OLEH: Anis Sofea
Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu atau Mat Sabu telah digelar sebagai
bapa kemerdekaan baru oleh Subky Latif dalam kolumnya yang disiarkan dalam
Harakah akhbar tabloid parti PAS.
Gelaran tersebut diberikan kepada Mat Sabu atas dakwaan kononnya kemampuan
dia berjaya menghimpunkan sejumlah orang hadir di Stadium Merdeka semasa
Himpunan Pakatan Pembangkang pada 12 Januari lepas.
Persoalan sekarang adakah layak Mat Sabu semudah itu digelar Bapa
Kemerdekaan?
Umum tahu bahawa untuk mencapai kemerdekaan tanpa mengeluarkan setitik
darah sebagaimana yang telah dibuat oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman bukan perkara yang mudah.
Jika sandaran jumlah kehadiran orang ramai dijadikan kayu pengukur nyata ia
adalah sandaran paling tidak kukuh dan konsisten serta kualiti.
Himpunan Pakatan Pembangkang pada 12 Januari lepas sebenarnya adalah
himpunan ceramah-ceramah lapuk yang hanya mahu meniru apa yang telah dibuat
oleh Perdana Menteri.
Boleh dikatakan Himpunan tersebut gagal menarik perhatian rakyat yang
berharap sesuatu yang baru atau kelainan.
Namun apa yang dipertontonkan hanyalah segelintir ibu bapa mempergunakan
anak-anak yang diheret sama untuk sertai himpunan tersebut
Ia jelas melanggar akta Perhimpunan Aman 2012 yang baru
diluluskan.
Artikel Subky Latif juga dilihat cuba menonjolkan kononnya kemampuan Mat Sabu untuk menjuarai kebangkitan
rakyat sedangkan pada hakikat beliau gagal .
Rakyat mulai sedar bahawa mereka sebenarnya tertipu dengan
mainan pakatan pembangkang ini yang hanya mahukan populariti tanpa
merealisasikan janji-janji mereka terdahulu.
Sikap penulis seperti Subky Latih sebenarnya mahu
mengembalikan serta memulihkan imej Mat Sabu sebenarnya.
Walau bagaimanapun gelaran Bapa Kemerdekaan Baru memang
tidak layak diberikan kepada Mat Sabu semudah itu. Ia menggambarkan betapa
terdesaknya parti Pas untuk memulihkan
imejnya kembali di kalangan rakyat.
No comments:
Post a Comment