Wednesday, February 25, 2009

Hakim Tarik Diri Dengar Saman Nizar

Goblok yakin langkah yang diambil oleh Hakim adalah langkah yang baik demi membuktikan kebebasan badan kehakiman di Malaysia

Hakim Tarik Diri Dengar Saman Nizar

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Pesuruhjaya Kehakiman Mohamad Ariff Md Yusof menarik diri daripada mendengar saman yang difailkan oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap Datuk Dr Zambry Abdul Kadir berhubung jawatan Menteri Besar Perak "setelah mengambil kira prinsip keadilan".

Sambil menasihati kedua-dua pihak supaya merujuk kes itu ke Mahkamah Persekutuan, Mohamad Ariff berkata terdapat hakim-hakim lain yang juga layak untuk mendengar kes itu.

Beliau berkata demikian di Mahkamah Tinggi di sini hari ini semasa mengumumkan keputusan mengenai kedudukannya mendengar semakan kehakiman yang dipohon oleh Mohamamd Nizar bagi mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah dan bagi injunksi untuk menghalang Zambry daripada menjalankan tugas dan fungsi sebagai Menteri Besar Perak.

Pada hari pertama kes ini didengar pada 18 Feb lepas, Mohamad Ariff telah menyatakan bahawa sebelum beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman, beliau pernah berkhidmat sebagai peguam bela dan penasihat undang-undang kepada PAS dalam beberapa kes petisyen pilihan raya dan kepada Parti Keadilan Rakyat bagi beberapa perkara selain pernah mewakili Barisan Nasional dalam petisyen pilihan raya di Sarawak.

Friday, February 20, 2009

Siapa Pesuruhjaya Kehakiman Mohamad Ariff Md Yusuf

Tahukah Anda Mohamad Ariff Md Yusuf merupakan Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor Sesi 2007 /2009 yang dilantik.( rujuk Pas Selangor)

Mengapa Dia tidak layak untuk mendengar Kes Saman Nizar vs Zambry.

#Pasti Mohamad Arriff akan lebih cenderung untuk menyokong Nizar. Ini akan menyebabkan kes Nizar vs Zambry akan dibicara secara tidak adil fikir-fikirkan

Wednesday, February 18, 2009

Nizar vs Zamry...

Saman Nizar: Mahkamah Tetapkan Isnin Untuk Sebutan


KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan Isnin ini bagi sebutan mengenai tiga isu yang dibangkitkan pada hari pertama prosiding undang-undang yang difailkan oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.

Mohammad Nizar memohon semakan kehakiman untuk mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar Perak yang sah dan bagi injunksi untuk menghalang Zambry menjalankan tugas dan fungsi sebagai Menteri Besar Perak.

Tiga isu itu ialah sama ada Pesuruhjaya Kehakiman Mohamad Ariff Md Yusof patut menarik diri daripada mendengar saman itu, mengenai sama ada kes itu patut dirujuk ke Mahkamah Persekutuan untuk penentuan daripada segi persoalan undang-undang dan mengenai kedudukan Penasihat Undang-undang Negeri Perak Datuk Ahmad Kamal Md Shahid untuk mewakili Zambry dalam saman itu.

Mohamad Ariff menetapkan tarikh itu selepas Peguam Kanan Persekutuan See Mee Chun memaklumkan mahkamah yang beliau perlu mendapatkan arahan mengenai pendirian Pejabat Peguam Negara mengenai tiga isu itu.

Prosiding hari ini bermula dengan peguam utama Mohammad Nizar, Sulaiman Abdullah, memohon untuk melucutkan kelayakan Ahmad Kamal daripada mewakili Zambry atas alasan akan wujud konflik kepentingan kerana isu utama dalam saman itu ialah parti mana yang berhak mentadbir kerajaan negeri.

Beliau berkata Zambry sepatutnya melantik peguam bela sendiri untuk mewakilinya kerana beliau dinamakan sebagai responden dalam saman itu atas kapasiti peribadinya dan bukan saman terhadap kerajaan negeri.

Ahmad Kamal menjawab permohonan itu masih terlalu awal kerana beliau masih belum menerima permohonan rasmi daripada plaintif berhubung perkara itu.

"Saya akan buat pendirian selepas menerima dan meneliti afidavit sokongan," katanya.

Kemudiannya Mohamad Ariff mendedahkan sebelum dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman, beliau pernah berkhidmat sebagai peguam bela dan penasihat undang-undang bagi PAS dalam beberapa kes petisyen pilihan raya, Parti Keadilan Rakyat bagi beberapa perkara dan pernah mewakili Barisan Nasional dalam petisyen pilihan raya di Sarawak.

Beliau kemudian menawarkan untuk menarik diri daripada mendengar kes itu. "Amat penting bagi keadilan untuk dilihat dan dilaksanakan. Saya dimaklumkan yang penulis blog juga amat aktif. Sudah tentu mereka ada hak mereka," katanya.

Berhubung perkara itu, Sulaiman berkata Persuruhjaya Kehakiman itu patut terus mendengar saman itu kerana menurutnya tidak mungkin Mohamad Ariff akan berat sebelah dalam menjalankan tugasnya sebagai peguam cara dan peguam bela semasa beliau mewakili parti-parti politik berkenaan.

Dalam kes pihak berkuasa undang-undang, bahaya untuk berat sebelah hanya wujud jika Mohamad Ariff terlibat atau mempunyai hubungan secara peribadi dengan pihak-pihak berkenaan, katanya.

Ahmad Kamal, sementara itu, mengusulkan untuk memohon bagi Mohamad Ariff menarik diri tetapi pesuruhjaya kehakiman itu berkata beliau akan memberikan keputusannya mengenai perkara itu selepas mendengar pendirian Pejabat Peguam Negara.

Mohamad Ariff turut membangkitkan perkara lain -- sama ada untuk merujuk kes itu terus kepada Mahkamah Persekutuan berhubung persoalan undang-undang bagi penentuan tafsiran Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Sulaiman berkata beliau sedang menimbangkan pendekatan itu secara serius manakala See memohon diberikan masa untuk mendapatkan arahan berhubung perkara itu.

Sementara itu, Ahmad Kamal berkata Zambry telah mengarahkan beliau untuk mengemukakan permohonan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Ipoh. Alasan diberikan ialah Mohammad Nizar dan Zambry tinggal di Ipoh, saman itu melibatkan kerajaan negeri Perak dan rakyat Perak dan faktor kedekatan mahkamah.

Sulaiman berkata hujahan bahawa Mohammad Nizar patut memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Ipoh adalah merupakan salah anggapan. Kes ini bagi semakan kehakiman dan prosidingnya perlu didengar oleh mahkamah khas, katanya.

Katanya hujahan Ahmad Kamal yang ia patut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Ipoh berdasarkan fakta yang ia melibatkan kerajaan negeri Perak dan rakyat Perak menunjukkan Ahmad Kamal patut dilucutkan kelayakan kerana semua sentimen parti dapat dilihat di situ.

"Kami tidak memilih hakim. Kami memfailkannya di Mahkamah Kuasa Khas dan Rayuan kerana ia membabitkan semakan kehakiman," katanya.

Dalam mahkamah hari ini, Mohammad Nizar diwakili lapan peguam dan Zambry diwakili Ahmad Kamal manakala See mewakili Pejabat Peguam Negara dan Datuk Mohd Hafarizam Harun sebagai peguam pemerhati bagi Umno.

-- BERNAMA

Layakkah Mohamad Ariff Md Yusuf ?

Menarik dan menarik ialah Kredibiliti hakim Mohamad Ariff Md Yusuf

Mohamad Ariff pernah jadi Penasihat Undang-undang PAS dan PAS leading counsel dalam kes Petisyen Pilihanraya di Kangar, Perlis. Dia akan dengar Petisyen terhadap Kerajaan Baru Perak. Pastinya Bekas penasihat Undang-undang PAS tersebut akan menyebelahi Nizar mengenai Petisyen tersebut

Satu Bantahan Awal akan dikemukakan untuk meminta beliau mengundurkan diri.

Mungkin anda bertanya? Bagaimana Ariff boleh dipilih menjadi Pesuruhjaya Kehakiman. Ini adalah ketelusan Kerajaan BN. Walaupun dia ialah seorang Penasihat Undang-undang PAS, namun beliau tetap juga dipilih. Namun dalam kes di atas diharap Arif sepatutnya sebagai Yang Arif agar Lebih Arif untuk mengundurkan dirinya.

Latarbelakang beliau adalah ground kukuh untuk tidak melayakkan beliau menghakimi Petisyen Nizar vs Zambry.

Thursday, February 5, 2009

Nizar Mantan MB Perak Mungkir Janji.



Goblok bukannya suka mencari kesalahan orang. Tetapi jika kita sebagai orang Islam yang mewakili kononnya Parti Islam Semelaya (PAS) harus akur kepada janji-janji yang telah kita buat. Jika anda dengan tuhan mungkin boleh dimaafkan tetapi sesama umat Islam bagaimana. Adakah kita menunaikan berjanji jika keputusan menyebelahi kita tetapi sebaliknya. Adakah ini pemimpin yang bagus. Mungkin ada hikmah kepada warga Perak denga situasi yang belaku hari ini. Sekadar memberi pandangan ..fikir-fikirkan...

Nizar Tidak Pegang Kepada Janji

IPOH, 5 Feb (Bernama) -- Keengganan Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin patuh kepada titah Sultan Perak Sultan Azlan Shah supaya beliau serta barisan exconya meletak jawatan membuktikan beliau tidak berpegang pada kenyataannya semalam.

Mohammad Nizar semalam semasa ditemui pemberita mendakwa beliau tidak akan meragui sebarang keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah berhubung kedudukan kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) berikutan perkembangan terbaru politik di negeri itu.

Bagaimanapun pada sidang akhbar di kediaman rasminya di sini hari ini, Mohamad Nizar telah mengumumkan keengganannya melepaskan jawatan Menteri Besar kerana menganggap beliau masih menyandang jawatan itu secara sah mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dan Perlembagaan Persekutuan.

Artikel XVI (6) Undang-undang Tubuh negeri menyatakan bahawa jika Menteri Besar tidak lagi mendapat kepercayaan daripada majoriti ahli Dewan Undangan Negeri, maka, kecuali atas titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan membubarkan Dewan negeri, beliau patut mengemukakan peletakan jawatan Ahli Majlis Mesyuarat.

Sementara Artikel XVI (7) Undang-undang Tubuh Negeri menyatakan bahawa berkait dengan klausa (6) seorang ahli Majlis Mesyuarat selain Menteri Besar boleh mengekalkan jawatan atas perkenan Paduka Seri Sultan tetapi mana-mana ahli Mesyuarat, boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatan.

Mohammad Nizar semalam turut berkata beliau yakin sebarang keputusan yang diperkenankan oleh Sultan Perak dalam menangani kemelut politik di negeri ini dibuat dengan adil dan akan "akur dan menerima sebarang keputusan yang diperkenankan Tuanku."

Hari ini beliau turut mendakwa Barisan Nasional (BN) tidak boleh menubuhkan kerajaan negeri di Perak kerana majoriti yang disebut oleh BN adalah tidak tepat kerana kedudukan tiga ADUN Pakatan Rakyat yang dianggap mereka telah meletakkan jawatan dan mengosongkan kerusi itu.

Ini berikutan keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) V.Sivakumar sebelum ini yang mengisytiharkan terdapat tiga kawasan DUN yang kosong dan telahpun memohon mahkamah untuk mengisytiharkan kekosongan itu berikutan dakwaan Sivakumar yang mengatakan beliau menerima surat peletakan jawatan daripada ketiga-tiga ADUN Behrang, Jelapang dan Changkat Jering.

Sultan Perak hari ini memutuskan untuk tidak memperkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), serta menitahkan supaya Mohammad Nizar dan barisan exconya meletak jawatan.

Baginda membuat keputusan itu setelah menemui kesemua 28 anggota dewan daripada Barisan Nasional dan juga tiga anggota Bebas di Istana Kinta di sini hari ini dan yakin bahawa Mohammad Nizar telah terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada kalangan anggota dewan.

-- BERNAMA