Monday, July 25, 2011

Awas Debat Nazri LKY Jadi Medan Peleceh Kerajaan


Mengikut laporan portal Malaysia Insider, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bersedia untuk berdebat dengan tokoh veteran DAP Lim Kit Siang berkenaan dengan laporan Suruhanjaya Diraja Teoh Beng Hock. Jika pertemuan ini dapat direalisasikan dengan sopan dan teratur pasti memberi kebaikan kepada semua. Nazri juga pasti menewaskan tohmahan palsu Lim Kit Siang

Namun mungkin juga kita harus berwaspada dengan anasir atau taktik pembangkang yang akan cuba menegakkan benang yang basah demi meraih simpati dari rakyat. Ini seperti mana yang telah berlaku dengan forum anjuran Sinar Harian yang pada hari ni yang telah digambarkan medan untuk mencemuh kerajaan dan Suruhanjaya pilihan Raya (SPR)
Forum berkenaan memaparkan ahli-ahli panel SPR yang diwakili oleh timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar , pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan dan turut sama profesor dari UKM Datuk Shamsul Amri Baharuddin.I a membincangkan mengenai rentetan perhimpunan haram Bersih 2.0 yang diadakan pada 9 Julai lepas.

Jika diteliti niat awal Sinar Harian memang member penjelasan untuk semua akan tetapi juak-juak politik pembangkang menjadikan platform untuk menjejaskan kredibiliti SPR.
Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua, sepandai-pandai helah politik pembangkang pasti tertewas juga dengan kebenaran. Pihak kerajaan Barisan Nasional juga perlu mengorak langkah dengan menangkis serangan pihak pembangkang dengan pantas jangan hanya berpeluk tubuh sahaja terutamanya dalam dunia siber.

No comments: