Monday, August 8, 2011

Kepincangan SPR Didedahkan Hanya Bermotif Politik Bukan Untuk Memperbetulkan Kesilapan.

Portal Malaysiakini menyiarkan laporan dakwaan Ketua Pemuda Pas Johor, Suhaizat Kaiat yang juga merangkap pengerusi pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda Pas mengenai sebuah kampung yang bernama “kampung baru” didaftarkan sebagai pengundi. “ Kampung baru” sebenarnya berdasarkan no kad pengenalan milik Noraini Abdullah.
Dakwaan Suhaizat mempertikaikan tindakan Suruhanjaya Pilihan Jaya (SPR) begitu cuai sehingga kesilapan berlaku. Beliau juga turut mempertikaikan tiada penyelarasan antara maklumat dari Jabatan Pendaftaran Negara dengan SPR .Ini boleh membawa kemungkinan wujud pengundi-pengundi hantu. Beliau turut mendakwa tindakan SPR yang menyediakan ruang yang terhad atau singkat untuk orang ramai membuat bantahan bagi daftar pemilih adalah tidak adil bagi orang ramai.
Persoalan yang timbul mengapa Suhaizat beria-ia menghebohkan kepincangan SPR melalui media alternatif sedangkan sepatutnya aduan beliau boleh disalurkan kepada pihak SPR untuk proses penambahbaikan. Niat beliau jelas menunjukkan cuba menjejaskan kredibiliti SPR dan meraih sokongan dan simpati orang ramai di samping untuk mempopularkan Parti Pas yang kononnya prihatin .
Kemungkinan juga maklumat dalaman dari kakitangan SPR juga boleh ditimbulkan mengapa data-data kesilapan dapat dihebahkan kepada orang luar sedangkan sepatutnya diperbetul terlebih dahulu. Dakwaan ini juga mungkin boleh menjejaskan agensi bebas kerajaan. Namun demikian proses penambahbaikan berterusan juga perlu dilakukan oleh SPR untuk menambahkan keyakinan rakyat.

No comments: