Anis Sofea
KUALA LUMPUR (Malaysiaaktif) -- Kementerian kewangan telah mendapati butiran bajet pembangkang dalam Bajet Bayangan 2013 mereka boleh diragui.
Kenyataan Menteri Kewangan Kedua , Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dilaporkan berkata: “Bajet bayangan pembangkang tidak menggambarkan prestasi kewangan sebenar dan ada beberapa perangkaan yang tidak kena dan tidak dijelaskan dengan terperinci.”
Dalam laporan kebanyakan akhbar semalam ,kementerian kewangan mendapati bahawa Bajet bayangan 2013 pakatan pembangkang dibuat berdasarkan anggaran angka yang tidak tepat dan tidak telus hingga boleh menyebabkan negara bankrap.
Kajian Kementerian Kewangan mendapati butiran yang diberikan pembangkang tidak mengambil kira kesan terhadap perbelanjaan operasi daripada beberapa janji yang dicadangkan dalam bajet mereka.
Namun Pakatan pembangkang yang dikepalai Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba memesongkan beberapa fakta yang telah dinyatakan oleh Ahmad Husni.
Malah dalam entri terkini blog Anwar, pakatan cuba menangkis dakwaan dengan memberi butiran dan dakwaan yang dilihat hanya mahu menyelamatkan diri mereka dari serangan berfakta pihak kerajaan.
Dilaporkan juga dalam blog itu cabaran Anwar yang mahu berdebat dengan Menteri yang semata-mata untuk mengejar populariti semata-mata di samping kononnya perlu mewujudkan Pejabat Parlimen Bajet yang tidak berpihak.
Cadangan dan serangan balas pakatan pembangkang memang sudah dijangka namun keikhlasan mereka amat diragui. Seharusnya mereka memberi terperinci cadangan mereka dengan telus dan tidak diragui.
Maka tidaklah hairan jika portal dan blog pro pembangkang akan terus menyebarkan reaksi bajet bayangan dalam blog ketua pembangkang yang mungkin sudah terlewat dan bersifat terdesak.
Apa yang dilihat Bajet bayangan mereka hanya bersifat retorik dan populis semata-mata berniat jahat untuk menghentam kerajaan BN sahaja . ia tidak langsung mahu menyelamatkan negara serta rakyat dari cengkaman kegawatan ekonomi global.
Walau bagaimanapun bajet bayangan pakatan pembangkang telah membuktikan niat sebenar pakatan pembangkang hanya untuk populis dan menang dalam pilihan raya umum sahaja tanpa menghiraukan impak terhadap negara dan tanggungjawab sosial kepada rakyat .
Monday, October 15, 2012
Rakyat mahu penyelesaian bukan hanya rawatan air murah
Anis Sofea
KUALA LUMPUR (Malaysiaaktif) -- Menteri besar Selangor , Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri kini mempunyai pilihan rawatan air lebih murah tanpa keperluan untuk menaikkan tarif bagi pembinaan Langat 2, seperti dirancang Putrajaya. Malaysian Insider, melaporkan Khalid menemui satu kaedah alternatif yang berdaya maju daripada sebuah syarikat Kanada dengan menggunakan teknologi membran bagi mengeluarkan air daripada loji sedia ada dan menjadikan ia sesuai untuk kegunaan isi rumah.
Menurut beliau teknologi berkenaan mampu menjimatkan kos dalam lingkungan RM 500 juta sehingga RM 750 juta berbanding RM3bil hingga 5bil untuk membina Langat 2.
Perlu dijawab: bolehkah teknologi tersebut dilaksanakan secepat mungkin?
Jika teknologi itu semata-mata bagi mengelakkan projek Langat 2 tanpa pengaruh politik dan hanya untuk kepentingan rakyat, ia boleh diterima. Persoalan ini penting dijawab memandangkan di penjuru lain, pendirian kerajaan Selangor dalam menangani isu pemungutan sampah masih belum nampak penyelesaian. Jika ini dapat diatasi segera kemungkinan pendekatan baru Khalid berhubung rawatan air boleh diambil serius.
Umumnya rakyat mengetahui bahawa kajian mengenai Projek Rawatan Air Langat 2 telah diadakan menyeluruh dan telus. Jika langkah mencadangkan alternatif projek Langat 2 yang semata-mata tidak bersetuju dengan kerajaan pusat yang berlainan parti ia amat dikesali, kerana rakyat akan menderita .

Tuesday, October 2, 2012
Kenyataan Khairy di manipulasi pembangkang
Anis Sofea
KUALA LUMPUR (Malaysiaaktif) -- Bernama melaporkan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin UMNO menyentuh mengenai hasil kajian pasca Belanjawan Bajet 2013 Jumaat lalu, yang menunjukkan 50 peratus pengundi muda menyokong BN, 20 peratus pembangkang dan 30 peratus pengundi muda berkecuali. Namun laporan itu dipetik dan disiarkan kembali dalam Malaysiakini dengan memberi ruang kepada para pembaca membuat komen. Setakat artikel ini ditulis sebanyak 283 komen telah dibuat oleh pembaca yang rata-rata tidak bersetuju dengan kajian yang telah dibuat oleh Pemuda UMNO itu.
Pelbagai andaian dan kritikan ditulis yang menggambarkan hasil laporan diragui. Ada yang mengatakan kajian hanya dibuat di kalangan orang UMNO sahaja. Malah ada juga mengatakan sokongan hanya pada kosmetik tetapi realiti golongan muda terus menyokong pakatan pembangkang.
Persoalan sekarang apa adakah perlu Khairy terus mengatakan sokongan golongan muda hanya terikat kepada Belanjawan 2013 yang di umumkan PM?
Golongan muda sememangnya sudah diberi ruang kebebasan untuk menilai secara bijaksana. Mereka sebenarnya tidak hanya terpengaruh kepada janji yang telah diberikan dalam bajet 2013. Kerajaan BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuka ruang kepada golongan ini untuk meluahkan isi hati mereka secara terbuka. Jika diperhatikan dalam laman-laman sosial PM , golongan ini dilihat lebih kritis dan tanpa segan silu untuk memberi komen terhadap kerajaan.
Ruangan ini jelas menggambarkan keprihatinan PM yang mengutamakan golongan muda. Maka tidak perlulah mana-mana pihak untuk mengatakan hanya Belanjawan 2012 sahaja mampu mengembalikan sokongan orang muda terhadap BN. Sokongan BN sememangnya meningkat secara menyeluruh dan Belanjawan 2013 hanya momentum kemuncak kepada gambaran keprihatinan kerajaan BN kepada mereka.
Tindakan pihak pro pembangkang yang cuba menggambarkan bahawa golongan muda menentang BN hanya untuk simpati negatif yang sekadar bermatlamat untuk mewujudkan persepsi negatif.

Subscribe to:
Posts (Atom)