Tuesday, November 6, 2012

DAP akhirkan akui kehebatan BN Selangor

OLEH: Anis Sofea


 Konvensyen DAP yang berlangsung di Selangor semalam memperlihatkan bahawa para pemimpin DAP akhirnya mengakui kehebatan BN Selangor dalam memainkan sentimen perkauman yang mampu menarik masyarakat Melayu di luar bandar. Dalam laporan portal MalaysiaInsider hari ini menyiarkan gesaan para pemimpin DAP agar ahli untuk bekerja keras dan tidak berdiam diri di samping meniup keyakinan untuk mereka kembali berkuasa dalam pilihan raya umum akan datang.



Pengerusi DAP Selangor Teresa Kok dan timbalannya Tony Pua mengakui ujian terbesar PR adalah menawan kawasan pedalaman yang majoritinya dihuni orang Melayu dan deposit tetap undi untuk UMNO. “Kebanyakan orang mahu kami kembali memerintah Selangor, namun jika UMNO sering memainkan sentimen keagamaan, dan perkauman, ia akan merosakkan peluang kami untuk menang,” kata Kok.


 Namun jika kita lihat kenyataan yang dibuat oleh para pemimpin DAP berkenaan yang mendakwa BN memainkan sentimen agama dan perkauman wajar diperhalusi. DAP dikatakan merupakan kononnya parti berbilang bangsa tetapi nyata didominasi oleh kaum cina sahaja di peringkat tertinggi . Jika diteliti kemenangan DAP dalam pilihan raya umum yang lepas dan pilihan raya kecil di Sarawak undi yang diberikan lebih bersifat simpati dan desakan pengaruh perkauman terutama kaum Cina .

 Di kawasan yang majoriti atau kurang bangsa cina serta bangsa lain yang tegar dan tidak mudah terpengaruh dengan sentimen perkauman , DAP tidak akan meletakkan calon nya. Ini kerana parti itu sedar bahawa kemenangan mereka terletak kepada undi dari kaum cina serta kaum-kaum lain yang mudah terpengaruh dengan tohmahan serta dakwaan negatif mereka kepada kerajaan dan BN khasnya. DAP telah memainkan sentimen Melayu terlebih dahulu dengan mendakwa UMNO bersikap perkauman dan memperjuangkan satu bangsa sahaja. Mereka perlu sedar apa yang di war-war kan oleh UMNO adalah hak yang termaktub dalam perlembagaan yang telah dibuat sekian lama.

 Maka tidak hairanlah mereka sebenarnya sengaja memainkan sentimen perkauman. Hanya sesetengah golongan Melayu yang alpa mudah terpengaruh dengan permainan politik murahan DAP itu. Walau bagaimanapun apa yang dapat dirumuskan DAP negeri Selangor dilihat semakin gentar dengan kebangkitan BN dan UMNO Selangor dengan kempen yang berterusan. Mereka sedar bahawa dengan memenangi kawasan bandar yang rata-rata terdiri dari kaum Cina sahaja tidak akan membantu mereka .


Oleh yang demikian 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada pilihan raya umum akan datang bakal menyaksikan persaingan sengit negeri paling kaya di Malaysia sama ada berada di takuk lama yang penuh dengan kontroversi atau berubah untuk kembali kepada BN. Barisan Nasional Selangor yang terdiri dari UMNO, MCA dan MIC perlu mengembalikan keyakinan rakyat dengan memperbaiki kelemahan yang lepas dan meningkatkan mengutamakan keperluan rakyat yang semakin telus dan mahukan perubahan ke arah kebaikan untuk semua.

No comments: