Thursday, July 28, 2011

Helah Pembangkang Pecah Belah UMNO

Helah Pembangkang cuba merenggangkan hubungan antara Datuk Seri Najib Tun Razak dengan timbalan beliau Tan Sri Muhyiddin Yasin telah diketahui umum. Terkini pakatan pembangkang mengambil kesempatan dialog antara wakil perserta Persidangan Tahunan Pemimpin Pelajar Malaysia ke-5 di Kuala Lumpur semalam yang bertanya Datuk Seri Najib berkenaan dengan isu Melayu dan Malaysia yang mana diberi keutamaan.

Niat yang sengaja dicipta bagi mencetus polemik pepecahan dalam Kerajaan memang dijangka kerana popularity pakatan rakyat semakin merundum. Bagi Tony Pua yang merupakan Ketua Publisiti bagi parti DAP yang kelihatan semakin terdesak berikutan laporan Suruhajaya DiRaja Teoh beng Hock yang tidak memihak kepada parti DAP. Mereka perlu mencari isu dan alasan yang menarik kembali sokongan rakyat dan cuba mengaburi mata dari isu kepincangan sebenar gabungan parti pembangkang.

Portal MalaysiaInsider dengan jelas tajuk “DAP: Najib afraid to defend 1 Malaysia” yang juga turut dilihat mahu mencetuskan suasana yang tidak mesra orang ramai tentang kejayaan 1Malaysia yang Berjaya menarik perhatian.
Ketakutan DAP terhadap kejayaan 1Malaysia kelihatan semakin jelas.

No comments: