Thursday, July 28, 2011

Helah Pembangkang Pecah Belah UMNO

Helah Pembangkang cuba merenggangkan hubungan antara Datuk Seri Najib Tun Razak dengan timbalan beliau Tan Sri Muhyiddin Yasin telah diketahui umum. Terkini pakatan pembangkang mengambil kesempatan dialog antara wakil perserta Persidangan Tahunan Pemimpin Pelajar Malaysia ke-5 di Kuala Lumpur semalam yang bertanya Datuk Seri Najib berkenaan dengan isu Melayu dan Malaysia yang mana diberi keutamaan.

Niat yang sengaja dicipta bagi mencetus polemik pepecahan dalam Kerajaan memang dijangka kerana popularity pakatan rakyat semakin merundum. Bagi Tony Pua yang merupakan Ketua Publisiti bagi parti DAP yang kelihatan semakin terdesak berikutan laporan Suruhajaya DiRaja Teoh beng Hock yang tidak memihak kepada parti DAP. Mereka perlu mencari isu dan alasan yang menarik kembali sokongan rakyat dan cuba mengaburi mata dari isu kepincangan sebenar gabungan parti pembangkang.

Portal MalaysiaInsider dengan jelas tajuk “DAP: Najib afraid to defend 1 Malaysia” yang juga turut dilihat mahu mencetuskan suasana yang tidak mesra orang ramai tentang kejayaan 1Malaysia yang Berjaya menarik perhatian.
Ketakutan DAP terhadap kejayaan 1Malaysia kelihatan semakin jelas.

Monday, July 25, 2011

Awas Debat Nazri LKY Jadi Medan Peleceh Kerajaan


Mengikut laporan portal Malaysia Insider, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bersedia untuk berdebat dengan tokoh veteran DAP Lim Kit Siang berkenaan dengan laporan Suruhanjaya Diraja Teoh Beng Hock. Jika pertemuan ini dapat direalisasikan dengan sopan dan teratur pasti memberi kebaikan kepada semua. Nazri juga pasti menewaskan tohmahan palsu Lim Kit Siang

Namun mungkin juga kita harus berwaspada dengan anasir atau taktik pembangkang yang akan cuba menegakkan benang yang basah demi meraih simpati dari rakyat. Ini seperti mana yang telah berlaku dengan forum anjuran Sinar Harian yang pada hari ni yang telah digambarkan medan untuk mencemuh kerajaan dan Suruhanjaya pilihan Raya (SPR)
Forum berkenaan memaparkan ahli-ahli panel SPR yang diwakili oleh timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar , pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan dan turut sama profesor dari UKM Datuk Shamsul Amri Baharuddin.I a membincangkan mengenai rentetan perhimpunan haram Bersih 2.0 yang diadakan pada 9 Julai lepas.

Jika diteliti niat awal Sinar Harian memang member penjelasan untuk semua akan tetapi juak-juak politik pembangkang menjadikan platform untuk menjejaskan kredibiliti SPR.
Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua, sepandai-pandai helah politik pembangkang pasti tertewas juga dengan kebenaran. Pihak kerajaan Barisan Nasional juga perlu mengorak langkah dengan menangkis serangan pihak pembangkang dengan pantas jangan hanya berpeluk tubuh sahaja terutamanya dalam dunia siber.

Sunday, July 24, 2011

Najib Pemimpin Yang Berani :

Portal Malaysiakini seperti kelazimam mencari popularity untuk pro pembangkang. Pada kali ini dilihat cuba mencela YAB Datuk Seri Najib Tun Razak dengan menyerlahkan laman Sosial Facebook beliau telah dipenuhi dengan perkataan “Diamlah”. Motif apa portal berkenaan menghebohkan-hebohkan demikian.

Dengan alasan kononnya rakyat kecewa dengan beberapa tindakan yang dilakukan oleh kerajaan maka luahan dinyatakan di laman Facebook .Wajarkan tindakan demikian ataupun sengaja sebagai decoy atau alat untuk mengalih perhatian rakyat yang semakin cerdik menilai tingkahlaku sebenar pakatan pembangkang yang sanggup mengadaikan keamanan dan kemakmuran Negara demi meraih sokongan rakyat.

Malah jika dibandingkan dengan laman-laman sosial pemimpin pembangkang lain seperti Lim Kit Siang telah dikawal agar hanya disiarkan ucapan atau perkataa yang senantiasa memihak kepada mereka. Ini amat berbanding dengan Laman sosial PM yang berani dan telus.

Sudahlah wahai portal Malaysiakini dan pro pembangkang yang berselindung disebalik kebebasan bersuara.Tampil dan berani untuk terima kritikan seperti mana yang dilakukan oleh kerajaan. Rakyat pasti dapat menilai mana intan dan kaca hanya masa yang menentukan , ayuh bangkitlah kebenaran dan hancurkan pembohongan

Saturday, July 23, 2011

Mat Sabu Terkedu Melihat Video Polis

Mat Sabu terkedu apabila pihak PDRM pada Khamis menunjukan rakaman CCTV kejadian ketika perhimpunan haram Bersih 2.0 pada 9 Julai lepas.

Ternyata ayam Sabung Pas ini pasti akan berkokok lagi bagi membuktikan dia yang benar dan akan berterusan menyalahkan pihak polis dalam kes ini.

Samada berlakon atau tidak, orang ramai sendiri pasti tahu siapa sebenar Mat sabu ini. Marilah kita ambil iktibar setiap kejadian berlaku mesti ada sebab dan akibatnya.

Jangan kita dengan sengaja megaibkan seseorang demi kepentingan peribadi atau politik sempit kerana tuhan tahu sebenarnya.Malah penjelasan pihak PDRM juga menafikan taktik ganas digunakan ke atas mangsa yang meninggal dalam perhimpunan haram itu termasuk dakwaan beliau dibelasah pihak berkuasa. Rakaman video turut diperjelaskan dengan penerangan yng lengkap.

Apa lagi yang nak tunggu PDRM ,” sudah terang lagi bersuluh” , silalah ambil tindakan keatas individu yang sengaja cuba menjejas kredibiliti pihak Polis terutama di media Siber.

Friday, July 22, 2011

Uncle Lim Jangan panjang Cerita lagi

Uncle Lim sudah lah jangan panjang cerita lagi terima je laa..” Itu ungkapan yang akan saya bagi jika bersua muka dengan Lim Kit Siang, pemimpin veteran DAP yang dilihat cuba mempertikaikan keputusan Suruhan Jaya Diraja kematian Teoh Beng Hock(TBH).



Memang sudah dijangka pasti akan ada pihak tidak akan puas hati dengan apa-apa keputusan yang dibuat oleh kerajaan jika tidak memihak kepada mereka. Akan timbul juga dakyah-dakyah anti kerajaan di media siber secara berterusan.



Malah tindakan terdesak Malaysiakini.com yang sengaja mengapi-apikan orang ramai dengan menyiarkan komen-komen kononnya pendapat orang ramai tentang kematian TBH akibat bunuh diri. Ini jelas matlamat sebenar mereka bukan untuk memperjuangkan hak atau perkara sebenar yang menyebabkan kematian TBH tetapi mereka hanya mahu meraih sokongan orang ramai untuk membenci agensi seperti SPRM dan kerajaan.



Marilah kita ambik iktibar dengan keputusan suruhanjaya berkenaan. Ambil yang jernih dan buang yang keruh , hanya kita yang mampu memastikan keutuhan negara Malaysia kita yang tercinta aman dan makmur.

Wednesday, July 20, 2011

Niat Tersirat M Kulagesaran

Langan pertubuhan haram Bersih 2.0 yang menyatakan ia bebas dari pengaruh politik terbukti meleset. Helah murahan bagi menarik sokongan orang ramai terbukti apabila M Kulasegaran ,ahli partlimen Ipoh Barat mendakwa Kementerian dalam Negeri (KDN) telah mengarahkan artikel yang disiarkan dalam The Economist keluaran 16 Julai mengenai perhimpunan haram ini dibuang.

Kulasegaran perlu tahu peranan sebenar KDN. Tugas yang murni untuk mengawal selia penerbitan bahan cetak senantiasa dipandang serong. Jangan semata-mata mengejar populariti yang berniat jahat untuk mencemar kredibiliti pihak polis sanggup mencetuskan rasa kebencian orang ramai terhadap kerajaan.

Tak sampai satu hari isu ini dihebohkan oleh portal malaysiakini dan malaysiaInsider ,tinjauan rambang si kaldai mendapati blog-blog pro pembangkang telah mula mengambil kesempatan isu ini. Malah dalam ruang laman Twitter turut dijadikan hebahan sempit parti pembangkang untuk meraih sokongan orang ramai.
Apa yang berlaku pihak KDN perlu tangkas menjawab persoalan ini menerangkan situasi sebenar yang berlaku .Jangan nanti bagai tikus cuba membaiki labu dibuatnya.