Tuesday, November 20, 2012

Wajar PKR desak agensi asing demi capai matlamat?

Anis Sofea


 Pengarah Strategi PKR yang Rafizi Ramli dilaporkan akan mengetuai delegasi empat orang ke Hong Kong esok untuk mendesak Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah (ICAC) membuka semula siasatan rasuah terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman.


 Portal The Malaysian Insider melaporkan Rafizi yang telah dihalang bercakap di lobi parlimen Malaysia , akan cuba melobi bagi meyakinkan penggubal undang-undang Hong Kong berhubung perkara tersebut. Taktik Rafizi yang kononnya mahu memulihkan kredibiliti agensi Hong Kong itu sengaja dijadikan senjata supaya pendirian asal ICAC berubah demi mencapai matlamat politik sempit untuk jejas kredibiliti kerajaan Malaysia.

 Sikap yang dipertontonkan oleh Rafizi dilihat hanya untuk meraih populariti murahan bagi meyakinkan segelintir rakyat bahawa tindakan beliau dan PKR adalah wajar.

 Adakah tindakan mendesak penggubal undang-undang ini wajar? Tidakkah beliau fikirkan jika terdapat rakyat asing cuba mempengaruhi agensi Kerajaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia langkah yang bernas?

 Ini boleh menggambarkan kepada kita rakyat biasa bahawa begitu terdesaknya PKR terutama Rafizi untuk popular.

 Tindakan beliau bukan sahaja memalukan negara malah sengaja mahu menconteng arang ke muka sendiri. Jika berjaya tindakan beliau, ia jelas membuktikan bahawa PKR memang terdesak dan sengaja cuba sedaya upaya untuk hentamkan dan jatuhkan kredibiliti kerajaan tanpa memikirkan langkah itu bijak atau sebaliknya.

No comments: