Wednesday, February 25, 2009

Hakim Tarik Diri Dengar Saman Nizar

Goblok yakin langkah yang diambil oleh Hakim adalah langkah yang baik demi membuktikan kebebasan badan kehakiman di Malaysia

Hakim Tarik Diri Dengar Saman Nizar

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Pesuruhjaya Kehakiman Mohamad Ariff Md Yusof menarik diri daripada mendengar saman yang difailkan oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap Datuk Dr Zambry Abdul Kadir berhubung jawatan Menteri Besar Perak "setelah mengambil kira prinsip keadilan".

Sambil menasihati kedua-dua pihak supaya merujuk kes itu ke Mahkamah Persekutuan, Mohamad Ariff berkata terdapat hakim-hakim lain yang juga layak untuk mendengar kes itu.

Beliau berkata demikian di Mahkamah Tinggi di sini hari ini semasa mengumumkan keputusan mengenai kedudukannya mendengar semakan kehakiman yang dipohon oleh Mohamamd Nizar bagi mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah dan bagi injunksi untuk menghalang Zambry daripada menjalankan tugas dan fungsi sebagai Menteri Besar Perak.

Pada hari pertama kes ini didengar pada 18 Feb lepas, Mohamad Ariff telah menyatakan bahawa sebelum beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman, beliau pernah berkhidmat sebagai peguam bela dan penasihat undang-undang kepada PAS dalam beberapa kes petisyen pilihan raya dan kepada Parti Keadilan Rakyat bagi beberapa perkara selain pernah mewakili Barisan Nasional dalam petisyen pilihan raya di Sarawak.

No comments: