Thursday, September 20, 2012

Jangkaan Tun M BN lemah lepas PRU 13 wajar jadi peringatan

Anis Sofea


KUALA LUMPUR (Malaysiaaktif) -- Tun Dr Mahathir Mohamad meramalkan Barisan Nasional (BN) akan terus memerintah Malaysia selepas pilihan raya umum (PRU) ke-13, tetapi sebagai sebuah kerajaan yang lemah.

 The Malaysian Insider memetik Tun berkata ia petanda tidak baik kerana gabungan pemerintah tersebut akan lebih fokus kepada survival mereka daripada pembangunan negara. Kenyataan Tun Mahathir itu dibuat pada Forum CEO 2012 anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana semalam.




 Sehubungan itu, beliau juga mengingatkan para pemimpin kerajaan supaya berhati-hati fikirkan apa bakal berlaku jika mereka mengabaikan isu pembangunan dan kemakmuran negara. Bekas Perdana Menteri itu berkata BN perlu terus memberi mandat yang besar untuk memastikan kemakmuran Malaysia.

Menurut beliau, ini penting untuk kerajaan melaksanakan dasar-dasar yang, walaupun tidak popular, tetapi penting untuk negara. Apa yang disuarakan turut menjurus kepada isu perebutan pencalonan hingga membelakangkan keperluan untuk benar-benar bersatu segera dan membantu dalam usaha menangkis dakyah parti pembangkang yang semakin menjadi-jadi menjelang PRU Ke-13 ini.

No comments: