Wednesday, July 20, 2011

Niat Tersirat M Kulagesaran

Langan pertubuhan haram Bersih 2.0 yang menyatakan ia bebas dari pengaruh politik terbukti meleset. Helah murahan bagi menarik sokongan orang ramai terbukti apabila M Kulasegaran ,ahli partlimen Ipoh Barat mendakwa Kementerian dalam Negeri (KDN) telah mengarahkan artikel yang disiarkan dalam The Economist keluaran 16 Julai mengenai perhimpunan haram ini dibuang.

Kulasegaran perlu tahu peranan sebenar KDN. Tugas yang murni untuk mengawal selia penerbitan bahan cetak senantiasa dipandang serong. Jangan semata-mata mengejar populariti yang berniat jahat untuk mencemar kredibiliti pihak polis sanggup mencetuskan rasa kebencian orang ramai terhadap kerajaan.

Tak sampai satu hari isu ini dihebohkan oleh portal malaysiakini dan malaysiaInsider ,tinjauan rambang si kaldai mendapati blog-blog pro pembangkang telah mula mengambil kesempatan isu ini. Malah dalam ruang laman Twitter turut dijadikan hebahan sempit parti pembangkang untuk meraih sokongan orang ramai.
Apa yang berlaku pihak KDN perlu tangkas menjawab persoalan ini menerangkan situasi sebenar yang berlaku .Jangan nanti bagai tikus cuba membaiki labu dibuatnya.

No comments: