Monday, October 15, 2012

Rakyat mahu penyelesaian bukan hanya rawatan air murah

 Anis Sofea 


 KUALA LUMPUR (Malaysiaaktif) -- Menteri besar Selangor , Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri kini mempunyai pilihan rawatan air lebih murah tanpa keperluan untuk menaikkan tarif bagi pembinaan Langat 2, seperti dirancang Putrajaya. Malaysian Insider, melaporkan Khalid menemui satu kaedah alternatif yang berdaya maju daripada sebuah syarikat Kanada dengan menggunakan teknologi membran bagi mengeluarkan air daripada loji sedia ada dan menjadikan ia sesuai untuk kegunaan isi rumah.

 Menurut beliau teknologi berkenaan mampu menjimatkan kos dalam lingkungan RM 500 juta sehingga RM 750 juta berbanding RM3bil hingga 5bil untuk membina Langat 2.


  Perlu dijawab: bolehkah teknologi tersebut dilaksanakan secepat mungkin?



Jika teknologi itu semata-mata bagi mengelakkan projek Langat 2 tanpa pengaruh politik dan hanya untuk kepentingan rakyat, ia boleh diterima. Persoalan ini penting dijawab memandangkan di penjuru lain, pendirian kerajaan Selangor dalam menangani isu pemungutan sampah masih belum nampak penyelesaian. Jika ini dapat diatasi segera kemungkinan pendekatan baru Khalid berhubung rawatan air boleh diambil serius.


 Umumnya rakyat mengetahui bahawa kajian mengenai Projek Rawatan Air Langat 2 telah diadakan menyeluruh dan telus. Jika langkah mencadangkan alternatif projek Langat 2 yang semata-mata tidak bersetuju dengan kerajaan pusat yang berlainan parti ia amat dikesali, kerana rakyat akan menderita .

No comments: