Thursday, August 11, 2011

Pas Kelantan Lebih Utamakan Lebuh Raya dari Masalah Air Negeri

Kerajaan Pas Kelantan dilaporkan merancang membina lebuh raya empat lorong bertol berharga RM 1.9 bilion bagi menghubungkan bandar Kota Baharu dengan Kuala Krai .
Dalam laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini ,Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi , Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata kerajaan negeri terpaksa mengambil inisiatif sendiri untuk membina lebuh raya berkenaan setelah permohonan mereka untuk mendapat peruntukan dalam Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9) dan rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) tidak mendapat perhatian kerajaan persekutuan.
Menurut Husam ,projek itu akan dijalankan secara penswastaan.

Beliau mendakwa projek itu membantu anak Kelantan yang berada di luar negeri terutamanya yang pulang berhari raya mengelakkan kesesakan yang teruk dengan jangka masa yang singkat iaitu antara 30-40 minit sahaja. Projek lebuh raya ini akan diberi konsesi yang panjang kepada pemaju yang kononnya bagi mengurangkan kadar tol yang dikenakan kepada pengguna.

Namun bagi rakyat Kelantan projek yang berkos tinggi itu amat tidak wajar dilaksanakan buat masa ini kerana Kerajaan negeri Pas masih gagal menangani permasalahan tertunggak sekian lama iaitu masalah air yang bersih .
Kegagalan kerajaan negeri Pas menangani permasalahan air membuktikan mereka lebih mementingkan projek yang memberi manfaat kepada pihak tertentu sahaja bukan secara menyeluruh kepada semua warga Kelantan.

Dakwaan beliau kononnya memudahkan warga Kelantan yang tinggal di luar Kelantan pulang ke kampung jelas menunjukkan kenyataan untuk menarik sokongan daripada yang bekerja di luar negeri terutama menjelang raya dan meraih sokongan untuk pilihan raya umum akan datang.

Persoalan juga timbul bila Husam berkata pembiayaan itu dibuat sepenuhnya oleh pihak swasta. Kemungkinan konsesi itu diberikan kepada pihak-pihak yang tidak berpengalaman mungkin boleh menimbulkan masalah.

Memandangkan keperluan air bersih lebih mendesak kerajaan Pas Kelantan perlu memikirkan terlebih dahulu nasib hampir 1.34 juta penduduk Kelantan daripada memikirkan projek lebuh raya yang belum tentu menjanjikan apa-apa untuk rakyat Kelantan.

Wednesday, August 10, 2011

BERSIH 2.0 hanya mahu menangkan Pakatan dalam pilihan raya TIDAK LEBIH DARI ITU.

Penganalisis politik Wong Ching Huat dalam seminar yang diadakan di Universiti Monash Sunway semalam mendakwa sentimen rakyat telah mula berubah kesan perhimpunan Bersih 2.0 yang diadakan pada 9 julai lalu. Wong yang juga merangkap ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 turut menggambarkan sokongan rakyat kepada Pakatan pembangkang akan terus meningkat.

Hasil dari kajian beliau menjangkakan Pakatan mampu merampas 100 kerusi parlimen dalam pilihan raya umum akan datang. Malah Wong juga dilihat yakin dengan sokongan rakyat terhadap pembangkang semakin meningkat terutama selepas gerakan Bersih 2.0. Beliau turut meramalkan kekalahan teruk bagi parti MCA terutama di Kedah dan pada masa yang sama kekalahan teruk bagi Datuk Ibrahim Ali sekiranya beliau masih menjadi calon di Pasir Mas .

Wong pada masa yang sama mendakwa kerajaan Barisan Nasional menggunakan pendekatan untuk menakut-nakutkan rakyat dengan menggunakan sepenuhnya agensi –agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan seperti Perkasa . Pendekatan itu telah digunakan semasa pilihan raya negeri Sarawak yang lepas.

Persoalan yang timbul jika kita dapat menilai maksud tersirat Wong hanya mahukan kemenangan pada pihak pembangkang yakni pakatan rakyat . Tidak memperjuangkan kononnya wujud kepincangan dalam Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR). Desakan untuk menuntut pilihan raya yang adil seperti yang dilaung-laung BERSIH 2.0 hanyalah dijadikan alat untuk meraih simpati rakyat bagi mendapat sokongan kepada pakatan rakyat pada pilihan raya umum yang ke 13.

Monday, August 8, 2011

Kepincangan SPR Didedahkan Hanya Bermotif Politik Bukan Untuk Memperbetulkan Kesilapan.

Portal Malaysiakini menyiarkan laporan dakwaan Ketua Pemuda Pas Johor, Suhaizat Kaiat yang juga merangkap pengerusi pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda Pas mengenai sebuah kampung yang bernama “kampung baru” didaftarkan sebagai pengundi. “ Kampung baru” sebenarnya berdasarkan no kad pengenalan milik Noraini Abdullah.
Dakwaan Suhaizat mempertikaikan tindakan Suruhanjaya Pilihan Jaya (SPR) begitu cuai sehingga kesilapan berlaku. Beliau juga turut mempertikaikan tiada penyelarasan antara maklumat dari Jabatan Pendaftaran Negara dengan SPR .Ini boleh membawa kemungkinan wujud pengundi-pengundi hantu. Beliau turut mendakwa tindakan SPR yang menyediakan ruang yang terhad atau singkat untuk orang ramai membuat bantahan bagi daftar pemilih adalah tidak adil bagi orang ramai.
Persoalan yang timbul mengapa Suhaizat beria-ia menghebohkan kepincangan SPR melalui media alternatif sedangkan sepatutnya aduan beliau boleh disalurkan kepada pihak SPR untuk proses penambahbaikan. Niat beliau jelas menunjukkan cuba menjejaskan kredibiliti SPR dan meraih sokongan dan simpati orang ramai di samping untuk mempopularkan Parti Pas yang kononnya prihatin .
Kemungkinan juga maklumat dalaman dari kakitangan SPR juga boleh ditimbulkan mengapa data-data kesilapan dapat dihebahkan kepada orang luar sedangkan sepatutnya diperbetul terlebih dahulu. Dakwaan ini juga mungkin boleh menjejaskan agensi bebas kerajaan. Namun demikian proses penambahbaikan berterusan juga perlu dilakukan oleh SPR untuk menambahkan keyakinan rakyat.

Thursday, August 4, 2011

DAKWAAN GERAKAN DALAMAN UMNO UNTUK JATUHKAN NAJIB PROPAGANDA PAS


Dakwaan Pas kononnya wujud gerakan dalam UMNO untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Alasan yang diberi adalah remeh sekali kononnya isteri ,Datin Rosmah sebagai liabiliti kepada Najib dan Barisan Nasional.
Suara Pas itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung parti itu, Datuk Mustafa Ali menerusi satu sidang media khas pagi tadi di ibu pejabat Pas Kuala Lumpur.

Menurut beliau juga terdapat gerakan dalaman yang cuba menyingkirkan Najib sebagai Pemimpin tertinggi dalam UMNO . Ia yang bertujuan kononnya untuk menyelamatkan BN dalam pilihan raya umum akan datang. Dakwaan yang mengatakan Tengku Razaleigh ditawarkan sebagai ketua pembangkang hanyalah semata-mata untuk mengaburi orang ramai tentang krisis dalaman yang berlaku dalam UMNO ujar Mustafa dalam sidang media itu.
Portal Malaysiakini dan MalaysiaInsider seperti kelazimannya melaporkan dakwaan parti Pas secara sensasi yang mahu meraih populariti serta menarai para pembaca mengunjungi portal masing.
Namun permainan politik Pas ini sudah dijangka dalam keadaan scenario politik sekarang yang lebih dipengaruhi persepsi dari realiti sebenar. Datuk Seri Najib harus bijaksana menangkis dakwaan ini agar tidak terjebak dalam gerak saraf pembangkang.

Tuesday, August 2, 2011

DiSebalik dakwaan UMNO sudah tiada ruang bebas bersuara.

Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir melahirkan kekesalan mengenai kekangan ruang bersuara dalam UMNO .Portal MalaysiaInsider dipetik mengenai komen beliau yang mendakwa terdapat pihak yang tidak berpuas hati dengan komen yang terbuka yang telah diberikan oleh Timbalan Menteri Datuk Saifuddin Abdullah ketika membincangkan isu perhimpunan Bersih 2.0 yang lepas..Komen Saifuddin mengenai cara pentadbiran Najib mengendalikan isu perhimpunan Bersih 2.0.

Jika dilihat kenyataan Abdul Kadir yang juga merupakan bekas Menteri Pelancongan mungkin hanya luahan orang yang menggagap tiada lagi ruang untuk memberi pandangan dalam UMNO. Justeru itu beliau menyertai Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) sebagai ruang yang kononnya dapat menyuarakan pendapat dan debat secara terbuka.
Jawatan sebagai timbalan Pengerusi Amanah yang dipegang oleh Abdul Kadir mungkin menjadi faktor beliau begitu lantang sekali mengkritik UMNO. Adakah pandangan beliau adalah luahan hati semua ahli-ahli UMNO atau segelintir individu yang tidak berpuas hati kerana tiada jawatan penting dalam UMNO.

Memang beliau sebagai ahli UMNO memang berhak untuk memberi pandangan tetapi saluran dan sedia ada perlu digunakan sepenuhnya. Pada masa sekarang UMNO yang senantiasa dikritik hebat oleh parti pembangkang sewajarnya sebagai bekas Menteri harus menyalurkan pandangan secara membina demi memartabatkan perjuangan UMNO agar kekal berkuasa dan tidak dijadikan medan untuk meraih populariti.
Seharusnya jika mahu bersuara membina kita harus telus dan tiada motif tersirat agar imej dan kredibiliti dapat terpelihara serta tidak menyinggung mana-mana pihak .

Monday, August 1, 2011

Pilihan Raya Umum seawal-awal Oktober jangkaan Lim Kit Siang.

Blog Lim Kit Siang dalam posting terbarunya menjangka Pilihan Raya Umum yang ke 13 akan diadakan paling awal bulan Oktober dan November. Blog itu dengan angkuh menyasarkan kemungkinan berlaku pertukaran kerajaan di Putrajaya.

Kit Siang dilihat sedaya upaya mahu meyakinkan rakyat Malaysia tentang perlunya untuk menukar kerajaan Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat .Beliau turut menyelar ketidakmampuan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional alam proses transformasi. Proses itu gagal kerana dilihat masih mengamalkan amalan yang lama dalam pentadbiran. Ini termasuk pemilihan Datuk G. Palanivel kembali menjadi Menteri penuh, menangani perhimpunan Bersih 2.0 dengan mengaburi hak asasi manusia termasuk menahan enam ahli PSM di bawah ordinan Darurat.
Langkah tokoh veteran DAP ini membangkitkan isu-isu yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional hanya untuk meraih simpati para pembaca. Lim kit siang harus menilai keberkesanan pimpinan anak beliau, Lim Guan Eng yang menerajui kerajaan Pulau Pinang terlebih dahulu sebelum mengatakan Kerajaan Persekutuan tidak cekap lemah dan penuh dengan rasuah. Malah dengan kepincangan dalam kerjasama DAP dan Pas telah dilihat berlaku di Kedah dan Selangor di mana prinsip Islam Pas telah digadai bagi menjuarai sokongan rakyat yang berselindung di sebalik ketelusan.
Walaupun beberapa langkah yang telah diambil oleh kerajaan Barisan Nasional dilihat tidak popular seperti menangani perhimpunan haram Bersih 2.0 tetapi ia telah berjaya menambahkan keyakinan orang ramai terhadap pihak berkuasa dalam mengawal suasana yang mengancam negara.
Jelaslah sebarang proses penambahbaikan dalam UMNO dan Barisan Nasional memerlukan maklum balas yang membina dari orang ramai bukan tohmahan hentam kromo yang mempunyai niat jahat dan mengejar politik sempit.