Showing posts with label Anwar. Show all posts

Tuesday, August 3, 2010

"Buang yang keruh..." Oleh Kalimullah Hassan

BAGAIMANA agaknya rupa catatan buku sejarah tahun-tahun mendatang dalam merekodkan segala yang berlaku dalam tempoh enam tahun terakhir ini? Apakah rakyat akan mengetahui apa sebenarnya yang berlaku? Apakah mereka hanya akan mengingati keperitan krisis kewangan, kegawatan politik, keganasan tunjuk perasaan, kejatuhan seorang Timbalan Perdana Menteri dan lupa bagaimana semuanya bermula?

(Rencana ini ditulis oleh Kalimullah Hassan Bekas Ketua Pengarang NST selepas sahaja pilihan raya 2004. Ini jelas membuktikan hasrat beliau untuk membawa Anwar Ibrahim ke dalam UMNO dalam satu konspirasi untuk menghalang Dato’ Sri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia”Bagaimanakah sejarah akan mengadili dua individu utama yang terbabit secara langsung - Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim? Siapa yang dapat memberi jawapannya?)

Kalimullah Hassan
Berita Minggu
5 September 2004

BAGAIMANA agaknya rupa catatan buku sejarah tahun-tahun mendatang dalam merekodkan segala yang berlaku dalam tempoh enam tahun terakhir ini?
Apakah rakyat akan mengetahui apa sebenarnya yang berlaku? Apakah mereka hanya akan mengingati keperitan krisis kewangan, kegawatan politik, keganasan tunjuk perasaan, kejatuhan seorang Timbalan Perdana Menteri dan lupa bagaimana semuanya bermula?

Bagaimanakah sejarah akan mengadili dua individu utama yang terbabit secara langsung - Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim? Siapa yang dapat memberi jawapannya?

Kini Anwar sudah bebas. Beliau bertarung hampir enam tahun bagi mendapatkan nikmat kebebasan itu dan jalan ceritanya diikuti dari mula hingga ke akhir oleh rakyat negara ini walaupun dari kaca mata berbeza.

Gegaran berikutan pemecatan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 2 September 1998 paling kuat dirasakan di Kuala Lumpur apabila penyokongnya meluahkan rasa tidak puas hati menerusi demonstrasi jalanan yang kebiasaannya disulami keganasan.

Rakyat bukannya terkejut kerana Anwar dipecat. Itu cuma proses perjalanan politik. Sebaliknya, perkara yang mengusutkan pemikiran masyarakat ialah apa yang menyusul selepas beliau digugurkan.

Ketika dalam tahanan, Anwar dipukul oleh Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor.

Apabila Anwar tampil di mahkamah bagi menghadapi tuduhan rasuah dan liwat dengan mata lebamnya, seluruh negara terpempan dan tergamam, termasuk golongan yang kurang senang dengan cara politik Anwar selama ini.

Maka, bermulalah jenaka, atau lebih tepat lagi – tragedi- kesilapan demi kesilapan. Affidavit mengandungi butiran terperinci perlakuan seksual yang didakwa membabitkan beliau, sampai ke pengetahuan umum dan media sebelum ia difailkan di mahkamah. Tilam yang didakwa mempunyai kesan hasil hubungan seks turut dibawa ke mahkamah. Sahabat dan rakan perniagaan Anwar turut disoal siasat oleh polis.

Segala-galanya semakin menjadi-jadi hingga sukar diterima oleh mereka yang tidak berpihak kepada sesiapapun, manakala kemarahan turut memuncak di dada kebanyakan rakyat.

Bertitik tolak daripada insiden mata lebam, pihak berkuasa kian menampakkan ketidakcekapannya hinggakan rakyat mula berfikir apakah benar wujud konspirasi seperti mana didakwa anwar dan penyokongnya.

Apabila peguamnya, Karpal Singh dan isteri Anwar, Datin Seri Wan Azizah Ismail, menuduh kerajaan cuba meracun Anwar denga Arsenik, ramai yang tertanya-tanya mungkinkah ia ada kebenarannya.

Pelbagai pihak di seluruh dunia meluahkankeprihatinan dan kecaman terhadap pihak berkuasa Malaysia ketika itu walaupun di akhirnya, dakwaan keracunan arsenik itu terbukti tidak benar apabila Anwar selamat pulang ke kediamannya, Khamis lalu.

Dr Wan Azizah yang menerima simpati ramai rakyat Malaysia, bersedia mempercayai apa juga kemungkinan selepas melihat layanan yang diterima suaminya, termasuk kesan lebam di mata.

Pelbagai tanggapan negatif yang timbul menyebabkan Barisan Nasional (BN) menerima padah pada Pilihan Raya Umum 1999. Walaupun masih memperoleh 75 peratus daripada kerusi dipertandingkan, undi popular parti pemerintah itu jatuh secara mendadak disamping kehilangan kuasa memerintah di dua negeri – Kelantan dan Terengganu – kepada pakatan pembangkang yang dibarisi Pas, DAP serta Parti Keadilan Nasional (Keadilan) pimpinan Dr Wan Azizah.

Bagi kebanyakan rakyat yang tidak berpihak kepada sesiapa, keputusan itu adalah pembalasan mereka kepada BN dan Umno pimpinan Dr Mahathir. Ketika itu, segala sasaran dan kecaman dilontar kepada Dr Mahathir kerana beliaulah yang memecat Anwar kerana didakwa seorang homoseks. ‘Polis Mahathir’ yang membelasah Anwar, ‘Sistem Kehakiman Mahathir’ yang membicarakan Anwar dan ‘Pentadbiran Mahathir’ yang mendakwa Anwar.

Dr Mahathir memecat Anwar atas alasan timbalannya itu tidak layak menjadi penggantinya kerana Malaysia menjunjung Islam sebagai agama rasmi dan homoseksualiti dilarang dalam Islam.

Ketika Malaysia bergelumang dengan kegawatan ekonomi di tengah-tengah krisis mata wang pada 1998, Dr Mahathir dilihat sebagai pemimpin yang berhempas pulas mempertahankan kedudukannya. Sesetengah pihak menganggap pemecatan Anwar adalah usaha bagi menyingkirkan pesaing utamanya bagi membolehkan Dr Mahathir terus berkuasa.

Anwar adalah ahli politik yang handal. Rakyat Malaysia mengetahui hakikat itu sebelum beliau dipecat dan ditangkap lagi. Dan Anwar meneruskan perjuangannya di pentas politik, walaupun ketika di mahkamah.

Beliau menjadikan ketidakadilan yuang dilaluinya sebagai modal – detik dipukul, pelanggaran proses perundangan dalam penyebaran afidavit, gangguan ke atas sahabatnya dan penghinaan secara terbuka di hadapan isteri serta enam anaknya yang tidak bersalah.

Memang mudah untuk bersimpati dengan Anwar. Beliau muda, pandai berhujah, kacak, kelakar, tahu apa yang patut diperkatakan depan khalayak berbeza dan paling utama, Anwar adalah simbol kejayaan. Beliau sentiasa memaparkan kelainan dan asalnya pemimpin pelajar yang meniti anak tangga untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Namun demikian, ramai juga yang tidak gemar dengan cara Anwar berpolitik. Ketika penyokong Anwar cuba memalukan Dr Mahathir pada Perhimpunan Agung UMNO 1998 menerusi ucapan mengenai ‘kronisme, rasuah dan pakatan’ dalam pemberian projek kerajaan, Dr Mahathir selaku ahli politik berpengalaman bertindak balas apabila mendedahkan senarai kontrak yang diperoleh rakan dan ahli keluarga Anwar.

Satu negara membaca senarai itu dan seluruh Malaysia juga mengetahui mengenai cubaan Anwar menyingkirkan Dr Mahathir – individu yang membawa Anwar menyertai UMNO untuk bertanding pada pilihan raya umu 1982

Gara-gara percubaan Anwar pada 1997, mudah untuk mempercayai bahawa Dr Mahathir ‘membuang’ Anwar untuk menyelamatkan kedudukannya.

Tidak sukar juga untuk memandang rendah terhadap Abdul Rahim – individu yang dihormati anak buahnya kerana sentiasa menjaga kebajikan mereka tetapi digeruni pihak lain berikutan sikap pemarahnya – lebih-lebih lagi atas apa yang dilakukannya ke atas Anwar. Abdul Rahim terpaksa menerima padah atas tindakan melampaunya. Beliau kehilangan pekerjaan, dipenjarakan dan kini meneruskan hidup sendirian.

Hanya dengan satu tindakan, Abdul Rahim kehilangan segala-gala yang diusahakannya sepanjang hayat. Mungkin sejarah juga tidak akan melupakan peranan Abdul Rahim sebagai perencana hingga mendorong pemimpin dan Parti Komunis Malaya menyerah diri – parti yang membunuh ribuan rakyat, anggota polis dan tentera tanah air sepanjang 41 tahun pemberontakannya.

Begitupun, tidak ramai mampu menghulurkan simpati kepada Abdul Rahim selepas ionsiden mata lebam Anwar yang turut mencalar reputasi Malaysia di peringkat Antarabangsa. Benar, Abdul Rahim Noor sudah membayar harganya dan perlu terus berbuat demikian hingga akhir hayatnya.

Dr Mahathir terpaksa mendepani segala permasalahan itu dan melihat Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore, memalukan Malaysia apabila mencemuh serta menghina Perdana Menteri di samping menggalakkan demonstrasi ‘reformasi’ yang pada hakikatnya membelenggu rakyat Malaysia dengan ketakutan hampir setiap malam.

Selepas berjaya melepasi krisis mata wang, setelah dicerca rakyat sendiri dan masyarakat antarabangsa sepanjang Anwar dipenjarakan, sokongan beransur-ansur memihak semula kepada Dr Mahathir dan UMNO apabila pemulihan ekonomi dan keselesaan kembali dikecapi.

Beliau memilih Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai timbalannya menggantikan Anwar. Dan pada ketika popularitinya kembali memuncak, Dr Mahathir mengejutkan seluruh dunia pada Jun 2002 apabila mengumumkan persaraanya daripada politik dan menamakan Abdullah mejadi pengganti.

Buat seketika, mereka yang masih mempercayai pemecatan Anwar bertujuan membolehkan Dr Mahathir bertahan dengan kuasanya, meramalkan Dr Mahathir akan mengubah fikiran. Seperti mana anwar dan Tan Sri Musa Hitam sebelum itu, mereka yakin Abdullah tidak akan menjadi Perdana Menteri.

Hakikatnya tidak sebegitu. Dr Mahathir bersara pada 31 Oktober tahun lalu dan Abdullah menjadi Perdana Menteri. Adakah Dr Mahathir memilih pengganti yang sesuai?

Masa yang menentukan. Namun jika tanda-tanda awal boleh menjadikan panduan, kita harus ingat bahawa enam bulan selepas menjadi Perdana Menteri, Abdullah berkempen ke seluruh Negara bagi meminta sokongan rakyat, terhadap dirinya dan agenda yang dibawanya.

Rakyat Malaysia memberikan kemenangan terbaik kepada BN pimpinan Abdullah pada pilihan raya Mac lalu – pencapaian paling cemerlang sejak merdeka menerusi perolehan lebih daripada 90 peratus kerusi Parlimen, merampas kembali Terengganu dan hamper mengetepikan Pas di Kelantan. Keadilan Cuma mendapat satu kerusi Parlimen, iaitu yang di sandang Dr Wan Azizah di Permatang Pauh.

Selepas Anwar dibebaskan, pemimpin parti pembangkang termasuk Anwar dan badan bukan kerajaan (NGO) memuji Abdullah dengan mengatakan beliau benar-benar ikhlas mahukan perubahan. Mereka menyifatkan Abdullah berjaya mengembalikan kebebasan sistem kehakiman.

Begitu pun, mengapa rakyat perlu terkejut? Ketika makan malam bersama hakim tidak lama selepas beliau menjadi Perdana Menteri Abdullah memberitahu bertanggungjawab mengekalkan kebebasan kehakiman dan bertindak tanpa berasa takut atau menyebelahi mana-mana pihak.

Anwar, Lim Kit Siang, Karpal Singh, NGO dan pengkritik yang menentang Dr Mahathir ternyata gembira dan mengalu-alukan keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengetepikan sabitan liwat serta hukuman penjara Sembilan tahun Anwar kerana pihak pendakwaan gagal membuktikan tanpa keraguan munasabah kes mereka.

Melihat kepada komen mereka, kita tidak dapat lari daripada memikirkan mungkinkah wujud campur tangan dalam system kehakiman dibawah pentadbiran Dr Mahathir. Benarkah begitu?
Hakim yang membebaskan Anwar – Datuk Abdul Hamid Mohamad dan Tengku Datuk Baharuddin Shah Tengku Mahmud – masing-masing dilantik menyandang jawatan mereka ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Ketika membaca penghakiman, Abdul Hamid menyentuh mengenai pelbagai perkara luar biasa yang berlaku – Anwar dipukul, tempoh adik angkat Anwar, Sukma Darmawan, disoal siasat sebelum membuat pengakuan yang membawa kepada keraguan sama ada pengakuan itu adalah sukarela atau sebaliknya, kegagalan saksi utama, Azizan Abu Bakar mengingati tarikh dan waktu sebenar kejadian dan mendapati pendakwaan gagal membuktikan tanpa keraguan munasabah kes mereka.

Apa yang diperkatakan Abdul Hamid adalah sesuatu yang dapat turut disedari oleh mereka yang mengikuti perbicaraan itu. Bagaimanapun, Abdul Hamid dan Tengku Baharuddin turut berkata, mereka menemui bukti yang mengesahkan Anwar dan Sukma terbabit dalam kegiatan homoseksual.

Penghakiman itu berbunyi: “…..kami mendapati bukti untuk mengesahkan bahawa perayu terbabit dalam kegiatan homoseksual dan kami lebih terdorong untuk mempercayai bahawa kejadian yang didakwa berlaku di Tivoli Villa, benar terjadi.”

Bagaimanapun, hakim mendapati tiada bukti kukuh menunjukkan insiden yang didakwa dilakukan Anwar itu berlaku di waktu dan tempat seperti dinyatakan dalam pertuduhan, sekali gus menimbulkan keraguan. Justeru, kedua-dua perayu perlu dibebaskan.

Apa yang diperkatakan oleh hakim terbabit ialah selepas meneliti bukti, mereka – seperti juga Dr Mahathir yang berkata beliau sendiri menemubual pihak yang menuduh Anwar – yakin Anwar dan Sukma “terbabit dalam kegiatan homoseksual.”

Abdul Rahim sudah menerima pembalasannya; sistem kehakiman mendapat kredibilitinya kembali; alasan Dr Mahathir memecat Anwar disokong oleh hakim; dan secara amnya, rakyat Malaysia mahu meletakkan noktah terhadap isu yang memecahbelahkan mereka.
Anwar kini bebas. Selepas sekian lama, isteri dan anaknya kembali mempunyai suami dan ayah.

Isu ini membuatkan banyak pihak terluka sejak enam tahun lalu. Rakan menjadi lawan, abang dan adik saling bertelagah, Negara dipalit lumpur menjijikkan.

Masanya sudah tiba untuk hidup ini diteruskan. Episod buku sejarah ini perlu ditutup tidak kiralah bagaimana masa menterjemahkannya. Jika tidak, ia akan menjadi satu lagi tragedi buat kita dan negara.
BAGAIMANA agaknya rupa catatan buku sejarah tahun-tahun mendatang dalam merekodkan segala yang berlaku dalam tempoh enam tahun terakhir ini?

Apakah rakyat akan mengetahui apa sebenarnya yang berlaku? Apakah mereka hanya akan mengingati keperitan krisis kewangan, kegawatan politik, keganasan tunjuk perasaan, kejatuhan seorang Timbalan Perdana Menteri dan lupa bagaimana semuanya bermula?

Bagaimanakah sejarah akan mengadili dua individu utama yang terbabit secara langsung - Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim? Siapa yang dapat memberi jawapannya?

Kini Anwar sudah bebas. Beliau bertarung hampir enam tahun bagi mendapatkan nikmat kebebasan itu dan jalan ceritanya diikuti dari mula hingga ke akhir oleh rakyat negara ini walaupun dari kaca mata berbeza.

Gegaran berikutan pemecatan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 2 September 1998 paling kuat dirasakan di Kuala Lumpur apabila penyokongnya meluahkan rasa tidak puas hati menerusi demonstrasi jalanan yang kebiasaannya disulami keganasan.

Rakyat bukannya terkejut kerana Anwar dipecat. Itu cuma proses perjalanan politik. Sebaliknya, perkara yang mengusutkan pemikiran masyarakat ialah apa yang menyusul selepas beliau digugurkan.

Ketika dalam tahanan, Anwar dipukul oleh Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor.

Apabila Anwar tampil di mahkamah bagi menghadapi tuduhan rasuah dan liwat dengan mata lebamnya, seluruh negara terpempan dan tergamam, termasuk golongan yang kurang senang dengan cara politik Anwar selama ini.

Maka, bermulalah jenaka, atau lebih tepat lagi – tragedi- kesilapan demi kesilapan. Affidavit mengandungi butiran terperinci perlakuan seksual yang didakwa membabitkan beliau, sampai ke pengetahuan umum dan media sebelum ia difailkan di mahkamah. Tilam yang didakwa mempunyai kesan hasil hubungan seks turut dibawa ke mahkamah. Sahabat dan rakan perniagaan Anwar turut disoal siasat oleh polis.

Segala-galanya semakin menjadi-jadi hingga sukar diterima oleh mereka yang tidak berpihak kepada sesiapapun, manakala kemarahan turut memuncak di dada kebanyakan rakyat.

Bertitik tolak daripada insiden mata lebam, pihak berkuasa kian menampakkan ketidakcekapannya hinggakan rakyat mula berfikir apakah benar wujud konspirasi seperti mana didakwa anwar dan penyokongnya.

Apabila peguamnya, Karpal Singh dan isteri Anwar, Datin Seri Wan Azizah Ismail, menuduh kerajaan cuba meracun Anwar denga Arsenik, ramai yang tertanya-tanya mungkinkah ia ada kebenarannya.

Pelbagai pihak di seluruh dunia meluahkankeprihatinan dan kecaman terhadap pihak berkuasa Malaysia ketika itu walaupun di akhirnya, dakwaan keracunan arsenik itu terbukti tidak benar apabila Anwar selamat pulang ke kediamannya, Khamis lalu.

Dr Wan Azizah yang menerima simpati ramai rakyat Malaysia, bersedia mempercayai apa juga kemungkinan selepas melihat layanan yang diterima suaminya, termasuk kesan lebam di mata.

Pelbagai tanggapan negatif yang timbul menyebabkan Barisan Nasional (BN) menerima padah pada Pilihan Raya Umum 1999. Walaupun masih memperoleh 75 peratus daripada kerusi dipertandingkan, undi popular parti pemerintah itu jatuh secara mendadak disamping kehilangan kuasa memerintah di dua negeri – Kelantan dan Terengganu – kepada pakatan pembangkang yang dibarisi Pas, DAP serta Parti Keadilan Nasional (Keadilan) pimpinan Dr Wan Azizah.

Bagi kebanyakan rakyat yang tidak berpihak kepada sesiapa, keputusan itu adalah pembalasan mereka kepada BN dan Umno pimpinan Dr Mahathir. Ketika itu, segala sasaran dan kecaman dilontar kepada Dr Mahathir kerana beliaulah yang memecat Anwar kerana didakwa seorang homoseks. ‘Polis Mahathir’ yang membelasah Anwar, ‘Sistem Kehakiman Mahathir’ yang membicarakan Anwar dan ‘Pentadbiran Mahathir’ yang mendakwa Anwar.

Dr Mahathir memecat Anwar atas alasan timbalannya itu tidak layak menjadi penggantinya kerana Malaysia menjunjung Islam sebagai agama rasmi dan homoseksualiti dilarang dalam Islam.

Ketika Malaysia bergelumang dengan kegawatan ekonomi di tengah-tengah krisis mata wang pada 1998, Dr Mahathir dilihat sebagai pemimpin yang berhempas pulas mempertahankan kedudukannya. Sesetengah pihak menganggap pemecatan Anwar adalah usaha bagi menyingkirkan pesaing utamanya bagi membolehkan Dr Mahathir terus berkuasa.

Anwar adalah ahli politik yang handal. Rakyat Malaysia mengetahui hakikat itu sebelum beliau dipecat dan ditangkap lagi. Dan Anwar meneruskan perjuangannya di pentas politik, walaupun ketika di mahkamah.

Beliau menjadikan ketidakadilan yuang dilaluinya sebagai modal – detik dipukul, pelanggaran proses perundangan dalam penyebaran afidavit, gangguan ke atas sahabatnya dan penghinaan secara terbuka di hadapan isteri serta enam anaknya yang tidak bersalah.

Memang mudah untuk bersimpati dengan Anwar. Beliau muda, pandai berhujah, kacak, kelakar, tahu apa yang patut diperkatakan depan khalayak berbeza dan paling utama, Anwar adalah simbol kejayaan. Beliau sentiasa memaparkan kelainan dan asalnya pemimpin pelajar yang meniti anak tangga untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Namun demikian, ramai juga yang tidak gemar dengan cara Anwar berpolitik. Ketika penyokong Anwar cuba memalukan Dr Mahathir pada Perhimpunan Agung UMNO 1998 menerusi ucapan mengenai ‘kronisme, rasuah dan pakatan’ dalam pemberian projek kerajaan, Dr Mahathir selaku ahli politik berpengalaman bertindak balas apabila mendedahkan senarai kontrak yang diperoleh rakan dan ahli keluarga Anwar.

Satu negara membaca senarai itu dan seluruh Malaysia juga mengetahui mengenai cubaan Anwar menyingkirkan Dr Mahathir – individu yang membawa Anwar menyertai UMNO untuk bertanding pada pilihan raya umum 1982.

Gara-gara percubaan Anwar pada 1997, mudah untuk mempercayai bahawa Dr Mahathir ‘membuang’ Anwar untuk menyelamatkan kedudukannya.

Tidak sukar juga untuk memandang rendah terhadap Abdul Rahim – individu yang dihormati anak buahnya kerana sentiasa menjaga kebajikan mereka tetapi digeruni pihak lain berikutan sikap pemarahnya – lebih-lebih lagi atas apa yang dilakukannya ke atas Anwar. Abdul Rahim terpaksa menerima padah atas tindakan melampaunya. Beliau kehilangan pekerjaan, dipenjarakan dan kini meneruskan hidup sendirian.

Hanya dengan satu tindakan, Abdul Rahim kehilangan segala-gala yang diusahakannya sepanjang hayat. Mungkin sejarah juga tidak akan melupakan peranan Abdul Rahim sebagai perencana hingga mendorong pemimpin dan Parti Komunis Malaya menyerah diri – parti yang membunuh ribuan rakyat, anggota polis dan tentera tanah air sepanjang 41 tahun pemberontakannya.

Begitupun, tidak ramai mampu menghulurkan simpati kepada Abdul Rahim selepas ionsiden mata lebam Anwar yang turut mencalar reputasi Malaysia di peringkat Antarabangsa. Benar, Abdul Rahim Noor sudah membayar harganya dan perlu terus berbuat demikian hingga akhir hayatnya.

Dr Mahathir terpaksa mendepani segala permasalahan itu dan melihat Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore, memalukan Malaysia apabila mencemuh serta menghina Perdana Menteri di samping menggalakkan demonstrasi ‘reformasi’ yang pada hakikatnya membelenggu rakyat Malaysia dengan ketakutan hampir setiap malam.

Selepas berjaya melepasi krisis mata wang, setelah dicerca rakyat sendiri dan masyarakat antarabangsa sepanjang Anwar dipenjarakan, sokongan beransur-ansur memihak semula kepada Dr Mahathir dan UMNO apabila pemulihan ekonomi dan keselesaan kembali dikecapi.

Beliau memilih Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai timbalannya menggantikan Anwar. Dan pada ketika popularitinya kembali memuncak, Dr Mahathir mengejutkan seluruh dunia pada Jun 2002 apabila mengumumkan persaraanya daripada politik dan menamakan Abdullah mejadi pengganti.

Buat seketika, mereka yang masih mempercayai pemecatan Anwar bertujuan membolehkan Dr Mahathir bertahan dengan kuasanya, meramalkan Dr Mahathir akan mengubah fikiran. Seperti mana anwar dan Tan Sri Musa Hitam sebelum itu, mereka yakin Abdullah tidak akan menjadi Perdana Menteri.

Hakikatnya tidak sebegitu. Dr Mahathir bersara pada 31 Oktober tahun lalu dan Abdullah menjadi Perdana Menteri. Adakah Dr Mahathir memilih pengganti yang sesuai?

Masa yang menentukan. Namun jika tanda-tanda awal boleh menjadikan panduan, kita harus ingat bahawa enam bulan selepas menjadi Perdana Menteri, Abdullah berkempen ke seluruh Negara bagi meminta sokongan rakyat, terhadap dirinya dan agenda yang dibawanya.

Rakyat Malaysia memberikan kemenangan terbaik kepada BN pimpinan Abdullah pada pilihan raya Mac lalu – pencapaian paling cemerlang sejak merdeka menerusi perolehan lebih daripada 90 peratus kerusi Parlimen, merampas kembali Terengganu dan hamper mengetepikan Pas di Kelantan. Keadilan Cuma mendapat satu kerusi Parlimen, iaitu yang di sandang Dr Wan Azizah di Permatang Pauh.

Selepas Anwar dibebaskan, pemimpin parti pembangkang termasuk Anwar dan badan bukan kerajaan (NGO) memuji Abdullah dengan mengatakan beliau benar-benar ikhlas mahukan perubahan. Mereka menyifatkan Abdullah berjaya mengembalikan kebebasan sistem kehakiman.

Begitu pun, mengapa rakyat perlu terkejut? Ketika makan malam bersama hakim tidak lama selepas beliau menjadi Perdana Menteri Abdullah memberitahu bertanggungjawab mengekalkan kebebasan kehakiman dan bertindak tanpa berasa takut atau menyebelahi mana-mana pihak.

Anwar, Lim Kit Siang, Karpal Singh, NGO dan pengkritik yang menentang Dr Mahathir ternyata gembira dan mengalu-alukan keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengetepikan sabitan liwat serta hukuman penjara Sembilan tahun Anwar kerana pihak pendakwaan gagal membuktikan tanpa keraguan munasabah kes mereka.

Melihat kepada komen mereka, kita tidak dapat lari daripada memikirkan mungkinkah wujud campur tangan dalam system kehakiman dibawah pentadbiran Dr Mahathir. Benarkah begitu?

Hakim yang membebaskan Anwar – Datuk Abdul Hamid Mohamad dan Tengku Datuk Baharuddin Shah Tengku Mahmud – masing-masing dilantik menyandang jawatan mereka ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Ketika membaca penghakiman, Abdul Hamid menyentuh mengenai pelbagai perkara luar biasa yang berlaku – Anwar dipukul, tempoh adik angkat Anwar, Sukma Darmawan, disoal siasat sebelum membuat pengakuan yang membawa kepada keraguan sama ada pengakuan itu adalah sukarela atau sebaliknya, kegagalan saksi utama, Azizan Abu Bakar mengingati tarikh dan waktu sebenar kejadian dan mendapati pendakwaan gagal membuktikan tanpa keraguan munasabah kes mereka.

Apa yang diperkatakan Abdul Hamid adalah sesuatu yang dapat turut disedari oleh mereka yang mengikuti perbicaraan itu. Bagaimanapun, Abdul Hamid dan Tengku Baharuddin turut berkata, mereka menemui bukti yang mengesahkan Anwar dan Sukma terbabit dalam kegiatan homoseksual.

Penghakiman itu berbunyi: “…..kami mendapati bukti untuk mengesahkan bahawa perayu terbabit dalam kegiatan homoseksual dan kami lebih terdorong untuk mempercayai bahawa kejadian yang didakwa berlaku di Tivoli Villa, benar terjadi.”

Bagaimanapun, hakim mendapati tiada bukti kukuh menunjukkan insiden yang didakwa dilakukan Anwar itu berlaku di waktu dan tempat seperti dinyatakan dalam pertuduhan, sekali gus menimbulkan keraguan. Justeru, kedua-dua perayu perlu dibebaskan.

Abdul rahim sudah menerima pembalasannya; sistem kehakiman mendapat kredibilitinya kembali; alas an Dr Mahathir memecat Anwar disokong oleh hakim; dan secara amnya, rakyat Malaysia mahu meletakkan noktah terhadap isu yang memecahbelahkan mereka.

Anwar kini bebas. Selepas sekian lama, isteri dan anaknya kembali mempunyai suami dan ayah.

Isu ini membuatkan banyak pihak terluka sejak enam tahun lalu. Rakan menjadi lawan, abang dan adik saling bertelagah, Negara dipalit lumpur menjijikkan.

Masanya sudah tiba untuk hidup ini diteruskan. Episod buku sejarah ini perlu ditutup tidak kiralah bagaimana masa menterjemahkannya. Jika tidak, ia akan menjadi satu lagi tragedi buat kita dan negara.

Wednesday, February 3, 2010

Anwar's Indecent Proposal

SODOMY2 - Saiful testifies that in Desa Kondo Damansara upon meeting Anwar, he was asked, "Can I fuck you?" about 1 hour ago -tweet from Malaysian Insider

hmmm quite interesting ;-) ....

Saiful describes Anwar’s indecent proposal

By Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR, Feb 3 — Datuk Seri Anwar Ibrahim’s accuser in his Sodomy II trial shocked the High Court today when he said the Opposition Leader had used profane language when asking to have sexual intercourse with him.

Mohd Saiful Bukhari Azlan, who took the stand at the High Court as the prosecution’s first witness, testified that when he first met Anwar at a condominium in Damansara Heights in 2008, the PKR de facto leader had asked him: “Can I **** you?”

He also told the court that he had refused to comply with Anwar’s request, but later went into the guest room where he then stripped and donned a towel before the Opposition Leader hugged him.

Saiful had earlier pointed to Anwar when asked by Deputy Public Prosecutor Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden to identify the accused.

Anwar did not look at him.

The Opposition Leader, who smirked at many points during Saiful’s testimony, had earlier described the charge as “evil, frivolous lies by those in power” when the charge was read out to him.

Saiful, who appeared calm and composed, told the court that his job as Anwar’s personal assistant included helping the Opposition Leader to organise secret meetings with potential MPs who wanted to defect to Pakatan Rakyat (PR) parties.

He also testified that he took care of Anwar’s mobile phone and alerted his boss to important messages.

the Malaysian Insider

Sunday, August 9, 2009

Anwar pengkhianat: Mari lancarkan demonstrasi gergasi

Anwar juga mengkhianati orang Melayu apabila dia mencemuh DEB yang suatu masa dulu menjadi slogan perjuangan politiknya. Tapi oleh kerana mahu mendapatkan sokongan bukan Melayu untuk PKR dan pakatan pembangkang, dia sanggup mengkhianati orang Melayu yang merupakan rakyat majoriti negara ini.

Anwar juga menonjolkan dirinya sebagai bapa penentang kronisme. Tetapi semasa jadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dulu, dialah yang paling banyak memberikan projek kepada kroninya

MAULANA ARRIF
9 Ogos 2009

Ayuh, mari kita menari rentak tarian politik Anwar Ibrahim.

Ya, bagaimana rentak tarian politik Anwar?

Tarian politik kegmarannya ialah demonstrasi. Ayuh kita ramai-ramai berdemonstrasi.

Di Padang Merdeka Batu Pahat akan diadakan demonstrasi terhadap Anwar, kata Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Adam Abdul Hamid. Tema demonstrasi itu ialah ``Anwar pengkhianat!''.

Bagaimana di lain-lain tempat? Janganlah UMNO sahaja yang jadi penganjur. Banyak NGO Melayu yang juga berhak menganjurkan demontrasi terhadap `pengkhianat orang Melayu' ini. Lagipun, bukan orang UMNO sahaja yang meluat dngan gelagat Anwar.

Orang-orang Pas juga ramai yang naik meluat dengan Anwar. Cuma mereka ini tidak meluahkan perasaan kerana Tok Guru Nik Aziz masih menyayangi Anwar. entah kenapa Nik Aziz sayangkan Anwar. Barangkali beliau sudah dipukau oleh Husam Musa, orang kanan politiknya yang sangat rapat dengan Anwar. Atau hati Tok Guru sudah kelabu kerana selalu sangat mencaci UMNO.

(Kata para aulia, kalau kita selalu mencaci orang lain, hati kita akan jadi kelabu.)

Kepada sesiapa yang rapat dengan Tok Guru, tolong nasihatkan beliau supaya berjumpa dengan Tun Mahathir yang boleh memberikan seribu fakta mengenai kenapa manusia yang bernama Anwar anak Ibrahim ini tidak boleh dipercayai. Dalam politik, Mahathir lebih mengenali Anwar daripada orang-orang lain di atas muka bumi ini.

Sayangnya Mahathir mengambil masa terlalu lama untuk mengenali Anwar. Ketika hampir hendak dijatuhkan oleh Anwar, barulah beliau sedar siapa Anwar. Anwar pengkhianat dan terus Mahathir membuangnya daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri, kabinet dan UMNO.

Dalam bab lain mungkin ramai yang lebih tahu tentang Anwar, termasuk bekas pembantunya yang bernama Mohd Saiful.

Maka apa yang tidak betul apabila Muhyiddin Yassin melabelkan Anwar seorang pengkhianat? Dia pernah mengkhianati Mahathir.

Anwar juga mengkhianati orang Melayu apabila dia mencemuh DEB yang suatu masa dulu menjadi slogan perjuangan politiknya. Tapi oleh kerana mahu mendapatkan sokongan bukan Melayu untuk PKR dan pakatan pembangkang, dia sanggup mengkhianati orang Melayu yang merupakan rakyat majoriti negara ini.
Anwar juga menonjolkan dirinya sebagai bapa penentang kronisme. Tetapi semasa jadi Timbalan Perdana Menteri dan Mentri Kewangan dulu, dialah yang paling banyak memberikan projek kepada kroninya

Jika anda masih ingat, pada satu Perhimpunan Agung UMNO (pada 1996 atau 1997), Mahathir telah mengluarkan satu senarai yang mengandungi nama-nama syarikat, kontraktor dan pengusaha bumiputera yang mendapat projek kerajaan. Pada masa itu Anwar sedang melancarkan kempen membunuh karakter Mahathir dengan niat untuk menjatuhkannya. Ketua Pemuda UMNO Malaysia ketika itu, Zahid Hamidi telah diperkudakan untuk melaungkan grakan antikronisme. Kononnya Mahathir bapa kronisme.

Rupa-rupanya gerakan tersebut memakan diri Anwar sendiri. Senarai kontraktor dan pengusaha yang mendapat projek kerajaan itu menunjukkan bahawa nama kroni Anwar yang paling ramai.

Barangkali dua bekas ketua pengarang akhbar berbahasa Melayu, Johan Jaffar (Utusan) dan Nazri Abdullah (Berita Harian) lebih tahu tentang sifat kronisme Anwar. Mereka ini dulu rapat dengan Anwar. Tanyalah mereka, jika mereka mahu bercerita.

Kesimpulan cerita, memang sahih lagi nyata bahawa Anwar anak Ibrahim adalah seorang pengkhianat sebagaimana kata Muhyiddin.

Menutup cerita, memang wajar UMNO Bahagian Pulai menganjurkan `demonstrasi Anwar pengkhianat.' Malah lebih wajar jika lebih banyak demonstrasi itu diadakan di seluruh negara. Biar boleh berjuta-juta orang Melayu yang sudah muak dengan gelagat khianat Anwar menyuarakan rasa meluat mereka. Berikanlah isyarat yang jelas kepada Anwar dan pengkhianat-pengkhianat Melayu di sekelilingnya.

Kepada semua pemblog yang meluat dengan Anwar, marilah kita canangkan kemepn demonstarasi `Anwar pengkhianat' scara besar-besaran. Biar Anwar merasai sendiri penangan rentak tari politik yang selalu didalanginya.

Jika Anwar hendak saman, janganlah saman Muhyiddin seorang. Kelak samanlah berjuta-juta orang orang Melayu. - malaysiaaktif.com