Wednesday, January 23, 2013

Anwar dicabar dedahkan perkara sebenar dalam isu Pendatang Tanpa Izin (PATI)


OLEH: Anis Sofea                                                        

KUALA LUMPUR (malaysiaaktif) . Ketua  pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dicabar untuk tampil memberitahu perkara sebenar mengenai pendatang tanpa izin kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)  yang dipertanggungjawabkan menyiasat masalah itu di Sabah.



Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Salleh Keruak mengeluarkan cabaran itu kepada Anwar kerana ketua pembangkang itu dilihat sengaja mensensasikan isu pendatang tanpa izin di Sabah .Anwar seharusnyalebih tahu kerana semasa beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri ia mempunyai kuasa  yang penuh dan mengetahui dengan terperinci sebenarnya.


Kenyataan Salleh Keruak itu dilaporkan oleh Bernama semalam. Penubuhan  RCI ini mengambarkan ketelusan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam memberi penjelasan sebenar isu pendatang tanpa izin ini.

Oleh yang demikian rakyat harus menghargai usaha murni kerajaan ini tanpa mengira batasan politik.

Apa yang penting ialah penubuhan RCI adalah  mengetahui punca sebenar tanpa sebarang pengaruh politik.

Pihak pembangkang terutama Anwar sedar bahawa isu-isu yang dibawa oleh mereka untuk menjejaskan kredibiliti BN Sabah telah berjaya ditangkis dengan baik oleh yang demikian mereka sedaya upaya akan cuba membangkitkan pra sangka jahat terhadap RCI.


Namun cabaran yang dikemukan oleh Salleh Keruak mungkin menyebabkan Anwar terkedu seketika. Walaubagaimanapun mengenali sikap ketua pembangkang yang mahir dalam memanipulasi isu ini pasti akan timbul isu-isu baru yang berniat jahat terhadap RCI ini.


Rakyat Sabah disaran melihat penubuhan RCI ini secara holistik matlamat dan tujuan sebenarnya agar tidak mudah dipesong oleh mana-mana individu seperti Ketua Pembangkang ini.

No comments: