Friday, February 22, 2008

hmmm apa motif ni...

Abdullah Dan Prestasi Trillion Ringgitnya
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak mahu jadi Perdana Menteri satu penggal. Sebab itu beliau memohon mandat baru dari rakyat jelata menerusi PRU12 untuk terus berkuasa buat sekian lama lagi.Pada 21 Februari 2008, beliau pun menyerahkan “kad laporan kerajaan” untuk menawan sokongan para pengundi. Antara laporan beliau adalah seperti berikut:Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat 18 peratus dari RM427 bilion pada 2004 kepada RM504 bilion pada 2007. Peningkatan ini melibatkan semua sektor termasuk pertanian moden, bioteknologi dan perbankan Islam.Sejumlah 21 juta pelancong melawat negara ini sempena Tahun Melawat Malaysia pada 2007.Perdagangan antarabangsa meningkat 26 peratus dari RM881 bilion pada 2004 kepada RM1.113 trilion pada 2007.Dalam tempoh yang sama, pendapatan purata isi rumah meningkat dari RM3,249 kepada RM3,617.SubsisiKerajaan membelanjakan RM43.4 bilion dalam bentuk subsidi untuk mengekalkan harga barang keperluan asas.Program transformasi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berjaya meningkatkan keuntungan serta memberi pulangan lebih tinggi kepada pemegang saham amanah.Lebih 204,000 industri kecil dan sederhana (IKS) dibangunkan sejak 2005 melibatkan pemberian pinjaman berjumlah RM107 bilion.Kerajaan sedang melaksanakan lima pelan koridor ekonomi untuk menjana ekonomi dan membawa pertumbuhan ke seluruh pelusuk negara.Indeks komposit Bursa Malaysia meningkat ke paras tertinggi dalam sejarah dengan peningkatan 161 peratus nilai pemodalan pasaran daripada RM460 bilion pada 2003 kepada RM1.2 trilion pada tahun lepas.Cukup HebatDefisit fiskal dikurangkan daripada lima peratus KDNK pada 2003 kepada 3.2 peratus KDNK tahun 2007.Simpanan matawang asing meningkat 120 peratus dari USD4 bilion kepada USD101 bilion.Penarafan Malaysia dalam indeks daya saing global juga meningkat dari tangga 25 ke tangga 21.Hebat. Memang cukup hebat. Ini bermakna seolah-olah era Abdullah jauh lebih baik daripada era Tun Dr Mahathir Mohamad. Ini bermakna seolah-olah Abdullah adalah Perdana Menteri yang amat cemerlang prestasinya.Soalnya, adakah pengundi di kampung-kampung yang menjadi pendukung setia BN sejak merdeka, faham hakikat di atas? Adakah mereka pedulikan seluruh perangkaan tersebut? Tidak mungkinkah mereka akan bertanya, kalau prestasi kerajaan Abdullah mencecah trillion ringgit, kenapakah harga barang mahal? Kenapa harga petrol naik? Kenapa duit mereka seolah-olah semakin menguncup nilainya?Roh Dan JiwaSaya kemukakan soalan di atas kerana inilah persoalan orang-orang kampung mutakhir ini. Sepatah kata orang Jawa di kampung saya, mereka masih lagi memikirkan soal “sandang-pangan” atau soal pakaian dan makanan. Mudahnya, soal kehidupan yang asas – soal perut!Pada waktu yang sama, adakah para pengundi di kawasan bandar terpesona dengan laporan di atas? Mereka akan mengungkit, indeks rasuah negara bagaimana? Soal kemiskinan di bandar di mana tahapnya? Mereka akan menghujjah, soal kredibiliti kerajaan ketika ini di mana tarafnya? Soal presepsi bahawa kerajaan mutakhir seolah-olah menggadaikan kedaulatan negara kepada kuasa asing mengapa kian merebak? Soal kronisme mengapa terlalu rancak dipolemikkan? Dan, soal keterlanjuran menantu Abdullah mengapa kian menghantui pemikiran rakyat?Golongan idealis pula akan bersuara, sudahkah Abdullah memberikan semangat, roh dan jiwa kepada kata-kata beliau yang termaktub di dalam puisi Damai Abadi yang menghiasi Manifesto BN dalam PRU11? Dan, sudahkah propaganda puitis Abdullah yang kononnya beliau mahu mencari “Al-Ghazali dan Al-Shafie” kerana beliau pemimpin yang berpedomankan “rahsia kitab suci” dan berpandukan “sunnah nabi,” menjadi realiti?Sebenarnya, senarai persoalannya amat panjang sekali. Bagaimanapun, seluruh persoalan di atas sewajarnya menginsafkan Abdullah bahawa kesejahteraan hidup rakyat jelata yang sedang diraihkan sokongannya ketika ini bukan hanya berpaksikan kepada perangkaan trillion ringgit nilainya. Kesejahteraan total rakyat ketika ini sewajarnya merangkumi soal perut, roh dan jiwa; sewajarnya meliputi soal prinsip dan integriti; sewajarnya mencakupi soal minda, akal, budi dan kredibiliti, semestinya memfokus kepada soal maruah, jatidiri dan kedaulatan negara-bangsa! – Ruhanie Ahmad
(http://kuda-kepang.blogspot.com/)

No comments: