Saturday, March 28, 2009

Kepimpinan Najib Direstui Tun M


Kehadiran Tun Mahathir pada hari akhir Perhimpunan Agong UMNO telah menambah keyakinan ahli UMNO untuk berkerja keras dan memulihkan kembali parti itu seterusnya memulihkan keyakinan Rakyat terhadap UMNO.. Syabas ....

Friday, March 27, 2009

Keputusan Pemilihan UMNO 2009 antara Realiti dan Impian

Goblok tidak hairan apabila melihat keputusan Pemilihan Pimpinan Tertinggi UMNO, Pemuda ,Wanita dan Puteri. Cuma yang kedengaran perkara-perkara yang tidak enak semasa pengiraan Ketua Pemuda. tak baik kita buruk sangka.. keputusan tetap keputusan. Cuma yang tak sedap didengar pesepsi masyarakat tentang UMNO.

Namum keputusan timbalan presiden dan pimpinan Majlis Tertinggi UMNO boleh dikatakan matang. Namum goblok amat tertarik dengan ulasan Datuk Kadir Jasin yang wajar kita kongsi bersama...




Tidak Semua Dalam Saf Orang Yang Insaf
A Kadir Jasin


ADAKAH Presiden baru Umno, Mohd Najib Abdul Razak, memperoleh saf (barisan) kepemimpinan yang ampuh dan padu, setia, berintegriti, berkebolehan lagi dedikasi seperti yang dirayukannya?

Pada mulanya, harapan beliau mendapat saf sedemikian nampak begitu pudar. Ramai bimbang dan tidak kurang pula yang begitu hampa.

Dalam masa lebih sedikit 24 jam mereka dikejutkan oleh berita kemenangan besar pesalah politik wang Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda Umno.

Seperti mencurah air ke atas daun keladi, 304 perwakilan Pemuda memekakkan telinga dan menolak suara hati akar umbi dengan mengundi menantu Abdullah Ahmad Badawi itu.

Ramai masih tidak boleh menerima hakikat bahawa seorang yang didapati bersalah dan diberi amaran oleh Lembaga Disiplin Umno kerana menggunakan wang sebagai sogokan telah dipilih dengan undi yang begitu besar.

Akibat daripada itu, wujud kebimbangan bahawa aliran yang sama akan berlaku dalam pemilihan Majlis Tertinggi. Kebimbangan utama adalah Muhyiddin Yassin mungkin tewas di tangan Muhammad Muhammad Taib.

Alhamdulillah, ini tidak terjadi. Muhyiddin mengalahkan Muhd Taib dengan majoriti besar.

Keputusan pertandingan Naib Presiden adalah seperti dijangkakan – Ahmad Zahid Hamidi yang setia kepada siapa saja yang berkuasa, Hishammuddin Hussein, sepupu Mohd Najib, dan Shafie Apdal, wakil terkanan Sabah, menang.

Ahli biasa Majlis Tertinggi menampilkan kepelbagaian watak -- daripada yang kental integriti dan pemikiran seperti Mustapha Mohamed, Puad Zarkashi dan Saifuddin Abdullah kepada “street fighters” seperti Noh Omar, Tajuddin Abdul Rahman dan Bung Mokhtar.

Pada saat-saat Umno diasak daripada pelbagai hala dan kedudukan orang Melayu dipertikai dan dipersendakan, para “street fighters” ini mempunyai peranan besar.

Kemenangan mereka mencerminkan kemunculan sentimen yang lebih radikal di kalangan perwakilan akibat cabaran terhadap hak dan keistimewaan orang Melayu sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Manakala kegagalan Menteri Besar, kecuali Ketua Menteri Sabah, Musa Aman, memenangi kerusi MT menandakan berakhirnya era gemilang “Kelab Menteri Besar.”

Yang memeranjatkan ialah bekas Menteri Besar Kedah, Mahadzir Khalid, yang negerinya jatuh kepada Pas masih dipilih. Dia dilihat sebagai antara pengikut setia Abdullah dan rakan akrab Khairy.

Kegagalan calon-calon wanita, kecuali Dr Norraesah Mohamad, memenangi kerusi MT mencetuskan kebimbangan mengenai cauvinisme kaum lelaki di dalam Umno.

Ini sangat berbahaya kerana Wanita dan Puteri memainkan peranan penting sebagai merayu sokongan.

Mohd Najib perlu memikirkan hal ini apabila melantik lima ahli tambahan dan mengisi jawatan-jawatan penting parti, termasuk di Ibu Pejabat Umno yang kini dilihat sebagai amat lemah.

Ibu Pejabat Umno perlu “dioverhaul” dan pelantikan lebih ramai penjawat utama Wanita dan Puteri dapat membantu proses pemulihan dan pemantapannya.

Kemenangan beberapa watak tertentu memberi gambaran wujudnya unsur kem yang mengaitkan mereka dengan Abdullah dan Khairy.

Ini sekali gus memberi kredibiliti kepada laporan media massa bahawa Abdullah memberi jaminan kepada Anwar Ibrahim dalam “pertemuan” mereka di Hulu Langat 10 Mac lalu yang dia (Abdullah) mempunyai pengikut setia yang akan mengawal Mohd Najib.

Pemenang seperti Mohd Zain Mohamed, Ismail Sabri Yaakob, Shaziman Mansor, Mahadzir Khalid, Awang Adik Husin, Abdul Azeez Abdul Rahim, Idris Jusoh dan Hamzah Zaunuddin dilihat sebagai cukup akrab dengan Abdullah, tetapi tidak semestinya dengan Khairy.

Saya sengaja menyebut peranan Khairy kerana dia sendiri pernah berkata dia mahu menjadi Perdana Menteri menjelang usia 40 tahun.

Namun ini tidak bermakna mereka akan meletakkan agenda peribadi Khairy atau mana-mana kelompok dalam Umno di atas agenda parti. Mereka pun tahu siapa bos sekarang.

Seperkara lagi yang sangat mendesak untuk pertimbangan Mohd Najib adalah mewujudkan dikotomi (pemisahan) antara Umno sebagai parti induk pemerintahan dengan Umno sebagai parti orang Melayu.

Dalam konteks ini, peranan “street fighters” dan pemikir Umno perlu dipisah dan dibezakan daripada peranan mereka dalam kerajaan. Wajib ada kumpulan pendesak yang efektif dalam Umno.

Dan adalah kesilapan besar jika Mohd Najib tunduk kepada tekanan dan memberikan jawatan kepada pesalah-pesalah rasuah/politik wang kerana ini akan mencemarkan imej Umno di mata ahli, penyokong dan rakyat jelata keseluruhannya.

Dan mereka mungkin mendera Umno dengan lebih teruk pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Secara kebetulan, khutbah Jumaat Masjid Negara hari ini menyeru kepemimpinan negara menolok pengamal rasuah dan pengamal politik Wang dalam pemerintahan.

Ramai pembesar Umno yang menghadiri perhimpunan agung bersolat Jumaat di situ. Kalau mereka tidak tertidur atau mengelamun, mereka pasti mendapat mesej itu! -http://akadirjasin.com/

Nota kaki: Shahrir Abdul Samad menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna setelah gagal dipilih semula sebagai ahli MT.

Sunday, March 22, 2009

Calon-calon pilihan untuk Pemilihan UMNO

Berdasarkan keputusan kajian yang telah dibuat oleh Merdeka Center, calon-calon diatas dijangka akan menang dalam pemilihan UMNO yang bermula 24 Mac ini.

Namum akhir-akhir ni banyak pula isu timbu antaranya laranganbertang kepada Datuk Ali Rustam sedikit sebanyak akan merencatkan pilihan-pilihan yang telah dibuat ini.

Goblok lihat wawancara Najib di TV1 baru sebentar tadi amat teruja sekali dengan percakapan Datuk Seri Najib Razak yang bakal menerajui pucuk pimpinan UMNO dan seterusnya akan menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Saranan goblok kepada semua-semua ahli UMNO yang tidak berpuas hati ..buatlah keputusan yang wajar dan jangan kerana Wang atau kekayaan anda sanggup memusnahkan Parti dan bangsa sendiri..

Renung-renungkan lah masa depan anak bangsa kita



Serahkan Peluang Bagi Perwakilan Umno Kukuhkan Kedudukan, Kata Dr Mahathir

22 Mac
(Bernama)
KUALA LUMPUR, -- Umno perlu menyerahkan kepada perwakilan dalam perhimpunan Agung parti itu mulai Selasa ini bagi memulihkan imej serta mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti itu, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Peluang (ketiga) itu terletak di tangan perwakilan di mana sekiranya perwakilan turut pilih orang yang terlibat dengan rasuah maka satu lagi peluang Umno (untuk pulihkan kedudukan) akan hilang.

"Kalau perwakilan pilih juga calon yang terlibat dengan rasuah, sedangkan tribunal telah mengatakan dia terlibat dengan rasuah, kalau pilih juga (calon) itu, maka terpulanglah kepada kepimpinan parti," katanya.

Ketika menggariskan empat peluang bagi memulihkan imej Umno serta menghapuskan politik wang bagi mengembalikan keyakinan rakyat kepada parti itu, Dr Mahathir berkata peluang itu juga bergantung kepada siapa yang akan bakal menjadi Perdana Menteri dan apakah langkah yang akan diambil, katanya.

"Peluang yang terakhir ada pada Datuk Seri Najib Tun Razak (yang bakal menjadi Presiden Umno), kalau dia juga pilih orang yang terlibat dengan rasuah menjadi anggota Kabinet, saya fikir harapan untuk Umno terus kukuh pada masa depan akan hilang," katanya.

Katanya, kebanyakan peluang yang ada untuk memperbetul dan mengukuhkan kedudukan Umno telah dilepaskan begitu sahaja.

"Banyak peluang yang diraih oleh Umno untuk kukuhkan kedudukannya telah dilepaskan, contohnya, kalau Bahagian Umno itu jujur, dia akan memilih calon yang tidak sogok wang tetapi kita tahu bahagian-bahagian Umno ada yang pilih calon yang terlibat dengan sogokan wang dan ini peluang pertama nak bersihkan Umno sudah hilang," katanya.

Peluang kedua yang dilepaskan Umno adalah apabila Jawatankuasa Lembaga Disiplin parti itu gagal menangani gejala politik wang dan seakan-akan masih merestui politik wang di dalam Umno, katanya kepada pemberita selepas ucaptamanya di Persidangan Kemuncak Pribumi Perkasa Negara di sini.

"Jawatankuasa Lembaga Disiplin Umno jelas gagal kerana orang yang membuat kesalahan yang sama mendapat hukuman yang berbeza. Ada yang kena buang kerja, ada yang tidak kena buang kerja, ada yang seluruh dunia sedia maklum bahawa dia salah tetapi pada pandangan parti, dia tidak bersalah, jadi kredibiliti jawatankuasa disiplin itu telah tamat," katanya.

Terdahulu di dalam ucaptamanya, Dr Mahathir menyeru orang Melayu bersatu dan melakukan perubahan demi masa depan dan kedudukan mereka di negara ini.

-- BERNAMA

Sunday, March 15, 2009

Pertarungan Rebut Bukit-bukit dan Batang Sudah Bermula




Goblok: Pertarungan di pilihan raya kecil di parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau dan Batang Air akan menyaksikan semua calon-calon dari oarang tempatan. Langkah bijak yang diambil oleh BN bakal mengugat pembangkang. Pasti akan keluar bermacam dakyah dan fitnah keatas calon-calon BN..namum Goblok yakin rakyat sudah mulai faham apa kehendak mereka. Mereka tidak mahu Malaysia huru hara atau musnah akibat daripada kesilapan pencaturan politik...Tepuk dada tanya selera....



Barisan names its candidates



TAIPING: A company director, a former assemblyman and an engineer will spearhead Barisan Nasional’s campaign in the three by-elections on April 7.

Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak announced Ismail Safian as the candidate for the Bukit Gantang parliamentary seat and Datuk S. Ganesan for the Bukit Selambau state seat yesterday.

In Kuching, the Sarawak Barisan Nasional uninamously agreed to field Malcolm Mussen Lamoh for the Batang Ai state seat.

Najib said Ismail was chosen because he was a local and on the condition that he would not contest the Bukit Gantang Umno division chief’s post.

“The most important thing is that the candidate can work with the division’s leadership to cut down on friction or suspicion,” Najib said at a meet-the-people session here where he announced Ismail’s candidacy.

“We surveyed and shared opinions with other leaders before deciding on him,” he said, adding that the division’s leaders also gave Ismail their full support.

At a separate press conference, Ismail, 48, who is Kampung Kubu Umno branch deputy chairman, said he stood a good chance of wresting the seat from PAS.

“My resolution is to serve the people of Bukit Gantang to the best of my ability,” said Ismail, the human resources director of Solid Waste Management and Public Cleaning Corporation under the Housing and Local Government Ministry.

The Bukit Gantang parliamentary seat fell vacant following the death of its former MP Roslan Shahrum from PAS on Feb 9.

In Sungai Petani, Najib said Ganesan, who is Kedah MIC deputy chairman, was picked to “honour the agreement that has existed between Barisan component parties for over 50 years.”

He said Umno leaders believed that there was no point fighting over a seat if Barisan was not the government in the state.

“What’s important is that we win back the seat so that we can gain back our power in the state,” he said.

The Bukit Selambau seat fell vacant following the resignation of PKR’s assemblyman V. Arumugam.

Ganesan, the former Lunas assemblyman, told reporters that he would work hard to win back the seat for Barisan.

“As I was born here, I believe I will get strong support from the local people. I have a law firm in Sungai Petani where my wife, R. Vatsala manages the practice,” he said.

Ganesan won the Lunas state seat in the 2004 general election but did not contest in the March 8 general election.

Lamoh’s candidacy will be submitted by state Barisan chairman Tan Sri Abdul Taib Mahmud to Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi for approval.

Mussen, 50, is the sole candidate recommended by Parti Rakyat Sarawak (PRS). He is an engineer with the state Agriculture Department since 1984. He is expected to resign from the department next week.

PRS president Datuk Dr James Masing said the grassroots had picked Mussen over several others. “I think he is the best candidate to win the by-election,” he told reporters after the state Barisan supreme council meeting yesterday.

The Batang Ai seat fell vacant after the death of Datuk Dublin Unting Ingkot, PRS vice-president and state assistant minister for sports and agriculture, on Feb 24.