Tuesday, February 5, 2013

Ugutan Bakar Lynas gambarkan sikap radikal aktivis himpunan hijau.


Ancaman  untuk membakar loji nadir bumi kontroversi Lynas Corps telah dibuat oleh kumpulan aktivis alam sekitar Himpunan Hijau. Ia akan dibuat sekiranya kerajaan baru yang dipilih selepas pilihan raya umum yang ke 13 ini gagal menutup loji berkenaan.


gambar hiasan ;-)



Portal The Malaysian Insider  hari ini  menyiarkan kenyataan pengerusi Himpunan Hijau yang anti Lynas , Wong Tack  mengancam akan membakar loji pemprosesan tersebut dengan rasa “marah dan kecewa” jika kerajaan pemerintah Barisan Nasional (BN) masih kekal berkuasa.
Namun jika Pakatan pembangkang berjaya menawan  Putrajaya  mereka akan turut menuntut janji untuk menutup Lynas dan akan memberontak serta membakar jika janji tidak ditunaikan.
Malah gerakan himpunan hijau turut mendesak agar perlombongan Emas Bukit Koman yang didakwa mengguna sianida turut ditutup.


Ancaman radikal seperti membakar loji Lynas  yang dikeluarkan oleh gerakan himpunan hijau ini dilihat amat keterlaluan. Mereka sebenarnya tahu bahawa ancaman  membakar mungkin jenayah dan menyalahi undang-undang, namun atas mencari populariti mereka membuat demikian.


Tindakan gerakan himpunan  hijau yang mendesak keterlaluan jelas menggambar sikap sebenar mereka yang begitu taksub  perjuangan mereka tanpa menghiraukan batasan undang-undang.


Bayangkan sesebuah negara tanpa undang-undang dan peraturan pasti akan porak peranda dan tiada kemajuan akan berlaku.


Malaysia tidak perlu golongan yang radikal seperti ini berada dalam negara. Pihak berkuasa perlu tegas menangani isu ancaman ini dari terus dikeluarkan sewenang-wenangnya.
Budaya yang dipelopori oleh barat ini bukan tidak  menguntungkan negara malah boleh menghancurkan kestabilan ekonomi negara.



Oleh yang demikian rakyat perlu sedar bahawa himpunan hijau ini tidak menggambarkan budaya nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.


Jelas sebenarnya mereka telah diracuni oleh budaya kuning yang  dibawa oleh pakatan pembangkang dan ia amat merbahaya kepada kemakmuran  negara Malaysia .

Monday, February 4, 2013

DAP dan Kerajaan negeri Selangor hanya untuk mencetus persepsi negatif terhadap Kerajaan Pusat akibat kegagalan urus tadbir negeri .


Anis Sofea


Peruntukan tambahan sebanyak RM 120 kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada Sabtu tidak disenangi oleh pemimpin DAP.
Tony Pua yang merupakan ketua publisiti DAP telah dilaporkan oleh portal MalaysiaInsider  pada isnin  mendakwa pemberian peruntukan hanya untuk menyelamatkan Syabas yang didakwa syarikat  kroni kepada UMNO.



Malah kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dilihat angguh dengan mendakwa peruntukan itu bukan untuk kebaikan rakyat Selangor tetapi hanya kepada Syabas.
Di samping itu Tony Pua  mendakwa jika peruntukan tambahan yang diberikan untuk membantu Syabas maka projek Loji Rawatan  Air Langat 2 tidak seharusnya diteruskan atas dakwaan bahawa Selangor tidak mempunyai masalah kekurangan air mentah. Hanya masalah ialah pihak Syabas tidak menjaga dan membaik pulih Rumah Pam yang sedia ada dijadikan alasan utama.


Persoalan sekarang, secara logiknya isu bekalan air tidak perlu dipolitikkan. Peruntukan yang diberikan oleh kerajaan Pusat kerana tindakan pihak kerajaan negeri Selangor yang menghentikan peruntukan atas alasan yang remeh.


Dakwaan kononnya kegagalan pihak Syabas mengawal kehilangan air terawat dalam sistem pengagihan bekalan air adalah masalah yang berpanjangan. Namun usaha Syabas senantiasa pro aktif seperti  memantau kes kecurian bekalan air yang saban hari keluar di akhbar tidak dihiraukan oleh kerajaan negeri.



Manfaat projek Loji Rawatan Air Langat 2 sengaja dipolitikkan. Keperluan loji ini adalah bagi menampung keperluan permintaan yang senantiasa bertambah saban hari.
Jika dilihat pertumbuhan taman-taman perumahan baru dan industri yang semakin banyak pastinya keperluan bekalan air akan meningkat.


Oleh yang demikian langkah yang dibuat oleh Kerajaan Pusat dengan meneruskan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 untuk jangka panjang. Ia bagi mengelakkan krisis bekalan ai serius seperti tahun 1997 berulang kembali.

Tindakan pemimpin DAP dan Kerajaan negeri Selangor hanya untuk mencetus persepsi negatif terhadap Kerajaan Pusat akibat kegagalan urus tadbir negeri di bawah pakatan pembangkang.

Thursday, January 31, 2013

Adakah layak Mat Sabu digelar Bapa Kemerdekaan Baru?




OLEH: Anis Sofea

Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu atau Mat Sabu telah digelar sebagai bapa kemerdekaan baru oleh Subky Latif dalam kolumnya yang disiarkan dalam Harakah akhbar tabloid parti PAS.

Gelaran tersebut diberikan kepada Mat Sabu atas dakwaan kononnya kemampuan dia berjaya menghimpunkan sejumlah orang hadir di Stadium Merdeka semasa Himpunan Pakatan Pembangkang pada 12 Januari lepas.

Persoalan sekarang adakah layak Mat Sabu semudah itu digelar Bapa Kemerdekaan?

Umum tahu bahawa untuk mencapai kemerdekaan tanpa mengeluarkan setitik darah sebagaimana yang telah dibuat oleh Almarhum  Tunku Abdul Rahman bukan perkara yang mudah.

Jika sandaran jumlah kehadiran orang ramai dijadikan kayu pengukur nyata ia adalah sandaran paling tidak kukuh dan konsisten serta kualiti.

Himpunan Pakatan Pembangkang pada 12 Januari lepas sebenarnya adalah himpunan ceramah-ceramah lapuk yang hanya mahu meniru apa yang telah dibuat oleh Perdana Menteri.

Boleh dikatakan Himpunan tersebut gagal menarik perhatian rakyat yang berharap sesuatu yang baru atau kelainan.

Namun apa yang dipertontonkan hanyalah segelintir ibu bapa mempergunakan anak-anak yang diheret sama untuk sertai himpunan tersebut

Ia jelas melanggar akta Perhimpunan Aman 2012 yang baru diluluskan.

Artikel Subky Latif juga dilihat cuba menonjolkan  kononnya kemampuan Mat Sabu untuk menjuarai kebangkitan rakyat sedangkan pada hakikat beliau gagal .

Rakyat mulai sedar bahawa mereka sebenarnya tertipu dengan mainan pakatan pembangkang ini yang hanya mahukan populariti tanpa merealisasikan janji-janji mereka terdahulu.

Sikap penulis seperti Subky Latih sebenarnya mahu mengembalikan serta memulihkan imej Mat Sabu sebenarnya.

Walau bagaimanapun gelaran Bapa Kemerdekaan Baru memang tidak layak diberikan kepada Mat Sabu semudah itu. Ia menggambarkan betapa terdesaknya  parti Pas untuk memulihkan imejnya kembali di kalangan rakyat. 

Tuesday, January 29, 2013

Laporan kononnya peningkatan sokongan rakyat terhadap Kerajaan Selangor hanya permainan Persepsi .



OLEH: Anis Sofea                                                        

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa bahawa keyakinan rakyat Selangor terhadap Kerajaan Negeri pimpinan gabungan PKR,DAP dan Pas semakin meningkat kepada 65 peratus berdasarkan kajian yang telah dibuat mereka sejak Ogos tahun lalu.


Laporan kenyataan Khalid Ibrahim ini disiarkan dalam Sinar Harian Edisi Ahad 27 Januari 2013. Menteri Besar Selangor itu  dilaporkan turut meniup kata-kata semangat di hadapan lebih 500 jentera pilihan raya dari Ijok dan Bandar Tun Razak.


Maka tidaklah hairan Menteri Besar sengaja membangkitkan isu kononnya sokongan rakyat Selangor terhadap Kerajaan Negeri semakin meningkat.

Kerajaan Selangor perlu sedar bahawa kesengsaraan rakyat yang menderita ketika krisis gangguan bekalan air yang  pada Disember  tahun lepas perlu diambil kira.
Sikap Kerajaan Selangor yang bermain tarik tali dalam isu bekalan air Bersih di Lembah Klang membuktikan bahawa mereka hanya mementingkan kuasa politik daripada kebajikan rakyat Selangor.


Oleh yang demikian jika dakwaan kononnya sokongan rakyat Selangor semakin meningkat terhadap kerajaan negeri sewajarnya boleh diragui.


Tan Sri Khalid dan pemimpin kerajaan negeri  dilihat akan senantiasa menggunakan strategi  untuk menimbulkan persepsi positif. Ini bertujuan untuk mengalihkan pandangan rakyat  atas pagar   yang  masih belum berpendirian atau membuat keputusan untuk menyokong mana-mana parti. Mereka berharap golongan ini cenderung memilih mereka kembali dalam pilihan raya umum akan datang.



Permainan gerak saraf Kerajaan Selangor ini haya dilihat  untuk memulihkan kembali sokongan di kalangan para pengundi di atas pagar . Perlu diingat bahawa semua rakyat Selangor sekarang telah sedar antara janji-janji yang telah ditepati dan janji palsu Manifesto yang belum tertunai.

Friday, January 25, 2013

Sinar Harian cuba bantu pulihkan imej Anwar.



OLEH: Anis Sofea                                                        

KUALA LUMPUR (malaysiaaktif) . Akhbar Tabloid Sinar harian hari ini menyiarkan  wawancara ekslusif  bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Gambar Anwar yang sinis dan tajuk “saya tidak mahu jawatan PM” dijadikan sandaran penuh akhbar itu untuk menarik jumlah pembaca yang ingin mengetahui inti pati wawancara berkenaan.


Namun jika diteliti dalam wawancara berkenaan jelas dimanfaatkan penuh oleh Anwar untuk menyampaikan mesej  yang menjejaskan kredibiliti  kerajaan.

Persoalan sekarang Anwar terpaksa menampilkan imej yang positif untuk tatapan umum. Ini berikutan beliau sedar bahawa penggunaan medium melalui media siber sahaja tidak mampu memulihkan imej beliau yang semakin terhakis dengan isu-isu sensitif dalam pakatan pembangkang termasuk isu penggunaan perkataan kalimah Allah yang dilihat tiada kesepakatan antara DAP dan Pas.


Wawancara yang disiarkan oleh Sinar Harian dalam siri pertama hari  ini jelas hanya mahu menonjolkan watak Anwar dari sudut positif. Sinar hanya menumpang populariti Anwar untuk menambahkan lagi jumlah jualan dan pembaca yang dilihat amat terdesak memandangkan media arus perdana semakin hebat  bersaing dengan media siber.


Persoalan sekarang adakah benar-benar Anwar akan menunaikan janji beliau seperti dalam wawancara iaitu tidak mahu jawatan Perdana Menteri jika gabungan rapuh pembangkang memang majoriti pilihan raya?


Pembangkang masih gagal dengan kabinet bayangkan seperti yang dicabarkan oleh pemimpin Barisan Nasional. Malah ura-ura yang mahukan presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri dalam muktamar Pas telah ditolak sekeras-keras oleh DAP.

DAP tetap bertegas mahukan Datuk Seri Anwar dipilih sebagai Perdana Menteri jika pembangkang berjaya dalam pilihan raya akan datang.

Sikap Anwar yang manis berbicara memang sudah dijangka dan kenyataan beliau yang tidak mahu menjadi Perdana Menteri hanyalah sandiwara yang mahu memulihkan imej beliau yang kononnya memperjuangkan hak dan perjuangan reformasi.

Umum tahu matlamat Datuk Seri Anwar hanyalah untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang menjadi idaman beliau sejak dari awal penglibatan beliau dalam politik.

Sama ada layak atau tidak Anwar menjadi Perdana Menteri terletak kepada keputusan pengundi  dalam pilihan raya akan datang .Walaupun demikian kuasa tuhan adalah mutlak sama ada akan mengizinkan beliau menjawat jawatan berkenaan atau sebaliknya.

Isu kematian C.Sugumar :Jangan mudah sangka buruk terhadap pihak berkuasa

OLEH: Anis Sofea                                                        

KUALA LUMPUR (malaysiaaktif) . Laporan portal Malaysiakini yang cenderung kepada pembangkang mensensasikan kes kematian pengawal keselamatan C.Sugumaran  dengan mengaibkannya akibat dipukul oleh pihak polis.





Manakala portal MalaysiaInsider turut kaitkan Sugumaran dipukul sambil bergari oleh polis yang mempunyai saksi.

Kedua-dua portal dalam laporannya mengambarkan seolah-olah pihak yang menyebabkan kematian C.Sugumaran adalah akibat daripada dipukul oleh pihak polis. Laporan yang disiarkan oleh Malaysiakini dikomen oleh para pembaca seolah-olah pihak polis membuat tindakan sesuka hati tanpa sebarang batasan undang-undang.


Kepantasan pihak polis menerusi laman sosial menyiarkan kenyataan penuh   Ketua Polis Daerah  Kajang, ACP Ab Rashid bin Hj Ab Wahab berkait dengan kematian Sugumaran ini dengan mengesahkan bahawa kematiannya akibat dari "Coronary Artery Disease' atau Salur Jantung Tersumbat.


Malah ACP Ab Rashid telah memperinci  kejadian yang berlaku dengan jelasnya dalam siaran di laman facebook berkenaan.

Namun seperti kelaziman pihak pembangkangtelah mengambil kesempatan atas isu ini. Menurut portal malaysiakini keluarga C.Sugumaran telah diwakili oleh peguam N Surendran dan Latheefa Koya .


Surendan dan Latheefa Koya memang merupakan dari parti Keadilan rakyat (PKR) yang senantiasa mengambil kesempatan untuk popular dan menjejaskan kredibiti pihak berkuasa dan kerajaan.

Penjelasan dari pihak berkuasa dianggap tidak boleh diterima malah mendakwa pihak polis sengaja mahu menutup kes kematian C.Sugumaran ini .

PKR memang gemar mengambil kesempatan dengan isu ini semata-mata untuk mendapat simpati golongan tertentu dalam kes ini kaum India yang kelihatan semakin beralih arah kepada pihak kerajaan berbanding dengan dahulu.

Semua pihak perlu sedar dengan permainan simpati oleh pihak PKR ini . Mereka hanya cuba mainkan isu persepsi negatif terhadap pihak berkuasa dengan harapan merenggangkan hubungan murni antara pihak polis dan orang ramai.

PKR hanya berharap akan menjadi jaguh kerana berjaya menperjuangkan hak-hak asasi sedangkan pada hakikatnya mereka sebenarnyamembenarkan orang ramai sewenang-wenangnya tidak menghormati dan melanggar undang-undang negara.

Wednesday, January 23, 2013

Anwar dicabar dedahkan perkara sebenar dalam isu Pendatang Tanpa Izin (PATI)


OLEH: Anis Sofea                                                        

KUALA LUMPUR (malaysiaaktif) . Ketua  pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dicabar untuk tampil memberitahu perkara sebenar mengenai pendatang tanpa izin kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)  yang dipertanggungjawabkan menyiasat masalah itu di Sabah.



Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Salleh Keruak mengeluarkan cabaran itu kepada Anwar kerana ketua pembangkang itu dilihat sengaja mensensasikan isu pendatang tanpa izin di Sabah .Anwar seharusnyalebih tahu kerana semasa beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri ia mempunyai kuasa  yang penuh dan mengetahui dengan terperinci sebenarnya.


Kenyataan Salleh Keruak itu dilaporkan oleh Bernama semalam. Penubuhan  RCI ini mengambarkan ketelusan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam memberi penjelasan sebenar isu pendatang tanpa izin ini.

Oleh yang demikian rakyat harus menghargai usaha murni kerajaan ini tanpa mengira batasan politik.

Apa yang penting ialah penubuhan RCI adalah  mengetahui punca sebenar tanpa sebarang pengaruh politik.

Pihak pembangkang terutama Anwar sedar bahawa isu-isu yang dibawa oleh mereka untuk menjejaskan kredibiliti BN Sabah telah berjaya ditangkis dengan baik oleh yang demikian mereka sedaya upaya akan cuba membangkitkan pra sangka jahat terhadap RCI.


Namun cabaran yang dikemukan oleh Salleh Keruak mungkin menyebabkan Anwar terkedu seketika. Walaubagaimanapun mengenali sikap ketua pembangkang yang mahir dalam memanipulasi isu ini pasti akan timbul isu-isu baru yang berniat jahat terhadap RCI ini.


Rakyat Sabah disaran melihat penubuhan RCI ini secara holistik matlamat dan tujuan sebenarnya agar tidak mudah dipesong oleh mana-mana individu seperti Ketua Pembangkang ini.