Wednesday, July 11, 2012

Mengapa Khalid masih sebut Talam, walhal nama kini Trinity?


 Anis Sofea 


 KUALA LUMPUR (Malaysiaaktif) – Dakwaan dalam blog The Unspinners mencetuskan persoalan mengenai pesona Talam Corporation Berhad, syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia dan kini menjadi tumpuan kontroversi membabitkan kerajaan negeri Selangor yang dikuasai pembangkang. Blog tersebut mendakwa kononnya nama Talam tidak seharusnya digunakan, kerana entiti berkenaan telah ditukarkan namanya kepada Trinity Corporation.


 Kontroversi menjadi semakin mendalam apabila dalam beberapa laporan berhubung isu tersebut, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim masih menggunakan nama Talam dan bukan Trinity. Justeru, beberapa pihak kini inginkan penjelasan mengapa beliau berbuat demikian. Satu macam ‘teori konspirasi’ kini dikaitkan, yang antaranya mengatakan kerajaan Selangor ingin mengelak daripada berurus niaga dengan syarikat yang didakwa berlambang salib, dengan makna Trinity berteraskan konsep ‘the Father, Son and the Holy Ghost.’ Setidak-tidak pun itulah yang ditanggapkan oleh The Unspinners. Dalam isu berkaitan, blog anwaraidc.com menyiarkan satu sorotan oleh Karim Omar yang cuba mengupas apa sebenarnya di sebalik logo Trinity Corporation.

 Penulis itu mempersoalkan rasional di sebalik pertukaran nama dan logo yang menurut syarikat tersebut mendefinisikan “Group’s improved prospects and growth” sedangkan visi dan misi syarikat itu jelas emngukir hasrat “To be recognised as a responsible Developer” dan “Re-establish confidence, Provide Good Quality Products & Services, and to Ensure Their Timely Delivery.

” Sorotan serta interpretasi blog dan beberapa orang penulis menjurus kepada agenda Kristianisasi yang tidak lagi dapat disembunyikan ekoran pertukaran identiti korporat Talam Corporation. Rasional yang dikaitkan dengan isu tersebut dirasakan masih sensitif memandangkan pada tahun lalu kerajaan Selangor juga terbabit dalam kancah kontroversi berhubung pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Gereja Damansara Utama Methodist Church (DUMC), serta dakwaan oleh Datuk Dr Hassan Ali bahawa usaha memurtadkan orang Islam dilakukan di negeri Selangor.

No comments: