Thursday, January 31, 2013

Adakah layak Mat Sabu digelar Bapa Kemerdekaan Baru?




OLEH: Anis Sofea

Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu atau Mat Sabu telah digelar sebagai bapa kemerdekaan baru oleh Subky Latif dalam kolumnya yang disiarkan dalam Harakah akhbar tabloid parti PAS.

Gelaran tersebut diberikan kepada Mat Sabu atas dakwaan kononnya kemampuan dia berjaya menghimpunkan sejumlah orang hadir di Stadium Merdeka semasa Himpunan Pakatan Pembangkang pada 12 Januari lepas.

Persoalan sekarang adakah layak Mat Sabu semudah itu digelar Bapa Kemerdekaan?

Umum tahu bahawa untuk mencapai kemerdekaan tanpa mengeluarkan setitik darah sebagaimana yang telah dibuat oleh Almarhum  Tunku Abdul Rahman bukan perkara yang mudah.

Jika sandaran jumlah kehadiran orang ramai dijadikan kayu pengukur nyata ia adalah sandaran paling tidak kukuh dan konsisten serta kualiti.

Himpunan Pakatan Pembangkang pada 12 Januari lepas sebenarnya adalah himpunan ceramah-ceramah lapuk yang hanya mahu meniru apa yang telah dibuat oleh Perdana Menteri.

Boleh dikatakan Himpunan tersebut gagal menarik perhatian rakyat yang berharap sesuatu yang baru atau kelainan.

Namun apa yang dipertontonkan hanyalah segelintir ibu bapa mempergunakan anak-anak yang diheret sama untuk sertai himpunan tersebut

Ia jelas melanggar akta Perhimpunan Aman 2012 yang baru diluluskan.

Artikel Subky Latif juga dilihat cuba menonjolkan  kononnya kemampuan Mat Sabu untuk menjuarai kebangkitan rakyat sedangkan pada hakikat beliau gagal .

Rakyat mulai sedar bahawa mereka sebenarnya tertipu dengan mainan pakatan pembangkang ini yang hanya mahukan populariti tanpa merealisasikan janji-janji mereka terdahulu.

Sikap penulis seperti Subky Latih sebenarnya mahu mengembalikan serta memulihkan imej Mat Sabu sebenarnya.

Walau bagaimanapun gelaran Bapa Kemerdekaan Baru memang tidak layak diberikan kepada Mat Sabu semudah itu. Ia menggambarkan betapa terdesaknya  parti Pas untuk memulihkan imejnya kembali di kalangan rakyat. 

Tuesday, January 29, 2013

Laporan kononnya peningkatan sokongan rakyat terhadap Kerajaan Selangor hanya permainan Persepsi .



OLEH: Anis Sofea                                                        

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa bahawa keyakinan rakyat Selangor terhadap Kerajaan Negeri pimpinan gabungan PKR,DAP dan Pas semakin meningkat kepada 65 peratus berdasarkan kajian yang telah dibuat mereka sejak Ogos tahun lalu.


Laporan kenyataan Khalid Ibrahim ini disiarkan dalam Sinar Harian Edisi Ahad 27 Januari 2013. Menteri Besar Selangor itu  dilaporkan turut meniup kata-kata semangat di hadapan lebih 500 jentera pilihan raya dari Ijok dan Bandar Tun Razak.


Maka tidaklah hairan Menteri Besar sengaja membangkitkan isu kononnya sokongan rakyat Selangor terhadap Kerajaan Negeri semakin meningkat.

Kerajaan Selangor perlu sedar bahawa kesengsaraan rakyat yang menderita ketika krisis gangguan bekalan air yang  pada Disember  tahun lepas perlu diambil kira.
Sikap Kerajaan Selangor yang bermain tarik tali dalam isu bekalan air Bersih di Lembah Klang membuktikan bahawa mereka hanya mementingkan kuasa politik daripada kebajikan rakyat Selangor.


Oleh yang demikian jika dakwaan kononnya sokongan rakyat Selangor semakin meningkat terhadap kerajaan negeri sewajarnya boleh diragui.


Tan Sri Khalid dan pemimpin kerajaan negeri  dilihat akan senantiasa menggunakan strategi  untuk menimbulkan persepsi positif. Ini bertujuan untuk mengalihkan pandangan rakyat  atas pagar   yang  masih belum berpendirian atau membuat keputusan untuk menyokong mana-mana parti. Mereka berharap golongan ini cenderung memilih mereka kembali dalam pilihan raya umum akan datang.



Permainan gerak saraf Kerajaan Selangor ini haya dilihat  untuk memulihkan kembali sokongan di kalangan para pengundi di atas pagar . Perlu diingat bahawa semua rakyat Selangor sekarang telah sedar antara janji-janji yang telah ditepati dan janji palsu Manifesto yang belum tertunai.

Friday, January 25, 2013

Sinar Harian cuba bantu pulihkan imej Anwar.



OLEH: Anis Sofea                                                        

KUALA LUMPUR (malaysiaaktif) . Akhbar Tabloid Sinar harian hari ini menyiarkan  wawancara ekslusif  bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Gambar Anwar yang sinis dan tajuk “saya tidak mahu jawatan PM” dijadikan sandaran penuh akhbar itu untuk menarik jumlah pembaca yang ingin mengetahui inti pati wawancara berkenaan.


Namun jika diteliti dalam wawancara berkenaan jelas dimanfaatkan penuh oleh Anwar untuk menyampaikan mesej  yang menjejaskan kredibiliti  kerajaan.

Persoalan sekarang Anwar terpaksa menampilkan imej yang positif untuk tatapan umum. Ini berikutan beliau sedar bahawa penggunaan medium melalui media siber sahaja tidak mampu memulihkan imej beliau yang semakin terhakis dengan isu-isu sensitif dalam pakatan pembangkang termasuk isu penggunaan perkataan kalimah Allah yang dilihat tiada kesepakatan antara DAP dan Pas.


Wawancara yang disiarkan oleh Sinar Harian dalam siri pertama hari  ini jelas hanya mahu menonjolkan watak Anwar dari sudut positif. Sinar hanya menumpang populariti Anwar untuk menambahkan lagi jumlah jualan dan pembaca yang dilihat amat terdesak memandangkan media arus perdana semakin hebat  bersaing dengan media siber.


Persoalan sekarang adakah benar-benar Anwar akan menunaikan janji beliau seperti dalam wawancara iaitu tidak mahu jawatan Perdana Menteri jika gabungan rapuh pembangkang memang majoriti pilihan raya?


Pembangkang masih gagal dengan kabinet bayangkan seperti yang dicabarkan oleh pemimpin Barisan Nasional. Malah ura-ura yang mahukan presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri dalam muktamar Pas telah ditolak sekeras-keras oleh DAP.

DAP tetap bertegas mahukan Datuk Seri Anwar dipilih sebagai Perdana Menteri jika pembangkang berjaya dalam pilihan raya akan datang.

Sikap Anwar yang manis berbicara memang sudah dijangka dan kenyataan beliau yang tidak mahu menjadi Perdana Menteri hanyalah sandiwara yang mahu memulihkan imej beliau yang kononnya memperjuangkan hak dan perjuangan reformasi.

Umum tahu matlamat Datuk Seri Anwar hanyalah untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang menjadi idaman beliau sejak dari awal penglibatan beliau dalam politik.

Sama ada layak atau tidak Anwar menjadi Perdana Menteri terletak kepada keputusan pengundi  dalam pilihan raya akan datang .Walaupun demikian kuasa tuhan adalah mutlak sama ada akan mengizinkan beliau menjawat jawatan berkenaan atau sebaliknya.

Isu kematian C.Sugumar :Jangan mudah sangka buruk terhadap pihak berkuasa

OLEH: Anis Sofea                                                        

KUALA LUMPUR (malaysiaaktif) . Laporan portal Malaysiakini yang cenderung kepada pembangkang mensensasikan kes kematian pengawal keselamatan C.Sugumaran  dengan mengaibkannya akibat dipukul oleh pihak polis.





Manakala portal MalaysiaInsider turut kaitkan Sugumaran dipukul sambil bergari oleh polis yang mempunyai saksi.

Kedua-dua portal dalam laporannya mengambarkan seolah-olah pihak yang menyebabkan kematian C.Sugumaran adalah akibat daripada dipukul oleh pihak polis. Laporan yang disiarkan oleh Malaysiakini dikomen oleh para pembaca seolah-olah pihak polis membuat tindakan sesuka hati tanpa sebarang batasan undang-undang.


Kepantasan pihak polis menerusi laman sosial menyiarkan kenyataan penuh   Ketua Polis Daerah  Kajang, ACP Ab Rashid bin Hj Ab Wahab berkait dengan kematian Sugumaran ini dengan mengesahkan bahawa kematiannya akibat dari "Coronary Artery Disease' atau Salur Jantung Tersumbat.


Malah ACP Ab Rashid telah memperinci  kejadian yang berlaku dengan jelasnya dalam siaran di laman facebook berkenaan.

Namun seperti kelaziman pihak pembangkangtelah mengambil kesempatan atas isu ini. Menurut portal malaysiakini keluarga C.Sugumaran telah diwakili oleh peguam N Surendran dan Latheefa Koya .


Surendan dan Latheefa Koya memang merupakan dari parti Keadilan rakyat (PKR) yang senantiasa mengambil kesempatan untuk popular dan menjejaskan kredibiti pihak berkuasa dan kerajaan.

Penjelasan dari pihak berkuasa dianggap tidak boleh diterima malah mendakwa pihak polis sengaja mahu menutup kes kematian C.Sugumaran ini .

PKR memang gemar mengambil kesempatan dengan isu ini semata-mata untuk mendapat simpati golongan tertentu dalam kes ini kaum India yang kelihatan semakin beralih arah kepada pihak kerajaan berbanding dengan dahulu.

Semua pihak perlu sedar dengan permainan simpati oleh pihak PKR ini . Mereka hanya cuba mainkan isu persepsi negatif terhadap pihak berkuasa dengan harapan merenggangkan hubungan murni antara pihak polis dan orang ramai.

PKR hanya berharap akan menjadi jaguh kerana berjaya menperjuangkan hak-hak asasi sedangkan pada hakikatnya mereka sebenarnyamembenarkan orang ramai sewenang-wenangnya tidak menghormati dan melanggar undang-undang negara.

Wednesday, January 23, 2013

Anwar dicabar dedahkan perkara sebenar dalam isu Pendatang Tanpa Izin (PATI)


OLEH: Anis Sofea                                                        

KUALA LUMPUR (malaysiaaktif) . Ketua  pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dicabar untuk tampil memberitahu perkara sebenar mengenai pendatang tanpa izin kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)  yang dipertanggungjawabkan menyiasat masalah itu di Sabah.



Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Salleh Keruak mengeluarkan cabaran itu kepada Anwar kerana ketua pembangkang itu dilihat sengaja mensensasikan isu pendatang tanpa izin di Sabah .Anwar seharusnyalebih tahu kerana semasa beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri ia mempunyai kuasa  yang penuh dan mengetahui dengan terperinci sebenarnya.


Kenyataan Salleh Keruak itu dilaporkan oleh Bernama semalam. Penubuhan  RCI ini mengambarkan ketelusan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam memberi penjelasan sebenar isu pendatang tanpa izin ini.

Oleh yang demikian rakyat harus menghargai usaha murni kerajaan ini tanpa mengira batasan politik.

Apa yang penting ialah penubuhan RCI adalah  mengetahui punca sebenar tanpa sebarang pengaruh politik.

Pihak pembangkang terutama Anwar sedar bahawa isu-isu yang dibawa oleh mereka untuk menjejaskan kredibiliti BN Sabah telah berjaya ditangkis dengan baik oleh yang demikian mereka sedaya upaya akan cuba membangkitkan pra sangka jahat terhadap RCI.


Namun cabaran yang dikemukan oleh Salleh Keruak mungkin menyebabkan Anwar terkedu seketika. Walaubagaimanapun mengenali sikap ketua pembangkang yang mahir dalam memanipulasi isu ini pasti akan timbul isu-isu baru yang berniat jahat terhadap RCI ini.


Rakyat Sabah disaran melihat penubuhan RCI ini secara holistik matlamat dan tujuan sebenarnya agar tidak mudah dipesong oleh mana-mana individu seperti Ketua Pembangkang ini.

Monday, January 21, 2013

Parlimen Malaysia akan dibubarkan pada 21 Mac ini?


Anis Sofea

 Isu tarikh pembubaran parlimen Malaysia bagi menghadapi pilihan raya umum yang ke 13 menjadi semakin hangat akhir-akhir ini. Baru-baru akhbar berbahasa Inggeris The Star yang mempunyai kepentingan MCA dan yang merupakan salah satu parti komponen Barisan Nasional telah menyiarkan laporan lengkap tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan parlimen .

 Bagi negeri di bawah pemerintahan Barisan Nasional seperti Johor dewan akan terbubar secara automatik pada 21 Mac manakala negeri lain seperi Negeri Sembilan 26 Mac, Pahang 7 April, Perak 24 April, Melaka 26 April ,Perlis 28 april ,Sabah 29 April dan Terengganu pada 5 Mei 2013.

 Manakala negeri yang di bawah pakatan pembangkang Selangor pada 22 April ,Kelantan pada 28 April ,Pulai Pinang dan Kedang pada 2 Mei 2013. Laporan akhbar The star turut mengulas spekulasi yang bakal dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai tarikh pembubaran parlimen dibuat di antara 20 Feb dan 20 Mac ini. Namun jika diteliti dengan jadual padat Perdana Menteri tarikh yang di spekulasi itu memang sesuai dan ia tiada elemen kejutan yang mungkin tidak menguntungkan kerajaan. 

Walau bagaimanapun yang menjadi persoalan sekarang tahap kesiap siaga jentera parti untuk menghadapi pilihan raya. Pari pembangkang memang telah lama bersedia namun bagaimanakah dengan jentera parti Barisan Nasional. Adakah budaya cah keting atau menjatuhkan calon yang tidak dipersetujui akan kembali wujud sebagaimana pilihan raya 2008 lepas? Pemilihan calon yang boleh menang atau winnable candidate sudah muktamad? Ia terus menjadi persoalan di kalangan para pemerhati politik. Di sebalik ramalan tarikh pembubaran parlimen dan DUN ini ,kerajaan Barisan Nasional masih terus berbakti kepada rakyat. Pembahagian BR1M 2.0 bakal diagihkan kepada penerima yang layak dan bantuan RM 100 kepada para pelajar telah berjalan dengan lancar .

 Kesinambungan pemerintahan Barisan Nasional perlu diteruskan dengan menekankan aspek penambahbaikan calon dan lebih bertumpu membantu rakyat serta mengembalikan keyakinan rakyat. Oleh yang demikian Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menzahirkan pemilihan calon yang boleh menang dan direstui para pengundi bagi menjamin kemenangan besar Barisan Nasional. Pemilihan calon dan kesiap siaga jentera BN menjadi aspek penting dan apa-apa tarikh pembubaran parlimen tidak akan menjadi halangan untuk kemenangan majoriti dua pertiga parlimen.