Monday, October 15, 2012

Pembangkang sedar belanjawan bayangan tidak realistik

Anis Sofea 


 KUALA LUMPUR (Malaysiaaktif) -- Kementerian kewangan telah mendapati butiran bajet pembangkang dalam Bajet Bayangan 2013 mereka boleh diragui. Kenyataan Menteri Kewangan Kedua , Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dilaporkan berkata: “Bajet bayangan pembangkang tidak menggambarkan prestasi kewangan sebenar dan ada beberapa perangkaan yang tidak kena dan tidak dijelaskan dengan terperinci.”




 Dalam laporan kebanyakan akhbar semalam ,kementerian kewangan mendapati bahawa Bajet bayangan 2013 pakatan pembangkang dibuat berdasarkan anggaran angka yang tidak tepat dan tidak telus hingga boleh menyebabkan negara bankrap. Kajian Kementerian Kewangan mendapati butiran yang diberikan pembangkang tidak mengambil kira kesan terhadap perbelanjaan operasi daripada beberapa janji yang dicadangkan dalam bajet mereka.


 Namun Pakatan pembangkang yang dikepalai Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba memesongkan beberapa fakta yang telah dinyatakan oleh Ahmad Husni. Malah dalam entri terkini blog Anwar, pakatan cuba menangkis dakwaan dengan memberi butiran dan dakwaan yang dilihat hanya mahu menyelamatkan diri mereka dari serangan berfakta pihak kerajaan.


 Dilaporkan juga dalam blog itu cabaran Anwar yang mahu berdebat dengan Menteri yang semata-mata untuk mengejar populariti semata-mata di samping kononnya perlu mewujudkan Pejabat Parlimen Bajet yang tidak berpihak. Cadangan dan serangan balas pakatan pembangkang memang sudah dijangka namun keikhlasan mereka amat diragui. Seharusnya mereka memberi terperinci cadangan mereka dengan telus dan tidak diragui.

Maka tidaklah hairan jika portal dan blog pro pembangkang akan terus menyebarkan reaksi bajet bayangan dalam blog ketua pembangkang yang mungkin sudah terlewat dan bersifat terdesak. Apa yang dilihat Bajet bayangan mereka hanya bersifat retorik dan populis semata-mata berniat jahat untuk menghentam kerajaan BN sahaja . ia tidak langsung mahu menyelamatkan negara serta rakyat dari cengkaman kegawatan ekonomi global.

 Walau bagaimanapun bajet bayangan pakatan pembangkang telah membuktikan niat sebenar pakatan pembangkang hanya untuk populis dan menang dalam pilihan raya umum sahaja tanpa menghiraukan impak terhadap negara dan tanggungjawab sosial kepada rakyat .

No comments: