Blog Lim Kit Siang dalam posting terbarunya menjangka Pilihan Raya Umum yang ke 13 akan diadakan paling awal bulan Oktober dan November. Blog itu dengan angkuh menyasarkan kemungkinan berlaku pertukaran kerajaan di Putrajaya.
Kit Siang dilihat sedaya upaya mahu meyakinkan rakyat Malaysia tentang perlunya untuk menukar kerajaan Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat .Beliau turut menyelar ketidakmampuan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional alam proses transformasi. Proses itu gagal kerana dilihat masih mengamalkan amalan yang lama dalam pentadbiran. Ini termasuk pemilihan Datuk G. Palanivel kembali menjadi Menteri penuh, menangani perhimpunan Bersih 2.0 dengan mengaburi hak asasi manusia termasuk menahan enam ahli PSM di bawah ordinan Darurat.
Langkah tokoh veteran DAP ini membangkitkan isu-isu yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional hanya untuk meraih simpati para pembaca. Lim kit siang harus menilai keberkesanan pimpinan anak beliau, Lim Guan Eng yang menerajui kerajaan Pulau Pinang terlebih dahulu sebelum mengatakan Kerajaan Persekutuan tidak cekap lemah dan penuh dengan rasuah. Malah dengan kepincangan dalam kerjasama DAP dan Pas telah dilihat berlaku di Kedah dan Selangor di mana prinsip Islam Pas telah digadai bagi menjuarai sokongan rakyat yang berselindung di sebalik ketelusan.
Walaupun beberapa langkah yang telah diambil oleh kerajaan Barisan Nasional dilihat tidak popular seperti menangani perhimpunan haram Bersih 2.0 tetapi ia telah berjaya menambahkan keyakinan orang ramai terhadap pihak berkuasa dalam mengawal suasana yang mengancam negara.
Jelaslah sebarang proses penambahbaikan dalam UMNO dan Barisan Nasional memerlukan maklum balas yang membina dari orang ramai bukan tohmahan hentam kromo yang mempunyai niat jahat dan mengejar politik sempit.
No comments:
Post a Comment