OLEH: Anis Sofea
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa bahawa keyakinan
rakyat Selangor terhadap Kerajaan Negeri pimpinan gabungan PKR,DAP dan Pas
semakin meningkat kepada 65 peratus berdasarkan kajian yang telah dibuat mereka
sejak Ogos tahun lalu.
Laporan kenyataan Khalid
Ibrahim ini disiarkan dalam Sinar Harian Edisi Ahad 27 Januari 2013. Menteri
Besar Selangor itu dilaporkan turut
meniup kata-kata semangat di hadapan lebih 500 jentera pilihan raya dari Ijok
dan Bandar Tun Razak.
Maka tidaklah hairan
Menteri Besar sengaja membangkitkan isu kononnya sokongan rakyat Selangor
terhadap Kerajaan Negeri semakin meningkat.
Kerajaan Selangor perlu
sedar bahawa kesengsaraan rakyat yang menderita ketika krisis gangguan bekalan
air yang pada Disember tahun lepas perlu diambil kira.
Sikap Kerajaan Selangor
yang bermain tarik tali dalam isu bekalan air Bersih di Lembah Klang
membuktikan bahawa mereka hanya mementingkan kuasa politik daripada kebajikan
rakyat Selangor.
Oleh yang demikian jika
dakwaan kononnya sokongan rakyat Selangor semakin meningkat terhadap kerajaan
negeri sewajarnya boleh diragui.
Tan Sri Khalid dan
pemimpin kerajaan negeri dilihat akan
senantiasa menggunakan strategi untuk
menimbulkan persepsi positif. Ini bertujuan untuk mengalihkan pandangan
rakyat atas pagar yang
masih belum berpendirian atau membuat keputusan untuk menyokong mana-mana
parti. Mereka berharap golongan ini cenderung memilih mereka kembali dalam
pilihan raya umum akan datang.
Permainan gerak saraf
Kerajaan Selangor ini haya dilihat untuk
memulihkan kembali sokongan di kalangan para pengundi di atas pagar . Perlu
diingat bahawa semua rakyat Selangor sekarang telah sedar antara janji-janji
yang telah ditepati dan janji palsu Manifesto yang belum tertunai.
No comments:
Post a Comment