Wednesday, April 23, 2008
Identiti Bekas Menteri cabul terbongkar??
SIAPAKAH bekas menteri yang dilaporkan meraba punggung seorang wanita di sebuah restoran hotel di Brickfield, Kuala Lumpur?
Kebanyakan akhbar melaporkan berita berkenaan. Wanita berusia 32 itu dalam laporannya kepada polis mengadu bahawa bekas menteri itu telah menuturkan kata-kata lucah kepadanya dan turut meraba punggungnya. Kononnya kejadian itu disaksikan oleh beberapa orang lain.
Agak menarik berita berkenaan turut dilaporkan oleh laman web Badan Peguam Malaysia . Apa hal Badan Peguam Malaysia ambil tahu hal-hal macam ini. Adakah mahu bagi tahu ahli-ahlinya tentang peluang untuk menjadi peguam bela bekas menteri itu?
Begini apa yang dialaporkan oleh laman web itu:
The Sun (Used by permission)
by Charles Ramendran
KUALA LUMPUR: A hotel restaurant waitress has lodged a police report against a former cabinet minister, accusing him of molesting her at her workplace in Brickfields.
It is learnt the woman, who is in her mid-30’s, claimed the man, who is a Datuk Seri in his late 50’s and a regular diner at the restaurant, had touched her buttocks about 6pm on Thursday.
Lebih menarik salah seorang pembaca laman web itu menghantar komennya yang berjudul “Teka-teki menteri gatal” yang disiarkan oleh laman web Badan Peguam Malaysia itu.
Penulis berkenaan, Nik Elin Zurina bt Abdul Rashid (nama sebenar?) menyenaraikan nama lima bekas menteri yang tidak disenaraikan semula walaupun masih jadi ahli Parlimen – Rafidah Aziz, Azmi Khalid, Tengku Adnan, Radzi Sheikh Ahmad dan Jamaluddin Jarjis.
Rumusan penulis itu “ We eliminate Rafidah as the report says it was him. We eliminate Azmi as he is not in his 50’s. We eliminate Tengku Adnan as he is not overseas now. We eliminate Radzi as he was not at the Hotel Meridian Sentral that night getting drunk. Now who do you think we have left?”
Ingin ditanya, kenapa Badan Peguam Malaysia tergamak menyiarkan komen ini dalam laman web rasminya. Ia sama seperti mengisytiharkan bekas menteri berkenaan `bersalah’ sedangkan kes ini baru dilaporkan dan baru hendak disiasat. Boleh jadi tuduhan itu tidak betul, hanya siasatan dan mahkamah boleh menentukannya.
Sepatutnya Badan Peguam Malaysia menapis bahan yang disiarkan dalam laman webnya. Bukankah di bahagian atas laman web itu, di bawah perkataan Badan Peguam Malaysia ditulis dengan jelas matlamat “ Protecting and assisting the public in all matters touching ancillary or incidental to the law.”
Badan Peguam Malaysia perlu memberikan penjelasan berhubung perkara ini. Ia sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat yang kurang memahami undang-undang, bukan sebaliknya.
Nasib baik tidak dipetik sepenuhnya laporan The Sun yang antara lain menyebut:
“The woman claimed the ex-minister and former MP from Pahang, who is overseas, had made suggestive gestures when he passed the remarks.”
Siapa bekas menteri dari Pahang? Semua orang tahu jawapannya. - malaysiaaktif
Goblok: alahai... biarla kes ini di buktikan dulu, mana tau sekarang ni banyak sabotaj-sabotaj...al maklumla....apa-apa pun...NO KOMEN :-)
Tuesday, April 22, 2008
HARDtalk with Mahathir

Mahathir Mohamad
Former Malaysian Prime Minister, Mahathir Mohamad
Last month Malaysia's ruling National Front endured its worst electoral performance in five decades yet it remains in power.
Click here to watch the interview
Mahathir Mohamad was Malaysia's Prime Minister for 22 years.
Is it the beginning of the end for the National Front?
When he was Prime Minister his critics labelled him a racist and a dictator.
Have his controversial views mellowed in retirement?
Mahathir Mohamad talks to Stephen Sackur(BBC).
Goblok: Persoalannya wajarkah Tun menghebahkan kelemahan negara sendiri. Apakah motif Tun sebenarnya?
Monday, April 21, 2008
Blog RTM apa faedah nya?
Bashir Ahmad
21 April 2007
SEMALAM disiarkan program Blog sulung selepas Warta Perdana di RTMI. Mantan Ketua Pengarang NST, Datuk A. Kadir Jasin menjadi tetamu program selama 20 minit itu yang bermula jam 8.40 malam.
Berikut adalah sebahagian komen beliau yang disiarkan hari ini dalam blognya Kadirjasinblogspot.com :
“Kalau banyak yang menonton dan kecewa itu menunjukkan “promo” RTM berjaya tetapi program sebenar gagal menetapi harapan penonton. Kesimpulannya RTM ada pengaruh tetapi tidak berjaya memenuhi harapan khalayaknya.
Namun kita berilah peluang kepada RTM. Saya rasa bukan mudah bagi mereka mengadakan program seperti ini. Saya lebih cenderung melihat yang positif.
Misalnya, pertama daripada pengundian telefon atas tajuk “mampukah blog menjadi media alternatif,” kalau tidak silap saya, 94 peratus responden menjawab “ya.” Hanya enam peratus menjawab “tidak”.
Kedua, saya juga dimaklumkan banyak yang membuat panggilan telefon dan menghantar e-mail untuk memberi pandangan dan bertanya soalan. Terpulanglah kepada RTM untuk bertindak balas.
Ketiga, mana-mana pemblog (blogger) yang dijemput untuk program seterusnya akan mempunyai masa yang lebih sedikit daripada saya kerana tidak perlu lagi memberi penjelasan mengenai apa itu blog.
Saya sengaja mengambil sedikit masa menerangkan mengenai blog, pemblog dan teknologi yang memungkinkannya sebab ini program pertama.
Akhir sekali daripada kementerian yang membenci dan mempersendakan pemblog yang digelar goblok, syok sendiri dan sebagainya, Kementerian Penerangan di bawah Ahmad Shabery lebih toleransi terhadap blogger.”
Ramai yang menunggu program itu kerana ia menjadi gambaran dasar baru Kementerian Penerangan di bawah Datuk Shabery Cheek terhadap penulis blog atau pemblog.
Namun harapan orang biasa dan pemblog itu sendiri adalah berbeza. Begitu juga harapan Menteri Penerangan itu sendiri. Barangkali harapan menteri dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Penerangan juga berlainan.
Dalam lingkup perbezaan inilah pandangan antara mereka terhadap program sulung itu juga mungkin berlainan. Yang pasti ramai penulis blog tidak puas hati. Mereka tidak puas hati kerana masa yang diberikan terlalu singkat. Mereka juga tidak puas hati dengan pengacara.
Salah satu komen yang menyusul selepas tulisan Kadir mencerminkan pandangan ramai penulis blog.
“It was good to hear from, and nice to 'see' you on-air again Datuk.
I suppose RTM's initiative is there but they should have been better prepared and not start the prog with an 'anti-blog' mentality.
I don't know how to describe the guy who was 'mumbling' infront of you but he was a BIG ZERO.
Maybe you are, by being who you are, too intimidating but the least the producer could have done is to find out what 'a blog' is all about.
Your quick response to 'Adakah blog memesongkan pemikiran rakyat (or something to that effect) insinuation was classic “
Kita tunggu apa yang akan menyusul dalam program Blog kedua pada Ahad depan (27 April). Siapa pemblog yang diundang dan apa yang akan diperkatakan? Adakah pengacara yang sama meneruskan tugasnya?
Jika program yang pertama dianggap gagal oleh banyak pihak, program yang kedua akan memberi peluang untuk membetulkan tanggapan dan harapan. Jika tidak, 20 minit waktu siaran akan terus dibazirkan. - malaysiaaktif
Goblok: RTM harus belajar dari kesilapan dan kita jangan cepat memberi tanggapan negatif mungkin ada hikmah di sebaliknya...sama-sama kita tunggu dan lihat langkah seterusnnya.. apa pandangan anda??
Friday, April 18, 2008
Pemulihan Badan Kehakiman Negara..
pautan +ve ): i.http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=327542
ii.http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=327541
-ve) http://www.malaysiakini.com/news/81559
Goblok: sama-sama kita harapkan keiklasan kerajaan dan mengamankan negara & meningkatkan mutu kehakiman negara...
Wednesday, April 16, 2008
Muslihat Anwar Ibrahim?
Bashir Ahmad
16 April 2008
ANWAR Ibrahim sedang bermain poker. Jika anda tidak tahu bermain poker, anda kurang memahami apa yang Anwar sedang lakukan sekarang.
Dalam permainan poker, salah seorang pemain boleh berlakon kononnya daun-daun terup di tangannya adalah hebat dan boleh memenangi wang pertaruhan di atas meja. Ini boleh dilakukan dengan menambah wang pertaruhan dan mencabar orang lain supaya turut berbuat demikian.
Taktik ini dipanggil `bluff’ atau temberang, Pemain ini barangkali tidak mempunyai adunan daun-daun terup yang kuat seperti `straight ace (semua daun sat)’ dan lain-lain. Dia hanya mengacah supaya orang lain tidak berani menambah wang pertaruhan. Jika tiada orang lain yang mencabar, maka pemain yang temberang itu akan menang.
Inilah yang Anwar lakukan sekarang. Dia berkali-kali menyatakan bahawa Pakatan Rakyat yang dipimpinnya sudah mempunyai cukup orang untuk mengambilalih pentadbiran kerajaan persekutuan daripada Barisan Nasional.
Kononnya bilangan ahli Parlimen BN yang mahu melompat ke Pakatan Rakyat sudah cukup untuk membolehkan pembangkang membentuk kerajaan.
BN memenangi 140 kerusi Dewan Rakyat sedangkan Pakatan Rakyat (gabungan PKR, DAP dan Pas) hanya memenangi 82 kerusi. Pakatan Rakyat memerlukan 30 kerusi sahaja lagi untuk menumbangkan kerajaan BN.
Dalam konteks inilah Anwar berulang kali memberitahu bahawa beberapa orang ahli Parlimen BN di Sabah dan Sarawak telah menyatakan kesanggupan untuk berpaling tadah kepada Pakatan Rakyat.
Mengulangi perkara yang sama ketika berucap di Perhimpunan Black 14 di Kelab Sultan Sulaiman pada malam 14 April lalu, Anwar menambah bahawa beberapa orang ahli Parlimen UMNO telah memberitahunya:” Count me in (Saya akan turut serta).”
Benarkah Pakatan Rakyat sudah mempunyai cukup `ahli Parlimen katak’ yang akan melompat dari BN? Atau Anwar cuba bermain poker sahaja.
Penulis lebih cenderung untuk mempercayai bahawa Anwar cuba temberang macam orang bermain poker. Mungkin ada ahli Parlimen BN dari Sabah yang menyatakan kesediaan untuk melompat, tapi jumlah mereka masih jauh daripada mencukupi.
Anwar seakan-akan menyedari bahawa temberangnya tidak dipercayai oleh sebilangan orang. Lalu beliau memberitahu wartawan selepas berucap di Kelab Sultan Sulaiman bahawa Pakatan Rakyat tidak mahu sekadar majoriti tiga empat orang. Katanya, itu angka yang tidak selesa. Sebenarnya jumlah yang mahu berpaling tadah barangkali di bawah daripada 15 orang.
Apa yang Anwar cuba dapatkan daripada kenyataan temberang ini ialah untuk menarik lebih ramai ahli Parlimen BN supaya mempercayai bahawa Pakatan Rakyat benar-benar akan berkuasa. Mungkin ada yang termakan umpan, lalu hati mereka tidak tenteram dan melompat kerana mendapat tawaran.
Mungkin tawaran dalam bentuk wang atau kedudukan yang lebih baik Mungkin yang tidak mendapat tawaran juga akan mencari peluang jika mereka benar-benar yakin PR akan berkuasa. Dalam dunia politik memang terdapat ramai oportunis. Anwar tahu hakikat ini dan mengeksploitasinya.
Inilah muslihat Anwar. Dia mengambil kesempatan daripada keadaan yang tidak stabil dalam BN sekarang. Menangguk di air keruh.
Apapun, ternyata Anwar mempunyai bakat bermain poker. Sama ada taktiknya akan mendatangkan hasil atau tidak, Anwar telah mencuba. Daun-daun terup yang ada di tangannya tidak terlalu hebat, tapi tidak juga terlalu lemah. Bak kata orang putih, he has nothing to lose but a lot to gain (tidak akan rugi apa-apa tapi peluang untuk untung adalah besar).
Pandai-pandailah para pemimpin BN menjaga kesetiaan anak-anak buah mereka. Mungkin sekarang sudah ada bebudu di kalangan mereka yang hanya menunggu masa untuk membesar dan menjadi katak. – malaysiaaktif.com
Goblok:- mungkin ada kebenaran kata pak Bashir ni.. tapi kita semua pasti mampu menilai mana Intan dan mana kaca.. dan jangan porak-peranda negara yang aman
Tuesday, April 15, 2008
Anwar bakal PM?

"Kita akan mentadbir".. ungkapan terakhir Datuk Seri Anwar selepas program yang dianjurkan oleh Parti Keadilan Rakyat(PKR) di Kelab Sultan Sulaiman ,Kampung Baru.
Program itu diadakan bagi tujuan untuk jamuan makan malam untuk meraikan penasihat Parti PKR yang bebas dari tempoh larangan untuk berpolitik secara aktif .
Dalam program itu Anwar begitu yakin bahawa Pakatan Rakyat mampu membentuk kerajaan dalam jangka masa terdekat .
Goblok-hmmm jangan cakap saje..buktikan laa...
Monday, April 14, 2008
Pas terima orang Cina jadi PM
Berita yang memetik Timbalan Muryidul Am Pas, Datuk Harun Din itu dilihat sebagai peringatan kepada masyarakat Cina tentang Pas yang sebenar walaupun parti itu menjalin kerjasama dengan DAP dalam PRU 2008 dan bersama membentuk kerajaan di Perak dan Selangor bersama PKR.
Laporan itu disambut oleh Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting untuk memperkukuh semula perasaan tidak percaya orang Cina terhadap Pas dan hukum hudud. Tembakan yang sebenar tentulah disasarkan kepada DAP yang diberikan undi besar oleh orang Cina dalam pilihan raya lalu sehingga mengakibatkan Pulau Pinang , Selangor dan Perak jatuh ke tangan pembangkang.
Bagaimanapun Sin Chew, atas apa jua niatnya kemudian menginterviu Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz. Barangkali interviu itu dibuat sekadar untuk berlaku adil kepada Pas dan demi melariskan jualan surat khabarnya. Sin Chew menyiarkan interviu itu sepenuhnya dalam dua halaman pada hari ini.
Salah satu perkara menarik yang Nik Aziz tegaskan kepada Sin Chew ialah Pas bersedia menerima orang Cina menjadi Perdana Menteri dengan syarat dia mestilah beragama Islam dan benar-benar memahami dan mengamalkan ajaran Islam.
Walaupun tidak mungkin apa yang dilontarkan oleh Nik Aziz itu menjadi kenyataan dalam masa terdekat, dari segi politik ia adalah satu umpan yang menarik kepada kaum Cina. Apakah UMNO juga bersedia menerima seorang Cina menjadi Perdana Menteri? Tentulah pertanyaan ini akan muncul di fikiran orang Cina jika membaca interviu Nik Aziz itu.
Lebih menarik kenyataan Nik Aziz itu tampil ketika orang Melayu bermuhasabah diri selepas PRU 2008 dengan pertanyaan utama apakah ketuanan Melayu sudah terhakis?
Mingguan Malaysia, akhbar hujung minggu paling laris di Malaysia dan suara tidak rasmi UMNO telah melaporkan di muka depan ucapan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra ketika merasmikan Perhimpunan Perpaduan Melayu dengan tajuk “Ketuanan Melayu tercabar.”
(Nota: Menjadi trend sekarang tokoh-tokoh istana diundang untuk memberi ucapan penting yang menyentuh dasar politik dan petadbiran negara. Tengku Muhammad adalah suara terbaru yang sedang diangkat ke depan.)
Secara jujur kita boleh mengandaikan bahawa UMNO tidak akan merelakan seorang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri kerana ia sama sekali bercanggah dengan dasar dan perjuangan `ketuanan Melayu.’
Dalam masa yang sama Pas pula menyatakan bahawa parti itu bersedia menerima seorang Perdana Menteri Cina dengan syarat dia mestilah beragama Islam dan memahami serta mematuhi ajaran Islam.
Antara dua pendirian ini, yang mana satu memikat hati orang Cina? Dan yang mana lebih dekat dengan hati orang Melayu?
Pokoknya Nik Aziz pandai bermain politik. Siapa kata tidak? Cakapnya tidak akan dimarahi orang Pas kerana perjuangan mereka adalah berasaskan Islam, bukannya ketuanan Melayu. Dan Nik Aziz juga tahu bahawa tidak mungkin seorang Cina boleh menjadi Perdana Menteri, tidak dalam masa terdekat. Lihatlah siapa yang menjadi Menteri Besar Perak walaupun DAP yang menang paling banyak kerusi di antara tiga parti Pakatan Rakyat di negeri itu.
Sama juga dengan `negara kebajikan’ yang Pas janjikan semasa kempen pilihan raya dulu. Konsep negara kebajikan yang Pas janjikan adalah kabur dan dilontarkan semata-mata sebagai janji untuk memikat hati pengundi.
Kini Nik Aziz dan Pas sekali lagi berjanji khusus untuk orang Cina yang sekian lama membenci Pas sebelum ini. Apa reaksi MCA terhadap kenyataan Nik Aziz itu? – malaysiaaktif.com
Bashir Ahmad
14 April 2008
goblok..tunggu..