Goblok amat kecewa dengan sikap parti PAS menggunakan isu hudud ketika dalam meraih sokongan terutama menjelang Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu. Malah mereka menggunakan pendekatan yang agak ektrem dimana siapa yang menolak Hudud tolak hukum tuhan oleh itu semua perlu sokong PAS. Goblok amat jahil dalam bidang agama cuma amat tidak sesuai jika kita memberi mencampurkan hukum tuhan demi memperjuangkan kepentingan parti. Cuba fikir, kalu dahulu mereka mengatakan UMNO kafir kerana bersekongkong dengan bukan Islam, tapi mereka tidak jika berkerjasama dengan DAP yang terkenal dengan dengan sikap yang anti MELAYU semua okay..alahai.
Pas politikkan hukum hudud
Oleh HERMAN HAMID
KUALA LUMPUR 23 Dis. - Pas dicabar supaya membentangkan rang undang-undang hudud di negeri-negeri yang diperintah pakatan pembangkang sekiranya benar parti itu komited dalam melaksanakan hukum tersebut.
Beberapa pemimpin UMNO ketika memberikan pendapat mereka berkata, jika Pas gagal membentangkannya khususnya di negeri Perak yang wakil parti itu menjadi Menteri Besar, ia membuktikan parti berkenaan hanya menggunakan isu agama untuk tujuan politik.
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, soal hudud jelas sengaja dibangkitkan kembali atas keperluan Pas untuk berhadapan Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu kerana pengundinya majoriti orang Melayu.
Bagaimanapun, kata beliau, sekiranya kawasan itu tidak ramai pengundi Melayu, Pas bukan sahaja sunyi sepi dalam isu hudud, malah sanggup pula menyokong calon DAP yang terang-terang tidak mahu menerima dasar mereka.
''Ini menandakan bahawa pakatan pembangkang ada masalah. Kalau pengundi faham dilema yang ada, saya percaya mereka tidak akan mengundi pembangkang kerana mereka tidak konsisten.
''Cara mereka, kalau di kawasan Melayu cakap lain di kawasan Cina cakap lain,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa baru-baru ini menegaskan bahawa pakatan pembangkang akan tetap melaksanakan hukum hudud sekiranya berpeluang memerintah di peringkat Pusat.
Kenyataan Husam itu dikritik hebat oleh sekutu Pas dalam pakatan pembangkang khususnya DAP yang menolak keras perkara tersebut dan menyifatkan hudud tiada dalam manifesto pakatan pembangkang.
Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Noh Omar berkata, kredibiliti Pas dalam menegakkan hukum hudud jelas boleh dipersoalkan kerana mereka tidak konsisten mengenai perkara itu.
Menurutnya, parti itu hanya mempolitikkan hukum Allah kerana bercakap mengenainya apabila ada keperluan.
Beliau menambah, jika dilihat di negeri Selangor dan Perak yang pembangkang berkuasa, soal hudud langsung tidak menjadi agenda mereka.
''Bila nak pilihan raya kecil (Kuala Terengganu) yang majoriti kawasan Melayu, mulalah nyanyi lagu lama (hudud), tetapi bila tanya di Selangor atau Perak, dia kata matlamat untuk negeri kebajikan.
''Sebenarnya, macam mana Pas nak tegakkan hudud, kalau di Pulau Pinang pasal program tarian i-Dance itu pun mereka diminta tidak bersuara, ini kan pula hudud.
''Sebab itu, DAP cakap macam-macam pasal hudud, tetapi Exco agama pakatan pembangkang yang terdiri daripada orang Pas, senyap saja. Kalau betul mereka pejuang hudud, saya cabar Exco agama mereka letak jawatan,'' tegasnya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Razali Ibrahim berkata, kenyataan terbaru Husam itu sebenarnya membenarkan dakwaan selama ini bahawa Pas menggunakan agama untuk tujuan politik.
Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Johor berkata, ini dapat dilihat bagaimana masa pilihan raya umum lalu, isu hudud tidak kedengaran, tetapi untuk Kuala Terengganu ia dibuka semula kerana mereka tahu orang Islam amat sensitif dengan soal agama.
''Jadi, ini bukan cara berpolitik yang bertanggungjawab. Sebab itu, saya amat dukacita dengan cara ini yang menggunakan agama sebagai alat bagi mencapai kemenangan.
''Dari dulu lagi orang bercakap pasal ini, tetapi sekarang nampak lebih jelas kerana tiba-tiba sahaja ia dibangkitkan, tetapi lepas berakhir pilihan raya kecil ini, saya yakin hudud akan kembali senyap,'' jelasnya.
No comments:
Post a Comment