Portal Malaysiakini seperti kelazimam mencari popularity untuk pro pembangkang. Pada kali ini dilihat cuba mencela YAB Datuk Seri Najib Tun Razak dengan menyerlahkan laman Sosial Facebook beliau telah dipenuhi dengan perkataan “Diamlah”. Motif apa portal berkenaan menghebohkan-hebohkan demikian.
Dengan alasan kononnya rakyat kecewa dengan beberapa tindakan yang dilakukan oleh kerajaan maka luahan dinyatakan di laman Facebook .Wajarkan tindakan demikian ataupun sengaja sebagai decoy atau alat untuk mengalih perhatian rakyat yang semakin cerdik menilai tingkahlaku sebenar pakatan pembangkang yang sanggup mengadaikan keamanan dan kemakmuran Negara demi meraih sokongan rakyat.
Malah jika dibandingkan dengan laman-laman sosial pemimpin pembangkang lain seperti Lim Kit Siang telah dikawal agar hanya disiarkan ucapan atau perkataa yang senantiasa memihak kepada mereka. Ini amat berbanding dengan Laman sosial PM yang berani dan telus.
Sudahlah wahai portal Malaysiakini dan pro pembangkang yang berselindung disebalik kebebasan bersuara.Tampil dan berani untuk terima kritikan seperti mana yang dilakukan oleh kerajaan. Rakyat pasti dapat menilai mana intan dan kaca hanya masa yang menentukan , ayuh bangkitlah kebenaran dan hancurkan pembohongan
No comments:
Post a Comment