Wednesday, November 21, 2012

DAP tetap mahu Anwar jadi PM jika pembangkang menang PRU 13





Anis Sofea Parti cauvinis cina, Parti Tindakan Demokratik atau Democratic Action Party (DAP) dilaporkan bertegas mahukan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia jika gabungan pembangkang menang majoriti dalam pilihan raya umum akan datang. Dalam laporan yang disiarkan oleh portal MalaysiaInsider hari ini, DAP menerusi Setiausaha Agung, Lim Guan Eng menegaskan bahawa keputusan bersama antara tiga parti iaitu DAP, PKR dan Pas telah bersetuju secara konsensus untuk melantik Anwar sebagai Perdana Menteri. Ketegasan Guan Eng jelas boleh membayangkan DAP tidak setuju dengan desakan perwakilan Pas semasa Muktamar Pas yang telah berlangsung di Kelantan mahukan presiden Pas Datuk Seri Hadi Awang sebagai Perdana Menteri jika gabungan pembangkang menang pilihan raya umum. Ini amat berbeza dengan kenyataan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar apabila dihujani persoalan berhubung cadangan yang disuarakan oleh penyokong Pas untuk melantik Hadi sebagai Perdana Menteri, beliau dilihat bermain dengan kata-kata dan taktik untuk mengelakkan dimanipulasi serta menjaga hati ahli-ahli parti gabungan pembangkang. Namun ketegasan yang disuarakan oleh DAP ini menggambarkan bahawa persengketaan dalaman pakatan pembangkang ini tidak dapat ditutup di mana ketiga-tiga gabungan pembangkang ini terutamanya Pas sanggup menggadaikan prinsip asas penubuhan parti mereka demi mencapai matlamat untuk menang pilihan raya sahaja. Persoalan sekarang bagaimanakah pendirian rakyat Malaysia dalam pilihan raya umum yang akan datang? Sama ada terus kekal menyokong Barisan Nasional atau mengambil risiko untuk memilih pakatan pembangkang yang rapuh. Sebarang kesilapan bukan hanya memusnahkan harapan anak bangsa kita malah mungkin jua akan mencetuskan huru-hara dalam negara Malaysia yang aman makmur. Parti yang memerintah seperti BN juga perlu senantiasa melakukan penambahbaikan berterusan bagi mengembalikan keyakinan orang ramai yang pernah terhakis di beberapa negeri semasa pilihan raya 2008 lepas.

Tuesday, November 20, 2012

Wajar PKR desak agensi asing demi capai matlamat?

Anis Sofea


 Pengarah Strategi PKR yang Rafizi Ramli dilaporkan akan mengetuai delegasi empat orang ke Hong Kong esok untuk mendesak Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah (ICAC) membuka semula siasatan rasuah terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman.


 Portal The Malaysian Insider melaporkan Rafizi yang telah dihalang bercakap di lobi parlimen Malaysia , akan cuba melobi bagi meyakinkan penggubal undang-undang Hong Kong berhubung perkara tersebut. Taktik Rafizi yang kononnya mahu memulihkan kredibiliti agensi Hong Kong itu sengaja dijadikan senjata supaya pendirian asal ICAC berubah demi mencapai matlamat politik sempit untuk jejas kredibiliti kerajaan Malaysia.

 Sikap yang dipertontonkan oleh Rafizi dilihat hanya untuk meraih populariti murahan bagi meyakinkan segelintir rakyat bahawa tindakan beliau dan PKR adalah wajar.

 Adakah tindakan mendesak penggubal undang-undang ini wajar? Tidakkah beliau fikirkan jika terdapat rakyat asing cuba mempengaruhi agensi Kerajaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia langkah yang bernas?

 Ini boleh menggambarkan kepada kita rakyat biasa bahawa begitu terdesaknya PKR terutama Rafizi untuk popular.

 Tindakan beliau bukan sahaja memalukan negara malah sengaja mahu menconteng arang ke muka sendiri. Jika berjaya tindakan beliau, ia jelas membuktikan bahawa PKR memang terdesak dan sengaja cuba sedaya upaya untuk hentamkan dan jatuhkan kredibiliti kerajaan tanpa memikirkan langkah itu bijak atau sebaliknya.

Tuesday, November 6, 2012

Anwar akhirnya akui Najib sukar ditandingi.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya mengakui bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merupakan pesaing politik yang sukar ditandingi.


 Datuk Seri Anwar Ibrahim



 Namun seperti kebiasaan ego tebal ketua umum parti Keadilan Rakyat (PKR) itu masih yakin bahawa prestasi Barisan Nasional (BN) tidak akan menjadi lebih baik seperti pilihan raya 2008. Reaksi Anwar yang dilaporkan oleh Malaysian Insider itu turut memuatkan kenyataan beliau tentang kelemahan komponen BN yang diterajui oleh Najib.

Ini bukan sahaja berlandaskan populariti Najib yang semakin meningkat,tetapi juga usaha ahli-ahli komponen BN dalam usaha mengembalikan keyakinan pengundi dan sokongan orang ramai. Laporan portal berita itu turut memperincikan kedudukan kerusi komponen BN yang teruk mengalami kekalahan,antaranya di kawasan parlimen Sungai Siput di mana Presiden MIC ketika itu, Datuk Seri S Samy Vellu kalah teruk, walauapun kawasan itu sejak sekian lama merupakan kubu kuat beliau.

 Perubahan drastik mungkin kembali ke BN atau sebaliknya amat bergantung kepada keyakinan rakyat terhadap kepimpinan sesuatu parti. Pakatan pembangkang mungkin berjaya mengalihkan perhatian rakyat daripada isu-isu pergolakan dalaman parti mereka dengan mensensasikan situasi para pemimpin BN.

 Hakikatnya keyakinan orang ramai terhadap BN, terutama Perdana Menteri banyak membantu memulihkan persepsi negatif yang dilemparkannya oleh pembangkang. Janji-janji yang dibuat oleh BN dalam manifesto serta majlis penjumpaan bersama rakyat telah dilaksanakan dengan efisiennya. Ini turut menambahkan keyakinan orang ramai terhadap kerajaan yang selama ini dimomokkan oleh pembangkang.

 Walau bagaimanapun kepimpinan BN termasuk Perdana Menteri harus berwaspada dengan permainan gerak saraf yang dimainkan oleh ketua pembangkang ini. Jerat dan perangkap Anwar bukan sahaja amat berbahaya kepada parti BN tetapi turut kepada negara. Langkah yang memuji Datuk Seri Najib mungkin untuk melihat reaksi balas yang akan digunakan kembali sebagai modal politik murahan untuk jejas kredibiliti Najib.

 Oleh yang demikian jentera BN harus mengambil inisiatif dengan menjangka gerakan perang saraf Ketua Pembangkang ini. Kenyataan Anwar yang mengakui bahawa Najib seorang yang sukar ditandingi wajar di sensasi secara waspada. Mereka perlu meyakinkan rakyat yang juga pengundi bahawa semua pemimpin BN yang akan dipilih bertanding dalam pilihan raya umum yang ke 13 nanti adalah terbaik dan sukar ditandingi oleh pakatan pembangkang.

DAP akhirkan akui kehebatan BN Selangor

OLEH: Anis Sofea


 Konvensyen DAP yang berlangsung di Selangor semalam memperlihatkan bahawa para pemimpin DAP akhirnya mengakui kehebatan BN Selangor dalam memainkan sentimen perkauman yang mampu menarik masyarakat Melayu di luar bandar. Dalam laporan portal MalaysiaInsider hari ini menyiarkan gesaan para pemimpin DAP agar ahli untuk bekerja keras dan tidak berdiam diri di samping meniup keyakinan untuk mereka kembali berkuasa dalam pilihan raya umum akan datang.



Pengerusi DAP Selangor Teresa Kok dan timbalannya Tony Pua mengakui ujian terbesar PR adalah menawan kawasan pedalaman yang majoritinya dihuni orang Melayu dan deposit tetap undi untuk UMNO. “Kebanyakan orang mahu kami kembali memerintah Selangor, namun jika UMNO sering memainkan sentimen keagamaan, dan perkauman, ia akan merosakkan peluang kami untuk menang,” kata Kok.


 Namun jika kita lihat kenyataan yang dibuat oleh para pemimpin DAP berkenaan yang mendakwa BN memainkan sentimen agama dan perkauman wajar diperhalusi. DAP dikatakan merupakan kononnya parti berbilang bangsa tetapi nyata didominasi oleh kaum cina sahaja di peringkat tertinggi . Jika diteliti kemenangan DAP dalam pilihan raya umum yang lepas dan pilihan raya kecil di Sarawak undi yang diberikan lebih bersifat simpati dan desakan pengaruh perkauman terutama kaum Cina .

 Di kawasan yang majoriti atau kurang bangsa cina serta bangsa lain yang tegar dan tidak mudah terpengaruh dengan sentimen perkauman , DAP tidak akan meletakkan calon nya. Ini kerana parti itu sedar bahawa kemenangan mereka terletak kepada undi dari kaum cina serta kaum-kaum lain yang mudah terpengaruh dengan tohmahan serta dakwaan negatif mereka kepada kerajaan dan BN khasnya. DAP telah memainkan sentimen Melayu terlebih dahulu dengan mendakwa UMNO bersikap perkauman dan memperjuangkan satu bangsa sahaja. Mereka perlu sedar apa yang di war-war kan oleh UMNO adalah hak yang termaktub dalam perlembagaan yang telah dibuat sekian lama.

 Maka tidak hairanlah mereka sebenarnya sengaja memainkan sentimen perkauman. Hanya sesetengah golongan Melayu yang alpa mudah terpengaruh dengan permainan politik murahan DAP itu. Walau bagaimanapun apa yang dapat dirumuskan DAP negeri Selangor dilihat semakin gentar dengan kebangkitan BN dan UMNO Selangor dengan kempen yang berterusan. Mereka sedar bahawa dengan memenangi kawasan bandar yang rata-rata terdiri dari kaum Cina sahaja tidak akan membantu mereka .


Oleh yang demikian 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada pilihan raya umum akan datang bakal menyaksikan persaingan sengit negeri paling kaya di Malaysia sama ada berada di takuk lama yang penuh dengan kontroversi atau berubah untuk kembali kepada BN. Barisan Nasional Selangor yang terdiri dari UMNO, MCA dan MIC perlu mengembalikan keyakinan rakyat dengan memperbaiki kelemahan yang lepas dan meningkatkan mengutamakan keperluan rakyat yang semakin telus dan mahukan perubahan ke arah kebaikan untuk semua.