Uncle Lim sudah lah jangan panjang cerita lagi terima je laa..” Itu ungkapan yang akan saya bagi jika bersua muka dengan Lim Kit Siang, pemimpin veteran DAP yang dilihat cuba mempertikaikan keputusan Suruhan Jaya Diraja kematian Teoh Beng Hock(TBH).
Memang sudah dijangka pasti akan ada pihak tidak akan puas hati dengan apa-apa keputusan yang dibuat oleh kerajaan jika tidak memihak kepada mereka. Akan timbul juga dakyah-dakyah anti kerajaan di media siber secara berterusan.
Malah tindakan terdesak Malaysiakini.com yang sengaja mengapi-apikan orang ramai dengan menyiarkan komen-komen kononnya pendapat orang ramai tentang kematian TBH akibat bunuh diri. Ini jelas matlamat sebenar mereka bukan untuk memperjuangkan hak atau perkara sebenar yang menyebabkan kematian TBH tetapi mereka hanya mahu meraih sokongan orang ramai untuk membenci agensi seperti SPRM dan kerajaan.
Marilah kita ambik iktibar dengan keputusan suruhanjaya berkenaan. Ambil yang jernih dan buang yang keruh , hanya kita yang mampu memastikan keutuhan negara Malaysia kita yang tercinta aman dan makmur.
No comments:
Post a Comment