Anis Sofea
KUALA LUMPUR (Malaysiaaktif) -- Bernama melaporkan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin UMNO menyentuh mengenai hasil kajian pasca Belanjawan Bajet 2013 Jumaat lalu, yang menunjukkan 50 peratus pengundi muda menyokong BN, 20 peratus pembangkang dan 30 peratus pengundi muda berkecuali.
Namun laporan itu dipetik dan disiarkan kembali dalam Malaysiakini dengan memberi ruang kepada para pembaca membuat komen. Setakat artikel ini ditulis sebanyak 283 komen telah dibuat oleh pembaca yang rata-rata tidak bersetuju dengan kajian yang telah dibuat oleh Pemuda UMNO itu.
Pelbagai andaian dan kritikan ditulis yang menggambarkan hasil laporan diragui. Ada yang mengatakan kajian hanya dibuat di kalangan orang UMNO sahaja. Malah ada juga mengatakan sokongan hanya pada kosmetik tetapi realiti golongan muda terus menyokong pakatan pembangkang.
Persoalan sekarang apa adakah perlu Khairy terus mengatakan sokongan golongan muda hanya terikat kepada Belanjawan 2013 yang di umumkan PM?
Golongan muda sememangnya sudah diberi ruang kebebasan untuk menilai secara bijaksana. Mereka sebenarnya tidak hanya terpengaruh kepada janji yang telah diberikan dalam bajet 2013.
Kerajaan BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuka ruang kepada golongan ini untuk meluahkan isi hati mereka secara terbuka.
Jika diperhatikan dalam laman-laman sosial PM , golongan ini dilihat lebih kritis dan tanpa segan silu untuk memberi komen terhadap kerajaan.
Ruangan ini jelas menggambarkan keprihatinan PM yang mengutamakan golongan muda.
Maka tidak perlulah mana-mana pihak untuk mengatakan hanya Belanjawan 2012 sahaja mampu mengembalikan sokongan orang muda terhadap BN. Sokongan BN sememangnya meningkat secara menyeluruh dan Belanjawan 2013 hanya momentum kemuncak kepada gambaran keprihatinan kerajaan BN kepada mereka.
Tindakan pihak pro pembangkang yang cuba menggambarkan bahawa golongan muda menentang BN hanya untuk simpati negatif yang sekadar bermatlamat untuk mewujudkan persepsi negatif.
Showing posts with label UMNO. Show all posts
Showing posts with label UMNO. Show all posts
Tuesday, October 2, 2012
Thursday, August 4, 2011
DAKWAAN GERAKAN DALAMAN UMNO UNTUK JATUHKAN NAJIB PROPAGANDA PAS
Dakwaan Pas kononnya wujud gerakan dalam UMNO untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Alasan yang diberi adalah remeh sekali kononnya isteri ,Datin Rosmah sebagai liabiliti kepada Najib dan Barisan Nasional.
Suara Pas itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung parti itu, Datuk Mustafa Ali menerusi satu sidang media khas pagi tadi di ibu pejabat Pas Kuala Lumpur.
Menurut beliau juga terdapat gerakan dalaman yang cuba menyingkirkan Najib sebagai Pemimpin tertinggi dalam UMNO . Ia yang bertujuan kononnya untuk menyelamatkan BN dalam pilihan raya umum akan datang. Dakwaan yang mengatakan Tengku Razaleigh ditawarkan sebagai ketua pembangkang hanyalah semata-mata untuk mengaburi orang ramai tentang krisis dalaman yang berlaku dalam UMNO ujar Mustafa dalam sidang media itu.
Portal Malaysiakini dan MalaysiaInsider seperti kelazimannya melaporkan dakwaan parti Pas secara sensasi yang mahu meraih populariti serta menarai para pembaca mengunjungi portal masing.
Namun permainan politik Pas ini sudah dijangka dalam keadaan scenario politik sekarang yang lebih dipengaruhi persepsi dari realiti sebenar. Datuk Seri Najib harus bijaksana menangkis dakwaan ini agar tidak terjebak dalam gerak saraf pembangkang.
Tuesday, August 2, 2011
DiSebalik dakwaan UMNO sudah tiada ruang bebas bersuara.
Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir melahirkan kekesalan mengenai kekangan ruang bersuara dalam UMNO .Portal MalaysiaInsider dipetik mengenai komen beliau yang mendakwa terdapat pihak yang tidak berpuas hati dengan komen yang terbuka yang telah diberikan oleh Timbalan Menteri Datuk Saifuddin Abdullah ketika membincangkan isu perhimpunan Bersih 2.0 yang lepas..Komen Saifuddin mengenai cara pentadbiran Najib mengendalikan isu perhimpunan Bersih 2.0.
Jika dilihat kenyataan Abdul Kadir yang juga merupakan bekas Menteri Pelancongan mungkin hanya luahan orang yang menggagap tiada lagi ruang untuk memberi pandangan dalam UMNO. Justeru itu beliau menyertai Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) sebagai ruang yang kononnya dapat menyuarakan pendapat dan debat secara terbuka.
Jawatan sebagai timbalan Pengerusi Amanah yang dipegang oleh Abdul Kadir mungkin menjadi faktor beliau begitu lantang sekali mengkritik UMNO. Adakah pandangan beliau adalah luahan hati semua ahli-ahli UMNO atau segelintir individu yang tidak berpuas hati kerana tiada jawatan penting dalam UMNO.
Memang beliau sebagai ahli UMNO memang berhak untuk memberi pandangan tetapi saluran dan sedia ada perlu digunakan sepenuhnya. Pada masa sekarang UMNO yang senantiasa dikritik hebat oleh parti pembangkang sewajarnya sebagai bekas Menteri harus menyalurkan pandangan secara membina demi memartabatkan perjuangan UMNO agar kekal berkuasa dan tidak dijadikan medan untuk meraih populariti.
Seharusnya jika mahu bersuara membina kita harus telus dan tiada motif tersirat agar imej dan kredibiliti dapat terpelihara serta tidak menyinggung mana-mana pihak .

Thursday, July 28, 2011
Helah Pembangkang Pecah Belah UMNO
Helah Pembangkang cuba merenggangkan hubungan antara Datuk Seri Najib Tun Razak dengan timbalan beliau Tan Sri Muhyiddin Yasin telah diketahui umum. Terkini pakatan pembangkang mengambil kesempatan dialog antara wakil perserta Persidangan Tahunan Pemimpin Pelajar Malaysia ke-5 di Kuala Lumpur semalam yang bertanya Datuk Seri Najib berkenaan dengan isu Melayu dan Malaysia yang mana diberi keutamaan.
Niat yang sengaja dicipta bagi mencetus polemik pepecahan dalam Kerajaan memang dijangka kerana popularity pakatan rakyat semakin merundum. Bagi Tony Pua yang merupakan Ketua Publisiti bagi parti DAP yang kelihatan semakin terdesak berikutan laporan Suruhajaya DiRaja Teoh beng Hock yang tidak memihak kepada parti DAP. Mereka perlu mencari isu dan alasan yang menarik kembali sokongan rakyat dan cuba mengaburi mata dari isu kepincangan sebenar gabungan parti pembangkang.
Portal MalaysiaInsider dengan jelas tajuk “DAP: Najib afraid to defend 1 Malaysia” yang juga turut dilihat mahu mencetuskan suasana yang tidak mesra orang ramai tentang kejayaan 1Malaysia yang Berjaya menarik perhatian.
Ketakutan DAP terhadap kejayaan 1Malaysia kelihatan semakin jelas.

Subscribe to:
Posts (Atom)