Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir melahirkan kekesalan mengenai kekangan ruang bersuara dalam UMNO .Portal MalaysiaInsider dipetik mengenai komen beliau yang mendakwa terdapat pihak yang tidak berpuas hati dengan komen yang terbuka yang telah diberikan oleh Timbalan Menteri Datuk Saifuddin Abdullah ketika membincangkan isu perhimpunan Bersih 2.0 yang lepas..Komen Saifuddin mengenai cara pentadbiran Najib mengendalikan isu perhimpunan Bersih 2.0.
Jika dilihat kenyataan Abdul Kadir yang juga merupakan bekas Menteri Pelancongan mungkin hanya luahan orang yang menggagap tiada lagi ruang untuk memberi pandangan dalam UMNO. Justeru itu beliau menyertai Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) sebagai ruang yang kononnya dapat menyuarakan pendapat dan debat secara terbuka.
Jawatan sebagai timbalan Pengerusi Amanah yang dipegang oleh Abdul Kadir mungkin menjadi faktor beliau begitu lantang sekali mengkritik UMNO. Adakah pandangan beliau adalah luahan hati semua ahli-ahli UMNO atau segelintir individu yang tidak berpuas hati kerana tiada jawatan penting dalam UMNO.
Memang beliau sebagai ahli UMNO memang berhak untuk memberi pandangan tetapi saluran dan sedia ada perlu digunakan sepenuhnya. Pada masa sekarang UMNO yang senantiasa dikritik hebat oleh parti pembangkang sewajarnya sebagai bekas Menteri harus menyalurkan pandangan secara membina demi memartabatkan perjuangan UMNO agar kekal berkuasa dan tidak dijadikan medan untuk meraih populariti.
Seharusnya jika mahu bersuara membina kita harus telus dan tiada motif tersirat agar imej dan kredibiliti dapat terpelihara serta tidak menyinggung mana-mana pihak .
No comments:
Post a Comment