Monday, April 21, 2008

Blog RTM apa faedah nya?

Program Blog belum memenuhi harapan

Bashir Ahmad
21 April 2007

SEMALAM disiarkan program Blog sulung selepas Warta Perdana di RTMI. Mantan Ketua Pengarang NST, Datuk A. Kadir Jasin menjadi tetamu program selama 20 minit itu yang bermula jam 8.40 malam.

Berikut adalah sebahagian komen beliau yang disiarkan hari ini dalam blognya Kadirjasinblogspot.com :

“Kalau banyak yang menonton dan kecewa itu menunjukkan “promo” RTM berjaya tetapi program sebenar gagal menetapi harapan penonton. Kesimpulannya RTM ada pengaruh tetapi tidak berjaya memenuhi harapan khalayaknya.

Namun kita berilah peluang kepada RTM. Saya rasa bukan mudah bagi mereka mengadakan program seperti ini. Saya lebih cenderung melihat yang positif.

Misalnya, pertama daripada pengundian telefon atas tajuk “mampukah blog menjadi media alternatif,” kalau tidak silap saya, 94 peratus responden menjawab “ya.” Hanya enam peratus menjawab “tidak”.

Kedua, saya juga dimaklumkan banyak yang membuat panggilan telefon dan menghantar e-mail untuk memberi pandangan dan bertanya soalan. Terpulanglah kepada RTM untuk bertindak balas.

Ketiga, mana-mana pemblog (blogger) yang dijemput untuk program seterusnya akan mempunyai masa yang lebih sedikit daripada saya kerana tidak perlu lagi memberi penjelasan mengenai apa itu blog.

Saya sengaja mengambil sedikit masa menerangkan mengenai blog, pemblog dan teknologi yang memungkinkannya sebab ini program pertama.

Akhir sekali daripada kementerian yang membenci dan mempersendakan pemblog yang digelar goblok, syok sendiri dan sebagainya, Kementerian Penerangan di bawah Ahmad Shabery lebih toleransi terhadap blogger.”

Ramai yang menunggu program itu kerana ia menjadi gambaran dasar baru Kementerian Penerangan di bawah Datuk Shabery Cheek terhadap penulis blog atau pemblog.

Namun harapan orang biasa dan pemblog itu sendiri adalah berbeza. Begitu juga harapan Menteri Penerangan itu sendiri. Barangkali harapan menteri dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Penerangan juga berlainan.

Dalam lingkup perbezaan inilah pandangan antara mereka terhadap program sulung itu juga mungkin berlainan. Yang pasti ramai penulis blog tidak puas hati. Mereka tidak puas hati kerana masa yang diberikan terlalu singkat. Mereka juga tidak puas hati dengan pengacara.

Salah satu komen yang menyusul selepas tulisan Kadir mencerminkan pandangan ramai penulis blog.

“It was good to hear from, and nice to 'see' you on-air again Datuk.
I suppose RTM's initiative is there but they should have been better prepared and not start the prog with an 'anti-blog' mentality.
I don't know how to describe the guy who was 'mumbling' infront of you but he was a BIG ZERO.
Maybe you are, by being who you are, too intimidating but the least the producer could have done is to find out what 'a blog' is all about.
Your quick response to 'Adakah blog memesongkan pemikiran rakyat (or something to that effect) insinuation was classic “

Kita tunggu apa yang akan menyusul dalam program Blog kedua pada Ahad depan (27 April). Siapa pemblog yang diundang dan apa yang akan diperkatakan? Adakah pengacara yang sama meneruskan tugasnya?

Jika program yang pertama dianggap gagal oleh banyak pihak, program yang kedua akan memberi peluang untuk membetulkan tanggapan dan harapan. Jika tidak, 20 minit waktu siaran akan terus dibazirkan. - malaysiaaktif

Goblok: RTM harus belajar dari kesilapan dan kita jangan cepat memberi tanggapan negatif mungkin ada hikmah di sebaliknya...sama-sama kita tunggu dan lihat langkah seterusnnya.. apa pandangan anda??

No comments: