Hari ini pelantikan secara rasmi Barak Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-44. Hampir seluruh dunia menanti perubahan yang akan diambil oleh Obama. Jika dilihat semasa kempen pilihan raya presiden , Obama banyak menekan isu dalam negeri Amerika , contohnya untuk mewujudkan pekerjaan yang baru kepada rakyat Amerika. Proses ini perlu dilakukan secara teratur dan cepat.
Namum seluruh dunia mengharapkan perubahan terhadap Dasar Luar yang akan di ambil oleh Obama. Dengan krisis yang berlaku di Asia Barat.adakah Obama dapat mencari penyelesaian damai yang mapan.
Krisis Ekonomi global juga bakal menjadi cabaran utama barisan pimpinan Obama. Berdasarkan loporan media, jentera kerajaan Obama telah mula bergerak untuk menjayakan Pelan Tindakan selepas Obama mengangkat sumpah.
Walaubagaimanapun segala yang bakal diambil oleh Obama perlu mendapat sokongan dari sekutu dan musuh. Obama boleh menjadi seorang yang popular tetapi yang penting ialah keberkesan tindakan yang diambil oleh beliau. Sama-sama kita nantikan sama ada perubahan yang diambil oleh Obama. Jangan nanti perubahan hanya sekadar omong-omong kosong seperti Anwar Ibrahim yang menjanjikan untuk menuju ke Putrajaya 16 Sep 2008 yang lalu. Fikir-fikir dan renung-renungkan- Goblok