Wednesday, August 10, 2011

BERSIH 2.0 hanya mahu menangkan Pakatan dalam pilihan raya TIDAK LEBIH DARI ITU.

Penganalisis politik Wong Ching Huat dalam seminar yang diadakan di Universiti Monash Sunway semalam mendakwa sentimen rakyat telah mula berubah kesan perhimpunan Bersih 2.0 yang diadakan pada 9 julai lalu. Wong yang juga merangkap ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 turut menggambarkan sokongan rakyat kepada Pakatan pembangkang akan terus meningkat.

Hasil dari kajian beliau menjangkakan Pakatan mampu merampas 100 kerusi parlimen dalam pilihan raya umum akan datang. Malah Wong juga dilihat yakin dengan sokongan rakyat terhadap pembangkang semakin meningkat terutama selepas gerakan Bersih 2.0. Beliau turut meramalkan kekalahan teruk bagi parti MCA terutama di Kedah dan pada masa yang sama kekalahan teruk bagi Datuk Ibrahim Ali sekiranya beliau masih menjadi calon di Pasir Mas .

Wong pada masa yang sama mendakwa kerajaan Barisan Nasional menggunakan pendekatan untuk menakut-nakutkan rakyat dengan menggunakan sepenuhnya agensi –agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan seperti Perkasa . Pendekatan itu telah digunakan semasa pilihan raya negeri Sarawak yang lepas.

Persoalan yang timbul jika kita dapat menilai maksud tersirat Wong hanya mahukan kemenangan pada pihak pembangkang yakni pakatan rakyat . Tidak memperjuangkan kononnya wujud kepincangan dalam Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR). Desakan untuk menuntut pilihan raya yang adil seperti yang dilaung-laung BERSIH 2.0 hanyalah dijadikan alat untuk meraih simpati rakyat bagi mendapat sokongan kepada pakatan rakyat pada pilihan raya umum yang ke 13.

No comments: