Monday, June 30, 2008

Pertahankan suara orang Melayu

Goblok: Melayu jangan mudah Lupa...

Maulana Arrif
28 Jun 2008


MEMBACA Utusan Malaysia hari ini, terubat sedikit gundah-gelana memikirkan tentang asakan terhadap hak-hak Melayu dan Islam yang semakin berani dan lantang, jika tidak kurang ajar dalam beberapa tahun kebelakangan.

Disiarkan di muka depan berita bertajuk ``Syor papan tanda turut guna bahasa Mandarin, Tamil.'' Di bawah berita berkenaan ialah berita utama berjudul ``Pemberian dipersoal - Status hak milik tanah kekal 999 tahun kepada kampung baru di Perak.''

Di muka 4 akhbar berkenaan disiarkan berita ``Ketuanan Melayu: Motif Majlis Peguam disoal.''

Bagi penulis, sebagai pengibar bendera Syarikat Utusan Melayu, akhbar Utusan Malaysia masih tegak di atas landasan asal penubuhannya yang antara lain ialah untuk mempertahankan kedudukan orang Melayu dan Islam yang menjadi agama orang Melayu. Jika Utusan Malaysia lari daripada tanggung jawab ini, maka akan bertepuk tanganlah mereka yang mahu menghapuskan sejarah Melayu dari bumi Malaysia ini.

Malangnya ketika ini Utusan Malaysia bukan sahaja dibenci oleh sebilangan ahli politik bukan Melayu, tetapi juga oleh orang Melayu sendiri. Pakatan Rakyat telah melancarkan kempen boikot Utusan Malaysia. Kerajaan negeri Perak pimpinan seorang Melayu dari parti Pas telah menyahut seruan Pakatan Rakyat supaya memboikot akhbar ini. Ada orang berpendapat bahawa Menteri Besar Perak memboikot Utusan Malaysia

Dalam masa yang sama, Menteri Besar Kedah yang juga orang Pas tidak pula memboikot Utusan Malaysia. Pendiriannya dikongsi oleh Datuk Mustafa Ali. Bagaimana pendirian Datuk Seri Haji Hadi Awang dan Datuk Nik Abdul Aziz?

Pendirian Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu ditanya kerana sejak tahun 1998, gerakan Reformasi pimpinannya telah menganjurkan kempen boikot Utusan Malaysia kerana tidak menyokong perjuangannya. Isterinya yang memimpin Parti Keadilan Rakyat adalah orang yang pertama menyuarakan seruan kempen boikot terhadap Utusan Malaysia sekarang. Itulah suara Anwar.

Sekadar catatan supaya kita tidak melupai sejarah, suatu masa ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri, Anwar telah meletakkan orang-orangnya untuk menguasai Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV3. Hanya laporan yang mengangkat martabat Anwar sahaja menjadi agenda media berkenaan.

Sekarang Anwar mengatakan bahawa media itu dan media ini tidak adil, berat sebelah malah membohong. Semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu tidak timbul sedikit pun soal tidak adil dan tidak tepat. Itulah Anwar yang berjuang hanya untuk kepentingan politik dirinya. Masihkah rakyat Malaysia mahu mempercayainya?

Dan apa hairannya DAP memusuhi Utusan Malaysia. Inilah parti serpihan PAP, parti yang dilahirkan oleh Lee Kuan Yew yang pernah mengharamkan akhbar jawi Utusan Melayu dan mengusirnya dari Singapura ke Semenanjung. Sekarang Utusan Melayu yang merupakan abang kepada Utusan Malaysia, hanya menjadi sisipan mingguan dalam kandungan adiknya. Jika orang-orang Melayu sendiri memusuhi Utusan Malaysia, siapa lagi yang akan mempertahankan orang Melayu. The Star, The Sun, NST, Malaysiakini, Malaysia Today...?

Penulis tidak berniat untuk bersifat perkauman, tapi dalam menghadapi asakan terhadap orang Melayu dan Islam, kita perlu berterus terang atas nama hak yang dipersetujui bersama dalam Perlembagaan Persekutuan semasa kita membentuk negara Malaysia yang merdeka dulu.

Akhir kalam, penulis peturunkan pojok Awang Selamat dalam Utusan Malaysia pada hari ini (28 Jun 2008).

``Seperti yang kerap Awang bangkitkan, pasca pilihan raya umum ke-12 menyaksikan banyak pihak mencabar semangat perlembagaan dan kontrak sosial.

Saban hari ada sahaja usaha digerakkan untuk menggugat prinsip-prinsip asas negara ini terutama dari segi kedudukan Islam sebagai agama rasmi, bahasa Melayu dan hak keistimewaan Melayu.

Terbaru seorang ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mencadangkan supaya semua papan tanda jalan utama di Pulau Pinang menggunakan bahasa Mandarin dan Tamil selain bahasa Melayu. Alasan yang diberikan kononnya untuk memberi kemudahan kepada pelancong asing.

Reaksi Awang mudah - tanah air ini bukan China mahu pun India. Soal kemudahan untuk pelancong tidak berbangkit kerana hampir kesemua negara di dunia menggunakan bahasa kebangsaan mereka untuk papan tanda jalan.

Awang ingin mengingatkan bahawa kedudukan bahasa Melayu sudah terjamin dalam perlembagaan dan jangan cuba disamakan dengan bahasa lain.

Lagipun adalah tidak wajar semua hal di Malaysia mesti mempunyai tiga set bahasa. Cukuplah sekadar aliran sekolah, siaran televisyen, radio dan akhbar. Itupun boleh dipersoalkan jika kita mahu.'''
Setahu penulis Awang Selamat datang dan pergi, silih berganti, tapi suaranya tetap sama.Jika suara Awang Selamat mulai berubah, ia tanda berakhirnya Utusan.

Dirgahayu Utusan! - malaysiaaktif.com

Wednesday, June 25, 2008

Media perlu ada disiplin di Parlimen

Goblok: ambil iktibarlah dengarlah Nasihat orang berpengalaman...ambil yang baik buang yang keruh...fikir-fikirkanlah... jangan nanti bila Pas Media ditarik balik asyik salahkan kerajaan...



Bashir Ahmad
25 Jun 2008

TIDAK sebagaimana biasa, berita utama dari Parlimen semalam bukan mengenai apa yang berlaku di dalam dewan persidangan, tapi di ruang lobi. Ceritanya mengenai wartawan dihalang daripada memasuki lobi utama. Larangan ini menyebabkan kira-kira 100 kakitangan media termasuk jurugambar memboikot semua sidang akhbar yang diadakan di luar dewan persidangan, termasuk oleh Perdana Menteri dan Timbalannya. Mereka hanya membuat liputan apa yang berlaku di dalam dewan persidangan.

Baru-baru ini kalangan media juga riuh rendah mengenai kuota lima wartawan sahaja dari setiap institusi dibenarkan membuat liputan di Parlimen. Hampir kesemua institusi media memprotes kononnya kerana bilangan tersebut tidak mencukupi untuk melaksanakan semakin banyak tugas di Parlimen.

Apakah protes media itu munasabah? Penulis juga pernah bekerja sebagai pemberita dan membuat liputan persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada 70-an. Ketika itu boleh dikatakan semua akhbar menghantar tiga atau empat orang sahaja, kecuali Bernama yang mempunyai pasukan lima orang. Malah ada ketikanya penulis hanya bertugas dengan seorang rakan untuk meliputi dua sidang yang berjalan serentak, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Di samping tugas biasa, kadang kala pengarang meminta kami menginterbiu menteri atau timbalan menteri apabila ada isu-isu yang berbangkit.

Pernah juga penulis ditugaskan berseorangan kerana ramai rakan sejawat yang bercuti. Biasanya apabila `tidak cukup tangan', penulis akan meminta bantuan daripada rakan-rakan daripada lain-lain institusi akhbar. Kami berkongsi laporan. Misalnya jika seorang meliputi sidang Dewan Negara, seorang lagi meliputi sidang Dewan Rakyat. Kami akan bertukar-tukar laporan yang dibuat. Dengan mengubah intro atau perenggan pertama, laporan berkenaan dihantar ke pejabat melalui mesin teleks tanpa sesiapa pun di pejabat yang mengetahui bahawa laporan itu sebenarnya dicedok.

Kaedah `work smart' ini juga membolehkan kami bekerja sambil bersantai. Ada beberapa orang rakan pemberita di Parlimen yang suka berjudi dengan membaling duit syiling ke tepi dinding. Siapa yang syilingnya paling dekat dengan dinding adalah pemenang dan akan mengaut siling-siling yang lain ke dalam poketnya. Moral cerita ini ialah tugas liputan di Parlimen ketika itu tidaklah memerlukan tenaga kerja yang besar, malah dengan jumlah yang kecil pun sebilangan kami masih boleh bersantai dengan kaedah work smart secara berkongsi tugas walaupun daripada institusi media yang berbeza. Hanya apabila menulis laporan yang istimewa berhubung isu-isu yang panas sahaja kami menulis secara bersendirian.

Tidak tahulah jika beban tugas media di Parlimen sekarang terlalu besar daripada zaman penulis dulu. Namun daripada apa yang disiarkan oleh akhbar sekarang, kelihatan jumlah laporan yang disiarkan dan halaman laporan dari Parlimen juga lebih kurang sama sahaja dengan zaman akhir 70-an dulu. Barangkali apa yang pengarang Malaysiakini, Steven Gan katakan kepada The Star dalam berita bertajuk "Chief editors back protest (Ketua pengarang sokong protes)'' menggambarkan suasana baru di Parlimen sekarang. Begitu pun Malaysiakini menugaskan tiga orang kakitangan sahaja setiap hari.

"Saya akan menghantar lebih ramai kakitangan jika mampu, tapi saya tidak mempunyai cukup pemberita. Parlimen sekarang adalah arina yang segar selepas tsunami politik 8 Mac dan memang perlu menghantar lebih ramai wartawan," kata Gan.

Sebenarnya tugas hakiki wartawan di Parlimen ialah untuk membuat liputan persidangan. Menginterbiu menteri dan ahli-ahli parlimen adalah tugas sampingan yang tidak dilakukan setiap hari. Namun disebabkan suasana politik yang baru selepas PRU 12, Parlimen menjadi `pasar berita' kerana semua Perdana Menteri, Timbalan Menteri dan hampir semua Menteri dan Timbalan Menteri berada di situ setiap hari.

Disebabkan jumlah penyokong kerajaan di Dewan Rakyat sekarang tidak sampai dua pertiga, maka setiap ahli parlimen BN tanpa mengira jawatan perlu setiap masa berada di sana. Apatah lagi undi tidak percaya kepada Perdana Menteri boleh diusulkan pada bila-bila masa. Dulu memadai Setiausaha Parlimen sahaja yang hadir untuk menjawab soalan-soalan mengenai kementerian masing-masing, tapi sekarang tugas berkenaan terpaksa dilaksanakan oleh Menteri atau Timbalan Menteri.

Ahli-ahli parlimen pembangkang juga mengambil kesempatan untuk mengadakan sidang akhbar di Parlimen, menyebabkan bilangan wartawan dan jurugambar semakin ramai sehingga melebihi 100 orang sehari. Penulis-penulis blog juga tumpang mencari bahan-bahan politik terkini. Ini semua menjadikan suasana lobi Parlimen cukup sibuk, tidak lagi seperti dulu.

Pernah pergaduhan kecil berlaku antara jurugambar akhbar apabila mereka berebut-rebut untuk mengejar sasaran sumber berita.

Tidak cukup dengan kesibukan wartawan berebut-rebut mengejar sasaran sumber berita, ahli-ahli parlimen pembangkang juga menambah kesibukan dengan mengatur acara-acara politik sampingan di lobi. Pernah acara menyambut hari jadi dianjurkan di lobi oleh ahli-ahli parlimen pembangkang untuk orang luar. Mereka juga mengundang kumpulan-kumpulan NGO untuk bersuara di lobi. Mereka tahu Parlimen adalah tempat terbaik untuk mendapatkan perhatian media

Semasa penulis bertugas pada 70-an, suasana seperti ini langsung tidak wujud. Para wartawan berkumpul dan menjalankan tugas di bilik media. Jika ada menteri yang mahu menyampaikan sesuatu, kami dipanggil ke bilik khas atau setiausaha akhbar mereka datang ke bilik media membawa kenyataan bertulis untuk kami buat berita. Amat jarang wartawan mundar-mandir di lobi. Jurugambar juga jarang ke Parlimen kecuali untuk meliputi majlis pembukaan sidang atau dipanggil untuk sidang akhbar khas mengenai sesuatu isu penting. Para pelawat yang berjadual dan mendapat hanya berada di galeri khas untuk menonton sesi persidangan.

Suasana baru yang agak kucar-kacir inilah, terutama selepas acara sambutan hari jadi menjadi polemik, menyebabkan pihak pentadbir Parlimen terpaksa mengenakan langkah kawalan di kawasan lobi. Ada kewajaran walaupun pihak media melihatnya sebagai tindakan yang menyekat kebebasan mereka. Media hendaklah bahawa mereka bertugas di sebuah bangunan yang mulia dan mempunyai martabat tersendiri, bukannya sebuah `pasar berita'.

Adakah patut jurugambar berlari dan berebut-rebut mengejar Perdana Menteri di lobi Parlimen? Sebilangan wartawan lepak di lobi sambil berborak menunggu menteri atau pemimpin pembangkang. Sebab itulah pembangkang turut membela media yang memprotes terhadap sekatan di lobi. Sekatan di lobi Parlimen sebenarnya tidak menyekat kebebasan media untuk mendapatkan berita, tapi lebih mengekang peluang pembangkang untuk menghampiri wartawan.

Tentu ada cara yang lebih teratur dan tertib untuk memberi dan mendapatkan bahan berita di Parlimen yang mulia. - malaysiaaktif.com

ANWAR HANYA TAHU MENANAM TEBU DI BIBIR

TIADA undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dikemukakan di Dewan Rakyat semalam, sebaliknya Menteri Perdagangan dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abd Samad mengemukakan usul mengenai penstrukturan semula subsidi bahan api yang diluluskan dengan keputusan 129 menyokong dan 78 menentang.

Dua orang ahli parlimen SAPP yang kononnya diarahkan oleh presiden parti itu, Datuk Yong Teck Lee supaya menyokong usul undi tidak percaya terhadap Abdullah telah dipanggil pulang ke Kota Kinabalu dengan tergesa-gesa kerana kononnya menerima ancaman keselamatan. Benarkah atau satu lagi gimik politik?

Mesej daripada episod ini, belum nampak tanda ahli-ahli Parlimen BN berpaling tadah kecuali dua anggota SAPP itu.

Kini tugas kerajaan seterusnya ialah untuk menggembeleng jentera penerangan bagi menjelaskan kepada rakyat apa sebenarnya penstrukturan subsidi bahan api yang dibuat ekoran kenaikan harga minyak mentah dunia ke paras melebihi AS$135 setong.
Dipercayai ramai yang belum faham apa yang sebenar berlaku. Ini satu tugas yang sukar kerana dirumitkan lagi oleh kempen politik pembangkang yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kerja memberikan penjelasan bukannya mudah kerana yang tidak faham termasuklah sebilangan ahli parlimen BN sendiri. Dalam sesi penerangan kepada ahli-ahli parlimen BN yang berlangsung sehari sebelum usul berkenaan dibentangkan, beberapa orang daripada mereka mengemukakan pertanyaan-pertanyaan yang menunjukkan ketidakfahaman mengenai apa yang berlaku.

Saudara Anwar yang sangat mengidam jawatan Perdana Menteri telah menangguk di air keruh dengan menuduh kerajaan tidak tahu menguruskan kewangan negara. Anwar melaung bahawa jika Pakatan Rakyat memerintah dan beliau menjadi Perdana Menteri, ada caranya untuk tidak menaikkan harga minyak. Ini adalah satu tawaran politik yang sungguh lunak untuk meransang kebencian rakyat terhadap kerajaan pimpinan Abdullah.

Jika Anwar benar-benar jujur, sila bentangkan pelan tindakannya kepada rakyat dengan jelas. Bagi seorang yang cukup berpengalaman membentangkan bajet atau belanjawan negara, membentangkan pelan pengurusan kewangan untuk menangani krisis kenaikan harga minyak global tidaklah sukar. Tentu banyak pemimpin negara lain yang akan meminta bantuannya menyelesaikan kemelut di negara mereka.

Jika beliau tidak melakukannnya, itulah tanda bahawa Anwar seorang yang hanya pandai menanam tebu di bibir.

Adakah kita sudah lupa lupa bahawa semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dulu, Anwar telah bersetuju untuk menerima pakej bantuan IMF bagi menyelamatkan Malaysia daripada krisis mata wang? Antara syarat pakej IMF itu ialah kerajaan tidak akan memberikan subsidi. Tun Mahathir Mohamad yang menjadi Perdana Menteri telah menolak pakej IMF dan melaksanakan langkah-langkah tersendiri.

Malangnya manusia mudah lupa. Anwar tahu bahawa rakyat Malaysia sudah lupa. Sebab itulah beliau sekarang bercakap tentang tidak perlu menstruktur semula subsidi minyak sedangkan subsidi beras dan pendidikan terus meningkat. Memang mudah itu bercakap jika anda bukan berada di pihak yang membuat keputusan dan melaksanakan tindakan.

Kasihan Pak Lah yang menghadapi serangan bertubu-tubi dari pelbagai penjuru. Ada orang berkata, kenapa Pak Lah menempah maut dengan menstruktur semula subsidi bahan api ketika kedudukan politiknya semakin goyah dan tidak menentu. Jawapan Pak Lah kepada soalan-soalan seumpama ialah beliau terpaksa melakukannya demi masa depan negara.

Sebagai pemimpin Pak Lah terpaksa memilih antara kedudukan politiknya atau kedudukan negara. Beliau memilih untuk menggadaikan nasib politiknya demi kepentingan negara.

Jika umum melihat Pak Lah sebagai seorang pemimpin yang kurang tegas dan terlalu mudah menerima pandangan orang lain, kali ini Pak Lah cukup tegas. Namun di khalayak umum beliau kelihatan kembali mudah senyum setelah agak lama sugul selepas PRU 2008.

Apa yang berlaku menunjukkan bahawa Pak Lah tidak melakukan sesuatu hanya untuk mencari populariti. Inilah satu perbezaan yang sangat ketara antara Pak Lah dan Saudara Anwar Ibrahim sekarang. Anwar hanya mahu mengaut sebanyak mungkin populariti untuk mempercepatkan agenda menjadi Perdana Menteri Malaysia. - malaysiaaktif.com

Goblok: anwar oo anwar...buktikan lah

Tuesday, June 24, 2008

Mufti Perlis perlu ketemukan empat pemimpin

Goblok: apa yang baik datang dari Tuhan pencipta alam .. yang buruk dari...

Maulana Arrif
24 Jun 2008

MUFTI Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dalam ruangan tetapnya di Mingguan Malaysia 22 Jun 2008 mengesyorkan empat pemimpin - Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat - duduk semeja untuk masa depan umat Islam.

Maksud mufti itu, mereka hendaklah berbincang dan mencari titik pertemuan bagi merungkai pertelagahan politik antara mereka yang telah menyebabkan orang-orang Melayu yang menjadi tonggak kekuatan umat Islam di Malaysia sekarang tidak sepadu dan lemah.

Asri dalam membuat seruan tersebut memetik maksud ayat Quran 9-10 surah al-Hujurat:`` Dan jika dua pihak daripada orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah antara kedua-duanya; jika salah satu berlaku melampau terhadap yang lain, maka perangi puak yang melampau itu sehingga mereka kembali mematuhi perintah Allah; jika mereka kembali patuh, maka damaikan antara keduanya dengan adil, serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang uyang berlaku adil. Sebenarnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu yang bertelingkah itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.''

Ini adalah seruan susulan Asri selepas beliau mengemukakan syor yang sama pada minggu sebelumnya. Setakat ini hanya Nik Aziz yang menyatakan kepada media kesediaaannya untuk duduk semeja dengan tiga lagi pemimpin.

Kita belum mendengar reaksi daripada Tun Mahathir, Pak Lah dan Saudara Anwar. Barangkali tiada wartawan yang bertanya kepada mereka. Apakah tidak ditanya kerana wartawan sudah tahu jawapannya atau merasakan pertanyaan seumpama itu perkara remeh? Jika wartawan enggan bertanya, eloklah Mufti Perlis bertanya sendiri andainya beliau berpendapat pertemuan itu satu perkara yang sangat dituntut.

Bercakap perkara yang baik memang bagus, tapi lebih bagus kalau kita kotakan sendiri apa yang dikata. Sebagai mufti dan bukan orang politik, Asri berada di kedudukan yang paling sesuai untuk menjadi orang tengah. Sama ada berhasil atau tidak, serahkan kepada Allah s.w.t.

Sebenarnya usaha untuk mendamaikan antara dua pihak yang bertelagah ini pernah dilakukan. Ada sebuah persatuan dakwah yang telah menulis surat kepada Tun Mahathir dan Pak Lah supaya berdamai bagi kepentingan rakyat dan negara Malaysia, terutama demi kepentingan umat Islam. Namun tiada kesan kerana Mahathir terus menerus mendesak Pak Lah supaya berundur daripada jawatan Perdana Menteri. Apabila Pak Lah tidak berundur, akhirnya Mahathir pula yang berundur daripada UMNO.

Jika perdamaian antara Tun Mahathir dan Pak Lah begitu sukar untuk dicapai, mana mungkin Mahathir mahu duduk semeja dengan Anwar yang pernah dipecatnya. Ingin diketahui jawapan Tun Mahathir, antara Pak Lah dan Anwar siapakah yang lebih tidak disukainya?

Pada pandangan penulis, lebih mudah bagi Asri untuk melorongkan Pak Lah duduk semeja dengan Nik Aziz daripada mempertemukan mereka serentak dengan Mahathir dan Anwar. Untuk bertemu dan menyelesaikan pertelingkahan, mestilah ada tujuan dan syarat-syaratnya. Ketika ini pertelingkahan yang paling nyata adalah antara Pak Lah dengan Mahathir dan Anwar.

Nik Aziz berada dalam keadaan paling selesa untuk bertemu kerana buat pertama kali dalam sejarah partinya Pas berjaya mempunyai tiga Menteri Besar iaitu di Kedah, Perak dan Kelantan di mana kedudukan Tuan Guru itu sendiri semakin kukuh. Boleh dijangka apa prinsip Nik Aziz dalam pertemuan itu. Beliau akan berkata, jika hendak perkuatkan Islam, Pak Lah, Mahathir dan Anwar mestilah masuk Pas. Pendirian Nik Aziz ini sangat konsisten. Malah dalam kenyataan terbarunya Nik Aziz telah mengajak Asri masuk politik untuk menegakkan kerajaan Islam.

Amat menarik jika Mufti Perlis itu dapat menghubungi keempat-empat pemimpin Melayu itu dan mengajak mereka berdamai. Tentu umat Islam ingin tahu siapakah yang enggan dan apakah alasannya? Kita juga ingin tahu, antara keempat-empat pemimpin itu siapa yang melampau dan patut diperangi. Tapi ini hanya boleh diketahui setelah ada pihak yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mendamaikan pihak-pihak yang bertelagah.

Mufti Perlis wajar menghubungi segera keempat-empat pemimpin itu. Jika mereka sah `orang yang beriman', tiada sebab mereka menolak untuk bertemu. Masalah yang dihadapi sekarang ialah sebilangan besar orang Melayu sudah berasa khuatir terhadap masa depan Islam dan umat Islam di Malaysia. Mereka melihat bahawa kedudukan Islam telah dicabar apabila suara-suara dari kalangan bukan Melayu semakin lantang mempertikai Ketuanan Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Bagi mereka yang khuatir ini, Ketuanan Melayu adallah juga Ketuanan Islam kerana orang-orang Melayu sebagai penduduk terbesar bumi Malaysia beragama Islam. Orang-orang Melayu bukan sahaja telah mendaulatkan Islam sebagai agama rasmi negara, malah Perlembagaan Persekutuan juga mentakrifkan orang Melayu mestilah beragama Islam. Sebab itulah apabila ada usaha untuk mengisytiharkan agama orang Melayu kepada bukan Islam, ia seolah-olah mencabar Ketuanan Islam di Malaysia.

Kini Ketuanan Melayu dicabar kuat oleh bukan Melayu kerana orang Melayu sendiri yang mengepalai gerakan menyerang Ketuanan Melayu. Saudara Anwar dengan lantang telah menyeru rakyat Malaysia supaya menolak gagasan Ketuanan Melayu dan menerima gagasan Ketuanan Rakyat. Anwar juga mahu menjatuhkan kerajaan Pak Lah dengan mengajak ahli-ahli parlimen Barisan Nasional menyertai Pakatan Rakyat. Setakat ini ajakan Anwar telah berjaya sekurang-kurangnya memikat Parti Maju Sabah (SAPP) yang didukung oleh bukan Melayu dan bukan Islam untuk meninggalkan BN dengan mencabar kepimpinan Pak Lah.

Apa kata Nik Aziz tentang perkembangan ini yang sedikit sebanyak berpunca daripada Anwar yang telah menghumbankan gagasan Ketuanan Melayu kerana sangat mengidam untuk menjadi Perdana Menteri. Siapa musuh yang lebih berbahaya?

Dan apa kata Nik Aziz kepada peringatan keras Lim Kit Siang kepada Pas supaya tidak menegakkan pemerintahan Islam sekalipun di Kelantan yang boleh dikatakan kini dikuasai sepenuhnya oleh Pas. Masihkah Nik Aziz mahu sekongkol dengan DAP dan Kit Siang yang kini kelihatan lebih akrab dengan Anwar daripada mana-mana pemimpin Pas.

Akhir kalam, silalah Mufti Perlis berusaha sedaya upaya untuk mempertemukan Mahathir, Pak Lah, Anwar dan Nik Aziz. Jangan cakap sahaja. Umat Islam di Malaysia patut tahu siapa `orang yang beriman' di antara mereka dan `siapa yang patut diperangi'? - malaysiaaktif.com

Wednesday, June 18, 2008

Anwar ngidam jadi PM, tapi tidak juga bunting

Goblok: Artikel menarik , benar atau sebaliknya ada fikir-fikirkanlah

Dr. Emkei Nizam

18 Jun 2008

IBARAT pasangan pengantin baru, selepas selesai kenduri mengidamkan cahaya mata. Sebelum zuriat itu lahir, ia perlu menjalani proses kehamilan. Semasa hamil perlu dijaga dengan baik, mematuhi jadual pemeriksaan kesihatan dan persiapan mental dan fizikal. Tanpa melalui proses tersebut, keinginan mendapatkan zuriat sendiri tidak akan menjadi kenyataan.

Selepas Pakatan Rakyat menunjukkan prestasi yang baik dalam PRU 12, penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) amat lantang menyuarakan keinginan untuk menjadi Perdana Menteri. Lantaran itu beliau menjaja sekeliling pelosok kota dan desa melaungkan keinginannya.

Keinginan itu akan dapat dicapai apabila 30 orang ahli parlimen BN menyertai PKR atau Pakatan Rakyat (PR). Gabungan PR ialah PKR, Pas dan DAP yang berjaya menguasai empat buah negeri (Kedah, Pulau Pinang,Perak dan Selangor), kekal di Kelantan dan hampir menang mutlak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Perhimpunan 14 Mei lalu (dikenali sebagai Black 14) menjadi medan pertama Anwar Ibrahim membuat andaian kemungkinan tersebut selepas “dibebaskan aktif berpolitik.” Semasa berucap di Bangunan Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Baru, Kuala Lumpur beliau menjelaskan tidak akan tergesa-gesa untuk menjadi Perdana Menteri. Jika perlu berbuat demikian akan menamakan isterinya sebagai Perdana Menteri sementara kerana ingin menjawat jawatan itu “dengan cara yang terhormat”, iaitu melalui pilihan raya kecil atau seumpamanya.

Jika mengambil tarikh tersebut sebagai “lafaz ikrar kahwin”, tanggal 16 September 2008 sebagai tarikh ulang tahun pembentukan Malaysia, Anwar hanya mempunyai masa tiga bulan dari sekarang. Mampukah beliau berbuat demikian?

Barangkali masyarakat masih ingat mengenai siapa Anwar Ibrahim. Ramai tahu bahawa beliau amat licik dan berpengalaman mengadakan siri demonstrasi sejak berada di bangku universiti lagi. Pada tahun 1974 mengetuai mahasiswa mengadakan demontrasi kononnya membantah kerana ada penduduk Baling mati kebuluran.

Pernah menubuh dan memimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) setelah gelombang kebangkitan Islam memuncak sejak pertengahan 70-an. Setelah itu beliau berkempen menggunakan platform PAS dan memaki hamun UMNO sehingga memijak-mijakkan bendera sebagai petunjuk “kebenciannya.”

Pada awal 80-an Anwar memasuki UMNO apabila Tun Dr. Mahathir merasakan perlu mencari tokoh muda yang berjiwa Islam untuk membantunya. Ketika itu beberapa perancangan mengenai penubuhan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Bank Islam sedang hangat dibincangkan.

Ibrahim Ali memceritakan keinginan Anwar memasuki UMNO kepada Tengku Razaleigh. Ketika itu, Tengku Razaleigh ialah salah seorang Naib Presiden UMNO dan Menteri Kewangan. Tengku Razaleigh bersedia membawa perkhabaran itu kepada Tun Dr. Mahathirselaku presiden parti.

Anwar bertanding pada tahun 1982 dan menang. Diberikan jawatan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, dari situ kerjaya politiknya meningkat sehingga begitu galak sanggup mencabar jawatan Timbalan Presiden UMNO dan menyebabkan Tun Ghafar Baba mengundurkan diri.

Kumpulan wawasan yang diterajuinya mempunyai “gelombang politik” sehingga menjadikan ramai pihak tersungkur. Selepas menang dan menanjak naik menjadi Timbalan Perdana Menteri, rasanya terlalu lama menunggu untuk menjawat jawatan Perdana Menteri, Anwar mencari helah “menyingkirkan Dr. Mahathir.”

Semasa negara menghadapi krisis matawang, Anwar dilihat terlalu berpihak dengan beberapa kapitalis dan “power broker”. Beliau bersahabat dengan bekas Naib Presiden Amerika Al-Gore, bekas Setiausaha Negara Madeline Albright, Camdesus, Wolowitz dan sebagainya. Atas persahabatan itu, Al Gore turut berada di Kuala Lumpur bersama-sama dalam reformasi jalanan yang dilancarkan setelah disingkirkan oleh Tun Dr. Mahathir.

Tahun 1998 memberikan petunjuk pertentangan kaedah dan cara menyelesaikan krisis ekonomi. Tun Dr. Mahathir mengambil langkah drastik dengan mengurangkan kadar faedah, meningkatkan subsidi bagi menjamin rakyat tidak tertekan oleh kegelisahan ekonomi, mengadakan pakej pembangunan bagi meningkatkan pertumbuhan, memberikan ganjaran dan bonus kakitangan awam dan menambat nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat.

Anwar berfikir dan mengambil peluang di atas kemerosotan nilai mata wang tersebut. Mendesak kerajaan supaya menerima pakej penyelamatan yang ditawarkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), meningkatkan kadar faedah pinjaman bagi mengehadkan peminjam, dan sebagainya. Beberapa pihak yang menyokong Anwar turut memindahkan wang ke luar negara, kerana kadar faedahnya lebih tinggi termasuk menyimpan wang di beberapa bank di Singapura.

Tun Dr. Mahathir pula mengambil langkah menyeru rakyat Malaysia yang mempunyai simpanan di luar negara supaya memindahkan wang tersebut ke dalam negara. Ini akan membantu menggerakkan ekonomi dan bukannya menyebabkan keadaan lebih parah.

Itulah watak Anwar yang suka “menangguk di air keruh” bagi membolehkan beliau naik ke atas. Dia sanggup mencabar orang yang berupaya meredakan keadaan dan menjernihkan hubungan dengan istana emi kepentingan politiknya.

Beliau juga sanggup “menekan orang lain bagi menjayakan cita-citanya.” Beliau sanggup mengundang Al-Gore sebagai sahabat karib bagi membantu mendesak Tun Dr. Mahathir supaya tidak memecatnya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan digugurkan sebagai Timbalan Presiden UMNO. Sanggup menerima pakej IMF dan menaikkan kadar faedah pinjaman kerana ia akan memberikan keuntungan besar kepada kroninya.

Ketiga, sanggup membuat tuduhan dan pembohongan demi meraih simpati masyarakat. Paling ketara ialah apabila isterinya mendakwa Anwar telah disuntik dengan virus HIV dan akan mati beberapa tahun lagi. Badannya semakin lemah kerana imunisasi berkurangan hatta ada yang beranggapan akan mati semasa dalam tahanan.

Selepas dipenjara selama lebih 4 tahun, beliau masih segar-bugar sehinggalah boleh bermimpi akan jadi Perdana Menteri pada 16 September 2008.Jika benar dakwaan telah disuntik virus HIV, tentunya Anwar tidak boleh bermimpi jadi Perdana Menteri dan menjelajah ke seluruh negara menjaja harapan.

Keempat mendakwa mengalami masalah tulang belakang dan memerlukan pembedahan di luar negara, iaitu Jerman. Setelah menjalani “pembedahan” selama sejam, beliau terus boleh berjalan tanpa masalah besar. Inilah satu lagi sandiwara yang dibuat oleh Anwar.

Sebagai manusia biasa, jika seseorang itu selesai menjalani pembedahan, dia akan terus terlantar di atas katil buat beberapa lama dan seterusnya menjalani proses fisioterapi untuk memulihkan pergerakannya. Anwar tidak berbuat demikian, kerana sakit tulang belakang adalah alasan yang disengajakan bagi membolehkan beliau bertemu dan merancang strategi politik dengan rakan-rakan karibnya.

Pada kebiasaannya, selepas pembedahan, seseorang akan diletakkan di bawah jagaan rapi para doktor. Hanya setelah benar-benar sihat barulah doktor memberikan kebenaran untuk pulang. Berapa lama setelah pembedahan tersebut, Anwar keluar hospital dan berjalan ke sana ke mari? Cuba bayangkan, jika seseorang ibu yang menjalani pembedahan semasa bersalin pun memerlukan masa yang lama untuk pulih. Anwar hanya perlu masa beberapa jam sahaja, tidak pun sampai sehari.

Kelima, semasa berkuasa dan menjadi Timbalan Perdana Menteri Anwar terlalu mewah membelanjakan wang rakyat untuk melaksanakan sesuatu termasuk membangunkan ISTAC, Islamic Studies on Thought and Civilisation tanpa terlebih dahulu merujuk kepada Kementerian Pendidikan Malaysia yang menjadi penaungnya. Kerana beliau merupakan Menteri Kewangan pada masa itu, pembangunan ISTAC dibuat dengan kelulusannya termasuk menyewakan kediaman mewah kepada sahabat karibnya, Reaktor Universiti Islam Antarabangsa, Dr. Hamid Sulayaman. Bayangkan rumah sewaan tersebut dilengkapi dengan kolam mandi dan sebagainya.

Keenam, jika benar dakwaan beberapa pihak menghubungkan Anwar dengan International Institute of Islamic Thought (IIIT) yang berpangkalan di Amerika Syarikat, maka kita ingin bertanya berapa banyakkah wang negara telah dipindahkan ke akaun tersebut. Untuk apa beliau memberikan bantuan kepada IIIT, kalau bukan kerana mempunyai kepentingan peribadinya.

Ketujuh, untuk merebut jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO berapa banyak wang telah digunakan untuk membeli undi? Semasa berkempen beberapa bulan, Anwar perlulah mengisytiharkan berapakah yang telah dibelanjakan sehingga ada pihak “membuat putaran sebanyak 360 darjah menyokongnya” kerana “takut periuk nasi tidak berisi.” Kita tanyalah pada veteran UMNO, apakah tawaran yang telah dibuat oleh Anwar semasa “hajatnya” untuk menyingkirkan Tun Ghafar Baba ketika itu bagi merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Kelapan, meneliti ucapan Anwar kepada orang Melayu beliau mempersoalkan ketuanan Melayu dan perlu dipertahankan. Apabila bercakap dengan masyarakat bukan Melayu, beliau berhujah “ Negara ini bukan untuk orang Melayu. Negara ini untuk orang Cina. Negara ini adalah hak orang India.” Apakah nasib orang Melayu akan diperjuangkan oleh Anwar jika menjadi Perdana Menteri nanti.

Semasa menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri, beliau ghairah merancang pembangunan dengan mengenepikan orang Melayu di Pulau Pinang, negerinya sendiri. Bagaimana peranan beliau “menghalau” orang Melayu Pulau Pinang dengan helah mengambil tanah di Seberang Perai dan menukarkan statusnya. Tanah tersebut kemudiannya dibangunkan dengan pelbagai projek yang tidak mampu dibeli oleh orang Melayu menyebabkan ramai berpindah ke Kulim, Bandar Baru, Sungai Petani dan sebagainya.

Di bahagian pulau misalnya, kenapa tidak mempertahankan komuniti Melayu yang berada di sekitar Sungai Ara, Gelugor, Batu Uban, Sungai Nibong dan sebagainya. Sebaliknya membeli laluan pembinaan kodominium yang berharga ratusan ribu ringgit yang tidak mampu dibeli oleh orang Melayu. Orang Melayu hanya mampu membeli rumah kos rendah (tentunya Rumah Pangsa) walhal asalnya tanah tersebut adalah milik orang Melayu.

Baru sekarang hendaklah berusaha mempertahankan orang Melayu. Jawabnya tidak adalah harapan. Orang Melayu sudah lama ditipu oleh retoriknya yang membungkam rasa dan minda, memerangkap hati dan perasaan. Tidak boleh digantungkan harapan, kerana beliau sendiri sebenarnya cuba “membetulkan kesilapan yang pernah dilakukan” bagi kali kedua. Apakah kita akan memberikan peluang untuknya? Rasanya sudah cukup sekali. Peritnya masih terasa hingga ke hari ini.

Kesembilan, apabila Datuk Mukhriz mendedahkan penglibatan beliau dengan pertubuhan Society for the Future, kita menjadi begitu terguris. Pertubuhan tersebut mendapat dana daripada pelbagai pihak, termasuk mereka yang menaja pembantaian terhadap orang-orang Islam di Palestin dan Irak. Walau pun kita tidak mampu berjuang melawan mereka, hati tetap terguris apabila ada orang Islam dibunuh melampaui batas-batas kemanusiaan.

Anwar menjadi presidennya. Bererti beliau turut membenarkan pembantaian terhadap orang Islam, iaitu saudaranya sendiri demi “persahabatan dengan penyumbang dana.” Di manakah kelantangan suara beliau untuk memperjuangkan Islam sedangkan beliau pernah dilihat sebagai “berwajah Islam” dan menghanyunkan masyarakat madani? Di manakah madaninya bila sanggup “memaki hamun sesama sendiri”?

Akhirnya, teori ke-10 ialah apabila memperkatakan tarikh sebenarnya ialah 16 September 2008 sebagai kepastian menjadi Perdana Menteri. Apakah kita tahu bila tarikh sebenarnya kita akan mati? Sebelum dilahirkan, adakah kita tahu tarikh sebenarnya kita akan dilahirkan? Itulah ramalan pasti Anwar mengalahkan nujum pak belalang. Beliau bertindak seolah-olah beliaulah faktor tunggal yang mampu menentukan. Ingatlah, Allah maha berkuasas. Dia akan menentukan sama ada boleh menjadi Perdana Menteri atau tidak.

Janganlah terlalu sangat yakin, nanti kempunan. Ibarat mengharapkan zuriat tapi sebenarnya belum pun pernah hamil. Mana nak dapat, jika hanya “melafazkan ikrar kahwin” tapi sebenarnya “tidak tidur sebantal”. Semakin berani ahli-ahli parlimen menyuarakan “tidak benar” akan menyertai PR, maka Anwar terus dihimpit dengan psikologi harapan dan berada dalam kempunan?- malaysiaaktif.com & www.mindapetani.blogspot.com

Monday, June 16, 2008

Siapa tentukan harga minyak

SEBELUM meninggalkan kebun pisang petang Ahad lalu (8 Jun 2008), saya bertanyakan diri sendiri: Siapakah yang menentukan harga minyak? Di mana peranan Pertubuhan Negara-Negara Pengeluar Minyak (OPEC) yang suatu ketika dahulu sangat berkesan mempengaruhi harga minyak dunia?

Saya teringat kepada sebuah kisah klasik bagaimana Robinson Crusoe sibuk mencari kayu api setelah terdampar di pulau. Kayu-kayu dikumpulkan, dia mula melakukan aktiviti menghidupkan api melalui gesekan batu. Apabila kedua batu berlaga, percikan api terbit dan dibawahnya diletakkan beberapa helai daun kering. Daun kering itu menyala dan kemudiannya unggun api dihidupkan.

Makanan dimasak menggunakan kepanasan api itu. Setelah selesai, Robinson Crusoe menikmati makanannya dengan begitu berselera. Begitulah suasana itu berlaku selama dia berkelana di pulau tersebut. Kisah ini mengingatkan betapa pentingnya tenaga bagi mememuhi kehidupan seharian kita. Kini sumber tenaga yang berasaskan minyak dan gas dijadikan sebagai komoditi penting.

Tenaga diperoleh melalui penggunaan bahan bakar seperti kayu api, arang batu dan minyak secara tradisi. Perkembangan teknologi menyebabkan bentuk tenaga yang berasaskan minyak, gas, air, angin, sisa buangan, bijirin, suria, tumbuh-tumbuhan dimajukan untuk menghasilkan biomass, biofuel, biodiesel dan sebagainya. Bijirin digunakan untuk menghasilkan etanol manakala hasil bakaran buluh, sekam padi dapat menghasilkan hidrojen yang boleh digunakan untuk menggerakkan kincir atau menghidupkan enjin.

Penduduk India menggunakan tahi lembu sebagai bahan bakar untuk kegunaan rumah. Tahi lembu dikeringkan dan kemudiannya dibakar untuk membolehkan mereka memasak, mendapatkan cahaya dan sebagainya. Di Jepun terdapat sisa buangan dari dapur dikumpul dan diproses untuk mendapatkan sumber tenaga.

Namun yang lebih mudah dan praktikal buat masa ini ialah menggunakan minyak. Minyak telah menjadi komoditi penting bagi manusia selain barang makanan. Minyak menjadikan manusia mudah bergerak dari satu tempat ke satu tempat sama ada secara alaminya atau membolehkan barangan diangkut dengan cepat dan mudah.

Sejarah selepas tamatnya peperangan ideologi atau dikenali perang dingin memberikan kita peringatan yang jelas. Negara maju sanggup menggunakan pelbagai helah bagi menguasai bekalan minyak. Hatta negara-negara pengeluar minyak sendiri pun pernah berbalah berebut kawasan simpanan minyak .

Perang Iran-Iraq pada tahun 1991 sebagai bukti. Begitu juga dengan ketegasan Amerika Syarikat menyerang Iraq kerana ingin membolot telaga minyak. Dengan melabelkan Saddam Hussin sebagai pengganas yang membiayai dan menyokong pencerobohan ke atas World Trade Center pada 11 September 2001, Amerika Syarikat dan sekutu-kutunya menyerang Iraq. Berselindungkan adanya senjata pemusnah, Iraq dihancurkan oleh Amerika pada tahun 2004 dan masih bergolak sehingga kini.

Terbaru, Presiden George W. Bush pada awal Mei lalu mengunjungi negara-negara Arab untuk meningkatkan pengeluaran minyak bagi mengimbangi kenaikan harga minyak dunia. Pada tahun 2007, harga minyak melonjak ke para US $80 setong dan terus meningkat ke US$145 setong pada hujung minggu lepas.

Sejak awal Januari lalu beberapa negara mula mengurangkan subsidi ke atas bahan bakar bagi menjamin rakyat masing-masing mempunyai bekalan makanan yang mencukupi. Ini kerana awal tahun ini juga menyaksikan kenaikan drastik harga bijirin yang dikatakan berpunca oleh perubahan iklim, peningkatan permintaan daripada China dan India, dan sekatan eksport negara-negara pengeluar.

Keadaan yang sama dilakukan ke atas minyak. Alasan Israel akan menyerang Iran kerana berdegil membangunkan reaktor nuklear, menjadikan lonjakan yang begitu ketara dalam masa tiga hari (naik sebanyak US$10 pada 6 Jun 2008 menjadikannya US$145 berbanding US$135 pada 4 Jun 2008).

Di samping ancaman menyerang Iran, pihak peniaga minyak menggunakan suasana geopolitik yang tidak menentu sebagai alasan yang menakutkan pihak pedagang. Dengan membesar-besarkannya, mereka membuat pembelian panic sehingga menggambarkan "jika kesempatan ini tidak diambil, semua kegiatan ekonomi dan politik menjadi huru hara."

Kesan yang dilakukan oleh spekulator itu menyebabkan banyak negara mula mengambil langkah mengimbanginya bagi mengelakkan berlakunya defisit perbelanjaan. Jika tidak dilaksanakan, negara akan membelanjakan lebih banyak wang untuk mengekalkan harga minyak. Indonesia, Taiwan, Sri Lanka dan Malaysia mengambil langkah mengurangkan pemberian subsidi ke atas bahan bakar itu.

Perdana Menteri mengumumkan struktur subsidi baru pada 4 Jun 2008 dengan menetapkan harga minyak petrol sebanyak RM 2.70, diesel RM 2.58 setiap liter. Walaupun harga tersebut ditetapkan pada paras tersebut, kerajaan masih memberikan subsidi sebanyak RM0.30 sen seliter. Selepas pengumuman tersebut, stesen minyak menjadi serbuan ramai sehingga lewat malam kerana selepas jam 12.00 minyak dijual dengan harga baru.

Kenaikan harga petrol sebanyak 40.65 peratus dan diesel lebih 60 peratus menyebabkan ramai khuatir akan menyebabkan kenaikan harga barang dan meningkatkan kadar inflasi. Maka ada beberapa pihak menganjurkan perjumpaan, demonstrasi membantah kenaikan tersebut malah membuat tuduhan kelemahan pemimpin mengurus ekonomi negara.

Pengusaha bas ekspres menaikkan tambang, persatuan lori menaikkan bayaran sewaannya hingga ke paras 60 peratus dan tidak terkecuali pekedai menjual makanan. Ini menyebabkan masyarakat menjadi resah dan gelisah tanpa memikirkan apakah kesannya kepada negara jika subsidi minyak semakin bertambah. Mungkin ubat di hospital akan mengalami kekurangan stok, subsidi keada para pelajar tidak dapat diberikan, pembangunan infrastruktur terencat, harga beras meningkat (tidak dapat dikawal kerana semua wang digunakan untuk subsidi minyak) dan sebagainya.

Kembali kepada pokok persoalan: Siapakah yang menjadi dalang kenaikan harga minyak dunia? Pada mulanya ramai pihak menyangka bahawa OPEC lah bersalah kerana enggan menambahkan pengeluaran bila Amerika Syarikat berunding supaya mempertingkatkan keluaran. OPEC dikatakan penyebab kerana enggan memenuhi lonjakan permintaan minyak yang naik mendadak kepada 87.3 juta tong sehari.

Tiga belas negara yang bergabung dengan OPEC hanya mengeluarkan minyak sebanyak 32.35 juta tong sehari. Untuk menampung keperluan tersebut, iaitu hampir 52 juta tong sehari atau 59.54 peratus negara-negara bukan OPEC seperti Rusia, Brazil, Bolivia dan sebagainya digantungkan harapan. Rusia dikatakan mempunyai bekalan minyak sebanyak 140 bilion tong.

Keengganan OPEC itu dituduh sebagai "sengaja untuk menaikkan harga minyak bagi memperoleh keuntungan besar." Presiden OPEC, Chakib Khelil membantah keras bahawa pengeluaran minyak bukanlah masalah yang besar."Masalahnya adalah berhubung rapat dengan aktiviti spekulasi," tambahnya ketika berada di Algeria pada 7 Jun 2008.

Tuduhan terhadap spekulator itu ada hubungkait dengan kegiatan pasaran hadapan. Minyak telah dijadikan sebagai komoditi dalam pasaran hadapan dan diniagakan di New York dan London. Menurut Commodities and Futures Trading Commision (CTFC) di New York, mereka menemui beberapa bukti ada hubungkait transaksi penjualan dan pembelian minyak secara banyaknya dilakukan oleh saudagar minyak.

Seperti kata Greg Priddy, penganalisis tenaga Eurasia Group di Washington bahawa adalah tidak wajar meletakkan tuduhan kepada negara-negara pengeluar minyak. "Mereka (Amerika) hanya mahu mencari seseorang untuk dituduh dan negara-negara Teluk tidakkah popular untuk memulakannya?" soal Piddy.

Menurut Dow Jones Newswire, setelah siasatan dijalankan oleh CFTC terhadap transaksi pembelian minyak berjangka membuktikan ada kecenderungan ke arah itu. Mereka turut menyiasat kegiatan pembelian minyak untuk industri, penggunaan pengangkutan, penyimpanan, perdagangan minyak mentah yang terlalu mendadak sejak awal Januari lalu. CFTC menemui adanya tindakan spekulator meminta lori-lori tangki dibenamkan ke laut atau mengarahkannya ke sesuatu destinasi lain, bukannya ke tempat penyimpanan minyak.

Itu menjadikan pembelian panaik di dalam pasaran sebagai petunjuk berlakunya kekurangan bekalan minyak dunia. Kekurangan tersebut mendorong kepada kenaikan harga. CFTC turut menemui aktiviti spekulator menyorok simpanan minyak di sesuatu tempat misalnya di Oklahoma. Tujuannya ialah untuk melonjakkan harga dan menimbulkan suasana panik dalam pasaran dengan berebut-rebut melakukan transaksi pembelian.

Ada beberapa pihak menganggap beberapa orang pemimpin kanan Amerika Syarikat yang merancang suasana panik dalam pasaran tersebut. Menurut mereka, Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush merupakan pelakon utamanya kerana berpengalaman sebagai "orang minyak". Pada tahun 1979, memulakan kerjayanya sebagai pedagang minyak dengan menubuhkan Arbusto Energy.

Pada tahun 1987, memegang jawatan sebagai pengarah di Harken Energy, yang dibantu oleh keluarga Raja Arab untuk mengembangkan operasi perdagangan minyak. Condoleezza Rice dan Dick Cheney pernah menerajui Haliburton. Haliburton juga merupakan syarikat yang menjadikan minyak sebagai komoditi utama perniagaannya.

Dengan merancang suasana panik itu syarikat-syarikat minyak membolot keuntungan besar. Namun bagi mengabui mata umum, pemimpin-pemimpin tersebut menunjukkan sikap "berunding" dengan negara OPEC supaya meningkatkan pengeluaran bagi menurunkan harga.

Menurut Senator California, Dianne Feinstein seperti dilaporkan oleh New York Times, "para eksekutif minyak itu sengaja menjadikan diri mereka korban kenaikan harga minyak." Sebenarnya yang dikorbankan oleh "para eksekutif " itu ialah rakyat Amerika Syarikat sendiri dan negara-negara pengimport minyak.

Banyak suara sinis kedengaran, untuk memulihkan ekonomi Amerika Syarikat, "lebih baik menunggu George W. Bush tamat tempoh dan digantikan oleh presiden baru." CTFC tidak perlu menunggu sehingga Bush tamat tempohnya sebagai presiden, melalui bekerjasama dengan pengurus kewangan Bursa Saham New York dan Intercontinental Exchange (Chicago) dalam perkongsian maklumat pasaran harian, ada menampakkan muslihat besar di sebalik dakwaan kekurangan bekalan telah berlaku.

Mereka sedang mengawasi kontrak minyak mentah yang didagangkan di Amerika Syarikat dan London. Ini kerana terdapat lonjakan mendadak mengenai pembelian minyak mentah sejak akhir-akhir ini bagi melobi menaikkan harga pasaran. Dengan adanya pengawasan itu, harga minyak mentah mulai turun kepada US$134 setong pada 10 Jun 2008. Ada tanggapan bahawa harga minyak dunia akan bertahan ke paras US$127 setong untuk beberapa ketika kerana spekulator mengambil sikap berhati-hati membuat transaksi pembelian apabila aktiviti mereka mula dikesan.

Mungkinkah kenaikan harga minyak ini merupakan senjata penting Bush untuk memulihkan imej setelah dikotori oleh langkah-langkah "gila perang" dan "kerakusan menguasai" geopolitik dunia? Ada pihak yang membuat andaian, setelah gagal "membenamkan Islam", mencetuskan krisis bekalan makanan, Bush beralih kepada minyak.

Sebagai "orang minyak" yang berpengalaman, Bush mungkin yakin bila berjaya menstabilkan harga minyak, imej penyudahnya akan bersinar. Calaran dan kerosakan semasa mentadbir Amerika Syarikat selama dua penggal akan terhapus. Orang akan mudah menyanjungi sesuatu langkah dan usaha terakhir menyelesaikan krisis kerana ia lebih dekat dan sesuai dalam perpsektif psikologi masa.

Saya teringat sebuah buku yang ditulis oleh Craig Unger, House of Bush, House of Saud: The Secret Relationship Between The World's Two Most Powerful Dynasties pada tahun 2004. Buku tersebut dicatatkan sebagai New York Times Bestseller buat beberapa minggu berjaya merungkaikan bagaimana hubungan sejak sekian lama antara keluarga Bush dengan keluarga Raja Saud, termasuk muslihat berperang dengan Iraq atas alasan memilik senjata pemusnah massa. Amat licik sekali Bush mencari helah untuk menguasai minyak Iraq setelah menguasai telaga-telaga minyak di lain-lain negara Arab.

Kelicikan Bush sebagai bekas "orang minyak" dijangka akan dilakukan dengan pelbagai cara sebagai senjata memulihkan imej dan reputasinya. Sokongan dan dokongan negara-negara Arab (termasuk sekutu Bush dalam perdagangan minyak di Amerika Syarikat) akan membantu beliau mencari imej yang baru, mungkin sebagai "penyelamat" malapetaka yang diakibatkan oleh kenaikan harga minyak. Inilah pada anggapan banyak pihak kenapa Bush berusaha untuk mendesak OPEC menambahkan pengeluaran bagi menstabilkan harga yang dicetuskan oleh para spekulator atau "orang minyak." - malaysiaaktif.com

Dr. Emkei Nizam
Kuala Lumpur.
(www.mindapetani.blogspot.com)

Goblok: baru dapat info ni...

Friday, June 13, 2008

Minyak naik, tapi kita jangan naik minyak

DAKWAAN banyak pihak bahawa kenaikan harga barangan adalah disebabkan oleh kelemahan kepimpinan. Terbaru ialah mengenai kenaikan harga minyak kerana tidak pandai menguruskan ekonomi negara.

Benarkah kerana pemimpinlah punca kenaikan harga barang dan minyak? Jika benarlah dakwaan itu, tidak salah kalau kita sama-sama naik minyak menyalahkan pemimpin. Tetapi jika di sebaliknya, bolehkah kita memberikan minyak kepada mereka yang mendakwanya supaya membakar diri sendiri agar tidak membuat tuduhan melulu?

Siapa yang menentukan harga barangan atau minyak? Kalau kita mengetahui sedikit teori ekonomi, secara asasnya harga ditentukan oleh permintaan dan penawaran. Secara umumnya mengetahui jika penawaran melebihi permintaan, harga akan menjadi rendah. Jika terlalu banyak penawaran akan mengakibatkan lambakan, harganya menjadi sesuatu yang boleh dijadikan sorong tarik.

Misalnya jika terlalu banyak ayam di pasaran, menyebabkan pengusaha atau penternak ayam mengalami kerugian. Suatu ketika dahulu penternak ayam sanggup membakar anak ayam hidup-hidup bagi menstabilkan harga. Begitu juga dengan musim durian, akibat buahnya terlalu menjadi (jenuh), penanam durian tidak sanggup mengutip buahnya yang gugur. Durian dibiarkan busuk.

Ketika itu banyak pihak meminta supaya Kerajaan campur tangan. FAMA dipersalahkan kerana tidak mengambil inisiatif membelinya. Maka pelbagai cadangan dibuat kononnya FAMA dapat menyelesaikan lambakan tersebut. Begitulah gambaran di sebalik kekurangan bekalan beras baru-baru ini. Bila beras Super Tempatan 15% (yang dikawal) kekurangan di pasaran, maka BERNAS dikambinghitamkan kerana gagal menyediakan stok yang mencukupi.Tidak ada pihak yang cuba menyalahkan pembekal dan pengilang swasta. Mereka mengawal hampir tiga perempat bekalan Negara, BERNAS hanya sekadar 30 peratus.

Sikap pengilang swasta yang tidak mahu mengeluarkan beras ST 15 kerana margin keuntungannya kecil berbanding ST 10 atau ST 5 yang tidak dikawal oleh Kerajaan. Malah ada di antara mereka mengambil kesempatan membeli ST 15 yang dipasarkan oleh BERNAS dan dibungkus kembali menggunakan gred ST 10 atau ST 5 bagi meraih keuntungan lebih. Maka jadinya ketika itu ST 10 dan ST 5 dijual dengan harga mahal sehingga mencapai RM 32 setiap pek 10 kg.

Apabila berlaku kenaikan harga minyak di pasaran global, PETRONAS pula dikambinghitamkan atas dakwaan tidak menggunakan keuntungannya bagi merendahkan harga minyak. Orang yang bercakap dan naik minyak itu sebenarnya belum sedar bahawa keuntungan Petronas bukan kesemuanya disumbangkan oleh keuntungan jualan minyak. Lebih 70 % keuntungan Petronas adalah dari pelaburannya di luar negara.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, Tan Sri Hasan Merican sejak penubuhannya pada tahun 1974, keuntungannya ialah RM 570 bilion dan sebanyak RM 335.7 bilion diberikan kepada kerajaan. Selebihnya digunakan untuk membuat pelaburan semua sebanyak RM 178.9 bilion.

Apabila Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salehudin Ayub membangkitkan bahawa keuntungan Petronas perlu digunakan sepenuhnya untuk mensubsidikan minyak, ia membawa tanggapan bahawa akan memberikan faedah kepada rakyat. Pendekatan popular itu ternyata kurang berkesan kerana rakyat juga bekalan makanan, pendidikan, kesihatan dan pembangunan. Sumbangan Petronas membantu merendahkan harga makanan, memperkasakan pendidikan, meningkatkan tahap kesihatan dan sebagainya tidak diberikan ulasan oleh Ketua Pemuda PAS itu.

Apa yang menjadi persoalannya apabila beliau turut keliru antara pendapatan dan keuntungan yang diperoleh PETRONAS. Berdasarkan rujukan dan ulasannya beliau bersetuju bahawa setiap kenaikan bagi US$ 1 boleh memberikan sumbangan RM 200 hingga RM 300 juta setahun. Tetapi beliau lupa, bila harga minyak dunia naik, maka kerajaan turut meningkatkan subsidi bagi membolehkan rakyat membeli dengan harga yang ditetapkan.

Itulah sebabnya pada Februari 2007 bila harga minyak ditetapkan sebanyak RM 1.92 seliter, kerajaan berhasrat menggunakan pengurangan subsidi sebanyak RM 4 bilion untuk mempertingkatkan kemudahan pengangkutan awam. Ketika itu harga minyak dunia ialah di bawah US$ 80 setong. Sejak bulan Januari 2008, harga minyak melonjak kepada US$ 96.74 hinggalah pada hari pengumuman struktur baru subsidi meningkat kepada US$135 setong.

Bagi mengstabilkan harga pada tahun 2007, kerajaan terpaksa meningkatkan lagi jumlah subsidi termasuk menggunakan RM 4 bilion yang dijanjikan itu. Inilah hakikat yang harus difahami dan bukanlah menambahkan minyak agar lebih ramai orang naik minyak.

Hatta penasihat Petronas sendiri pun membuat andaian bahawa hasil minyak 650,000 tong sehari, penggunaan domestik ialah 400,00 tong dan bakinya dieksport sebanyak 250,000 tong sehari. Angka itu memang mengasyikkan jika dikira bahawa setiap tong harganya ialah RM 400 maka ia akan menghasilkan pendapatan sebanyak RM100 juta sehari (berasaskan 250,000 tong). Maka setahun ialah RM 36.5 bilion.

Jika menjual semua 650,000 tong akan dapat RM 260 juta sehari. Setahun boleh mencecah hampir RM 95 bilion. Congak berdasarkan ilmu hisab yang dipelajari dalam tahun 1970-an, kita menjadi takjub. Bila dikirakan kos yang terpaksa ditanggung oleh PETRONAS bagi menggerudi, memproses, mengangkut dan sebagainya (tidak termasuk membayar cukai, royalti, operasi pengurusan dan penyetoran) untungnya tentulah lebih rendah.

Menurut sumber PETRONAS memperoleh keuntungan hasil pelaburannya di luar negara dalam sektor cari gali, industri hiliran dan sebagainya. Untung jualan minyak hanyak sekitar 30 peratus sahaja. Wajarkah keuntungan yang diraih kesemuanya digunakan untuk memimbangi kenaikan harga minyak?

Kalau yang mendakwa itu naik minyak, jawabnya wajar. Ini kerana PETRONAS mampu melakukannya. Naik minyak lagi apabila meminta PETRONAS membiayai projek-projek pembangunan yang lain termasuk meneruskan Jambatan Kedua Pulau Pinang dan sebagainya.

Itulah kita dengar ada orang naik minyak dengan memberikan harapan bahawa jika mentadbir negara, harga minyak akan diturunkan serta merta. Jika gagal, ia akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Itulah retorik yang diuar-uarkan dan sesekali berdesing juga kita dengarnya, maka saya pun hampir naik minyak mencadangkan “jika gagal menurunkan harga minyak, meletakkan jawatan tidak akan menyelesaikan masalah. Perlu membuat harakiri sebagaimana diamalkan oleh orang Jepun.”

Ada juga pihak yang menyindir bila Menteri dan Timbalan Menteri bersetuju memotong 10 peratus elaun bulanan untuk membutkikan komitmen terhadap keresahan rakyat, ia dianggap sebagai “mengabui mata”. Mata siapa yang kelabu. Saya yang hampir naik minyak mengandaikan orang itulah yang mengelabui matanya sendiri.

Memang tidak cukup kalau Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur (si penyindir) sendiri pun pergi ke rumah orang kenduri sekadar memberikan “sumbangan RM 200 “ masih tidak mampu untuk membayar semua kos yang ditanggung oleh tuan rumah mengadakan majlis tersebut. Begitulah juga dengan potongan 10 peratus, walaupun tak mampu mengatasinya ia membuktikan “sedikit pengorbanan” dan “tanda simpati” bagi membantu.

Kalau Datuk Ghafur ingat ketika negara menghadapi krisis kewangan pada tahun 1997 dan 1998, ramai pihak yang menyumbang untuk memulihkan keadaan. Kakitangan awam dipotong elaun bulanan (kalau tidak salah RM 1 seorang) hanya mampu memberikan sumbangan sebanyak lebih RM 1 juta. Nilai duit kita turun melebihi 34%, tidak mampu ditampong dengan kutipan bulanan tersebut. Tapi ia memberikan semangat dan sokongan bersama membantu, menguatkan iltizam mengatasi kesukaran.

Janganlah kerana itu kita akan naik minyak lagi. Kita harus menggunakan akal budi dan minda yang jernih mencari kaedah menyelesaikan masalah. Naik minyak dengan menghimpun dan “menghayunkan minda” orang ramai untuk berdemontrasi akan menambahkan lagi beban. Peniaga sekitar Pasar Pudu turut marah apabila DAP mengadakan demontrasi kenaikan harga minya pada 5 Jun lalu.

Kata peniaga tersebut, “ jangan jadi burung kakak tua. Melontarkan kembali apa yang didengarnya. Jadilah manusia yang waras. Fikirkan masa depan. Bagaimana kita boleh mengatasi masalah yang sedang kita hadapi.”

Sambung seorang lagi peniaga telefon bimbit “… dan bukannya mengeluh seperti P. Ramlee . Mengikut hati dan perasaan sehingga menjadi buta menangis menyesal. Sanggup membutakan matanya kembali kerana mengetahui Sabariah telah berkahwin dengan Dr. Asmadi. Walhal melalui simpati Sabariahlah P. Ramlee kembali dapat melihat. Sanggup menukarkan identiti dirinya sebagai Kassim Selamat.”

Goblok: jangan marah..nanti naik darah ;-)

Thursday, June 12, 2008

Wakil PAS dikritik 'gagal' debat minyak

Goblok: bukan nak mengata tetapi orang-orang ini yang kata..

Petikan
Malaysiakini
11 Jun 2008


Abdul Rahim Sabri Jun 11, 08 3:24pm


Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub hari ini menjadi sasaran kritikan penyokongnya sendiri apabila didakwa "gagal" dalam perdebatannya dengan Datuk Shahrir Samad berhubung isu kenaikan harga minyak.

Perdebatan ahli parlimen Kubang Kerian dengan menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna disiarkan secara langsung selama sejam di RTM1 jam 9.30 malam tadi.

Beberapa pembaca mengkritik kelemahan Salahuddin di laman web Tranungkite.net, milik Pemuda PAS Dungun, Terengganu hari ini dan semalam.

salahuddin ayub pas and kl polis memo 220207 explain"Apa yang saya harapkan dari perdebatan ... tidak langsung mencapai tujuan, ruang dan peluang yang sepatutnya digunakan terus gagal dimanafaatkan Salehuddin, sungguh mengecewakan," kata seorang pembaca web itu, 'Reformis Muda'.

"Saya mencadang selepas ini (ahli parlimen PKR) Saifuddin Nasution (Ismail) ataupun (naib presiden PAS) Husam Musa dihantar mewakili Pakatan Rakyat, kerana Saifuddin lebih bersedia dalam soal fakta dan gaya penyampaian yang sinis. Manakala Husam dilihat lebih berani menyanggah," katanya.

Sementara seorang lagi penulis yang menyumbang kritikan menyatakan hujah-hujah Salahuddin "banyak terdapat di dalam blog-blog internet" dan menyarankan ahli parlimen itu menjalankan kajian awal sebelum menghadiri program tesebut.

"Saya tidak salahkan penonton-penonton apabila kecewa dengan hujah-hujah daripada Salahuddin... Kebanyakan hujah yang dikemukakan oleh Salahuddin pernah terbaca oleh saya (di internet).

"Pada saya, Salahuddin sepatutnya menggunakan hujah beliau sendiri dan boleh menggunakan fakta internet itu sebagai sokongan sahaja," kata 'Ciklee'.

Penulis itu juga menyifatkan Salahuddin gagal "memberikan pukulan KO (kalah terus) kepada Shahrir" yang menyebabkan penonton tidak berpuas hati.

'Pemuda Sabah' menyifatkan ahli parlimen itu suka membuat kesilapan fakta.

"Kadangkala Salahuddin cuba untuk menguatkan hujah beliau berpandukan sejarah dan insiden yang pernah berlaku tetapi cukup memalukan apabila fakta sejarah diubah, malahan Shahrir nampak senyum kambing sambil memperbetulkan beberapa fakta yang didakwa oleh Salahuddin," tulisnya di laman web itu, yang diasaskan sejak 1999.

"Salahuddin sendiri terperangkap dalam data statistik yang disebut oleh beliau apabila kurang memberi perhatian terhadap perbezaan antara 'keuntungan' dengan 'pendapatan'," tambahnya.

shahrir samad interview 250907 pessimistic Bagaimanapun, katanya lagi, penghujahan wakil PAS itu "agak tercapai" apabila Shahrir kelihatan "tidak mampu memberi satu jawapan konkrit" berhubung isu tersebut.

"Beliau lebih banyak bermain kata-kata dan bercakap tentang teori semata-mata," tulis 'Pemuda Sabah'.

Selepas menganggap Salahuddin gagal menggunakan istilah-istilah umum yang difahami semua, 'Tinta Islam' pula kecewa kerana wakil PAS itu tidak berjaya menimbulkan isu-isu kesusahan orang ramai.

"Namun bagi pihak rakyat, ana (saya) merasa sedikit kecewa kerana Salahuddin tidak dapat membangkitkan hujah-hujah bagi menyuarakan kesusahan dan keperitan hidup rakyat akibat daripada kenaikan harga minyak yang melampau," tulisnya.

'Reformis Muda' bersetuju dengan pandangan ini dan mencadangkan "kita perlu menyampaikan dengan bahasa yang mudah dan senang diterjemah dan dirasai rakyat."

"Gaya bahasa dan rentak beliau bercakap seperti seorang profesor yang didatangkan dari Universiti Tokyo untuk menyampaikan kuliah sains," katanya.

'Reformis Muda' menambah, tidak sesuai Salahuddin membincangkan isu carigali Petronas tetapi seharusnya mengupas "tentang kesannya kepada rakyat."

'Topeng Perak' turut membangkitkan persoalan yang sama.

"Saya kira golongan (berpendapatan rendah) ini amat-amat kecewa dengan Salahuddin kerana beliau juga seolah lupa pada golongan ini. Pada saya kesilapan Salahuddin ialah, terlalu cepat dan gopoh dalam memenangi isu ini," katanya.

Beliau mencadangkan ahli parlimen itu berbincang dengan semua golongan sebelum bertindak sebagai "duta besar" di program TV itu.

Seorang penulis yang dikenali 'Matlan75' menganggap ulasan Salahuddin "terlalu berhati-hati" sehingga "mood penonton hilang apabila mendengar hujahnya."

"Penonton mahu hujah yang kuat dan boleh membuatkan Shahrir jadi bisu dan terus masuk PAS. Itu yang rakyat mahu," katanya

Tuesday, June 10, 2008

Petronas profits don't go directly to fuel subsidies

Goblok: Petikan berita menarik untuk manfaat semua dan janganlah kita cepat buruk sangka..fikir-fikirkan


NST Online
June 10, 2008

By : Deborah Loh


PUTRAJAYA,

Petronas’ profits do not go directly to petrol and diesel subsidies but to a government fund that is disbursed for development projects and various types of subsidies. Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Shahrir Samad said Petronas’ direct subsidy was only for gas used by power producers to generate electricity.
He was explaining the link between Petronas’ earnings and fuel pump prices following the government’s move to raise the price of petrol by 41 per cent and diesel by 63 per cent last Wednesday. The issue of cutting fuel subsidies has always drawn negative reactions about Petronas from the public and Opposition parties, who question why Petronas’ profits cannot be used to subsidise pump prices.

“Except for gas, Petronas’ profits are given to the government, which puts them in a consolidated fund from where they are used for various types of subsidies, including subsidising the oil price for consumers, for agriculture, padi planters, on education, welfare, food and others. Subsidies for these things come from, among various other sources, Petronas’ income,” Shahrir told reporters yesterday after launching the Companies’ Commission Annual Report 2007.

He said the petrol and diesel subsidy was paid to oil companies from government revenue. While Petronas could highlight the importance of lifting fuel subsidies completely for the country’s future, it was ultimately the government’s decision to do so, he said.

Petronas president and chief executive officer Tan Sri Mohd Hassan Marican said at the 13th Asia Oil and Gas Conference on Monday that removing energy subsidies was a “matter of survival” for future generations, and not simply about saving costs.
Shahrir said the government had to perform a balancing act between the amount of subsidies to retain and ensuring that the people did not waste them.

“With subsidies, the price of our assets and resources will not be valuated at their true value. We have to balance – helping the people face higher cost of living while ensuring that our country’s resources are not depleted. Subsidies will never be 100 per cent but neither will they ever be lifted fully,” he said, reiterating that Malaysia’s oil reserves were estimated to last till 2014, after which the country would be a net oil importer.

Shahrir said the government would hold monthly reviews of the pump price of petrol and diesel according to the market price and make decisions accordingly.

Monday, June 9, 2008

Ramai kurang faham struktur subsidi minyak

Bashir Ahmad
9 Jun 2008

ADAKAH kerajaan benar-benar tidak dapat mengelakkan kenaikan harga minyak yang diumumkan pada Rabu 4 Jun 2008?

Sebagai pengguna saya juga bingung dengan kenaikan harga yang dikatakan paling tinggi dalam sejarah itu. Di tepi jalan sudah kelihatan pembidang yang mempamerkan harga petrol di Malaysia dengan harga di lain-lain negara pengeluar minyak. Ini pastinya kerja parti-parti pembangkang. Jika kita menerima bulat-bulat angka perbandingan itu, sesiapa sahaja akan berasa marah terhadap kerajaan Pak Lah kerana harga minyak di negara-negara seperti Brunei, Kuwait, Venezuela dan beberapa lagi jauh lebih murah.

Maka saya bertanya kepada rakan-rakan yang berkhidmat dalam kerajaan mengenai kedudukan sebenar.

Mereka berhujah bahawa sebenarnya ramai pengguna yang tidak memahami apa yang berlaku. Umum menerima harga baru petrol dan diesel itu sebagai kenaikan harga, walaupun kerajaan berkali-kali menegaskan ia adalah penstrukturan semula subsidi.

Berikut adalah kesimpulan daripada penjelasan mereka.

Bagi pengguna kereta 2000 cc ke bawah yang akan menerima rebat RM625 setahun. Jumlah rebat itu ditetapkan berdasarkan perkiraan bahawa purata setiap kereta menggunakan 60 liter petrol sebulan. Maka rebat itu adalah berdasarkan formula 60 x RM0.78 (kadar kenaikan seliter) x 12 bulan. Ertinya, jika seseorang mengggunakan 60 liter petrol sebulan, dia tidak membayar lebih daripada harga sebelum kenaikan.

Jika seseorang menggunakan lebih daripada 60 liter sebulan, maka barulah dia membayar dengan harga baru bagi setiap liter tambahan.

Bagi pengguna kereta 2001- 2500 cc, rebat RM200 setahun adalah sekadar saguhati.

Falsafah kerajaan dalam mekanisme penstrukturan semula subsidi ini ialah untuk memastikan subsidi benar-benar dinikmati oleh rakyat Malaysia daripada golongan rendah dan menengah yang menggunakan kereta 2000 cc ke bawah. Orang-orang kaya yang memiliki kereta besar melebihi 2500 cc tidak menerima sebarang subsidi. Mereka tidak patut merungut kerana mereka mampu. Jika benar-benar tidak mampu, sila beralih ke kereta yang lebih kecil enjinnya.

Oleh kerana bayaran rebat hanya diberikan kepada pengguna semasa pembaharuan cukai jalan, maka sesiapa yang memiliki kenderaan tanpa cukai jalan tidak akan menikmatinya. Mereka termasuklah orang-orang kampung dan peserta rancangan Felda yang menggunakan motosikal tanpa cukai jalan. Wajarkah mereka dikecualikan daripada faedah rebat ini?

Penstrukturan semula subsidi minyak itu juga menyekat rakyat Singapura dan Thailand daripada menikmati petrol dan diesel bersubsidi yang selama ini mereka pam dengan banyak dari stesen-stesen minyak di sempadan. Malah harga petrol baru sebanyak RM2.70 seliter masih menguntungkan mereka kerana pada hari pengstrukturan subsidi itu diumumkan, harga sebenar seliter ialah RM3.00. Bererti kerajaan masih membayar subsidi 30 sen bagi setiap liter.

Bayangkan jumlah subsidi yang penyeberang sempadan nikmati ketika harga sebenar petrol di pasaran meningkat kepada RM3.40 seliter pada hari ini. Dengan mengandaikan harga minyak mentah terus meningkat, entah berapa banyak subsidi yang kerajaan Malaysia terpaksa bayar kepada kereta-kereta asing jika penstrukturan subsidi itu tidak dibuat sekarang.

Saya bertanya lagi, wajarkah syarikat-syarikat bas dan lori menaikkan tambang sehingga 30 peratus? Kata mereka tidak wajar kerana syarikat-syarikat itu boleh menggunakan fleet-card untuk membeli diesel dengan harga yang masih disubsidi. Syarikat-syarikat itu cuba menangguk di air keruh untuk mencari keuntungan.

Saya bertanya lagi, tidakkah kerajaan mampu menanggung subsidi kerana jumlah eksport kita jauh lebih besar daripada penggunaan dalam negeri? Menurut angka yang bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad nyatakan dalam blognya chedet.blogspot.com, Malaysia mengeluarkan lebih kurang 650,000 tong sehari. Kita menggunakan kira-kira 400,000 dan bakinya 250,000 tong dieksport.

Pegawai-pegawai kerajaan itu meminta saya merujuk balik kepada kenyataan akhbar Naib Persiden Petronas, Tan Sri Hassan Merican baru-baru ini bahawa syarikat minyak negara itu sekarang memerlukan modal yang besar kerana operasi mencari gali telaga minyak baru memakan belanja yang lebih besar.

Oleh kerana telaga minyak di perairan cetek telah habis ditemui, pencarian baru tertumpu ke kawasan laut dalam yang memerlukan ongkos yang sangat besar termasuk di negara-negara asing seperti Sudan dan Chad. Jika Petronas tidak melibatkan dirinya dalam carigali di laut dalam, syarikat minyak negara ini berkemungkinan terus menutup operasinya selepas telaga minyak di perairan Malaysia kekeringan dalam masa hanya beberapa tahun lagi.

Saya kini lebih memahami isu sebenar selepas mendengar penjelasan pegawai-pegawai kerajaan itu. Malangnya isu ini akan terus dipolitikkan oleh mereka yang antikerajaan kerana apa jua yang menyentuh poket amat cepat menjolok perasaan. Barangkali maklumat yang kerajaan berikan tidak diuar-uarkan secara berkesan dan menyeluruh, sedangkan struktur baru subsidi diumumkan secara tiba-tiba.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad memberitahu media, kenaikan mungkin berlaku dalam bulan Ogos. Tiba-tiba Pak Lah mengumumkan lebih awal, malah terlalu awal daripada tarikh bayangan Shahrir.

Khabarnya keputusan melaksanakan struktur baru subsidi minyak itu diputuskan secara mengejut dalam mesyuarat kabinet Rabu lalu. Orang menyalahkan Pak Lah dengan tuduhan bahawa kerajaan telah berbohong. Sebenarnya Shahrir sendiri tidak mempunyai kuasa untuk memilih tarikh berkenaan. Beliau hanya boleh membuat anggaran, tapi keputusan bagi perkara yang begitu penting hanya boleh dibuat oleh kabinet.

Pengumuman sebarang perkara yang boleh mengguris hati nurani rakyat ini perlu dibuat dengan berhati-hati dan terancang. Rakyat perlu diberi penjelasan yang secukupnya untuk memahami hasrat kerajaan dan kebaikan yang diperoleh sebelum pengumuman. Kini Shahrir terpaksa melakukan banyak kerja mengawal kerosakan melalui media termasuk kerap muncul di TV. Nasib baik Shahrir agak tenang. Namun kewibawaannya sangat teruji.

MAKLUMAT TERBARU: Perdana Menteri dijangka mengumumkan hari ini langkah-langkah penjimatan di pihak kerajaan yang akan turut melibatkan kocek menteri dan timbalan menteri.

Difahamkan langkah-langkah penjimatan itu akan diambil sebagai `contoh' kepada rakyat supaya turut mengubah cara perbelanjaan ke arah berhemat bagi menghadapi keadaan ekonomi yang tidak menentu ekoran kenaikan harga minyak mentah dunia.
- malaysiaaktif.com

Goblok: fikir-fikirkan

Friday, June 6, 2008

Kos Petronas meningkat lebih 200%, tidak ramai peduli

Oleh MOWARDI MAHMUD

KUALA LUMPUR 5 Jun – Petronas, syarikat minyak terkemuka negara, sedang berdepan dengan masalah peningkatan kos carigali minyak yang melambung tinggi.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Mohd. Hassan Marican berkata, sejak tiga tahun lalu, kos Petronas meningkat lebih 200 peratus tetapi tidak ramai orang peduli kerana mereka lebih tertumpu kepada isu kenaikan harga minyak.

Dalam satu taklimat media di sini hari ini, beliau berkata, syarikat minyak itu melabur pada kos yang tinggi selain bilangan telaga minyak semakin berkurangan.

Mohd. Hassan menjelaskan: ‘‘Petronas kini terpaksa menerokai telaga-telaga minyak kecil yang memberikan hasil lima atau 10 juta tong dan bukan lagi telaga-telaga yang menghasilkan 100 juta tong seperti satu ketika dahulu.’’

Mohd. Hassan berkata, langkah memajukan telaga minyak kecil melibatkan kos yang sangat tinggi. Begitu juga apabila Petronas bergerak untuk menerokai kawasan yang jauh dari pantai.

Beliau berkata, kos untuk melakukan pengerudian telaga minyak di kawasan cetek kini mencecah AS$7 juta berbanding AS$3 juta sebelumnya dengan kos berkaitan carigali seperti penyewaan kapal terus meningkat.

Beliau berkata, Petronas juga kini menerokai kawasan laut dalam dan kedalaman yang dikenali sebagai ultra deep dengan menanggung kos yang terlalu tinggi.

Sebagai contoh, kata Mohd. Hassan, Exxon Mobil hanya mampu meraih AS$40 bilion pada tahun 2006, peningkatan hanya AS$1 bilion meskipun terdapat peningkatan harga minyak dunia yang agak tinggi.

“(Sedangkan) ia adalah syarikat minyak terbesar di dunia, paling cekap dan diuruskan pada tahap paling baik. Margin hasil perolehannya telah terhakis,’’ jelas beliau.

Mohd. Hassan berkata, keadaan itu menyebabkan Petronas terpaksa menerokai kawasan ‘ultra deep’ yang mana terma perjanjian perkongsian lebih berpihak atau menguntungkan pihak asing kerana kos dan keperluan teknologi yang tinggi.

“Medan Kikeh yang merupakan medan telaga minyak laut dalam pertama negara terletak di luar pesisir Sabah yang memiliki kedalaman kira-kira 1,300 meter dan medan Gemusut di luar pesisir Sabah yang sedang diterokai memiliki kedalaman kira-kira 1,800 meter,’’ kata beliau

Thursday, June 5, 2008

Harga beras wangi turun 15 peratus

Malaysia Aktif
5 Jun 2008


BERNAS dijangka menurunkan harga beras wangi yang diimport dari Thailand sebanyak 15 peratus mulai tengah malam esok.

Malaysia Aktif difahamkan Pengurus Besar Bernas, Bakri Hamzah telah mengumumkan perkara itu di satu seminar mengenai krisis makanan di Kuala Lumpur hari ini.

Malaysia telah membeli kira-kira 200,000 tan beras dari Thailand bagi simpanan stoknya pada bulan lalu bagi menangani krisis kekurangan bahan makanan itu di seluruh dunia.

Malaysia meminta 500,000 tan beras daripada Thailand, pengeksport beras terbesar dunia yang menjual 9.5 juta tan ke luar negara pada tahun lepas.
Tempahan dari Malaysia dibuat ketika harga beras melambung tinggi yang mencecah US$1,000 satu tan (RM3,.240) pada bulan Mei. Malaysia membayar kira-kira US$950 setiap tan selepas rundingan dengan Persatuan Pengeksport Beras Thailand.

Kerajaan Thailand menawarkan untuk menjual 300,000 tan beras lagi kepada Malaysia daripada 2.1 juta tan stok sedia ada mengikut perjanjian antara kerajaan dengan kerajaan.

Harga beras wangi yang lebih mahal daripada beras tempatan tidak dikawal dan dijual mengikut gred dan jenama. - malaysiaaktif.com

Goblok: bukan semua barang naik ada juga yang turun. jangan lah cepat kita menyalahkan kerajaan .fikir-fikirkan lah

Tuesday, June 3, 2008

Ringankan beban rakyat keutamaan kerajaan

Goblok: Semua harus ambil iktibar dan harus terima dengan rasional apa-apa tindakan yang dibuat oleh kerajaan...


HARGA minyak akan naik minggu ini? Spekulasi mengenai kenaikan itu sebenarnya sudah bertiup kencang sejak awal tahun lagi, namun Kerajaan Persekutuan masih belum membuat pengumuman kenaikan yang memang tidak lagi boleh dielak oleh mana-mana negara dunia.

Sebaliknya, kerajaan menghebahkan isu subsidi minyak dan usaha untuk mengurangkan subsidi yang menjangkau angka RM56 bilion.

Sejak beberapa minggu terakhir ini kerajaan terus mencari formula terbaik untuk memastikan kenaikan harga minyak yang tidak dapat dielakkan itu tidak membebankan rakyat dan pada masa sama meninjau langkah terbaik mengurangkan jumlah subsidi yang tidak pernah diletakkan siling.

Perbincangan dan perdebatan bukan lagi sekadar di kalangan pembuat dasar, malahan turut dibincang serius pelbagai lapisan masyarakat.

Pelbagai cadangan dikeluarkan, daripada penggunaan kupon sehingga memberi subsidi hanya kepada golongan yang dikenal pasti. Namun, cadangan ternyata amat senang dibuat, tetapi sukar untuk menggubal mekanisme bagi penyaluran bantuan itu dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Agaknya disebabkan semakin bingung untuk mencari pendekatan yang boleh meringankan beban rakyat, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam turut meminta ketua jabatan dan kakitangan awam membantu kerajaan memikir dan mengemukakan cadangan kaedah mengatasi penambahan subsidi berikutan kenaikan harga minyak mentah dunia.

Perdana Menteri mahu penyertaan mereka untuk memberi idea kepada kerajaan supaya dapat mengambil pendekatan terbaik bagi mengatasi krisis selain membantu langkah jimat cermat. Hakikatnya ialah kenaikan harga minyak memang tidak dapat dielakkan.

Dengan pengeluaran minyak semakin kurang dan Malaysia sendiri sebagai negara pengeluar, mungkin akan hilang status sebagai pengeluar dalam tempoh kurang lima tahun, seluruh rakyat perlu sama-sama membantu kerajaan untuk meleraikan isu yang melanda seluruh dunia.

Tindakan awal kerajaan mengurangkan kerugian yang ditanggung terutama dengan mengharamkan penjualan minyak pada rakyat negara jiran, masih tidak cukup besar untuk menghalang kenaikan harga minyak daripada berlaku tahun ini.

Kerana itu, mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Inflasi yang bermesyuarat hari ini menjadi tumpuan kerana ia akan menasihatkan kerajaan mengenai langkah terbaik menangani krisis kenaikan harga minyak yang sedang berlaku.
Dalam kata lain, harga minyak baru mungkin akan dibuat oleh jawatankuasa ini. Beberapa pakar ekonomi berkata Malaysia sebenarnya boleh menaikkan harga minyak antara 30 sen hingga 40 sen seliter, tanpa menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara ini.

Profesor Danny Quah, anak kelahiran Malaysia yang kini mengetuai Kolej Ekonomi dan Sains Politik London, dipetik sebagai berkata sistem subsidi yang diberi kepada rakyat selama ini bukan saja menyembunyikan harga sebenar sumber tenaga yang semakin pupus itu, bahkan gagal menggalakkan rakyat negara ini daripada mencari alternatif tenaga lain.

Katanya, setiap kali harga minyak dunia naik, kerajaan Malaysia akan terus memberi subsidi.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,, Datuk Shahrir Samad, ketika ditemui berkata sistem subsidi yang diberi kepada rakyat Malaysia selama ini, tidak pernah mempunyai siling.

“Setiap kali harga minyak dunia meningkat, kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak di dalam negara, setiap kali itu pula jumlah subsidi ke atas minyak terpaksa ditambah.

“Perbincangan di kalangan kumpulan pemikir, malah rakyat sejak akhir-akhir ini mencadangkan beberapa penyelesaian dan antaranya subsidi hanya diberi kepada mereka yang menerima pendapatan tertentu atau pengenalan sistem kupon.

“Tetapi apa yang tidak dibincangkan ialah mekanisme untuk menyalurkan bantuan, mengenal pasti kelayakan penerima bantuan dan tempoh pemberian subsidi ini. Untuk memberi kupon, sama seperti pemberian diesel, ia boleh dijual. Untuk memberi bantuan kepada kereta yang berkuasa kecil, macam mana nak tahu penerima ini layak,” katanya mengenai isu yang perlu dileraikan jika subsidi hanya layak diberi kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Golongan akademik seperti Quah yang melihat dari sudut realiti, menegaskan subsidi minyak perlu dikurangkan secara berperingkat bagi membolehkan rakyat menyesuaikan diri dengan harga minyak yang lebih mahal.

Katanya, perbelanjaan yang dijimatkan daripada subsidi terbabit boleh disalurkan semula kepada golongan miskin dengan lebih berkesan dan golongan ini yang bakal turut menerima kesan daripada penghapusan subsidi perlu difahamkan bahawa mereka akan menerima bantuan dalam cara lain.



Dalam hal ini, Shahrir, seorang ahli politik veteran yang kini kembali ke dalam Kabinet, menjelaskan tujuannya hanya satu iaitu mencari jalan terbaik bagi meringan beban rakyat yang turut menerima kesan daripada krisis makanan dan minyak yang sedang melanda dunia.

“Fokus utama saya ialah bagaimana untuk meringankan beban rakyat sekiranya harga minyak terpaksa dinaikkan dan sekiranya subsidi perlu dikurangkan, bagaimana cara terbaik membantu golongan kurang mampu.

“Kerajaan memperuntukkan subsidi minyak sebanyak RM56 bilion tahun ini. Harga minyak dunia terus meningkat, kerajaan tidak lagi mampu untuk menanggung kos tinggi ini,” katanya.

Walaupun menyatakan tidak mampu, rakyat masih lega kerana kerajaan belum lagi mengumumkan sebarang usaha ke arah penghapusan subsidi, kecuali mengambil beberapa langkah bagi mengurangkan penyelewengan tertentu yang dilakukan penerima subsidi.

Kerana itu dalam memahami kemelut yang dialami kerajaan, rakyat cuma berharap sebarang kenaikan harga minyak yang akan berlaku pada bila-bila masa ini, tidaklah mencatat peningkatan yang terlalu membebankan.

Kenaikan 30 sen tahun lalu sudah cukup memeritkan. Sebarang angka yang lebih daripada itu sudah pasti membuatkan lebih ramai rakyat ‘ikat perut’ - bukan kerana tidak boleh isi minyak kereta, malah kerana tidak mampu menanggung beban harga pelbagai barang serta perkhidmatan yang bakal naik seiring dengan kenaikan harga minyak.

Berita Harian 3 Jun 2008
Oleh Jamhariah Jaafar

Monday, June 2, 2008

Orang Melayu bukan pengganas

Bashir Ahmad

30 Mei 2008


WISMA Putera telah menghantar surat kepada kerajaan United Kingdom meminta penjelasan berhubung penyiaran satu iklan di Britain yang menggambarkan orang Melayu sebagai pengganas.

Demikian kata Timbalan Menteri Luar, Datuk Abdul Rahim Bakri kepada Radio 24 hari ini.

Kata Abdul Rahim, iklan tersebut telah ditarik balik daripada penyiaran pada 28 Mei 2008 berikutan bantahan Malaysia.

Difahamkan Kementerian Luar telah mengambil tindakan ekoran sepucuk surat daripada seorang pelajar Malaysia di United Kingdom yang disiarkan dalam ruangan Forum Utusan Malaysia pada 26 Mei 2008.

Kandungan surat tersebut seperti berikut:

Kesal iklan Barat gambarkan Melayu pengganas

MINGGU lepas ketika saya menonton filem di panggung wayang, saya amat terkejut melihat satu iklan kepunyaan Royal Marines Commando Kerajaan Britain.

Iklan yang bertujuan menarik minat rakyat Britain untuk menyertai pasukan tersebut telah menggunakan 'pelakon' yang menggunakan bahasa Melayu sebagai watak kumpulan pengganas.

Dengan berlatarbelakangkan suasana seperti mereka baru sahaja menyelesaikan 'operasi keganasan' (menunjukkan keadaan yang kacau-bilau dengan helikopter yang terhempas dan terbakar), 'ketua' kumpulan pengganas tersebut menembak-nembak ke udara sambil menyatakan dengan jelas dalam bahasa Melayu, "Akulah orang yang paling jahat dalam dunia ini. Mari lawan aku. Aku akan bunuh semua'.

Saya kemudiannya memasuki laman rasmi Royal Marines Commando (http://www.royalmarines.mod.uk/server/show/nav.6898#) dan mendapati iklan 30 saat itu turut boleh dilayari dan ditonton di halaman utama laman berkenaan.

Sehinggakan, link dan URL video tersebut turut disediakan agar ia boleh dikongsi dengan pengguna lain. Saya berasa kesal dan marah kerana orang Melayu seolah-olah digambarkan sebagai pengganas dalam iklan berkenaan.

Jika didengari betul-betul, loghat pelakon tersebut bukanlah loghat dalam bahasa Melayu Indonesia tetapi bahasa Melayu Malaysia dan 'ketua kumpulan pengganas' tersebut pula mempunyai iras wajah Melayu.

Namun walau apa jua loghat dan rupa wajahnya, tindakan menggunakan bahasa Melayu bagi menggambarkan peranan kumpulan pengganas dalam iklan tersebut sesuatu yang tidak boleh diterima langsung.

Bukan sekadar bahasa Melayu malah apa jua bahasa di dunia ini. Bayangkan kesannya kerana iklan tersebut ditayangkan sebagai selingan di kesemua panggung-panggung wayang utama di UK dan mungkin juga di televisyen.

Memandangkan iklan tersebut merupakan iklan rasmi Kementerian Pertahanan Britain, saya menyeru agar Kementerian Pertahanan Malaysia dan juga Kementerian Luar menyiasat perkara ini dan mengarahkan agar iklan tersebut ditarik balik dengan permohonan maaf.

Bangsa Melayu bukan bangsa pengganas dan kita tidak pernah menjajah negara lain seperti bangsa mereka.

Saya juga memohon siasatan dapat dibuat terhadap suara siapakah yang dipinjamkan dalam iklan tersebut dan adakah iklan tersebut mendapat kerjasama atau bantuan dari mana-mana syarikat pengiklanan tempatan.

ISMARIAH ZAINAL ABIDIN, University Of Sheffield, United Kingdom

Penghargaan wajar diberikan kepada Ismariah di atas keprihatinan dan semangat patriotiknya.

Kerajaan UK bukan sahaja wajar menjawab surat Wisma Putera sebagai penjelasan rasmi, malah patut memohon maaf.

Ketika terroris dan terrorisme menjadi istilah momokan dan kebencian yang dihalakan kepada umat Islam oleh Barat, dimensi prejudis ini telah diperluaskan kepada orang Melayu pula. Kita percaya loghat Bahasa Melayu yang digunakan dalam iklan berkenaan bukan loghat Indonesia. Maka ia lebih menjurus kepada Bahasa Melayu yang digunakan di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Maka Malaysia sebagai pengguna Bahasa Melayu yang terbesar mempunyai hak untuk menyuarakan kekesalan di atas sikap tidak sensitif pihak berkuasa tentera UK.

Orang Melayu tidak lagi malas, bukan pak turut dan sama sekali bukan pengganas. – malaysiaaktif.com

Goblok: Melayu..jangan mudah layu