Wednesday, November 21, 2012

DAP tetap mahu Anwar jadi PM jika pembangkang menang PRU 13





Anis Sofea Parti cauvinis cina, Parti Tindakan Demokratik atau Democratic Action Party (DAP) dilaporkan bertegas mahukan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia jika gabungan pembangkang menang majoriti dalam pilihan raya umum akan datang. Dalam laporan yang disiarkan oleh portal MalaysiaInsider hari ini, DAP menerusi Setiausaha Agung, Lim Guan Eng menegaskan bahawa keputusan bersama antara tiga parti iaitu DAP, PKR dan Pas telah bersetuju secara konsensus untuk melantik Anwar sebagai Perdana Menteri. Ketegasan Guan Eng jelas boleh membayangkan DAP tidak setuju dengan desakan perwakilan Pas semasa Muktamar Pas yang telah berlangsung di Kelantan mahukan presiden Pas Datuk Seri Hadi Awang sebagai Perdana Menteri jika gabungan pembangkang menang pilihan raya umum. Ini amat berbeza dengan kenyataan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar apabila dihujani persoalan berhubung cadangan yang disuarakan oleh penyokong Pas untuk melantik Hadi sebagai Perdana Menteri, beliau dilihat bermain dengan kata-kata dan taktik untuk mengelakkan dimanipulasi serta menjaga hati ahli-ahli parti gabungan pembangkang. Namun ketegasan yang disuarakan oleh DAP ini menggambarkan bahawa persengketaan dalaman pakatan pembangkang ini tidak dapat ditutup di mana ketiga-tiga gabungan pembangkang ini terutamanya Pas sanggup menggadaikan prinsip asas penubuhan parti mereka demi mencapai matlamat untuk menang pilihan raya sahaja. Persoalan sekarang bagaimanakah pendirian rakyat Malaysia dalam pilihan raya umum yang akan datang? Sama ada terus kekal menyokong Barisan Nasional atau mengambil risiko untuk memilih pakatan pembangkang yang rapuh. Sebarang kesilapan bukan hanya memusnahkan harapan anak bangsa kita malah mungkin jua akan mencetuskan huru-hara dalam negara Malaysia yang aman makmur. Parti yang memerintah seperti BN juga perlu senantiasa melakukan penambahbaikan berterusan bagi mengembalikan keyakinan orang ramai yang pernah terhakis di beberapa negeri semasa pilihan raya 2008 lepas.

No comments: