaian yang tidak terlalu rasmi dalam perjumpaan rasmi dengan kakitangan Kementerian Penerangan.

Tapi ada satu perangai yang menggusarkan pegawai-pegawainya mengenai menteri baru mereka ini. Jika meminta laporan mengenai apa jua perkara, beliau lazimnya meminta kertas berkaitan berada di atas mejanya dalam masa yang terlalu singkat. Ada kalanya sesuatu yang dilaporkan itu berlangsung pada waktu malam, tapi beliau mahukan laporan berkaitan sampai ke mejanya pada keesokan pagi. Tuntutan beliau terhadap kepantasan melebihi menteri-menteri sebelumnya.

Kata orang, program-program RTM menjadi jendela atau cermin kepada visi setiap Menteri Penerangan. Shabery telah memperkenalkan tiga program baru yang boleh dibaca sebagai visi dan cara beliau mengendalikan kementerian ini.

Buat pertama kali dalam sejarah, RTM menyiarkan siaran langsung persidangan Dewan Rakyat. Pada mulanya ia disambut dengan pelbagai pandangan, ada yang menyokong dan ada yang menentang. Akhirnya program tersebut kini diterima sebagai salah satu program popular walaupun penyiarannya bukan pada waktu puncak siaran.

Dua lagi program Shabery ialah Blog dan Bersemuka Dengan Media. Kedua-duanya adalah program bicarawara (talk show). Blog memberikan ruang kepada penulis blog untuk menjadi tetamu dan bercakap mengenai isu-isu kegemaran dalam blog masing-masing.

Bersemuka Dengan Media menjemput wakil-wakil media untuk muncul bersama tetamu khas mengenai isu-isu semasa. Mereka diberikan kebebasan untuk mengajukan apa jua soalan sekalipun panas kepada tetamu, kebanyakannya menteri kabinet.

Yang agak menarik, selepas program-program itu berjalan beberapa siri, Shabery mengadakan bengkel khas untuk membincangkan kelemahan dan mencari jalan untuk meningkatkan mutunya. Mereka yang diundang untuk memberikan pandangan adalah kalangan pengamal-pengamal media termasuk wartawan akhbar, pemblog dan pensyarah-pensyarah fakulti komunikasi.

Shabery sendiri mempengerusikan bengkel-bengkel berkenaan dan mengalu-alukan apa jua kritik sekalipun pedas.

Kelihatan bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) ini mahu membawa pendekatan yang lebih segar dengan berdepan secara positif (positive engagement) sekalipun dengan pemblog-pemblog yang selama ini dikenali sebagai penghentam-penghentam kerajaan.

Sebelum program Blog dimulakan di RTM1, Shabery secara peribadi telah bersua sambil makan dengan beberapa orang pemblog bebas (tidak menyertai mana-mana parti politik) yang dianggap berpengaruh di dunia blog Malaysia. Akhirnya orang-orang seperti Kadir Jasin, Ahiruddin Rocky's Bru dan Raja Petra Kamaruddin muncul dalam program Blog untuk membuka satu dimensi baru hubungan Angkasapuri dengan media internet yang selama ini dimusuhi kerana dianggap hanya menjadi medan untuk membelasah kerajaan dan pemimpin-pemimpin kerajaan.

Sejauh mana keberkesanan pendekatan yang Shabery gunakan? Di kalangan wartawan-wartawan kanan dan veteran, mereka menerimanya secara positif. Mereka melihat bahawa Shabery cuba membawa angin segar dan langkah-langkah pembaharuan.

PRU 2008 telah mengesahkan kebangkitan suasana media baru yang dicorakkan oleh internet. Jika dulu media tradisional (akhbar dan TV) boleh dikawal malah dikuasai melalui perundangan dan penguasaan saham syarikat, media internet mengrevolusi keadaan ke suatu dimensi yang tersangat bebas dan jika tidak dilakukan sesuatu boleh mencetuskan anarki.

Dalam bengkel mengenai program Bersemuka Dengan Media, Shabery memberitahu para wartawan kanan yang hadir, program itu memberikan peluang kepada wartawan untuk bertanya apa jua soalan dan kemusykilan bagi pihak umum. Soalan yang sangat kritikal dan pedas juga dialu-alukan. Menteri-menteri yang menjadi tetamu juga diminta menjawab dengan jujur apa jua soalan yang dilontarkan.

Kata Shabery, semasa program itu dibincangkan dalam mesyuarat kabinet, Perdana Menteri sendiri meminta menteri-menteri hadir sebagai tetamu untuk memberi penjelasan terbaik mengenai isu-isu semasa yang menjadi tajuk bicara.

``Jika takut, jangan jadi menteri,'' begitulah Pak Lah dilaporkan berkata kepada menteri-menterinya.

Melalui Kementerian Penerangan, Shabery sebenarnya hanyalah merealisasikan dasar kerajaan Pak Lah yang lebih telus dan terbuka. Jika betul, apa yang perlu ditakutkan dan mahu disorokkan.

Atas arahannya, Kementerian Penerangan difahamkan sedang meyediakan Myblog, sebuah laman blog rasmi yang diharap akan menjadi saluran komunikasi antara rakyat dan kerajaan.

Dan terbaru, Shabery dilaporkan (lihat The Star June 28) akan bersemuka dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat mengenai isu-isu harga minyak dan subsidi bahan api yang dikatakan akan berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 15 Julai akan datang.

Anwar telah berkali-kali menegaskan bahawa jika Pakatan Rakyat yang menerajui kerajaan persekutuan, harga minyak akan diturunkan. Inilah peluang baginya untuk membuktikan bahawa beliau bukan sekadar bertanam tebu di bibir.

Dan bagi Shabery, inilah juga peluang terbaik untuk mempertahankan tindakan yang kerajaan lakukan melalui penstrukturan semula subsidi bahan api.

Bukan calang-calang orang yang sanggup berhadapan dengan Saudara Anwar yang mahir berdebat dan pandai berucap dengan bakat yang diasah lama sejak zaman memimpin mahasiswa pada awal 70-an. Tapi Shabery sudah bersedia. Beliau juga pernah memimpin mahasiwa, lulusan bidang ekonomi dan dianggap salah seorang pemidato muda terbaik UMNO.

Yang lebih pokok, Shabery berani ke hadapan kerana mahu menegakkan kebenaran pihak yang diwakilinya. Beraninya kerana benar.

Menurut beberapa orang pemerhati politik, Shabery telah meletakkan dirinya di landasan yang betul. Masa depan politiknya kelihatan semakin cerah. - malaysiaaktif.com