Tuesday, October 2, 2012

Kenyataan Khairy di manipulasi pembangkang

Anis Sofea

KUALA LUMPUR (Malaysiaaktif) -- Bernama melaporkan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin UMNO menyentuh mengenai hasil kajian pasca Belanjawan Bajet 2013 Jumaat lalu, yang menunjukkan 50 peratus pengundi muda menyokong BN, 20 peratus pembangkang dan 30 peratus pengundi muda berkecuali. Namun laporan itu dipetik dan disiarkan kembali dalam Malaysiakini dengan memberi ruang kepada para pembaca membuat komen. Setakat artikel ini ditulis sebanyak 283 komen telah dibuat oleh pembaca yang rata-rata tidak bersetuju dengan kajian yang telah dibuat oleh Pemuda UMNO itu.

 Pelbagai andaian dan kritikan ditulis yang menggambarkan hasil laporan diragui. Ada yang mengatakan kajian hanya dibuat di kalangan orang UMNO sahaja. Malah ada juga mengatakan sokongan hanya pada kosmetik tetapi realiti golongan muda terus menyokong pakatan pembangkang.

 Persoalan sekarang apa adakah perlu Khairy terus mengatakan sokongan golongan muda hanya terikat kepada Belanjawan 2013 yang di umumkan PM? 

 Golongan muda sememangnya sudah diberi ruang kebebasan untuk menilai secara bijaksana. Mereka sebenarnya tidak hanya terpengaruh kepada janji yang telah diberikan dalam bajet 2013. Kerajaan BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuka ruang kepada golongan ini untuk meluahkan isi hati mereka secara terbuka. Jika diperhatikan dalam laman-laman sosial PM , golongan ini dilihat lebih kritis dan tanpa segan silu untuk memberi komen terhadap kerajaan.

Ruangan ini jelas menggambarkan keprihatinan PM yang mengutamakan golongan muda. Maka tidak perlulah mana-mana pihak untuk mengatakan hanya Belanjawan 2012 sahaja mampu mengembalikan sokongan orang muda terhadap BN. Sokongan BN sememangnya meningkat secara menyeluruh dan Belanjawan 2013 hanya momentum kemuncak kepada gambaran keprihatinan kerajaan BN kepada mereka.

 Tindakan pihak pro pembangkang yang cuba menggambarkan bahawa golongan muda menentang BN hanya untuk simpati negatif yang sekadar bermatlamat untuk mewujudkan persepsi negatif.

No comments: