Muhd Irfan
Isu kalimah Allah yang menjadi pertikaian Pas dengan Dap tidak mendapat liputan lidah rasmi Pas sama ada menerusi akhbar harakah mahu pun portal beritanya, harakahonline sebaliknya isu tersebut lebih banyak disiarkan oleh akhbar-akhbar arus perdana sekali gus menimbulkan persoalan, sejauh mana pendirian penyokong dan penerimaan ahli-ahli Pas dalam isu tersebut?
Walaupun Pas menganggap isu tersebut sudah selesai berikutan keputusan yang dikeluarkan oleh Majis Syura Ulama, tindakan Pengerusi Dap Karpal Singh yang terus membangkitkan, mempersoalkan dan mempertikaikan keputusan Majlis Syura Ulama itu memaksa beberapa pemimpin ulama Pas lantang bersuara.
Jika dilihat, hanya beberapa pemimpin parti itu seperti Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib dan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din sahaja yang tampil secara konsisten mempertahankan keputusan tersebut.
Namun beberapa pemimpin kanan parti itu memilih untuk berdiam diri termasuk Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan Naib-naib Presiden seperti Datuk Mahfuz Omar, Datuk Husam Musa, Salahuddin Ayub. Cuma Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilihat senada dengan pendirian Harun Taib dan Haron Din.
Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang mungkin ada sebab untuk berdiam diri setelah menyedari kesilapan mereka membelakangnkan Majlis Syura sebelum ini. Tetapi bagaimana dengan pemimpin-pemimpin tertinggi lain dalam parti itu yang sepatutnya tampil dan berani untuk menyokong pendirian Dewan Ulama dan Majlis Syura jika mereka berasakan perjuangan dan pendirian Pas perlu dipertahankan walau dengan apa cara sekalipun.
Apakah mereka diarah untuk berdiam diri atau mengambil jalan tengah untuk mengelak timbulnya konflik yang lebih parah antara parti itu dengan sekutu dalam gabungan pembangkang. Pendirian sesetengah pemimpin Pas yang memilih pendekatan membisu serta tindakan dua lidah rasmi pas yang memilih tidak memuatkan kenyataan-kenyataan pemimpin ulama mereka dalam pertikaian dengan Karpal Singh menimbulkan banyak persoalan.
Memandangkan kenyataan-kenyataan Harun Taib dan Haron Din lebih banyak disiarkan di akhbar arus perdana sedangkan umum mengetahui pengikut dan penyokong Pas sudah lama mengkuburkan akhbar-akhbar yang dianggap menjadi agen dan propaganda kerajaan itu, persoalan yang ingin dibangkitkan di sini adalah sejauh mana penyokong Pas mengetahui akan isu tersebut. Apakah akhbar harakan juga turut menerima arahan agar tidak menyiarkan kenyataan-kenyataan itu semata-mata untuk menjaga kepentingan parti tanpa mengambil kira kesannya terhadap dasar dan perjuangan Pas selama ini dan perlunya perkara itu disebarkan ke peringkat akar umbi?
Jika Hadi Awang atau Nik Aziz berdepan dengan kesukaran untyuk mengetengahkan pendirian Majlis Syura Ulama di peringkat tertinggi gabungan pembangkang, pemimpin-pemimpin Pas dan akhbar harakah perlu lebih berani dan mencontohi ketegasan Harun Taib dan Haron Din.
Pendirian sesetengah pemimpin dalam Pas yang memilih sikap membisu jelas memberi gambaran tentang situasi sebenar dalam Pas ketika ini yang berkecamuk ekoran dominasi golongan parasit dalam parti itu.
Wednesday, February 20, 2013
Monday, February 18, 2013
Gambaran Anwar lebih hebat hanya mainan persepsi Malaysiakini
Kehadiran Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke rumah terbuka anjuran Dong Zong semalam telah dilaporkan oleh portal Malaysiakini.com mendapat sambutan yang lebih meriah dari penyokong pakatan rakyat berbanding dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Namun kehadiran Anwar tidak sambut dengan tarian singa oleh tuan rumah berbanding yang telah diberikan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak. Hanya laungan ‘Reformasi’dan tepukan dari penyokong mengiringi kehadiran Anwar.
Niat portal Malaysiakini menggambarkan Anwar lebih hebat memang sudah dijangka kerana kehadiran Najib atas undangan Dong Song telah mencemaskan pakatan pembangkang yang gusar pengaruh mereka di kalangan kaum Cina mulai merosot.
Umumnya tahu bahawa hanya Barisan Nasional (BN) telah terbukti membantu kaum Cina malah kerajaan tidak pernah meminggirkan pendidikan Cina di negara ini melalui peruntukan dan langkah kerajaan itu tidak terdapat di mana-mana negara di mana kaum Cina menjadi penduduk minoriti. Malah di Singapura yang majoritinya berbangsa Cina, pendidikan Cina turut dihadkan perkembangannya.
Mengenai pendidikan Cina, apa yang ingin diperjuangkan oleh pembangkang tidak lebih daripada sandiwara politik. Malah sepanjang Anwar menjadi Menteri Pelajaran ketika berada dalam pemerintahan kerajaan BN dahulu beliau tidak meninggalkan apa-apa impak ke atas perkembangan pendidikan Cina di negara ini.
Apa yang jelas pakatan pembangkang jelas menggunakan portal Malaysiakini untuk memulihkan pengaruh Anwar di samping untuk menjejaskan kredibiliti Perdana Menteri dan BN.
Namun kehadiran Anwar tidak sambut dengan tarian singa oleh tuan rumah berbanding yang telah diberikan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak. Hanya laungan ‘Reformasi’dan tepukan dari penyokong mengiringi kehadiran Anwar.
Niat portal Malaysiakini menggambarkan Anwar lebih hebat memang sudah dijangka kerana kehadiran Najib atas undangan Dong Song telah mencemaskan pakatan pembangkang yang gusar pengaruh mereka di kalangan kaum Cina mulai merosot.
Umumnya tahu bahawa hanya Barisan Nasional (BN) telah terbukti membantu kaum Cina malah kerajaan tidak pernah meminggirkan pendidikan Cina di negara ini melalui peruntukan dan langkah kerajaan itu tidak terdapat di mana-mana negara di mana kaum Cina menjadi penduduk minoriti. Malah di Singapura yang majoritinya berbangsa Cina, pendidikan Cina turut dihadkan perkembangannya.
Mengenai pendidikan Cina, apa yang ingin diperjuangkan oleh pembangkang tidak lebih daripada sandiwara politik. Malah sepanjang Anwar menjadi Menteri Pelajaran ketika berada dalam pemerintahan kerajaan BN dahulu beliau tidak meninggalkan apa-apa impak ke atas perkembangan pendidikan Cina di negara ini.
Apa yang jelas pakatan pembangkang jelas menggunakan portal Malaysiakini untuk memulihkan pengaruh Anwar di samping untuk menjejaskan kredibiliti Perdana Menteri dan BN.
Tuesday, February 5, 2013
Ugutan Bakar Lynas gambarkan sikap radikal aktivis himpunan hijau.
Ancaman untuk membakar loji nadir bumi kontroversi
Lynas Corps telah dibuat oleh kumpulan aktivis alam sekitar Himpunan Hijau. Ia
akan dibuat sekiranya kerajaan baru yang dipilih selepas pilihan raya umum yang
ke 13 ini gagal menutup loji berkenaan.
gambar hiasan ;-) |
Portal The Malaysian Insider hari ini menyiarkan kenyataan pengerusi Himpunan Hijau yang
anti Lynas , Wong Tack mengancam akan membakar
loji pemprosesan tersebut dengan rasa “marah dan kecewa” jika kerajaan
pemerintah Barisan Nasional (BN) masih kekal berkuasa.
Namun jika Pakatan
pembangkang berjaya menawan Putrajaya mereka akan turut menuntut janji untuk
menutup Lynas dan akan memberontak serta membakar jika janji tidak ditunaikan.
Malah gerakan himpunan
hijau turut mendesak agar perlombongan Emas Bukit Koman yang didakwa mengguna
sianida turut ditutup.
Ancaman radikal seperti
membakar loji Lynas yang dikeluarkan
oleh gerakan himpunan hijau ini dilihat amat keterlaluan. Mereka sebenarnya
tahu bahawa ancaman membakar mungkin
jenayah dan menyalahi undang-undang, namun atas mencari populariti mereka
membuat demikian.
Tindakan gerakan
himpunan hijau yang mendesak keterlaluan
jelas menggambar sikap sebenar mereka yang begitu taksub perjuangan mereka tanpa menghiraukan batasan
undang-undang.
Bayangkan sesebuah
negara tanpa undang-undang dan peraturan pasti akan porak peranda dan tiada
kemajuan akan berlaku.
Malaysia tidak perlu
golongan yang radikal seperti ini berada dalam negara. Pihak berkuasa perlu
tegas menangani isu ancaman ini dari terus dikeluarkan sewenang-wenangnya.
Budaya yang dipelopori
oleh barat ini bukan tidak menguntungkan
negara malah boleh menghancurkan kestabilan ekonomi negara.
Oleh yang demikian
rakyat perlu sedar bahawa himpunan hijau ini tidak menggambarkan budaya
nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.
Jelas sebenarnya mereka
telah diracuni oleh budaya kuning yang dibawa oleh pakatan pembangkang dan ia amat merbahaya
kepada kemakmuran negara Malaysia .
Monday, February 4, 2013
DAP dan Kerajaan negeri Selangor hanya untuk mencetus persepsi negatif terhadap Kerajaan Pusat akibat kegagalan urus tadbir negeri .
Anis
Sofea
Peruntukan tambahan
sebanyak RM 120 kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang diumumkan
oleh Perdana Menteri pada Sabtu tidak disenangi oleh pemimpin DAP.
Tony Pua yang merupakan
ketua publisiti DAP telah dilaporkan oleh portal MalaysiaInsider pada isnin mendakwa pemberian peruntukan hanya untuk
menyelamatkan Syabas yang didakwa syarikat kroni kepada UMNO.
Malah kenyataan Menteri
Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dilihat angguh dengan mendakwa peruntukan
itu bukan untuk kebaikan rakyat Selangor tetapi hanya kepada Syabas.
Di samping itu Tony
Pua mendakwa jika peruntukan tambahan
yang diberikan untuk membantu Syabas maka projek Loji Rawatan Air Langat 2 tidak seharusnya diteruskan atas
dakwaan bahawa Selangor tidak mempunyai masalah kekurangan air mentah. Hanya
masalah ialah pihak Syabas tidak menjaga dan membaik pulih Rumah Pam yang sedia
ada dijadikan alasan utama.
Persoalan sekarang,
secara logiknya isu bekalan air tidak perlu dipolitikkan. Peruntukan yang
diberikan oleh kerajaan Pusat kerana tindakan pihak kerajaan negeri Selangor yang
menghentikan peruntukan atas alasan yang remeh.
Dakwaan kononnya
kegagalan pihak Syabas mengawal kehilangan air terawat dalam sistem pengagihan
bekalan air adalah masalah yang berpanjangan. Namun usaha Syabas senantiasa pro
aktif seperti memantau kes kecurian
bekalan air yang saban hari keluar di akhbar tidak dihiraukan oleh kerajaan
negeri.
Manfaat projek Loji
Rawatan Air Langat 2 sengaja dipolitikkan. Keperluan loji ini adalah bagi
menampung keperluan permintaan yang senantiasa bertambah saban hari.
Jika dilihat pertumbuhan
taman-taman perumahan baru dan industri yang semakin banyak pastinya keperluan
bekalan air akan meningkat.
Oleh yang demikian
langkah yang dibuat oleh Kerajaan Pusat dengan meneruskan Projek Loji Rawatan
Air Langat 2 untuk jangka panjang. Ia bagi mengelakkan krisis bekalan ai serius
seperti tahun 1997 berulang kembali.
Tindakan pemimpin DAP
dan Kerajaan negeri Selangor hanya untuk mencetus persepsi negatif terhadap
Kerajaan Pusat akibat kegagalan urus tadbir negeri di bawah pakatan
pembangkang.
Subscribe to:
Posts (Atom)