Friday, December 11, 2009

Media Baru Penting Untuk Masa Depan Politik Dan Sivil - Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau sentiasa mengatakan media baru memainkan peranan penting kepada masa depan politik dan sivil rakyat negara ini.

Perdana Menteri berkata medium itu penting bagi kebenaran didedahkan melalui laporan yang bertanggungjawab.

"Oleh sebab itu saya amat berminat bila mendapati ada satu Kod Etika Penulis Blog yang mungkin boleh diterima pakai oleh para penerbit," kata beliau dalam blognya www.1malaysia.com.my pada hari Khamis.

Disiarkan dalam laman berita internet, garis panduan untuk penulis blog itu didasarkan kepada kod etika Persatuan Wartawan Profesional yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Berikut adalah beberapa petikan bahawa penulis blog hendaklah:

- Jujur dan adil dalam mendapatkan, melapor dan menginterpretasi maklumat,

- Jangan sekali-sekali menciplak,

- Mengenalpasti dan membuat pautan pada sumber apabila sesuai dan boleh dilaksanakan,

- Jangan sekali-kali menyiarkan maklumat yang diketahui tidak tepat dan jika menyiarkan maklumat yang boleh dipersoalkan, pastikan dijelaskan akan keraguan tentang maklumat tersebut,

- Bezakan antara sokongan, komentar dan maklumat berdasarkan fakta,

- Mengakui akan kesilapan dan membetulkannya dengan segera,

- Perlihatkan cita rasa yang baik. Elakkan daripada memenuhi kehendak rasa ingin tahu yang mengerikan atau sensasi,

- Jelaskan setiap misi blog dan alu-alukan dialog dengan khalayak ramai tentang kandungan dan cara pengendaliannya oleh penulis blog,

- Mendedahkan pertentangan kepentingan, penggabungan, aktiviti dan agenda peribadi,

- Mematuhi standard yang tinggi yang sama seperti mana yang mereka harapkan daripada pihak lain.


Najib berkata beliau mendapati standard seperti itu amat penting ke arah membina satu dialog yang dihormati serta produktif dan akan berusaha untuk patuh kepada standard itu sedapat mungkin.

-- BERNAMA

Monday, November 9, 2009

Asri perlu muhasabah diri

Jika benar bekas Mufti Perlis, Mohd Asri mempunyai banyak musuh, beliau tidak boleh menyalahkan orang lain kerana tidak sukakannya. Dan jika beliau ditangkap kerana berceramah tanpa tauliah, janganlah menyalahkan orang lain jika benar-benar beliau tidak mempunyai tauliah. Ada cerita kononnya ramai yang tidak suka beliau jadi Ketua Pengarah Yayasan Dakwah Malaysia (Yadim), jawatan yang telah ditawarkan kepadanya. Jika benar, tentulah kita ingin tahu kenapa mereka tidak sukakanya.


MAULANA ARRIF
4 November 2009

www.malaysiaaktif.com

Penangkapan bekas Mufti Perlis, Mohd Asri Zainal Abidin oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengejutkan banyak kalangan dan menjadi bahan percakapan umum.

Mengejutkan kerana JAIS menangkapnya atas tuduhan mengajar tanpa tauliah. Dan inilah kali pertama dalam sejarah Malaysia seorang bekas mufti ditangkap atas tuduhan mengajar tanpa tauliah.

Ramai yang mempersoal, perlukah seorang yang pernah menjadi mufti mendapat tauliah untuk berceramah mengenai agama sedangkan jawatan tersebut hanya boleh dipegang oleh seorang yang bertaraf `ulama’ dan sangat berkelayakan di bidang agama?

Bagaimanapun, dari sudut perundangan, sesiapa jua yang berceramah atau mengajar di khalayak umum mengenai agama mestilah memiliki tauliah dari pihak berkuasa berkenaan. Dalam kes Asri, pihak berkuasa ialah JAIS sebagaimana peruntukan dalam enakmen agama negeri Selangor.

Ia samalah seperti seorang pemandu kereta Formula One yang tidak terkecuali daripada keperluan memiliki lesen memandu biasa jika dia memandu di jalan raya.

Jika benar Asri tidak mempunyai tauliah daripada JAIS, maka tiada siapa yang boleh mempertikai tindakan penguatkuasa menangkapnya kerana berceramah tanpa kebenaran.

Asri sendiri hanya mempersoal mengapa beliau sahaja yang ditangkap sedangkan ramai orang lain yang berceramah tanpa tauliah.

Jawapan Asri itu samalah juga dengan jawapanseorang pemandu tanpa lesen yang ditahan. Layakkah si pemandu itu menyoal balik:`` Kenapa saya saja yang ditangkap...banyak lagi orang yang memandu tanpa lesen!’’

Adakah juga Asri bermaksud bahawa ada mufti atau bekas mufti atau ulama lain yang sekian lama beceramah tanpa tauliah di Selangor, tapi tidak pernah ditahan oleh JAIS.

Maka ini menimbulkan persoalan yang harus dijawab sendiri oleh Asri – kenapa beliau sahaja yang ditangkap?

Akhbar Inggeris theSun hari ini menyiarkan interbiu dengan Asri berhubung penangkapannya. Antara lain Asri ditanya: Apakah ada konspirasi? Pernahkah anda terfikir ia akan berlaku?

Jawapan Asri (terjemahan) ialah :`` Saya tahu satu hari sesuatu akan berlaku kerana saya bercakap terlalu banyak, tetapi saya tidak menjangka ia akan berlaku macam ini.’’

Bercakap terlalu banyak? Ramai juga penceramah lain yang bercakap terlalu banyak tetapi tidak ditangkap? Adakah Asri bermaksud beliau terlampau banyak menyinggung perasaan orang lain?

Kata Asri, beliau percaya banyak pihak yang tidak sukakannya termasuk kalangan ulama tua kerana beliau membawa fikiran baru (reformis) yang tidak tradisional dan konservatif. Adakah beliau seorang sahaja kalangan cerdik pandai agama yang berjiwa reformis? Tentu ada yang lain tetapi kenapa mereka tidak mencetuskan kontroversi seperti Asri?

Daripada perbualan dengan dua orang yang terkenal sebagai penulis agama dan sering juga dipanggil berceramah, Asri dikatakan mempunyai banyak musuh kerana percakapan dan tindak-tanduknya selalu menyinggung orang lain. Dua orang penulis agama itu turut menjadi sasaran serangan Asri di khalayak umum.

Penulis juga masih ingat betapa Asri pernah membidas seorang ustazah yang padanya telah bercakap mengenai seperkara yang tidak betul. Asri menyebut nama ustazah itu (juga terkenal dan selalu berceramah di TV) secara terbuka.

Tidakkah sebagai `ulama’ Asri sepatutnya membetulkan kesalahan ustazah itu dengan bercakap dengannya secara peribadi, bukannya dengan mengaibkannya di khalayak umum.

Lihatlah betapa selepas ditangkap pada Isnin lalu dan setelah ramai pemimpin politik turut menyuarakan rasa terkejut dan tidak setuju dengan penangkapannya, Timbalan Pengarah Pusat Latihan Jakim Zamihan Mat Zain dilaporkan mempertikai kelulusan Asri secara terbuka.

Jika benar Asri mempunyai banyak musuh, beliau tidak boleh menyalahkan orang lain kerana tidak sukakannya. Dan jika beliau ditangkap kerana berceramah tanpa tauliah, janganlah menyalahkan orang lain jika benar-benar beliau tidak mempunyai tauliah.

Ada cerita kononnya ramai yang tidak suka beliau jadi Ketua Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), jawatan yang telah ditawarkan kepadanya. Jika benar, tentulah kita ingin tahu kenapa mereka tidak sukakanya.

Kononnya Asri membawa fahaman Wahabi dan menolak fahaman empat mazhab yang mampan termasuk Shafie. Betulkah? Asri secara terbuka berkata adalah tidak adil untuk menuduhnya berfahaman Wahabi semata-mata kerana pendiriannya dalam beberapa perkara sama dengan fahaman yang berasal dari Arab Saudi itu, sedangkan dalam beberapa hal lain beliau tidak bersetuju ajaran Wahabi. Bolehkah Asri jelaskan apa yang beliau setuju dan tidak setuju secara lebih terperinci dan terbuka dalam tulisannya di Mingguan Malaysia.

Ekoran penangkapan Asri, Perdana Menteri Mohd Najib dengan segera telah menyatakan bahawa kerajaan pusat tiada kena mengena dengan tindakan JAIS itu. Beberapa tokoh politik PKR juga menafikan bahawa tindakan tersebut dibuat atas arahan kerajaan negeri.

Orang yang patut mengeluarkan penjelasan ialah Datuk Hassan Ali, exco kerajaan Selangor dari Pas yang bertanggungjawab terhadap hal-ehwal agama. Tetapi beliau belum mengeluarkan kenyataan. Setakat ini kenyataan rasmi JAIS datang hanya daripada pengarahnya, pegawai kerajaan yang bukannya orang politik.

Apa pun andaian yang dibuat berhubung penangkapan Asri, bekas Mufti Perlis itu tidak boleh lari daripada hakikat bahawa ramai juga yang tidak sukakannya, walaupun ramai kalangan umum yang menggemari tulisannya dalam Mingguan Malaysia dan program TVnya di saluran Oasis (Astro).

Maka janganlah Asri asyik mengkritik dan menyalahkan orang lain, tetapi tidak pernah muhasabah dirinya sendiri. Tiada manusia yang sempurna walau setinggi mana sekalipun ilmunya. – malaysiaktif.com

Monday, August 24, 2009

PILIHAN RASIONAL PENGUNDI PERMATANG PASIR

Selasa, 25 Ogos merupakan hari pengundian bagi menentukan siapakah yang layak menjadi wakil rakyat DUN Permatang Pasir. Proses berkempen yang berjalan sejak hari penamaan calon pada 17 Ogos lalu menemukan kita dengan beberapa perkara yang menarik dan perlu ditelitikan secara mendalam.

Penelitian sambil lewa atau hanya berdasarkan retorik kempen akan menyebabkan penduduk Permatang Pasir akan terus terbelenggu dengan pelbagai masalah yang tidak dapat diatasi. Kepimpinan PAS yang dilihat sebagai melukut di tepi gantang tidak akan membawa ke mana, kerana dominasi DAP yang hanya bertopengkan gaya kepimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz sebenarnya tidak berlaku kerana kepentingan masyarakat Cina yang menjadi majoriti penduduk Pulau Pinang perlu diberikan perhatian yang lebih.

Dari segi jumlah penduduk, Melayu hanya berada di sekitar 41.2 peratus, Cina 43.0 peratus, India 10.0 peratus dan lain-lain 5.8 peratus. Ini menunjukkan penduduk Cina merupakan majoriti dan kemenangan politik banyak bergantung kepada sensitiviti pengundi Cina. Itulah menyebabkan DAP menang bergaya berbanding parti yang mewakili orang Melayu. Itulah juga mungkin desakan untuk meletakkan orang Melayu sebagai Ketua Menteri mendapat tentangan hebat daripada pengundi Cina menjadikan satu-satunya negeri milik mutlak kaum Cina di Malaysia.

Berdasarkan suasana ini, falsafah dan ideologi perjuangan PAS dianggap bertentangan kepentingan politik Cina. Maka pilihan raya kecil bagi DUN Permatang Pasir sejak tahun 1999 merupakan kawasan tunggal yang dimenangi oleh PAS di Pulau Pinang, kali ini menjadi desakan kuat parti tersebut untuk mempertahankan.

Atas sifat terdesak itulah PAS ternyata terkeluar dari landasan politik sihat sehingga sanggup menjadikan pengundi sebagai taruhan politik sempit dengan menjanjikan syurga. Ini merupakan fatwa songsang yang dikeluarkan oleh Mursyidul Am PAS yang perlu direnung oleh pengundi kerana hakikat yang menentukan seseorang itu diterima masuk ke syurga ialah keimanan dan ketakwaan. Berdasarkan timbangan tersebutlah Allah SWT akan menentukan peluang memasuki syurga dan bukannya kerana menyokong parti PAS.

Faktor kedua yang perlu dipertimbangkan oleh pengundi Permatang Pauh ialah bentuk kempen yang dilaksanakan oleh parti-parti yang bertanding. Ini bererti para pengundi perlu memahami apakah yang akan dilaksanakan oleh parti-parti yang bertanding dapat memberikan peluang-peluang meningkatkan kualiti hidup atau di sebaliknya.
Kualiti hidup diukur berdasarkan bentuk kemudahan asas yang disediakan, peluang-peluang pekerjaan, persekitaran yang bersih, layanan perkhidmatan awam, bantuan dan subsidi, kebajikan penduduk dan sebagainya. Jika parti yang bertanding mampu menyediakan keperluan tersebut, ia tentu akan mendapat pilihan yang wajar. Pengundi perlu mengukur atau menilai secara rasional dampak sejarah mengenai kesanggupan parti yang bertanding.

Faktor ketiga, jika menggunakan serangan peribadi sebagai asas memburuk-burukkan seseorang bermakna penyerangnya mempunyai peribadi yang kacau bilau. Akibat peribadinya yang kurang menarik, maka ia cuba mencari salah calon lawan dengan harapan akan menyerah kalah. Keadaan ini sudah berlaku pada peringkat awam di mana pemimpin PAS mendesak agar calon BN menarik diri kerana mempunyai masalah peribadi.
Serangan peribadi yang dilakukan ialah mendiskreditkan peribadi calon berasaskan pergantungan lesen amalan guaman oleh Majlis Peguam Malaysia, mengaitkan dakwaan mengabaikan isteri kedua dan seterusnya menggunakan bekas rakan kongsi bagi menggambarkan keburukan calon.

PAS yang sentiasa menutupi kelemahan calon pilihan mereka turut terperangkap dengan dakwaan tidak jujur menguruskan wang parti, dana projek sekolah agama pintar, tidak melangsaikan sepenuhnya pinjaman bank , mengkhianati rakan-rakan seperniagaan dan terbaru ada kaitan cuba memikat wanita cantik pendandan rambut yang masih mempunyai suami. Setakat ini calon PAS masih belum menafikan tuduhan-tuduhan tersebut secara jelas dan meluas.

Faktor Keempat, calon PAS dianggap sebagai calon yang kurang layak kerana sebanyak 6 kali ditolak oleh pengundi termasuk sebanyak dua kali di DUN Sungai Dua, iaitu kampung halamannya sendiri. Ini bererti sahabat, keluarga dan kenalan tidak merasakan bahawa calon PAS itu sebagai pemimpin yang boleh ditonjol dan diharapkan untuk memimpin.

Calon PAS juga tidak boleh diharapkan untuk memimpin kerana mempunyai masalah dan sering berlaku percanggahan kepentingan semasa menjadi mudir sekolah agama kelolaan PAS. Ada pengundi menyifatkan, jika Naib Presiden PAS memberikan gelaran sinis kepada calon BN sebagai "padi basah", calon PAS seharusnya mendapat gelaran "hampa beras".
Jika padi basah, jualannya masih mendapat harga walaupun murah tetapi "hampa beras" tidak mempunyai nilai sedikit pun. Ia menjadi bahan buangan dan tidak menarik sesiapa pun, kecualilah menjadi tempat bersarangnya aneka haiwan berbisa seperti ular, lipan dan sebagainya. Ia juga boleh merosakkan sistem perparitan jika terus dibiarkan bertaburan diterbang angin dan beburung pun tak sanggup menjengok.

Faktor kelima, kepimpinan pakatan pembangkang (dalam perspektif nasional) merupakan gabungan yang lemah dan bercelaru. Gabungan tersebut masih belum mempunyai landasan perkongsian kuasa yang ampuh dan boleh dipertahankan apabila saling bertentangan ideologi dan tindakan merealisasikan manifesto perjuangan. PAS dengan usaha menguruskan negara melalui perspektif syariat Islam, PKR dengan prinsip "sama rata, sama rasa" dan DAP dengan idealisme menghapuskan kontrak sosial.
Lim Guan Eng mempersoalkan mengenai Dasar Ekonomi Baru yang dilihat cuba mendiskrimasikan bukan Melayu. Melihat Islam sebagai nilai yang bercanggah dan bertentangan dengan idealisme negara sekular manakala PAS terpaksa berdolak-dalik apabila penyokongnya mempersoalkan kewajaran bersama dalam pakatan yang dianggap sebagai "duri dalam daging" manakala PKR sanggup menolak "ketuanan Melayu" dan mendeduktifkan kepelbagaian etnik sebagai realisme politik baru bagi mendapatkan kuasa menjadi Perdana Menteri.

Faktor keenam, tindakan politik pemimpin PKR dianggap kurang mempertahankan orang Melayu-Islam manakala PAS sering mempermainkan Islam dan DAP membakar sentimen orang Melayu-Islam. Cabar mencabar mengenai Melayu-Islam mula menampakkan pertelingkahan yang semakin tajam sehingga menyebabkan perjuangan PKR dilihat sebagai "pengkhianat terbesar orang Melayu", PAS semakin mengelirukan umat Islam dan DAP membakar emosi kebencian apabila membenarkan wakil-wakil rakyat mereka mengkritik Islam secara melulu.

Faktor ketujuh, wakil rakyat PKR bagi parlimen Bagan Serai, Gobalakrishnan semakin terdesak apabila membuat kacau semasa penamaan calon bagi PRK Permatang Pasir. Beliau yang dikatakan mendapat arahan daripada Anwar Ibrahim melalui telefon telah tidak mematuhi larangan polis dan menampar penjawat awam yang sedang bertugas. Ekoran kejadian tersebut, ADUN Lunas mengisytiharkan diri keluar dari PKR dan menjadi calon bebas. PKR bahagian Lunas dan Bagan Serai dibubarkan oleh pendokongnya kerana tidak bersetuju dengan tindakan pemimpin besar PKR yang terlalu inginkan jawatanPerdana Menteri.

Faktor kelapan, Anwar Ibrahim sepanjang PRU 2008 dianggap sebagai ikon politik baru Malaysia dan faktor ketokohannya membantu mengurangkan kuasa majoriti BN di Dewan Rakyat. Tetapi, beliau yang masih terbelenggu dengan kes semburit kedua dengan Saiful Bakhari Azlan, bekas pegawai peribadinya dilihat cuba mencari helah untuk "mendera" dengan memfailkan pelbagai tuntutan teknikal di mahkamah. Sepatutnya kes tersebut mula disebut pada bulan Julai telah ditunda sebanyak empat kali atas keperluan Anwar sendiri manakala ketua peguamnya menarik diri.

Faktor kesembilan, Lim Guan Eng merupakan seorang pemimpin yang amat kerdil jiwanya apabila gagal menyelesaikan tuntutan penduduk Kg. Buah Pala, berpindah ke rumah sewaan dari rumah yang dikhaskan atas alasan takutkan anai-anai dan gangguan musang, membenarkan penggunaan pelbagai bahasa di papan tanda jalan (bertentangan dengan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan), mengambil tanah seluas 140 ekar untuk membangunkan sebuah universiti dengan kerjasama Universiti Nanyang Singapura, bermuka-muka apabila menggunakan penerbangan ekonomi bagi perjalanan dalam negeri manakala kelas pertama atau bisnes hampir setiap minggu ke Singapura menemui Menteri Mentor, Lee Kuan Yew dan menggesa jambatan kedua Pulau Pinang disegerakan sedangkan sewaktu bapanya berbahas mengenai projek Jambatan Pulau Pinang, ia dianggap sebagai satu pembaziran dan berusaha membangunkan Pulau Betong sebagai destinasi pelancongan antarabangsa bagi memingirkan bumiputera secara halus.

Faktor kesepuluh, pembohongan Yusri Isahak di atas pentas PAS bahawa beliau telah dikambinghitamkan bagi membersih calon BN. Setelah meneliti beberapa surat di antara Koperasi Pekebun Kecil Getak, ternyata Yusri terlibat dengan transaksi pembelian sebidang tanah. Yusri bertindak sebagai saksi bagi perjanjian jual beli yang ditandatangani pada 30 Mei 2000, `penerima surat Koperasi pada 27 Mac 2001 mengenai Faedah Daripada Wang Pertaruhan Berjumlah RM304,000.00 Yang Dipegang oleh Firma Guaman Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang, surat bertarikh 7 Februari 2001, surat menggunakan nombor rujukan STR/YI/MISC/219/2000 bertarikh 7 Jun 2000 mengenai Hartanah Lot 1481, GM1048, MK 10 Daerah Seberang Perai Utara, surat koperasi bertarikh 24 Mac 200 dan 8 Jun 2000, dan surat mewakili firma guaman bertarikh 1 Mac 2000.







Jika mengambil bukti daripada surat-surat tersebut, Yusri jelas berbohong besar apabila mengatakan beliau tidak terlibat dalam urusan pembelian sebidang tanah oleh Koperasi yang dimaksudkan. Mungkin kerana tidak mempunyai semangat setiakawan sejati, Yusri sanggup "makan kawan sendiri." Hujah Yusri perlu ditolak oleh pengundi Permatang Pasir kerana mungkin beliau mempunyai banyak kesalahan, dan ingin menutup kelemahan tersebut dengan menyerang rakannya sendiri. Inilah natijah yang perlu dipertimbangkan dan menjadi persoalan misteri kenapa Yusri sanggup berbuat demikian.

(petikan dari http://selamba-u.blogspot.com/2009/08/pilihan-rasional-pengundi-permatang.html)

Tuesday, August 18, 2009

Perangai Pas pelik tapi benar

*BILA ADUN BN lompat parti ke PR, halal. Bila ADUN PR lompat parti ke BN, haram (di Perak).

*Bila Mufti Perak sokong Pas, dia ulama terbilang. Bila Mufti Perak tegur Pas, habis dimaki hamun.

*Bila menang pilihan raya, puji SPR. Bila kalah, maki hamun SPR.

*Bila ADUN BN buat perbuatan tidak bermoral, kutuk habis-habisan. Bila ADUN PR yang buat disuruh berehat saja (Elizabeth Wong).

*Masa perintah Perak, cakap Raja Perak paling adil. Tapi bila dah hilang kuasa, tuduh Raja Perak macam-macam.

*Sebelum berkuasa, beria-ia hendak laksana hudud. Lepas dapat kuasa, cakap hudud tak wajib.

*Bila UMNO kata hudud sukar dilaksana, caci-maki-kafirkan habis- habisan. Bila DAP kata langkah mayat saya dahulu, Pas kata baiklah “Kami Dengar dan Taat”.

*Bila orang luar hina nabi berarak satu KL, bila Raja Petra Kamarudin (RPK) hina nabi, senyap membisu (mungkin orang Pas lebih sayangkan RPK dari nabi).

*Bila kerajaan naikkan harga minyak, marah menggila, bila kerajaan turunkan harga minyak, cakap itu hanya muslihat politik.

*Bila Pak Lah kata nak teruskan jambatan bengkok, kutuk Pak Lah sebab jadi patung Mahathir. Bila Pak Lah batalkan, pun kutuk Pak Lah sebab tidak dengar cakap Mahathir.

*Masa Pak Lah PM, desak Pak Lah undur. Bila Pak Lah nak undur ganti Najib, Hadi kata Pak Lah tak payah undur pulak.

*Bila PR buat demonstrasi, itu demokrasi. Bila BN buat demonstrasi, gesa polis ambil tindakan.

*Bila menang pilihan raya, itu namanya demokrasi. Bila kalah, ada pengundi hantu.

*Bila Kelantan mundur, salahkan Kerajaan Pusat. Bila negara maju, itu hasil sumbangan Anwar ke luar negara cari pelaburan tak langsung.

*Bila bersendirian bertakbir, sekarang bila berdua dengan DAP ber take beer! (di Selangor boleh jual arak di kawasan majoriti umat Islam)

*Bila mulakan ceramah, baca bismillah puji nabi. Masa tengah ceramah, habis semua yang berbeza pandangan di maki-hamun.

*Bila orang UMNO baca al-Quran dituduh hipokrit, bila orang DAP baca al-Quran (di DUN Perak) dipuji melangit.

*Bila UMNO (parti orang Islam) ajak berdamai kata pergi jahanam, bila DAP ajak bersatu kata setuju (biarpun terpaksa gadai prinsip).

*Bila Beng Hock mati tuduh kerajaan zalim, bila kerajaan tubuh inkues pula kata kerajaan ada konspirasi.

*Kalau Anwar bersumpah dengan nama Allah, benarlah Anwar, tapi kalau Saiful Bukhari bersumpah, dustalah kata-katanya dan boleh dimaki hamun secukup-cukupnya.

Bahkan akuan bersumpah Raja Petra lebih dipercayai daripada sumpah laknat Saiful Bukhari.

*Kalau Anwar tak berani bersumpah, itu pun satu kebenaran tapi bayangkan kalau Saiful yang tak berani bersumpah, confirm dimaki habis-habisan.

*Bila UMNO tak laksana hudud disebabkan faktor ketidaksesuaian, Pas maki ramai-ramai. Tapi bila Azizan Razak kata hudud bukan keutamaan di Kedah, Pas kata itu ijtihad murni

Wednesday, August 12, 2009

Nik Aziz Kata DAP boleh hina Islam....

Goblok : tak bantah kalu parti yang hina Islam itu sekutu dengan kita....aduh...pening camni..jangan la kita amalkan double standard. Ini boleh menyebabkan perpecahan dikalangan umat islam....ayuh...yang benar kita tegakkan..janganlah kita bermuka-muka....

Nik Aziz Tak Bantah DAP Hina Islam

Bernama
12 Ogos 2009

KOTA BAHARU, -- Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam.

Beliau sebaliknya menyalahkan sikap pemimpin Islam yang menolak ajaran Islam sehingga agama itu tercemar dan telah disalah ertikan kesuciannya oleh mereka yang bukan Islam.

"DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika diminta mengulas tindak tanduk beberapa pemimpin DAP kebelakangan ini yang dilihat menghina Islam.

Nik Aziz berkata untuk meningkatkan kefahaman DAP terhadap Islam, Pas sebagai rakan kepada DAP dalam pakatan pembangkang, mengambil pendekatan memberi penerangan kepada pemimpin-pemimpin parti itu supaya mereka lebih memahami Islam.

"Kita mendekati mereka melalui forum, wacana dan perbincangan," katanya.

Nik Aziz juga mempertikaikan tindakan pihak tertentu yang melabelkan penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat.

Sebaliknya beliau berkata perkara yang patut dipertikaikan adalah jika berlaku kepincangan dalam pelaksanaan dasar PKR dan bukannya membuat serangan peribadi.

"Kenapa nak serang batang tubuh orang. Sepatutnya seranglah dasar PKR. Saya rasa malu dengan orang Melayu sekarang yang menyerang batang tubuh orang," katanya.

-- BERNAMA

Sunday, August 9, 2009

Anwar pengkhianat: Mari lancarkan demonstrasi gergasi

Anwar juga mengkhianati orang Melayu apabila dia mencemuh DEB yang suatu masa dulu menjadi slogan perjuangan politiknya. Tapi oleh kerana mahu mendapatkan sokongan bukan Melayu untuk PKR dan pakatan pembangkang, dia sanggup mengkhianati orang Melayu yang merupakan rakyat majoriti negara ini.

Anwar juga menonjolkan dirinya sebagai bapa penentang kronisme. Tetapi semasa jadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dulu, dialah yang paling banyak memberikan projek kepada kroninya






MAULANA ARRIF
9 Ogos 2009

Ayuh, mari kita menari rentak tarian politik Anwar Ibrahim.

Ya, bagaimana rentak tarian politik Anwar?

Tarian politik kegmarannya ialah demonstrasi. Ayuh kita ramai-ramai berdemonstrasi.

Di Padang Merdeka Batu Pahat akan diadakan demonstrasi terhadap Anwar, kata Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Adam Abdul Hamid. Tema demonstrasi itu ialah ``Anwar pengkhianat!''.

Bagaimana di lain-lain tempat? Janganlah UMNO sahaja yang jadi penganjur. Banyak NGO Melayu yang juga berhak menganjurkan demontrasi terhadap `pengkhianat orang Melayu' ini. Lagipun, bukan orang UMNO sahaja yang meluat dngan gelagat Anwar.

Orang-orang Pas juga ramai yang naik meluat dengan Anwar. Cuma mereka ini tidak meluahkan perasaan kerana Tok Guru Nik Aziz masih menyayangi Anwar. entah kenapa Nik Aziz sayangkan Anwar. Barangkali beliau sudah dipukau oleh Husam Musa, orang kanan politiknya yang sangat rapat dengan Anwar. Atau hati Tok Guru sudah kelabu kerana selalu sangat mencaci UMNO.

(Kata para aulia, kalau kita selalu mencaci orang lain, hati kita akan jadi kelabu.)

Kepada sesiapa yang rapat dengan Tok Guru, tolong nasihatkan beliau supaya berjumpa dengan Tun Mahathir yang boleh memberikan seribu fakta mengenai kenapa manusia yang bernama Anwar anak Ibrahim ini tidak boleh dipercayai. Dalam politik, Mahathir lebih mengenali Anwar daripada orang-orang lain di atas muka bumi ini.

Sayangnya Mahathir mengambil masa terlalu lama untuk mengenali Anwar. Ketika hampir hendak dijatuhkan oleh Anwar, barulah beliau sedar siapa Anwar. Anwar pengkhianat dan terus Mahathir membuangnya daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri, kabinet dan UMNO.

Dalam bab lain mungkin ramai yang lebih tahu tentang Anwar, termasuk bekas pembantunya yang bernama Mohd Saiful.

Maka apa yang tidak betul apabila Muhyiddin Yassin melabelkan Anwar seorang pengkhianat? Dia pernah mengkhianati Mahathir.


Anwar juga mengkhianati orang Melayu apabila dia mencemuh DEB yang suatu masa dulu menjadi slogan perjuangan politiknya. Tapi oleh kerana mahu mendapatkan sokongan bukan Melayu untuk PKR dan pakatan pembangkang, dia sanggup mengkhianati orang Melayu yang merupakan rakyat majoriti negara ini.
Anwar juga menonjolkan dirinya sebagai bapa penentang kronisme. Tetapi semasa jadi Timbalan Perdana Menteri dan Mentri Kewangan dulu, dialah yang paling banyak memberikan projek kepada kroninya

Jika anda masih ingat, pada satu Perhimpunan Agung UMNO (pada 1996 atau 1997), Mahathir telah mengluarkan satu senarai yang mengandungi nama-nama syarikat, kontraktor dan pengusaha bumiputera yang mendapat projek kerajaan. Pada masa itu Anwar sedang melancarkan kempen membunuh karakter Mahathir dengan niat untuk menjatuhkannya. Ketua Pemuda UMNO Malaysia ketika itu, Zahid Hamidi telah diperkudakan untuk melaungkan grakan antikronisme. Kononnya Mahathir bapa kronisme.

Rupa-rupanya gerakan tersebut memakan diri Anwar sendiri. Senarai kontraktor dan pengusaha yang mendapat projek kerajaan itu menunjukkan bahawa nama kroni Anwar yang paling ramai.

Barangkali dua bekas ketua pengarang akhbar berbahasa Melayu, Johan Jaffar (Utusan) dan Nazri Abdullah (Berita Harian) lebih tahu tentang sifat kronisme Anwar. Mereka ini dulu rapat dengan Anwar. Tanyalah mereka, jika mereka mahu bercerita.

Kesimpulan cerita, memang sahih lagi nyata bahawa Anwar anak Ibrahim adalah seorang pengkhianat sebagaimana kata Muhyiddin.

Menutup cerita, memang wajar UMNO Bahagian Pulai menganjurkan `demonstrasi Anwar pengkhianat.' Malah lebih wajar jika lebih banyak demonstrasi itu diadakan di seluruh negara. Biar boleh berjuta-juta orang Melayu yang sudah muak dengan gelagat khianat Anwar menyuarakan rasa meluat mereka. Berikanlah isyarat yang jelas kepada Anwar dan pengkhianat-pengkhianat Melayu di sekelilingnya.

Kepada semua pemblog yang meluat dengan Anwar, marilah kita canangkan kemepn demonstarasi `Anwar pengkhianat' scara besar-besaran. Biar Anwar merasai sendiri penangan rentak tari politik yang selalu didalanginya.

Jika Anwar hendak saman, janganlah saman Muhyiddin seorang. Kelak samanlah berjuta-juta orang orang Melayu. - malaysiaaktif.com

Wednesday, August 5, 2009

Hassan Ali vs Ronnie Liu

RONNY LIU didesak secara terbuka untuk digugurkan oleh Menteri Besar dari jawatan Exconya apabila Hassan Ali menjelaskan tindakan menyekat penguatkuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) merampas minuman keras menjejaskan moral, semangat dan menghina masyarakat Islam di negeri Selangor.

Tindakan liar Ronny itu menyebabkan orang Islam sudah tidak yakin lagi dengan perjuangan dan sikap wakil rakyat itu menjaga keharmonian penduduk yang bencikan arak. Bagi Islam, arak adalah minuman yang dilarang keras kerana ia boleh menyebabkan kemabukan dan menjejaskan kesihatan. Dari segi kesihatan juga pakar-pakar perubatan mengesyorkan supaya menjauhi arak kerana ia boleh menyebabkan renjatan perjalanan jantung, paru-paru dan ketagihan.

Meminum arak boleh menyebabkan seseorang yang dalam kemabukan lupa daratan dan menyumbang kepada lain-lain perbuatan maksiat. Iklan arak sering dikaitkan dengan perempuan seksi, yang mana sedia menemani kerana syaitan menguasai mereka yang meminumnya.

Bukan itu sahaja yang menyebabkan masyarakat Islam marahkan Ronny Liu. Sebelum ini, Ronny juga turut dikaitkan dengan kongsi gelap, menggunakan samseng dan mengeluarkan surat membatalkan arahan menutup premis hiburan dan cafe siber yang beroperasi lebih waktu yang dibenarkan. Katanya, penangguhan itu dibuat bagi membolehkan pelancong luar negeri bersantai hingga tak tahu waktu.

Nampaknya Ronny sengaja menempah "politik maut" bila terus berdegil dengan tindakannya. Hasan Ali perlulah bersuara lebih lantang, kerana beliau adalah orang yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal Islam di Selangor. Hassan Ali perlu menyinsingkan lengan baju menentang perbuatan itu dan bukan hanya sekadar menyuarakan kemarahan melalui mimbar masjid.

Dengan menggunakan mimbar masjid, Hassan Ali hanya mampu bersuara lantang kepada orang Islam sahaja. Tetapi, yang lebih banyak membuat dan "memasang jerat" orang Islam ialah bukan Melayu, misalnya membuka dan menjalankan perniagaan rumah urut, toko judi, rumah pelacuran, pusat karaoke dan pub, disko dan kelab malam, yang turut berhibur oleh orang Melayu.

Hassan Ali yang banyak beretorik mengenai kesalahan-kesalahan dalam masyarakat Islam, perlu menguatkan iltizam menghapuskan kemungkaran-kemungkaran tersebut kerana beliau diberikan amanah, bukan hanya sekadar menyampaikan khutbah Jumaat. Hassan Ali perlu bertindak sebagai anak jantan PAS yang ingin sekali menjadikan Islam sebagai cara hidup yang berbudaya dan peradaban.

Jika Hassan Ali berjaya melaksanakan amanah tersebut, sayalah orang pertama akan menghulurkan pulut kuning dan menderma pisang di masjid (sekadar termampu) sebagai tanda terima kasih yang tertinggi buat manusia. Tetapi, jika beliau gagal, saya akan menjadi seorang manusia yang paling kuat mengkritik dan melupuskan perjuangan beliau. Saya bersikap demikian, kerana saya mahukan beliau mengotakan apa yang dikatakan sekian lama, dengan menyindir "saya berseru kepada diri saya sendiri dan seluruh muslim dan muslimat" menjauhkan diri dari sebarang bentuk kemungkaran.

Jika tidak melakukan tuntutan tersebut, Hassan Ali akan terus dilihat sebagai seorang pemimpin yang mungkar dan mencabar Ronny Liu hanyalah sekadar gimik politik. Hassan Ali perlu meyakinkan Menteri Besar bahawa meluluskan lesen judi, disko, kelab malam, rumah urut, jual arak, pub dan sebagainya adalah larangan terbesar dalam Islam. Jika meluluskan permohonan tersebut, Menteri Besar dan Hassan Ali sendiri akan dipertanggungjawabkan kerana memimpin negeri yang memberikan kebebasan beroperasi tanpa had waktu, mengundang maksiat dan perbuatan-perbuatan terkutuk.

Pedulikan sama ada ia adalah untuk orang bukan Melayu ataupun tidak. Semua agama melarang penganutnya minum arak, berzina, berjudi, dan clubbing. Pertama sekali perlu Hassan Ali desak Menteri Besar ialah tidak membenarkan industri memproses arak beroperasi di Selangor. Tutupkan semua premis judi dan jangan menyambung lagi lesen premis-premis tersebut jika tarikhnya sudah luput.

Jangan hanya berretorik kerana orang yang suka berjanji dan tidak mampu melaksanakan apa yang dijanjikan itu akan menerima seksaan ketika dinilai nanti bagai menentukan kedudukannya sama ada di syurga atau neraka. Sembahyang sahaja tidak mencukupi untuk menuju ke pintu syurga, kerana Islam itu meliputi semua perbuatan, niat dan pemikiran.
www.selamba-u.blogpsot.com

Tuesday, August 4, 2009

Calon PAS Permatang Pasir...Mat Sabu??

Goblok : Mat Sabu gian lagi nak bertanding...mengikut laporan portal Malaysiakini.com antara calon-calon pilihan parti Pas ialah Mat Sabu. Khabarnya ciri-cirinya ialah mesra rakyat....alahai... perlu ingat jangan mesra rakyat sahaja..apa yang boleh dilakukan untuk rakyat kawasan. Modal Air Liur tak cukup perlu ada komitmen dan visi yang jelas. Bukan untuk mengepain demonstasi jalanan sahaja.. apa-apa pun PRK Permatang Pasir nanti dijangka sengit walaupun kawasan ini dimenangi oleh Pas dengan majoriti yang besar.... renung-renungkan lah


Mat Sabu bertanding di Permatang Pasir?
Malaysiakini 4 Ogos 2009'


Selepas dua kali pilihanraya kecil melibatkan PAS di Semenanjung, nama Mohamad Sabu sekali lagi disebut-sebut untuk mewakili parti pada pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.

Selain penceramah politik popular itu, yang juga timbalan pesuruhjaya II PAS Pulau Pinang, nama pesuruhjaya PAS Salleh Man juga muncul.

Pilihanraya kecil DUN itu akan diputusan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat susulan kematian penyandangnya Datuk Hamdan Abdul Rahman akibat sakit jantung, Jumaat lalu.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Omar Hassan berkata, suara akar umbi PAS umumnya mahu Salleh atau Mohamad bertanding sebagai calon PAS.

Tambahnya, selain dua tokoh pemimpin tersebut, PAS kawasan juga mempunyai beberapa lagi calon berpotensi untuk mewakili parti itu.

"Calon yang mesra rakyat, yang turun dalam program bersama rakyat," katanya, menjelaskan ciri-ciri calon yang akan dipertaruhkan oleh parti itu.

Permatang Pasir antara tiga DU dalam parlimen Permatang Pauh yang diwakili oleh ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum ini, nama Mohamad turut disebut-sebut menjelang berlangsungnya dua pilihanraya kecil Kuala Terengganu, Januari lalu dan Bukit Gantang, April lepas.

Friday, July 31, 2009

1 OGOS PERHIMPUNAN BODOH

Tokai bersetuju dengan pendapat seorang ibu yang kebetulan sama-sama menunggu teksi di tepi Kompleks Sogo. Bersama dua orang anaknya, beliau membimbit beberapa beg plastik kerana sudah berbelanja sakan untuk persiapan hari raya tahun ini. Dia mengambil kesempatan semasa jualan murah kerana katanya, "kalau tidak ada jualan murah, tak mampu nak dibeli."

Saya hanya senyum sendirian kerana kurang berminat untuk membeli-belah ketika jualan murah. Saya sudah banyak "terkena" dengan penangan harga semasa juala murah. Memang benar, ada kalanya pihak penganjur memberikan potongan sehingga 70 peratus, tetapi harga asas telah dinaikkan lebih 50 peratus. Jika ditolak dengan potongan harga, ia masih sama dengan harga tawaran tahun lepas dengan kadar 30 peratus.

Yang paling saya meluat sekali ialah apabila yang ditawarkan diskaun tinggi sebenarnya terlalu lama berada dalam pasaran, dah pun lusuh. Saya pernah terjumpa dengan sehelai baju jenama tertentu, yang sudah mencapai hampir 10 tahun kerana saya pernah membelinya beberapa minggu terakhir alaf kedua.

Sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman masih tenang, kecualilah mereka yang terpaksa beratur panjang di kaunter bayaran. Maklumlah hampir kebanyakan pekerja sudah mendapat gaji, dan banyak tawaran diskaun sedang dibuat. Mungkin inilah masanya terbaik untuk persiapan awal sebelum menjelangnya Aidilfitri.

Ramai yang membuat jangkaan, anggota polis akan berkumpul kerana pagi esok akan berlangsungnya "perarakan". Pusat beli belah Sogo merupakan salah satu tempat berkumpul dan mereka akan berarak menuju ke Istana Negara bagi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Kalau nak bantah pun tidaklah perlu adakan demontrasi. Perlu diingatkan bahawa anggota parlimen dari pakatan pembangkang sudah pun ramai, tapi bila berada dalam Dewan Rakyat mereka kebanyakannya cari peluang nak kutuk pemimpin-pemimpin kerajaan. Jika nak tunjuk hebat sekalipun, janganlah nak mengganggu masyarakat kebanyakan yang berhasrat menghabiskan cuti hujung minggu keluar membeli belah.

Ada yang berkata bahawa demontrasi tidak akan mengganggu, itu kata orang yang mementingkan diri. Demontrasi akan tetap menjadi penghalang. Jalan akan menjadi sesak, peniaga akan takut membuka gudang mereka kerana bila berdemontrasi, ada-ada sahaja perkara negatif akan berlaku.

Ada orang akan maki hamun orang lain yang bertentangan. Cabar mencabar akan menimbulkan kemarahan dan membakar emosi. Bila emosi terbakar, maka terjadilah pergaduhan. Bukankah ini membuktikan "hemah dan kesopanan kita akan teruji."

Bukankah perhimpunan sedemikian itu adalah satu tindakan bodoh? Bila bergaduh pun kita bergaduh sesama sendiri. Yang senang ialah mereka yang berada di atas, bak kata peribahasa, gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah. Biarlah wakil rakyat melaksanakan tugas itu, kita dah pun berikan mereka kedudukan buatlah.

Kita sebagai rakyat perlu meneruskan kehidupan harian. Gajah bergaduh sesama gajah, pelanduk tak payah ikut campur. Pelanduk hanya perlu menonton sejauh manakah gajah itu belalainya kuat, gadingnya tajam dan garau suaranya. Kenapa perlu mengajak pelanduk masuk sama dalam pertarungan itu?

Tak faham le, kepala-kepala gajah yang naik minyak tu. Bodoh le, esok pagi, lebih baik ramai-ramai gotong royong membersihkan taman-taman perumahan kerana denggi semakin menyerang, H1N1 semakin menular. Tak takut mati ke? Setiap hari ada mereka yang dijangkiti selesema babi. Tak payah le ramai-ramai keluar berdemontrasi. Mungkin salah seorang daripadanya ada virus tersebut, maka mungkinkah akan dikuarantinkan semua yang terbabit nanti?

www.selambau.blogspot.com

Thursday, July 16, 2009

Menang Tipis, Isyarat Besar Buat Tok Guru

Kemenangan tipis PAS di Manek Urai menyebabkan ramai orang berpendapat bahawa Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz perlu bermuhasabah diri sendiri. Beliau perlu melupakan seketika penat meratah kata sepanjang berkempen dan merenung bintang di langit, apakah kepimpinannya masih lagi berkesan?

Kalau benar sayangkan PAS beliau perlu melakukan perenungan tanpa ditemani oleh sesiapa. Beliau boleh sahaja berada di Pantai Cinta Berahi (sudah ditukarkan menjadi Pantai Cahaya Bulan) atau Pantai Bisikan Bayu ataupun Pantai Irama seorang diri. Renunglah keadaan langit ketika awan cerah tidak diselaputi mendung. Lihatlah bintang atau wajah bulan purnama pada bulan penuh keberkatan ini, iaitu bulan Rejab.

Mungkin di sana Tok Guru akan mendapat jawapan. Fikirkanlah masak-masak, dengan sejujurnya tanpa prejudis menyalahkan orang lain. Salahkahlah diri sendiri, hitungkan apakah dosa yang telah ditaburkan sepanjang kempen tersebut sehingga majoriti menurun ke tahap 65 undi. Pengaruh BN semakin meningkat manakala pengundi semakin ramai menolak janji-janji yang Tok Guru berikan.

Janji Tok Guru bukan lagi penawar bagi penduduk Manek Urai yang banyak bergantung hidup kepada hasil getah, kelapa sawit atau pun hasil kebun. Mereka tidak mempunyai elauan dan kemudahan tempat tinggal yang dibayar oleh kerajaan sebagaimana Tok Guru dapat setiap bulan.

Mereka tetap akan membanting tulang empat kerat selepas Tok Guru meninggalkan markas gempur kempen. Mereka akan mencari kembali pisau penoreh getah, sabit, kapak, cangkul dan sebagainya untuk meneruskan hidup agar dapur terus berasap, anak isteri tidak kehabisan beras. Mereka tidak mahu genuk tinggal kosong hanya sekadar ingin masuk syurga seperti yang Tok Guru janjikan.

Mereka sudah sedar, 20 tahun lalu Tok Guru tetap bercakap benda yang sama. Rentak agama Tok Guru tidak berubah, kerana perjuangan Tok Guru ialah untuk menegakkan prinsip Islam dalam semua aspek kehidupan dan lantang mengkritik, hanyalah kepimpinan Tok Guru yang mampu melaksanakannya. Itulah mungkin outcomes kepada pembangunan insan yang Tok Guru dambakan selaras dengan perjuangan "membangun bersama Islam"---agaknyalah.

Orang lain hanya sekadar menumpang tuah ataupun tidak sungguh-sungguh? Di bumi Allah SWT ini hanyalah Tok Guru mampu laksanakan manakala orang lain hanya mementingkan kebendaan, membolot kekayaan dan tidak ikhlas.

Semakin lama Tok Guru bercakap, semakin terserlah kesilapan-kesilapan yang akhirnya menyebabkan keyakinan orang muda terhakis. 20 tahun dahulu, mereka ini mungkin masih berada di sekolah rendah, tetapi hari ini sudah boleh mengundi. Mereka boleh membentangkan dengan jelas kronologi sepanjang Tok Guru mengepalai pentadbiran Kelantan, apa yang telah dilakukan untuk membaiki nasib dan kehidupan mereka?.Jawabnya mungkin juga "tidak tahu".

Tok Guru masih mengibaratkan diri sebagai sangkakala berbisa. Golongan muda yang dulunya bukan pengundi, dan sekarang sedang meniti kehidupan dewasa amat kecewa sebuah jambatan yang membolehkan mereka berulang-alik atau menyeberang dengan selesa pun tak mampu dibangunkan. Hanya tetap menggunakan jambatan usang yang semakin hilang keupayaan menanggung beban barangan dan orang yang lalu-lalang.

Apa yang berubah di Manek Urai? Sekolah? Jalan? ... pengurusan pertanian secara komresial adalah inisiatif kerajaan pusat melalui KESEDAR, agensi pembangunan wilayah di Kelantan Selatan. Jika tanpa KESEDAR atau RISDA, mungkin penduduk Manek Urai lebih jauh tertinggal berbanding dengan kampung-kampung lain di Malaysia, hatta nak dibandingkan dengan Pulau Melaka sendiri pun tentu tak boleh.

Masyarakat sudah muak dengan jawapan Tok Guru apabila menghadapi konflik atau masalah, sering menjawab tidak tahu. Jenaka jawapan Tok Guru "tidak tahu" bukan kali pertama rakyat dengar. Sewaktu ada usaha merayu Tun Dr. Mahathir dahulu pun banyak juga jawapan "tak tahu" yang Tok Guru berikan apabila disoal.

Jawapan "tidak tahu" semacam telah sebati dengan pemikiran Tok Guru sehingga sekumpulan pemuda nakal berseloroh, tak payah nak tanya Tok Guru, jawapannya memang standard "tidak tahu".Saya ketika itu menggunakan perkataan tak tahu yang Tok Guru maksudkan itu sebagai tajuk puisi nakal.

Tidak mungkin Tok Guru "tak tahu", Timbalan Presiden Pas dirawat di hospital dan sebab itu tidak dapat bersama-sama berkempen. Tidak mungkin penasihat-penasihat Tok Guru tidak menyampaikan berita tersebut, atau sekadar buat "tak tahu." Mungkin juga kerana Tok Guru tidak ingin ambil tahu kerana Nasharudin telah banyak menyinggung perasaan halus?

Kalau "buat tak tahu" besar maksudnya kepada keranjang politik Tok Guru. Tok Guru pernah komen mungkin kerana Nasharudin "malu muka" bila diminta melepaskan jawatan sebagai Timbalan Presiden PAS dan wakil rakyat parlimen Bacok kerana ingin meneruskan hasrat merintis perbincangan "kerajaan perpaduan".

Bila Wan Rahim memberikan keyakinan Nasharudin akan datang jengok pengundi Manek Urai, Tok Guru mungkin rimas dan terlalu "bera muka". Tok Guru rasa terpukul kerana tidak menampakkan keikhlasan terhadap kemunculan Nasharudin yang semakin diterima oleh penyokong-penyokong PAS termasuk Tuan Guru Haji Hadi sendiri.

Antara Tok Guru dan Tuan Guru pun nampaknya semacam ada permainan silat yang sedang berlaku. Tok Guru tetap menganggap diri sebagai nakhoda, maka setiap orang mesti mendengar nasihat, termasuklah Presiden Pas sendiri.Dari situ sudah jelas, Tok Guru semacam tidak mengiktiraf pendapat orang lain.

Bila UMNO menerima cadangan merintis rundingan membentuk kerajaan perpaduan, bulan Mac lalu Tok Guru memberikan reaksi menyokong dengan syarat beberapa jawatan strategik diberikan kepada PAS. Menjelang muktamar, kerana takutkan orang-orang kuat Tok Guru kalah, Tok Guru membuat pusingan pendapat 360 darjah, kalutlah jadinya. Tapi, orang-orang kuat Tok Guru kalah juga.

Banyak orang melihat Tok Guru semacam tunduk dengan desakan PKR dan DAP. Tetapi, langkah silat Tok Guru membuka gelanggang seakan-akan sumbang walaupun Tuan Guru terpaksa melupakan gagasannya sendiri. Tuan Guru membuat perhitungan, "ramai orang tidak faham apa itu unity" semasa memberikan pengakuan bersama menolak rundingan kerajaan perpaduan.

Orang yang bodoh dan tidak waras sahaja yang tidak faham mengenai perpaduan. Selepas itu, Tok Guru membuat cadangan untuk mengajak Perdana Menteri berdebat mengenai landasan perjuangan politik UMNO dan Pas. Kalau Tok Guru boleh menolak keras cadangan "merundingkan kerajaan perpaduan" maka adalah tidak pula menjadi dosa kepada Perdana Menteri untuk menolak permintaan Tok Guru.

Kalau Tok Guru dapat merenung dengan tepat cahaya bulan purnama, tentu Tok Guru boleh mencari jawapan. Dengan berdebat tidak akan dapat menyelesaikan masalah, kerana mengundang banyak gelagat tidak mahu mengakui kekurangan diri. Yang paling jelas ialah untuk cuba menegakkan pendapat sendiri, walaupun natijahnya kurang sempurna dan hakikatnya terlalu tumpul.

Perbincangan adalah kaedah yang paling baik dan harmoni. Ia dilakukan secara tertutup dan tidak disambut oleh penyokong melalui pembuakan emosi. Boleh berfikir dengan tenang dan membangkitkan proses sumbang saran serta garis persetujuan yang lebih jelas.

Sebagai anak Kelantan di perantuan dan pernah membesar dalam kekeruhan politik serta sentimen gedeber, saya sering memperoleh ketenangan apabila mendongak ke langit memerhatikan kedudukan bintang, merenung cahaya bulan kerana di sana banyak memberikan petunjuk.

Sekurang-kurangnya kepada saya yang pernah menjadi nelayan, petanda bintang di langit banyak membantu bahawa menuju ke arah itu kita akan sampai ke muara, atau berpandukan kedudukan bulan memberikan khabar, bahawa malam hari bakal berakhir dan harus pulang ke pengkalan.

Cadangan saya itu bukan bermakna untuk mengajar Tok Guru yang banyak memahami petak pemikiran Deobandi (Tok Guru pernah menuntut di sana), menyelami dengan jelas kehendak Maududi mengenai upaya pemerintahan berdasarkan prinsip khalifah, menghadam masak idealisme Syed Qutb yang berteraskan konsep perjuangan jihad dan penghapusan jahiliyah moden.

Saya hanya sekadar berpendapat agar Tok Guru memperoleh ketenangan dan boleh menilai secara ikhlas sebelum melakukan pembedahan besar kemerosotan undi PAS di Manek Urai. Apakah itu sebagai tanda bahawa Tok Guru sudah mendapat isyarat besar dan perlu membuat satu keputusan terbaik nanti? Mungkin sudah ada jawapannya, saya sentiasa sudi mendengarnya asalkan Tok Guru tidak akan menjawab "tidak tahu.
(http://www.selamba-u.blogspot.com/)

Wednesday, July 15, 2009

SEMANGAT JUANG TINGGI, MANEK-MANEK HAMPIR TERURAI

KEPUTUSAN PRK Manek Urai boleh memberikan kita beberapa kesimpulan awal. Meskipun PAS berjaya mempertahankan kerusi yang dimenanginya dalam PRU Ke-12 lalu, jelas pengaruhnya semakin merosot. Manek Urai tidak boleh lagi dianggap sebagai kubu kuat PAS, kerana kedudukan sokongan antara kedua parti hampir sama .



Perbezaan undi ialah 65, jauh lebih kecil daripada jumlah undi rosak. Jumlah undi rosak juga berkurangan berbanding dengan keputusan PRU ke-12. Ini menunjukkan semakin berkurangnya pengundi yang melakukan kesilapan ataupun sesetengah pihak menganggapnya sebagai undi protes.

Calon BN memperoleh 5238 undi manakala calon PAS 5348 dan yang lebih menarik ialah peratus keluar mengundi lebih besar, iaitu 87.33 peratus. Jangkaan awal ialah sekitar 84 hingga 85 peratus. Jumlah peratusan yang tinggi itu mungkin memberikan kelebihan kepada BN walaupun sehari sebelumnya ada yang menjangkakan BN akan tewas dengan 500 undi.

Seorang yang pernah bergelumang dengan pilihan raya, meramalkan PAS akan menambahkan majoriti yang pernah dimenangi dalam PRU ke-12. Pertambahannya adalah di sekitar 5 peratus, atau secara jelas menang dengan majoriti sekitar 1500 undi. Nampaknya pendapat itu juga meleset.

Sesetengahnya meramalkan bahawa faktor calon merupakan impuls yang paling dominan dalam kemenangan pertandingan. Ini menjadi kenyataan apabila calon yang dikenali ramai, mesra dan boleh diterima umum meperolehi jumlah yang hampir seimbang.

Maka bolehlah dibuat kesimpulan, tahap pendidikan bukanlah faktor yang dominan dalam menentukan kemenangan jika kedua-dua calon yang berlawanan menghadapi persekitaran pengundi yang dikenalinya.Personaliti dan penglibatannya dalam masyarakat setempat menjadi kayu ukur yang penting.

Kepercayaan tradisi mengenai pengaruh personal Tok Guru nampaknya semakin tidak relevan kerana semakin lama berada di tampuk kepimpinan pengundi mula menilai pencapaiannya. Pengundi akan membuat perbandingan, apakah yang telah dilaksanakan sepanjang berada dalam tampuk kekuasaan atau hanya sekadar melakarkan wajah sedih sambil berdoa mampu menyelesaikan masalah.

Islam tidak meminta orang menangis dan terus menerus menyerahkan nasib kepada takdir walaupun hidup dan mati itu seluruhnya diserahkan kepada Allah SWT. Allah SWT tetap mencabar manusia supaya mengubah corak kehidupannya kerana ia akan mempengaruhi kedudukan kita di akhirat nanti.

Jika hanya dengan menangis dan berdoa, tetapi tidak berusaha ia bukanlah manusia yang sihat dan waras akalnya. Wajah demikian ialah mereka yang terlalu mengharapkan pertolongan orang lain, atau menantikan rezeki datang bergolek. Berusaha dan berfikiran terbuka tidak pula bermakna melupakan kebesaran Allah SWT dan memohon pertolongan dari-Nya.

Budaya Melayu kalau orang lelaki dewasa menangis apa maknanya? Berdasarkan teori komunikasi semiotik, seorang lelaki yang sentiasa menangis mengenangkan nasibnya dianggap sebagai seorang yang "bukan lelaki sebenarnya." Mungkin kita masih mengingati watak P.Ramle, kerana terkenangkan Sabariah menangis siang dan malam sehingga melupakan kehidupan yang seharusnya diteruskan.

Lelaki tidak diajar untuk menangis, walaupun adakalanya kita terpaksa bersedih apabila kehilangan sesuatu atau seseorang yang kita sayangi. Kalau menangis menyesali perbuatan silam yang dianggap salah dan melampaui batas, dan menadah tangan memohon keampunan Allah SWT dalam keadaan bertaubat, ia adalah satu perbuatan yang paling mulia.(Lihat, Drs. Alex Sobur, Semiotika Komunikasi,Bandung: Rosdakarya, 2003; A. Muis, Komunikasi Islami, Bandung: Rosdakarya, 2001 dan M. Quraish Shihab, Menabur Pesan Illahi:AlQur'an dan Dinamika Kehidupan Masyarakat, Jakarta:Lantera Hati,2006).

Idealisma kempen politik sepanjang PRK Manek Urai tidak banyak menengahkan isu-isu besar. Ia banyak berkisar sekitar isu setempat walaupun pada mulanya banyak pihak menjangkakan isu royalti minyak mampu menyesakkan jentera kempen BN, tetapi keputusannya ia tidak begitu banyak mempengaruhi. Isu agama menjadi lebih dominan di kalangan pengundi tegar PAS sahaja, manakala pengundi muda dan atas pagar lebih melihat kepada apa yang mereka akan dapat selepas PRK nanti.

Masyarakat Islam mungkin sudah lali dengan fatwa "mengundi PAS masuk syurga" kerana isu itu sudah didendangkan sejak lebih 40 tahun, sejak tahun 1964 lagi. Mungkin sudah ada yang berfikir, benarkah "mengundi PAS masuk syurga", kalau benar apa buktinya? Dapatkah Tok Guru memberikan jaminan dengan jelas dan bukannya berdasarkan syllogism atau retorik semata-mata.

Dari jauh, rakan saya yang pernah menjadi penyokong tegar PAS semasa kami sama-sama bersekolah dan curi-curi mendengar kuliah subuh di pondok Tok Kenali dalam tahun 1970-an berkata sinis: Berapa ramai penyokong PAS yang telah pun meninggal dunia memberikan petunjuk sudah dimasukkan syurga?

Saya tidak berani menjawab. Saya tidak mempunyai bukti. Tetapi yang dapat saya jelaskan bahawa syurga itu merupakan taman yang indah sekali, yang dipenuhi oleh tumbuh-tumbuhan, tetapi ianya mungkin selepas apa yang kita lakukan sepanjang kehidupan telah dihisab. Apakah kebaikan yang telah kita lakukan dalam kehidupan di dunia, kalau hanya asyik memaki hamun, mencerca, mendustai orang lain, menghasut tidak akan begitu mudah akan dimasukkan ke dalam syurga, walaupun beribadat sepanjang malam dan setiap waktu.

Setiap muslim perlu mengimbangkan antara tuntutan fardhu ain dan fardhu kifayah. Dengan hanya berusaha memperbaiki amalan fardhu ain tetapi meninggalkan fardhu kifayah, ia dianggap turut berbuat dosa. Begitu juga di sebaliknya. Ia perlu ada perimbangan, kerana Islam itu ditegakkan melalui hubungan dengan Allah SWT sebagai kuasa yang Mahabesar dan Pencipta alam semesta,hablum minallah; hubungan sesama manusia atau makhluk, hablum minnas.

Tak apa le, kekalahan calon BN sekurang-kurang berjaya menepis kekeramatan Tok Guru yang tidak boleh disentuh walaupun seringkali melakukan kesilapan. Tok Guru telah menunjukkan belang sebenar di Manek Urai, dan semakin ramai mengenalinya sebagai "orang tua yang terlalu sensitif", dan akan terus ingin mengekalkan kuasa selagi kudrat masih ada.

Mungkinkah suatu hari nanti ada yang akan mencabar dan meminta: Tok Guru bersaralah, berilah laluan ke ambo pulak. Biarlah ambo hadapi realiti politik baru kali ini. Tok Guru duduklah diam-diam, pencen pun dah ada. ...............bolehkah?

Kalau Tok Guru masih sihat dan panjang umur, Tok Guru akan dapat tengok nanti. Dengan kekuatan jentera BN, tersusun dan kemas, penyatuan azam dan kekentalan semangat,BN mampu menguraikan manek-manek di Manek Urai nanti.

Masa tu jangan pula Tok Guru membuat tuduhan, BN menggunakan taktik kotor, kerana Tok Guru sendiri telah membenarkan perayu undi muslimat memberikan wang saku, gula, susu dan sebagainya untuk habuan semasa mengunjungi rumah-rumah pengundi. Kalau tidak ada tujuan, tentunya tidak dilakukan itu dengan ikhlas, ya tak Tok Guru?

http://www.selamba-u.blogspot.com/

Monday, June 29, 2009

H1N1, selesema babi atau selesema khinzir?

Barangkali Liow Tiong Lai tidak mahu istilah selesema babi digunakan kerana mahu melindungi kepentingan penternak babi dan peniaga daging babi yang pernah menanggung kerugian besar akibat wabak JE terburuk di Malaysia. Ramai yang takut makan daging babi selepas wabak JE. Rais Yatim pula mungkin tidak mahu rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam terlupa tentang asal-usul penyakit ini jika hanya istilah H1N1 digunakan.

H1N1, selesema babi atau selesema khinzir?

BASHIR AHMAD
30 Jun 2009

Selesema babi atau H1N1? Menteri Penerangan, Komuniskasi dan Kebudayaan Datuk seri Rais Yatim mahukan media menggunakan istilah `selesema babi’ tapi Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai tidak setuju dan mahu hanya istilah H1N1 dipakai.

Yang mana satu patut digunakan, H1N1 atau selesema babi? Oleh kerana maklumat mengenai H1N1 terdapat dalam bahasa Inggeris, eloklah kita merujuk kepada peristilahan dalam bahasa ini.

Dalam bahasa Ingeris (menurut Wikipedia) penyakit ini asalnya dipanggil swine flu, hog flu atau pig flu. Istilah swine, hog atau pig merujuk kepada haiwan yang sama iaitu babi. Penyakit ini dipanggil demikian kerana kuman asal dibawa dan membiak dalam paru-paru babi.

Dalam bahasa Melayu, babi juga mempunyai istilah alternatif iaitu khinzir. Suatu masa dulu ramai yang mencadangkan istilah khinzir diperluaskan kerana ia lebih sedap didengar. Malah ada yang berpendapat konotasinya tidaklah sejijik babi bagi orang Melayu.

Kalangan yang mahukan istilah babi dikekalkan turut berhujah panjang. Antaranya ada yang bimbang generasi Melayu akan datang tidak lagi berasa jijik terhadap babi jika istilah khinzir dipakai. Ada juga yang bertanya, jika istilah khinzir dipakai adakah istilah gila babi akan ditukar kepada gila khinzir?

Bagaimanapun tiada keputusan muktamad mengenainya. Tiada lsekatan untuk menggunakan istilah khinzir yang berasal daripada bahasa Arab, tapi kebanyakan orang Melayu dan media Melayu lebih suka menggunakan istilah babi.

Sedikit sebanyak perbahasan istilah H1N1 dan selesema babi ini ada persamaan dengan polemik babi dan khinzir. Hasilnya, akhbar berbahasa Melayu kini menggunakan istilah selesema babi dan akhbar berbahasa Inggeris terus dengan istilah H1N1.

Barangkali Liow mahu istilah H1N1 digunakan kerana mahu melindungi kepentingan penternak babi dan peniaga daging babi yang pernah menanggung kerugian besar akibat wabak JE terburuk di Malaysia. Ramai yang takut makan daging babi selepas wabak JE.

Rais pula mungkin tidak mahu rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam terlupa tentang asal-usul penyakit ini. Bagi orang Islam, babi adalah najis dan kini keyakinan mereka bertambah kuat mengenai kenapa babi diharamkan.

Sudah tentu pendirian Rais tidak diterima oleh sebilangan bukan Islam. Banyak juga tulisan blog yang memperlekeh pandangannya. Cuma belum ada lagi pemblog yang mencadangkan istilah `selesema khinzir’ digunakan sebagai jalan tengah.

Sama ada H1N1,swine flu, selesema babi atau selesema khinzir, setakat ini belum nampak tanda-tanda wabak ini akan berakhir di peringkat dunia dan Malaysia. Malah jumlah pesakit semakin bertambah.

Dan bukan Islam juga mulai curiga terhadap penternakan babi dan amalan memakan daging babi. Akibatnya, persatuan–persatuan penternak dan peniaga babi di Amerika Syarikat terpaksa menjalankan kempen penerangan bahawa kuman H1N1 tidak terdapat dalam daging babi.

Tapi tiada siapa boleh menafikan bahawa babi hidup boleh membiak dan menyebarkan penyakit ini. - malaysiaaktif.com

Wednesday, June 10, 2009

Hubungan UMNO-Pas: Satu cahaya di hujung terowong

Pelbagai rintangan dan ranjau terdapat dalam terowong yang gelap itu. Salah satu ialah pilihan raya kecil Manik Urai yang akan berlangsung bulan depan ekoran kematian wakil rakyat Pas bagi kawasan tersebut. Jika BN bertanding dan pastilah calonnya dari UMNO, maka akan berlakulah kempen yang panas lagi mencederakan. Takut-takut kalau kempen yang panas itu akan meruntuhkan terowong sedangkan cahaya yang dituju masih jauh di hujung perjalanan.



BASIR AHMAD
8 JUN 2008

Ada beberapa perkembangan yang penulis anggap sebagai positif daripada Muktamar Pas yang baru berakhir.

Pertama, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang selama ini dikenali sebagai seorang yang sangat keras pendiriannya terhadap UMNO, dalam ucapan penangguhannya menegaskan bahawa Islam menyuruh umatnya mencari dan menegakkan perdamaian. Lantaran itu beliau mahu meneruskan usaha berunding dengan UMNO bagi mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan.

Usaha ini bukannya mudah kerana idea berkenaan bukan sahaja dicurigai oleh komponen-komponen Barisan Nasional yang UMNO ketuai, malah ia juga mendapat tentangan daripada kalangan dalaman Pas. Sudah tentu lebih dicurigai oleh rakan-rakan Pas dalam pakatan pembangkang. Namun idea tersebut telah disambut baik oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dengan sikap keterbukaan walaupun beliau sendiri belum faham apa yang Hadi maksudkan.

Cuma kita belum mendengar reaksi Saudara Anwar Ibrahim.

Barangkali Anwar jsedang menilai apakah sikap sebenar Pas. Beliau juga sedang memikirkan apakah percaturan selanjutnya setelah orang harapannya dalam Pas, Datuk Husam Musa tewas dalam pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden Pas. Yang menang ialah Nasharuddin Mat Isa, seorang penyokong kuat idea kerajaan perpaduan.

Kedua, Pas sudah menyedari bahawa peranannya dalam pakatan pembangkang sekarang sepatutnya lebih besar dan dominan. Bukan sekadar pemberi ruang kepada Anwar untuk berkuasa. Sepatutnya Pas yang dominan kerana Pas mewakili suara Melayu dan Islam yang merupakan majoriti. Anwar, walaupun seorang Melayu, kini lebih lantang sebagai suara bukan Melayu.

Pas telah sedar bahawa `pakatan Anwar' adalah punca kepada dilema Melayu sekarang. Dalam mencari ruang untuk menjadi Perdana Menteri, Anwar telah menjanjikan bulan dan bintang kepada bukan Melayu, termasuk menolak Dasar Ekonomi Baru yang menjamin kuota 30 peratus dalam kek ekonomi negara untuk bumiputera.

Malah keghairahan bukan Melayu untuk mengungkit dan membahaskan kedudukan Islam (termasuk penggunaan perkataan Allah) juga didorong oleh suasana keruh yang dicetuskan oleh Saudara Anwar.

Ketiga, Dewan Pemuda Pas mengemukakan usul mendesak kerajaan mengekalkan kuota 30 peratus bagi memperkasa mekanisme kawalan modal untuk memastikan ekonomi Malaysia tidak dijajah oleh kuasa asing.

Usul Pemuda Pas ini secara automatik menempelak Saudara Anwar yang mahu menghumbankan Dasar Ekonomi Baru ke laut dalam. Ini membayangkan bahawa barisan pelapis Pas menyedari bahaya gagasan politik Anwar yang telah menggoncang hak majoriti di negara ini.

Agak menarik apabila Nasrudin Hassan Tantawi, pemimpin baru Pemuda Pas, sudi diinterviu oleh Mingguan Malaysia. Bukan mudah untuk mana-mana pemimpin Pas mempercayai sebuah akhbar milik UMNO.

Malah Nasrudin yang berpendidikan agama dan bergelar ustaz, telah menunjukkan sikap keterbukaannya dengan menyatakan dalam interviu tersebut bahawa beliau bersetuju Pas berunding dengan UMNO.

Keempat, Utusan sebagai akhbar yang dimiliki oleh UMNO telah memberikan ruang liputan khusus kepada Muktamar Pas. Walaupun liputan yang diberikan kepada Perhimpunan Agung UMNO lebih hebat dan menyeluruh, dua muka khusus yang Utusan berikan kepada Muktamar Pas sudah cukup untuk melambangkan satu keterbukaan baru.

Tidak diketahui sama ada pendekatan ini direstui oleh UMNO, tetapi ia pasti melorong kepada suasana yang lebih sihat untuk rundingan antara UMNO dan Pas.

Berdasarkan senario di atas, bolehkah kita andaikan adanya satu cahaya di hujung sebuah terowong yang gelap. Tapi perjalanan untuk mendekati cahaya itu masih jauh.

Pelbagai rintangan dan ranjau terdapat dalam terowong yang gelap itu. Salah satu ialah pilihan raya kecil Manik Urai yang akan berlangsung bulan depan ekoran kematian wakil rakyat Pas bagi kawasan tersebut.

Jika BN bertanding dan pastilah calonnya dari UMNO, maka akan berlakulah kempen yang panas lagi mencederakan. Takut-takut kalau kempen yang panas itu akan meruntuhkan terowong sedangkan cahaya yang dituju masih jauh di hujung perjalanan. - malaysiaaktif.com

Thursday, May 7, 2009

Kecoh DUN Perak hanya mainan Politik DAP,PAS dan PKR

Goblok: memang memalukan seluruh negara. Sikap kurang ajar terhadap Raja jelas kelihatan ketika upacara perasmian DUN Perak . Apa yang menarik dari kawan-kawan yang berada di Ipoh dan serata Perak jelas kelihatan aman dan tenteram tetapi apa yang berlaku di dalam DUN ini mengambarkan suasana yang bebeza. Gabungan DAP, Pas dan PKR ini bertindak kurang ajar demi mengejar populariti dan kepentingan politik sahaja.


Rungutan dari penduduk setempat juga menyampah dengan keadaan yang berlaku ini. dalam keadaan Ekonomi yang tak stabil ini saranan goblok buat gabungan DAP,Pas dan PKR ini TERIMA LA HAKIKAT JIKA MEREKA SUDAH HILANG MAJORITI kuasa kamu sudah hilang....renung-renunglah



Selepas Kecoh Dalam Sidang DUN, Apa Lagi Akan Berlaku Di Perak?

IPOH, 7 Mei (Bernama) -- Selepas insiden yang mencemarkan kemuliaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak berikutan kekecohan yang ditimbulkan para anggota pembangkang Khamis, rakyat sudah pasti tertanya-tanya apa pula yang akan berlaku selepas ini.

Jika ada yang beranggapan krisis politik di negeri ini akan berakhir dengan pemecatan Speaker V. Sivakumar dari DAP dan pemilihan Speaker baru dari BN melalui Datuk R. Ganesan dari MIC, apa yang telah berlaku sebelum ini membuktikan sebaliknya.

Pembangkang sudah tentunya tidak akan menerima pemilihan Ganesan dan usul-usul lain yang diluluskan pada persidangan dewan hari ini dan kemelut politik ini nampaknya tidak akan berkesudahan melainkan ada pihak mahu mengalah.

Persoalannya siapa yang harus mengalah?

Sudah tentu bukan Barisan Nasional (BN) kerana ia kini menguasai sokongan majoriti dalam dewan dengan 28 ADUN dan tiga ADUN Bebas yang menyokong parti itu.

Pemerhati politik berpendapat pihak pembangkang akan terus mempertikai kesahihan persidangan hari ini dan walaupun mahkamah telah membuat keputusan yang memihak kepada Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah, mereka tetap tidak akan menerimanya.

Apa yang berlaku hari ini merupakan episod yang amat memalukan lebih-lebih lagi di Malaysia, yang mempunyai rakyat berbilang kaum serta kaya dengan budaya ketimuran dan mengamalkan sikap hormat menghormati antara satu sama lain.

Budaya samseng yang dibawa oleh beberapa ADUN dari pembangkang hari ini merupakan suatu perkembangan yang amat menyedihkan.

Menurut ADUN Slim Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib dalam blognya, sebaik sahaja Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah selesai memeriksa kawalan kehormatan dan menuju ke Kamar Diraja, ADUN pembangkang bergegas memasuki dewan terlebih dahulu dan menukar tempat duduk ke sebelah kanan Speaker, yang telah ditetapkan kepada pihak Kerajaan.

Mereka juga mengalihkan tanda nama dari kertas ke sebelah kanan, dan mengoyak tanda nama ADUN BN dan dibuang entah ke mana.

Mengikut prosiding mesyuarat, Setiausaha Dewan, Abdullah Antong Sabri sepatutnya memulakan mesyuarat dengan membaca doa, tetapi Sivakumar menolak aturcara itu sebaliknya terus membuat ketetapan tidak akan memulakan mesyuarat selagi 10 ADUN yang dinamakannya, tidak keluar daripada dewan itu.

Perbuatan ADUN pembangkang yang terus berkeliaran dan mengepung kawasan sebelah kiri dewan yang menempatkan Menteri Besar, barisan Exconya serta semua ADUN BN, menunjukkan sikap biadap kerana tidak menghormati kemuliaan dewan, lebih-lebih lagi mereka menyedari bahawa Pemangku Raja Perak sedang menunggu di Kamar Diraja untuk merasmikan persidangan dewan itu.

Penganalisis politik Dr Sivamurugan Pandian berkata episod dalam DUN Perak hari ini adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dalam konteks demokrasi di Malaysia hari ini.

"Kita tak seharusnya sampai ke tahap mentaliti dunia seperti yang berlaku dalam dewan perundangan di Taiwan," katanya.

Dengan perkembangan terbaru ini, Sultan Perak Sultan Azlan Shah, katanya, wajar campur tangan bagi menyelesaikan masalah ini secara muktamad.

"Misalnya Sultan wajar mengeluarkan kenyataan bahawa baginda terus berpegang dengan keputusan yang telah dibuat (dengan melantik Menteri Besar dan kerajaan negeri yang baru dari BN).

"Walaupun Sultan berada di atas politik, dalam beberapa situasi seperti pada hari ini, campur tangan baginda adalah wajar," katanya.

Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) itu berkata, apa yang berlaku pada Kerajaan Negeri pimpinan BN sekarang sama keadaannya seperti selepas pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu.

Pada ketika itu, katanya, Sultan Perak sedia menerima gabungan tidak rasmi tiga buah parti politik iaitu DAP, PKR dan PAS secara jumlahnya menguasai 31 kerusi dalam DUN, sedangkan BN sebagai sebuah parti gabungan rasmi mempunyai 28 kerusi.

"Pada ketika itu secara prinsipnya BN memiliki majoriti. Namun Sultan telah membuat keputusan terbaik (dengan melantik Menteri Besar daripada kalangan gabungan tidak rasmi parti pembangkang itu)," katanya.

Kini keadaan sebaliknya berlaku dan Sultan Perak telah membuat keputusan serupa.

Soal membubarkan dewan tidak wajar ditimbulkan oleh pembangkang sekarang kerana ia akan bersifat menyanggah keputusan Sultan, katanya.

Beliau berkata perbuatan yang dilakukan pembangkang sejak akhir-akhir ini, lebih bersifat populis untuk meraih sokongan rakyat untuk menunjukkan seolah-olahnya mereka menjadi mangsa diskriminasi dan percaturan politik BN.

"Kalau satu demi satu episod terus berlaku, siapakah di pihak yang benar?

"Adakah kedua-dua belah pihak mahu terus bertelagah sehingga tergugat urus tadbir negeri dan rakyat terus menjadi mangsa akibat permainan politik kedua-dua belah pihak?" soalnya.

-- BERNAMA

Saturday, April 18, 2009

Konsep "1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan"

Goblok :hayati dan fahami perkataan yang diBOLD dan dihitamkan ....

Bernama
18 April 2009

KUANTAN, -- Konsep "1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan" bukan sekadar satu slogan sebaliknya merupakan kesinambungan konsep daripada dua kepimpinan terdahulu dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata konsep berkenaan adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan kelima iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Bagaimana proses nak sampai kepada matlamat kita, nak sampai pada destinasi, maka tidak lain dan tidak bukan ialah 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan.

"Insyaallah, kalau berpegang pada konsep ini, kita akan menjadi negara maju, kita akan jadi cemerlang, gemilang dan terbilang," katanya dalam ucapan pada majlis Sambutan Meraikan Perdana Menteri di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 1 di sini, hari ini yang dihadiri kira-kira 40,000 orang.

Ini merupakan kepulangan pertama anak kelahiran Kuala Lipis itu ke negeri Pahang selepas dilantik menjadi Perdana Menteri pada 3 April lepas.

Turut hadir ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk S.K Devamany.

Najib berkata bersandarkan konsep itu, tumpuan kepada pembangunan dalam menjadi sebuah negara maju akan diseimbangkan dengan keperluan rakyat tanpa mengira kaum.

Beliau bagaimanapun berkata, untuk menjayakan misi itu, rakyat segenap lapisan perlu mengubah minda supaya tidak terkongkong dengan cara pemikiran lama.

Katanya, 1Malaysia akan berjaya jika rakyat saling bantu membantu tanpa mempersoalkan status kaum masing-masing.

Najib turut mengingatkan pemimpin Barisan Nasional (BN) mengubah minda supaya tidak hanya mementingkan jawatan dan kuasa sebaliknya peka dengan persekitaran dan pemikiran rakyat pada masa ini.

"Jangan kita ralit (lalai) dengan proses dalam parti kita, jangan kita utamakan hanya hendak jawatan, kempen beria-ia siang malam, tapi masa pilihan raya K.O," katanya.

Perdana Menteri berkata BN perlu bangkit untuk menunjukkan kemampuan sebenar sebelum diadili oleh suara rakyat pada pilihan raya akan datang.

-- BERNAMA

Monday, April 13, 2009

Satu Malaysia, bukan Malaysian Malaysia

Renungan buat mereka yang belum betul memahami-goblok

Beberapa akhbar berbahasa Inggeris dan juga Cina nampaknya cenderung untuk memahami dan menafsirkan Satu Malaysia yang dihasratkan oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib sebagai Malaysian Malaysia.


Petikan dari www.malaysiaaktif.com
KOPITIAM TALK
12 April 2009

Beberapa akhbar berbahasa Inggeris dan juga Cina nampaknya cenderung untuk memahami dan menafsirkan Satu Malaysia yang dihasratkan oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib sebagai Malaysian Malaysia.

Tafsiran ini tidak berasaskan kepada semangat perlembagaan, tetapi atas sentimen perkauman yang tidak kunjung padam sejak merdeka dan mendapat sokongan dan dukungan yang berani daripada kebanyakan media cetak bukan Melayu sejak DAP berjaya menjadi dalang utama dalam pakatan pembangkang.

Dasar ini memperjuangkan keadilan dan kesamaan hak bagi rakyat dengan matlamat menghapuskan pemerintahan beraja (Melayu dan Islam) , kedudukan lebih tinggi agama Islam dan hak-hak istimewa orang Melayu termasuk DEB dan sebagainya.

Berselindung di sebalik alasan bahawa dasar itu tidak adil kepada orang Melayu sendiri,sejak lebih lima tahun lalu, mereka telah menggunakan kebebasan media yang direstui oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi dengan mengeksploitasi secara bijak dan liar isu-isu yang menyebabkan bukan Melayu berasa taraf mereka lebih rendah dan dibezakan di negara ini sehingga menimbulkan anggapan kerajaan BN menjalankan dasar aparthied.

Inilah senario kebebasan media yang disaksikan oleh negara sejak tahun 2004 sehingga membawa kepada keruntuhan tonggak -tonggak keharmonian dan kesetabilan negara yang diasaskan oleh Perdana Menteri Kedua Tun Abdul Razak.

Baru-baru ini Datuk Seri Najib telah diberikan amaran oleh akhbar The Star dan The Sun dalam tulisan para pengarang mereka dan juga penulis-penulis tertentu agar jangan berundur daripada kebebasan itu.Seorang dua penulis Melayu yang elitis turut memberikan sokongan.

Najib sendiri menunjukan kebijaksanaan untuk mempamerkan dirinya sebagai tidak berundur ke belakang sebaliknya menegaskan bahawa beliau mahukan kebebasan media yang bertaraf dunia dan berkualiti serta mempunyai kredebiliti. Liberalismaeya ditunjukkan dengan pembebasan tahanan ISA sebaik sahaja diistiyharkan sebagai Perdana Menteri baru Malaysia.
.
Tentunya fahaman The Star dan The Sun bahawa kebebasan ini adalah dalam kontek konsep Malaysian Malaysia yang menjadi tema dan warna perjuangan mereka dalam euphoria kebebasan baru tanpa mengambil kira perasaan pribumi. Mereka telah berjaya menjadikan ini sebagai persepsi sehingga MCA dan Gerakan sendiri melihat kebenenaran perjuangan DAP malah bercakap seperti DAP selepas kalah pilihan raya 2008.

Pengarang Urusan The Star, P.Gunsegaram dalam akhbar itu keluaran 4 April 2009 telah menyatakan bahawa seruan untuk mengawal suara yang sah sudah tidak mempunyai tempat lagi dan jika ini dilakukan akan memberikan kesan sebaliknya dalam pilihanrya akan datang.

Adakah suara yang sah apabila Star secara bijak menimbulkan gambaran yang salah terhadap DEB, kedudukan agama Islam, peristiwa 13 Mei (mempromosikan buku 13 Mei yang ditulis oleh orang DAP) dan menjadikan penjenayah sebagai hero. Tidak ramai orang yang dapat membaca perjuangan tersirat Star dalam pendekatan dan penyampaian beritanya di sebalik gambaran memperjuangkan kebebasan untuk rakyat.

Gunasegaram menyeru Najib meneruskan apa yang dilakukan oleh pemimpin terdahulu (Abdullah Badawi) kepada peringkat kebebasan baru dan melihat dengan serius untuk menghapuskan undang-undang yang menekan seperti ISA, Akta Cetak dan Penerbitan, Akta Universiti dan Kolej dan Akta Rahsia Rasmi.

Dan Ketua Pengarang The Star, Wong Chun Wai juga telah mengingatkan Najib dalam perkara yang sama dengan memberikan alasan popularnya bahawa kawalan terhadap kebebasan tidak lagi akan berkesan kerana adanya berbagai alat multi media.
Beliau sendiri menunjukan bahawa Najib juga berada dalam kepercayaan yang sama. Maka itu beliau mempunyai blognya sendiri.Dalam kata-kata lain Wong mahukan kebebasan yang sama diberikan kepada akhbar.

Dakwaan dan kepercayaan bahawa blog yang dijalankan oleh individu tertentu lebih berpengaruh daripada akhbar merupakan propaganda popular Star supaya akkhar diberikan kebebasan tidak terbatas untuk memperjuangkan hak rakyat dalam konsep Malaysian Malaysia.

Portal berita atau blog yang dijalankan oleh akhbar-akhbar terkemuka dalam negara seperti NST,Utusan Malaysia, Star atau akhbar-akhbar antarabangsa terkemuka seperti Washington Post, Herald Tribune, Financial Times dan sebagainya yang mempunyai jaringan liputan wartawan yang bertauliah memanglah diterima dengan keyakinan oleh umum tetapi blog orang perseorangan tetap merupakan alternatif media yang tidak bagitu diyakini dan ragui kredeblitinya.

Blog orang terkemuka seperti Tun Dr.Mahathir Muhammad tidak boleh dijadikan ukuran untuk memberikan penilaian kepada blog orang biasa yang tidak terkenal, malah Mahathir sendiri lebih percaya kepada pengaruh akhbar. Maka itu beliau tersinggung dan marah bila kenyataannya tidak disiarkan oleh media cetak.

Gunasegaram memberi amaran bahawa BN akan menerima akibat buruk kiranya kerajaan mengawal kebebasan media. Beliau tidak dapat melihat hakikat bahawa keruntuhan Barisan Nasional adalah disebabkan bekebasan liar yang gagal dikawal oleh pemerintahan Abdullah Badawi.

Pak Lah telah memberikan kebebasan tanpa persediaan untuk menguruskan kebebasan dengan cekap dan bijak dan beliau telah membayar kesilapan ini dengan harga yang sangat mahal,.

Yang berjaya menukarkan sikap rakyat terutama bukan Melayu untuk mempunyai prasangka buruk dan prejudis terhadap kerajaan dan menganggap polis sebagai musuh rakyat ialah media cetak yang berpengaruh. Di Malaysia ialah akhbar NST, Star, Sun dan juga akhbar Cina dan Tamil (bukan semua). Akhbar Melayu Utusan Malaysia berada dalam keadaan tertekan malah sering ditegur oleh `Tingkat Empat' Jabatan Perdana Menteri apabila memberikan reaksi bagi pihak orang Melayu atas perkara-perkara kepentingan nasional.

Datuk Seri Najib tidak seharusnbya bagitu yakin bahawa internet dan blog tidak lagi boleh dikawal dan lebih berpengaruh daripada akhbar. Usaha meyakinkan ini telah dilakukan oleh The Star secara konsisten supaya kerajaan tidak lagi menyekat kebebasan akhbar untuk kebebasan mereka memperjuangkan Malaysian Malaysia.

Kebebasan akhbar tidak boleh diberikan sekiranya Satu Malaysia difahami oleh The Star, The Sun dan Sin Chew sebagai Malaysian Malaysia dan bukannya Satu Malaysia dalam kontek semangat Malaysia yang mempunyai pemerintahan beraja dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Nasional dan status hak hak semua rakyat seperti yang termaktub dalam perlembagaan.
.
Najib mestilah membuat persediaan bagi mengawal media agar tidak mengulangi kesilapan besar yang telah dilakukan oleh Abdullah Badawi dalam membiarkan pencerobohan terhadap tunggak dan nilai jati negara yang telah dibina oleh Tun Abdul Razak.


MUNSYHI ABDULLAH
malaysiaaktif.com

Thursday, April 9, 2009

Senarai Penuh Kabinet Najib


PUTRAJAYA-- Senarai jemaah menteri yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini:

PERDANA MENTERI:

Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI:

Tan Sri Muhyiddin Yassin

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)

2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)

3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)

4. Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan-timbalan Menteri:

1. Datuk Liew Vui Keong

2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim

3. Datuk S.K. Devamany

4. Ahmad Maslan

5. T.Murugiah

MENTERI KEWANGAN:

Datuk Seri Najib Tun Razak

MENTERI KEWANGAN II:

DATUK AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH

Timbalan:

1. Datuk Chor Chee Heung

2. Datuk Dr Awang Adek Hussin

MENTERI PELAJARAN:

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan:

1. Datuk Dr Wee Ka Siong

2. Dr Mohd Puad Zarkashi

MENTERI PENGANGKUTAN:

Datuk Ong Tee Keat

Timbalan:

1. Datuk Abdul Rahim Bakri

2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:

Tan Sri Bernard Dompok

Timbalan:

1. Datuk Hamzah Zainudin

MENTERI DALAM NEGERI:

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan:

1. Datuk Wira Abu Seman Yusop

2. Jelaing anak Mersat

MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:

Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim

Timbalan:

1. Datuk Joseph Salang Gandum

2. Senator Heng Seai Kie

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:

Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan:

Noriah Kasnon

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:

Datuk Seri Shafie Apdal

Timbalan:

1. Datuk Hassan Malek

2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

MENTERI PENGAJIAN TINGGI:

Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Timbalan:

1. Datuk Dr Hou Kok Chung

2. Datuk Saifuddin Abdullah

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:

Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan:

1. Datuk Mukhriz Mahathir

2. Datuk Jacob Dungau Sagan

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:

Datuk Dr Maximus Ongkili

Timbalan:

Fadillah Yusof

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:

Datuk Douglas Uggah Embas

Timbalan:

Tan Sri Joseph Kurup

MENTERI PELANCONGAN:

Datuk Ng Yen Yen

Timbalan:

Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:

Datuk Noh Omar

Timbalan:

1. Datuk Johari Baharum

2. Datuk Rohani Abdul Karim

MENTERI PERTAHANAN:

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan:

Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

MENTERI KERJA RAYA:

Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan:

Datuk Yong Khoon Seng

MENTERI KESIHATAN:

Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan:

Datuk Rosnah Rashid Shirlin

MENTERI BELIA DAN SUKAN:

Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan:

1. Datuk Razali Ibrahim

2. Wee Jeck Seng

MENTERI SUMBER MANUSIA:

Datuk Dr S.Subramaniam

Timbalan:

Datuk Maznah Mazlan

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:

Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan:

Datuk Tan Lian Hoe

MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:

Datuk Kong Cho Ha

Timbalan:

Datuk Lajim Ukin

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:

Datuk Seri Sharizat Jalil

Timbalan:

Datin Paduka Chew Mei Fun

MENTERI LUAR:

Datuk Anifah Aman

Timbalan:

1. A.Kohilan Pillay

2. Datuk Lee Chee Leong

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:

Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Timbalan:

Datuk M.Saravanan

Monday, April 6, 2009

Tun Mahathir Bantu Calon BN

Kehadiran Tun Mahathir pasti akan banyak membantu calon BN ,Ismail Saffian dalam pilihan raya kecil Parlimen P059 Bukit Gantang esok. Ribuan orang ramai telah hadir ke majlis kempen yang diadakan di sini . Ucapan Tun Mahathir telah mengutarakan tentang betapa pentingnya kerajaan Barisan Nasional yang telah terbukti berjaya memerintah dengan baik.



Malah Tun juga mengutarakan tentang Calon Pas yang telah DERHAKA kepada Sultan dan sehingga sanggup mengadaikan bangsa sendiri demi kepentingan politik sempit Pas.

Panglima sekali menyeru kepada warga Bukit Gantang yang masih atas pagar, fikir dan renungkan masa depan anak-anak kita jangan kita perjudikan hanya untuk kepentingan politik sempit Pas.

Negarawan ,Tun Mahathir telah mengatakan bahawa amat yakin dengan pimpinan baru dibawa Datuk Seri Najib Tun Razak yang pasti akan membawa satu perubahan yang mantap dan menyeluruh. Ayuh warga Bukit Gantang berilah sokongan kepada Calon BN ,Ismail Safian untuk pengundian esok...fikir-fikirkanlah

Saturday, April 4, 2009

Pas makin terdesak untuk pancing undi

PAS kini semakin terdesak dan menakut-nakutkan pengundi Melayu-Islam agar memangkahnya pada 7 April.
Usah kalutlah Pas perjuangan kamu sedikitpun tidak ada kaitan dengan Islam kerana jika benar kamu perjuangkan Islam, sistem Syura sudah lama Pas terapkan dalam pemerintahan di Kelantan.
Hukum hudud yang sebahagian kecil daripada hukum Syariah Islam pun gagal dilaksanakan Pas walaupun Hadi Awang pernah mendabikkan dada mengisytiharkan "Pas akan laksanakan hudud sebelum ayam berkokok".
Pengundi Melayu di Bukit Gantang harus sedar, Pas sebenarnya tidak berani melaksanakan hukum Islam dan pemimpinnya hanya mementingkan kocek saja.
Pas akan bersekongkol dengan DAP, parti perkauman yang semakin gila kuasa dan mahu merampas kerajaan Perak pula setelah berjaya menawan Pulau Pinang.




Sepanduk ini dipasang di sebatang jalan di Cangkat Jering, jelas Pas cuba untuk mengaburi umat Islam supaya menyokong mereka. Panglima menyeru pengundi Bukit Gantang membuat pilihan yang tepat dengan memberi sokongan yang jitu kepada calon BN, Ismail Safian.Umno dan BN telah terbukti memelihara Islam dan pemimpinnya tidak menggunakan kedudukan untuk kepentingan politik sempit seperti Pas.

Saturday, March 28, 2009

Kepimpinan Najib Direstui Tun M


Kehadiran Tun Mahathir pada hari akhir Perhimpunan Agong UMNO telah menambah keyakinan ahli UMNO untuk berkerja keras dan memulihkan kembali parti itu seterusnya memulihkan keyakinan Rakyat terhadap UMNO.. Syabas ....

Friday, March 27, 2009

Keputusan Pemilihan UMNO 2009 antara Realiti dan Impian

Goblok tidak hairan apabila melihat keputusan Pemilihan Pimpinan Tertinggi UMNO, Pemuda ,Wanita dan Puteri. Cuma yang kedengaran perkara-perkara yang tidak enak semasa pengiraan Ketua Pemuda. tak baik kita buruk sangka.. keputusan tetap keputusan. Cuma yang tak sedap didengar pesepsi masyarakat tentang UMNO.

Namum keputusan timbalan presiden dan pimpinan Majlis Tertinggi UMNO boleh dikatakan matang. Namum goblok amat tertarik dengan ulasan Datuk Kadir Jasin yang wajar kita kongsi bersama...




Tidak Semua Dalam Saf Orang Yang Insaf
A Kadir Jasin


ADAKAH Presiden baru Umno, Mohd Najib Abdul Razak, memperoleh saf (barisan) kepemimpinan yang ampuh dan padu, setia, berintegriti, berkebolehan lagi dedikasi seperti yang dirayukannya?

Pada mulanya, harapan beliau mendapat saf sedemikian nampak begitu pudar. Ramai bimbang dan tidak kurang pula yang begitu hampa.

Dalam masa lebih sedikit 24 jam mereka dikejutkan oleh berita kemenangan besar pesalah politik wang Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda Umno.

Seperti mencurah air ke atas daun keladi, 304 perwakilan Pemuda memekakkan telinga dan menolak suara hati akar umbi dengan mengundi menantu Abdullah Ahmad Badawi itu.

Ramai masih tidak boleh menerima hakikat bahawa seorang yang didapati bersalah dan diberi amaran oleh Lembaga Disiplin Umno kerana menggunakan wang sebagai sogokan telah dipilih dengan undi yang begitu besar.

Akibat daripada itu, wujud kebimbangan bahawa aliran yang sama akan berlaku dalam pemilihan Majlis Tertinggi. Kebimbangan utama adalah Muhyiddin Yassin mungkin tewas di tangan Muhammad Muhammad Taib.

Alhamdulillah, ini tidak terjadi. Muhyiddin mengalahkan Muhd Taib dengan majoriti besar.

Keputusan pertandingan Naib Presiden adalah seperti dijangkakan – Ahmad Zahid Hamidi yang setia kepada siapa saja yang berkuasa, Hishammuddin Hussein, sepupu Mohd Najib, dan Shafie Apdal, wakil terkanan Sabah, menang.

Ahli biasa Majlis Tertinggi menampilkan kepelbagaian watak -- daripada yang kental integriti dan pemikiran seperti Mustapha Mohamed, Puad Zarkashi dan Saifuddin Abdullah kepada “street fighters” seperti Noh Omar, Tajuddin Abdul Rahman dan Bung Mokhtar.

Pada saat-saat Umno diasak daripada pelbagai hala dan kedudukan orang Melayu dipertikai dan dipersendakan, para “street fighters” ini mempunyai peranan besar.

Kemenangan mereka mencerminkan kemunculan sentimen yang lebih radikal di kalangan perwakilan akibat cabaran terhadap hak dan keistimewaan orang Melayu sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Manakala kegagalan Menteri Besar, kecuali Ketua Menteri Sabah, Musa Aman, memenangi kerusi MT menandakan berakhirnya era gemilang “Kelab Menteri Besar.”

Yang memeranjatkan ialah bekas Menteri Besar Kedah, Mahadzir Khalid, yang negerinya jatuh kepada Pas masih dipilih. Dia dilihat sebagai antara pengikut setia Abdullah dan rakan akrab Khairy.

Kegagalan calon-calon wanita, kecuali Dr Norraesah Mohamad, memenangi kerusi MT mencetuskan kebimbangan mengenai cauvinisme kaum lelaki di dalam Umno.

Ini sangat berbahaya kerana Wanita dan Puteri memainkan peranan penting sebagai merayu sokongan.

Mohd Najib perlu memikirkan hal ini apabila melantik lima ahli tambahan dan mengisi jawatan-jawatan penting parti, termasuk di Ibu Pejabat Umno yang kini dilihat sebagai amat lemah.

Ibu Pejabat Umno perlu “dioverhaul” dan pelantikan lebih ramai penjawat utama Wanita dan Puteri dapat membantu proses pemulihan dan pemantapannya.

Kemenangan beberapa watak tertentu memberi gambaran wujudnya unsur kem yang mengaitkan mereka dengan Abdullah dan Khairy.

Ini sekali gus memberi kredibiliti kepada laporan media massa bahawa Abdullah memberi jaminan kepada Anwar Ibrahim dalam “pertemuan” mereka di Hulu Langat 10 Mac lalu yang dia (Abdullah) mempunyai pengikut setia yang akan mengawal Mohd Najib.

Pemenang seperti Mohd Zain Mohamed, Ismail Sabri Yaakob, Shaziman Mansor, Mahadzir Khalid, Awang Adik Husin, Abdul Azeez Abdul Rahim, Idris Jusoh dan Hamzah Zaunuddin dilihat sebagai cukup akrab dengan Abdullah, tetapi tidak semestinya dengan Khairy.

Saya sengaja menyebut peranan Khairy kerana dia sendiri pernah berkata dia mahu menjadi Perdana Menteri menjelang usia 40 tahun.

Namun ini tidak bermakna mereka akan meletakkan agenda peribadi Khairy atau mana-mana kelompok dalam Umno di atas agenda parti. Mereka pun tahu siapa bos sekarang.

Seperkara lagi yang sangat mendesak untuk pertimbangan Mohd Najib adalah mewujudkan dikotomi (pemisahan) antara Umno sebagai parti induk pemerintahan dengan Umno sebagai parti orang Melayu.

Dalam konteks ini, peranan “street fighters” dan pemikir Umno perlu dipisah dan dibezakan daripada peranan mereka dalam kerajaan. Wajib ada kumpulan pendesak yang efektif dalam Umno.

Dan adalah kesilapan besar jika Mohd Najib tunduk kepada tekanan dan memberikan jawatan kepada pesalah-pesalah rasuah/politik wang kerana ini akan mencemarkan imej Umno di mata ahli, penyokong dan rakyat jelata keseluruhannya.

Dan mereka mungkin mendera Umno dengan lebih teruk pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Secara kebetulan, khutbah Jumaat Masjid Negara hari ini menyeru kepemimpinan negara menolok pengamal rasuah dan pengamal politik Wang dalam pemerintahan.

Ramai pembesar Umno yang menghadiri perhimpunan agung bersolat Jumaat di situ. Kalau mereka tidak tertidur atau mengelamun, mereka pasti mendapat mesej itu! -http://akadirjasin.com/

Nota kaki: Shahrir Abdul Samad menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna setelah gagal dipilih semula sebagai ahli MT.