Muhd Irfan
Tindakan Pas meminda perlembagaan parti itu untuk menaik taraf kelab penyokong kepada sayap parti bagi membolehkan ahli bukan Islam bertanding secara langsung di bawah tiket parti itu tidak lebih daripada satu pendekatan untuk membalas sokongan masyarakat bukan Islam tetapi apakah pendekatan itu bertepatan dengan prinsip perjuangan parti itu malah apakah ia juga mendapat restu penyokong akar umbi?
Pilihan raya kali ini, menyaksikan Pas mencatat sejarah apabila mengumumkan Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (PSC), Hu Pang Chow untuk bertanding di kerusi Parlimen Ayer Hitam di Johor sekali gus menjadikan beliau sebagai calon bukan beragama Islam pertama yang dibenarkan bertanding secara langsung menggunakan tiket Pas walaupun sebelum ini Ketua Wanita Dewan Himpunan Penyokong Pas, Kumutha a/p Raman bertanding tetapi menggunakan tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Hu dijangka berdepan dengan Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong dan tindakan Pas meletakkan Hu di kerusi Parlimen Ayer Hitam bertujuan untuk memecah undi pengundi Cina yang selama ini menyokong MCA, sama seperti mana tindakan pakatan pembangkang meletakkan Lim Kit Siang untuk bertanding di Kawasan Parlimen Gelang Patah.
Pembangkang merasakan peluang Pas dan Dap untuk mengubah landskap politik Johor lebih cerah berbanding PKR kerana asas kedua-dua parti tersebut lebih meyakinkan dengan menjadikan pengundi Cina dan Melayu sebagai sasaran untuk mengusik undi UMNO dan MCA. Jika dilihat, baik Pas dan DAP, masing-masing berusaha meletakkan calon-calon mereka di kawasan-kawasan yang memungkinkan mereka untuk menang terutama di kerusi majoriti pengundi Melayu dan Cina.
Dengan kedudukan PKR di Johor yang agak goyah dan prestasi yang ditunjukkan oleh parti itu pada pilihan raya 2008, PKR dilihat tidak mempunyai peluang untuk memecah undi Melayu dan Cina sebagai mana kekuatan yang dimiliki oleh Pas dan DAP.
Malah DAP sendiri sudah pasti ingin mempertahankan kerusi Parlimen Bakri dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Bentayan, Mengkibol, Senai dan Skudai. Sementara Pas yang sudah mula bertapak di Johor juga berhasrat untuk menambah kerusi setelah berjaya menawan DUN Sungai Abong dan Maharani.
Jelas dalam pembahagian kerusi di Johor, Pas mendahului sekutu dalam pakatan pembangkang di mana DAP dan PKR sehingga ke hari ini masih belum mengemukakan senarai calon mereka yang akan bertanding di Johor selain, Lim Kit Siang di Gelang Patah dan Chua Jui Meng di Parlimen Segamat.
Kali ini Pas mengumumkan akan bertanding di lapan Parlimen dan 30 kerusi DUN di negeri Johor di mana kerusi-kerusi Parlimen tersebut adalah Ayer Hitam, Pagoh, Parit Sulong, Kota Tinggi, Pulai, Simpang Renggam, Tenggara dan Mersing – menjadikan sehingga kini Pas mendapat pengagihan kerusi paling banyak di Johor.
Namun di sebalik semua itu, tindakan Pas mencalonkan bukan Islam sebagai calon kali ini tetap menimbulkan persoalan dan apakah keputusan itu dapat diterima oleh penyokong Pas terutama jika kita merujuk kepada isu-isu yang membabitkan kepentingan Islam yang dibangkitkan oleh orang bukan Islam yang gagal diselesaikan oleh Pas malah menimbulkan kemarahan penyokong Pas sendiri.
Apakah sudah tidak ada tokoh di kalangan pemimpin Pas yang lebih layak untuk menggalas tugas dan amanah tersebut? Sebagai sebuah parti yang mengaku berteraskan Islam dan meletakkan kepentingan Islam melebihi segala-galanya, apakah tindakan Pas meminda perlembagaan parti itu sebagai langkah terdesak sehingga sanggup mengorbankan prinsip semata-mata untuk mengejar kuasa dan pengaruh?
Sunday, April 14, 2013
Friday, April 12, 2013
Moral Pemimpin: Rakyat Berhak Untuk Tahu
Muhd Irfan
Penyiaran beberapa klip video lucah yang didakwa membabitkan
beberapa pemimpin pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13, menjadikan
kempen pilihan raya kali ini tidak lagi tertumpu pada edaran risalah atau
ceramah seperti mana lazimnya sebaliknya kempen melalui media siber dianggap
sebagai kempen paling efektif, berkesan dan senjata paling pantas untuk
membunuh karier politik seseorang pemimpin.
Walaupun kita tidak menafikan sebahagiannya berupa fitnah
dan berniat jahat, namun kita tidak boleh menolak hakikat bahawa ada
sebahagiannya juga adalah kebenaran. Sejauh mana kita menerima dan menolak
semua itu terpulang kepada kebijaksanaan kita untuk menilai dan membebaskan
diri dan minda kita daripada dikongkong oleh sikap taksub, emosi dan sentimen.
Meskipun banyak pihak
menolak amalan menggunakan politik lucah sebagai kempen pilihan raya namun
pendekatan ini semakin menjadi-jadi dan menjadi pilihan mereka yang
berkepentingan dengan satu matlamat iaitu untuk menjatuhkan pemimpin yang
didakwa terbabit sekali gus menghilangkan keyakinan dan rasa hormat masyarakat
terhadap parti yang diwakili pemimpin terbabit. Sememangnya ia tidak memilih
pemimpin, tidak kira lah sama ada di pihak pembangkang atau sebaliknya.
Sama ada ia benar berlaku atau di manipulasi, ia bukan lagi
menjadi persoalan. Bagi mereka yang percaya, perkara itu sedikit sebanyak akan
mengubah pandangan mereka terhadap pemimpin tersebut. Bagi yang taksub kepada
pemimpin dan parti, berhujah lah dengan apa cara sekali pun atau tunjukkan lah
bukti yang sememangnya tidak boleh disangkal, mereka tetap tidak akan percaya.
Maka keluarlah berbagai-bagai-bagai tuduhan dan dakwaan kononnya wujud sabotaj
atau permainan politik kotor pihak lawan.
Apa yang menjadi persoalan sekarang ialah, bukan soal
penyebaran klip video tersebut tetapi yang ingin diketahui oleh masyarakat
adalah kebenarannya. Memang daripada segi etikanya dan dalam konteks keyakinan
beragama, penyebaran yang bertujuan untuk mengaibkan seseorang adalah dilarang
oleh agama apatah lagi ia dijadikan bahan tontonan umum untuk menjatuhkan
maruah seseorang.
Memang dalam soal ini seseorang boleh sahaja menganggap ia
sebagai satu isu peribadi dan tidak ada kaitan dengan kepentingan politik dan
negara. Tetapi sebagai seorang pemimpin dan dikaitkan dan dituduh pula terbabit
dalam perkara-perkara yang tidak sepatutnya terutama berkaitan dengan soal
moral dan akhlak, rakyat berhak juga untuk mengetahui kerana rakyat dan
pemimpin ibarat aur dengan tebing – saling memerlukan dan bergantung antara
satu sama lain.
Jika pemimpin-pemimpin yang dikaitkan dengan isu-isu moral
sebegini memilih untuk bersikap berdiam diri, berdolak dalih dan menunding jari
ke pada pihak lain, ia tidak akan membantu menyelesaikan masalah apatah lagi
untuk membersihkan nama. Jika mereka berasa berada di pihak yang benar,
merasakan diri mereka dianiaya, mengapa mereka perlu takut untuk tampil
membersihkan nama.
Dalam soal ini juga rakyat perlu terbuka dan jangan menutup
minda mereka dengan kebenaran jika apa yang mereka lihat dan ketahui
sememangnya benar. Tidak ada gunanya untuk menegakkan benang basah. Politik
bukan semata-mata berkisar kepada soal kesetiaan mahupun ketaksuban tetapi
politik memerlukan kita untuk bersikap terbuka, bebas untuk menilai dan jangan
membiarkan diri dipengaruhi oleh sentimen dan emosi sehingga membuatkan diri
kita berperang antara untuk menegakkan kebenaran dan menjunjung kepalsuan
semata-mata kerana taksub.
Tidak kiranya di mana kecenderungan fahaman politik kita,
sokongan perlu berlandaskan kepada hakikat dan kebenaran. Tidak salah untuk
menolak pemimpin jika kita sendiri yakin mereka tidak bersih kerana dalam soal
memilih pemimpin, ia bukan sekadar satu tanggungjawab untuk membolehkan
sesebuah kerajaan dibentuk tetapi juga adalah satu kemestian dan menjadi
tuntutan.
Monday, March 11, 2013
Tindakan Bapa Saiful Mohon Maaf Pada Anwar Ibrahim Cetuskan Persoalan
Mohd Irfan
Pengakuan Azlan Mohd Lazim bahawa anaknya, Saiful Bukhari dipergunakan dalam konspirasi menjatuhkan imej, maruah dan karier politik Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat mencetuskan banyak persoalan terutama berhubung niat sebenar Azlan membangkitkan isu tersebut setelah hampir empat tahun kes tersebut selesai dibicarakan. Azlan dalam satu sidang media tertutup di Taman Melati, Gombak, mendakwa anaknya dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu sambil memohon maaf kepada Anwar Ibrahim kerana dakwaan yang dibuat oleh anaknya itu adalah satu konspirasi jahat untuk memenjarakan Anwar buat kali kedua.
Sementara Saiful dalam kenyataannya telah melahirkan rasa sedih dan kecewa dengan tindakan bapanya dan menganggap bapanya menjadi mangsa politik Anwar dan sesekali tidak akan berganjak dengan dakwaan beliau selama ini sambil memberi amaran kepada Anwar agar tidak mengheret bapanya dalam masalah yang beliau hadapi.
Isu itu kembali mendapat tempat di beberapa laman media sosial sehingga menenggelamkan sedikit kejadian pencerobohan tentera Kesultanan Sulu di Lahad Datu. Banyak spekulasi ditimbulkan tentang pengakuan dan tindakan Azlan itu terutama apa sebenarnya yang mendorong beliau sehingga sanggup membelakangkan anak sendiri dan menukar pengakuannya yang selama ini bermati-matian mempertahankan darah dagingnya?
Malah ada pihak yang menganggap kenyataan Azlan itu bukan lah sesuatu yang memeranjatkan. Presiden Jati Malaysia, Dato Dr Hasan Ali dalam satu kenyataannya menganggap kredebiliti Azlan sendiri boleh dipersoalkan kerana banyak laporan sebelum ini mendakwa Azlan sebagai orang yang banyak masalah. Begitu juga dengan satu laporan yang pernah disiarkan di laman blog chegubard.blogspot yang turut menyiarkan dengan panjang lebar siapa sebenarnya Azlan.
Laporan yang disiarkan pada 9 Mei 2010 itu yang dipetik daripada email seorang pembaca yang mahu dikenali sebagai Dr.Hiadayah Jr. menceritakan tentang secara panjang lebar siapa sebenarnya Azlan Mohd Lazim. Artikel itu ditulis untuk menceritakan keburukkan Azlan dengan tujuan untuk menjejaskan kredebiliti beliau yang ketika itu tampil mempertahankan Saiful dalam dakwaan kes liwat membabitkan Anwar Ibrahim. Pautan laporan itu boleh dilihat seperti berikut; http://chegubard.blogspot.com/2010/05/bapa-saiful-kaki-judi-pernah-cuba.html
Jika laporan yang pernah disiarkan di blog chegubard wujud kebenarannya, tindakan Azlan yang membuat pusingan U untuk tidak mempertahankan darah dagingnya atas alasan ia berupa fitnah dan berniat jahat dan merupakan perancangan rapi musuh-musuh politik Anwar Ibrahim, ia pasti menimbulkan banyak tanda tanya.
Soalnya, kenapa baru sekarang beliau sedar dan tidak mahu bersekongkol sedangkan pada awalnya beliau begitu beria-ia mempertahankan anaknya dan merestui Saiful untuk melakukan sumpah laknat untuk mempertahankan dakwaannya?

Friday, March 8, 2013
Tian Chua Perlu Bertanggungjawab Atas Kenyataannya
Mohd Irfan
Setakat ini sebanyak 766 laporan polis dibuat di seluruh negara terhadap Tian Chua namun Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tetap enggan memohon maaf terhadap UMNO atau menarik balik kenyataan beliau yang mengaitkan pencerobohan tentera Kesultanan Sulu di Lahad Datu sebagai sandiwara UMNO sebaliknya mengancam untuk menyaman mereka yang terus menyebarkan berita yang beliau dakwa sebagai palsu.
Jika Tian Chua menafikan pernah berucap di Puchong dengan menyifatkan pengorbanan anggota keselamatan di Lahad Datu sebagai ‘Komando Mati Katak’ dan menganggap kenyataan itu sebagai fitnah dan pembohongan jahat pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) terhadapnya, bagaimana pula dengan kenyataan beliau yang mengaitkan pencerobohan pengganas di Sabah sebagai sandiwara UMNO?
Apa yang ingin dipersoalkan oleh rakyat negara ini bukan mengenai kenyataan beliau di Puchong seperti yang dilaporkan oleh media dan mungkin juga kenyataan itu tidak mempunyai bukti kukuh. Tetapi bagaimana pula dengan kenyataan beliau seperti mana yang disiarkan oleh lidah rasmi portal PKR, KeadilanDaily pada 1 Mac lalu.
Laporan itu menyebut, beliau mendakwa serangan pihak berkuasa ke atas pengganas Sulu di Lahad Datu merupakan konspirasi terancang UMNO untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat. Malah pada hari yang sama Naib Presiden PKR itu turut menulis: "Pertempuran tercetus dengan penceroboh Sulu? Ia hanyalah drama Wag the Dog (filem Hollywood) yang berterusan. Ingat (kejadian) Al Maunah di Sauk?" di akaun Twitternya.
Adalah jelas bahawa kedua-dua kenyataan itu keluar daripada mulut beliau dan bukan laporan palsu berniat untuk mencemarkan imej beliau. Jadi bagaimana beliau menganggap laporan itu sebagai satu fitnah dan menafikan pernah mengeluarkan kenyataan seumpama itu sedangkan ia turut dilaporkan oleh portal propembangkang, KeadilanDaily.com. Tian Chua tidak perlu untuk menyalahkan pihak lain atas ketelanjurannya apatah lagi untuk menegakkan benang basah kerana semuanya sudah jelas.
Tidak perlu juga beliau mendakwa bahawa kenyataannya telah disalah tafsir atau disalah faham untuk mempertahankan diri. Tidak ada gunanya untuk terus mempertahankan kenyataan yang sememangnya sudah terbukti sebaliknya beliau perlu memikul tanggungjawab itu dengan membuat permohonan maaf kepada UMNO dan seluruh rakyat Malaysia terutama keluarga anggota keselamatan yang terkorban kerana ia membabitkan isu maruah dan kedaulatan negara.
Pencerobohan pasukan bersenjata asing di Sabah adalah soal kedaulatan negara dan jika beliau taksub sekali pun dengan perjuangan politik beliau, Tian Chua perlu lebih berhati-hati apabila mengeluarkan sebarang kenyataan. Lebih penting adalah untuk menjaga sensitiviti keluarga mangsa yang terkorban dan pasukan keselamatan keseluruhannya kerana dakwaan beliau itu seakan menunjukkan pasukan keselamatan negara ini mudah untuk dipergunakan untuk tujuan dan kepentingan politik.
Selagi beliau tidak memohon maaf dan mengakui ketelanjurannya, selagi itu lah kemarahan rakyat Malaysia tidak akan dapat diredakan. Kemarahan rakyat terhadap beliau jelas dapat dilihat menerusi laporan polis yang dibuat hampir setiap hari terhadap beliau. Sehingga petang semalam, Selangor mencatat bilangan laporan tertinggi iaitu sebanyak 252 laporan diikuti Kedah (122), Terengganu (91) dan Kelantan (59).

Wednesday, February 20, 2013
Isu Kalimah Allah: Pas Berkecamuk
Muhd Irfan
Isu kalimah Allah yang menjadi pertikaian Pas dengan Dap tidak mendapat liputan lidah rasmi Pas sama ada menerusi akhbar harakah mahu pun portal beritanya, harakahonline sebaliknya isu tersebut lebih banyak disiarkan oleh akhbar-akhbar arus perdana sekali gus menimbulkan persoalan, sejauh mana pendirian penyokong dan penerimaan ahli-ahli Pas dalam isu tersebut?
Walaupun Pas menganggap isu tersebut sudah selesai berikutan keputusan yang dikeluarkan oleh Majis Syura Ulama, tindakan Pengerusi Dap Karpal Singh yang terus membangkitkan, mempersoalkan dan mempertikaikan keputusan Majlis Syura Ulama itu memaksa beberapa pemimpin ulama Pas lantang bersuara. Jika dilihat, hanya beberapa pemimpin parti itu seperti Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib dan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din sahaja yang tampil secara konsisten mempertahankan keputusan tersebut.
Namun beberapa pemimpin kanan parti itu memilih untuk berdiam diri termasuk Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan Naib-naib Presiden seperti Datuk Mahfuz Omar, Datuk Husam Musa, Salahuddin Ayub. Cuma Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilihat senada dengan pendirian Harun Taib dan Haron Din. Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang mungkin ada sebab untuk berdiam diri setelah menyedari kesilapan mereka membelakangnkan Majlis Syura sebelum ini. Tetapi bagaimana dengan pemimpin-pemimpin tertinggi lain dalam parti itu yang sepatutnya tampil dan berani untuk menyokong pendirian Dewan Ulama dan Majlis Syura jika mereka berasakan perjuangan dan pendirian Pas perlu dipertahankan walau dengan apa cara sekalipun.
Apakah mereka diarah untuk berdiam diri atau mengambil jalan tengah untuk mengelak timbulnya konflik yang lebih parah antara parti itu dengan sekutu dalam gabungan pembangkang. Pendirian sesetengah pemimpin Pas yang memilih pendekatan membisu serta tindakan dua lidah rasmi pas yang memilih tidak memuatkan kenyataan-kenyataan pemimpin ulama mereka dalam pertikaian dengan Karpal Singh menimbulkan banyak persoalan.
Memandangkan kenyataan-kenyataan Harun Taib dan Haron Din lebih banyak disiarkan di akhbar arus perdana sedangkan umum mengetahui pengikut dan penyokong Pas sudah lama mengkuburkan akhbar-akhbar yang dianggap menjadi agen dan propaganda kerajaan itu, persoalan yang ingin dibangkitkan di sini adalah sejauh mana penyokong Pas mengetahui akan isu tersebut. Apakah akhbar harakan juga turut menerima arahan agar tidak menyiarkan kenyataan-kenyataan itu semata-mata untuk menjaga kepentingan parti tanpa mengambil kira kesannya terhadap dasar dan perjuangan Pas selama ini dan perlunya perkara itu disebarkan ke peringkat akar umbi?
Jika Hadi Awang atau Nik Aziz berdepan dengan kesukaran untyuk mengetengahkan pendirian Majlis Syura Ulama di peringkat tertinggi gabungan pembangkang, pemimpin-pemimpin Pas dan akhbar harakah perlu lebih berani dan mencontohi ketegasan Harun Taib dan Haron Din.
Pendirian sesetengah pemimpin dalam Pas yang memilih sikap membisu jelas memberi gambaran tentang situasi sebenar dalam Pas ketika ini yang berkecamuk ekoran dominasi golongan parasit dalam parti itu.

Monday, February 18, 2013
Gambaran Anwar lebih hebat hanya mainan persepsi Malaysiakini
Kehadiran Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke rumah terbuka anjuran Dong Zong semalam telah dilaporkan oleh portal Malaysiakini.com mendapat sambutan yang lebih meriah dari penyokong pakatan rakyat berbanding dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Namun kehadiran Anwar tidak sambut dengan tarian singa oleh tuan rumah berbanding yang telah diberikan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak. Hanya laungan ‘Reformasi’dan tepukan dari penyokong mengiringi kehadiran Anwar.
Niat portal Malaysiakini menggambarkan Anwar lebih hebat memang sudah dijangka kerana kehadiran Najib atas undangan Dong Song telah mencemaskan pakatan pembangkang yang gusar pengaruh mereka di kalangan kaum Cina mulai merosot.
Umumnya tahu bahawa hanya Barisan Nasional (BN) telah terbukti membantu kaum Cina malah kerajaan tidak pernah meminggirkan pendidikan Cina di negara ini melalui peruntukan dan langkah kerajaan itu tidak terdapat di mana-mana negara di mana kaum Cina menjadi penduduk minoriti. Malah di Singapura yang majoritinya berbangsa Cina, pendidikan Cina turut dihadkan perkembangannya.
Mengenai pendidikan Cina, apa yang ingin diperjuangkan oleh pembangkang tidak lebih daripada sandiwara politik. Malah sepanjang Anwar menjadi Menteri Pelajaran ketika berada dalam pemerintahan kerajaan BN dahulu beliau tidak meninggalkan apa-apa impak ke atas perkembangan pendidikan Cina di negara ini.
Apa yang jelas pakatan pembangkang jelas menggunakan portal Malaysiakini untuk memulihkan pengaruh Anwar di samping untuk menjejaskan kredibiliti Perdana Menteri dan BN.

Tuesday, February 5, 2013
Ugutan Bakar Lynas gambarkan sikap radikal aktivis himpunan hijau.
Ancaman untuk membakar loji nadir bumi kontroversi
Lynas Corps telah dibuat oleh kumpulan aktivis alam sekitar Himpunan Hijau. Ia
akan dibuat sekiranya kerajaan baru yang dipilih selepas pilihan raya umum yang
ke 13 ini gagal menutup loji berkenaan.
gambar hiasan ;-) |
Portal The Malaysian Insider hari ini menyiarkan kenyataan pengerusi Himpunan Hijau yang
anti Lynas , Wong Tack mengancam akan membakar
loji pemprosesan tersebut dengan rasa “marah dan kecewa” jika kerajaan
pemerintah Barisan Nasional (BN) masih kekal berkuasa.
Namun jika Pakatan
pembangkang berjaya menawan Putrajaya mereka akan turut menuntut janji untuk
menutup Lynas dan akan memberontak serta membakar jika janji tidak ditunaikan.
Malah gerakan himpunan
hijau turut mendesak agar perlombongan Emas Bukit Koman yang didakwa mengguna
sianida turut ditutup.
Ancaman radikal seperti
membakar loji Lynas yang dikeluarkan
oleh gerakan himpunan hijau ini dilihat amat keterlaluan. Mereka sebenarnya
tahu bahawa ancaman membakar mungkin
jenayah dan menyalahi undang-undang, namun atas mencari populariti mereka
membuat demikian.
Tindakan gerakan
himpunan hijau yang mendesak keterlaluan
jelas menggambar sikap sebenar mereka yang begitu taksub perjuangan mereka tanpa menghiraukan batasan
undang-undang.
Bayangkan sesebuah
negara tanpa undang-undang dan peraturan pasti akan porak peranda dan tiada
kemajuan akan berlaku.
Malaysia tidak perlu
golongan yang radikal seperti ini berada dalam negara. Pihak berkuasa perlu
tegas menangani isu ancaman ini dari terus dikeluarkan sewenang-wenangnya.
Budaya yang dipelopori
oleh barat ini bukan tidak menguntungkan
negara malah boleh menghancurkan kestabilan ekonomi negara.
Oleh yang demikian
rakyat perlu sedar bahawa himpunan hijau ini tidak menggambarkan budaya
nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.
Jelas sebenarnya mereka
telah diracuni oleh budaya kuning yang dibawa oleh pakatan pembangkang dan ia amat merbahaya
kepada kemakmuran negara Malaysia .
Monday, February 4, 2013
DAP dan Kerajaan negeri Selangor hanya untuk mencetus persepsi negatif terhadap Kerajaan Pusat akibat kegagalan urus tadbir negeri .
Anis
Sofea
Peruntukan tambahan
sebanyak RM 120 kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang diumumkan
oleh Perdana Menteri pada Sabtu tidak disenangi oleh pemimpin DAP.
Tony Pua yang merupakan
ketua publisiti DAP telah dilaporkan oleh portal MalaysiaInsider pada isnin mendakwa pemberian peruntukan hanya untuk
menyelamatkan Syabas yang didakwa syarikat kroni kepada UMNO.
Malah kenyataan Menteri
Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dilihat angguh dengan mendakwa peruntukan
itu bukan untuk kebaikan rakyat Selangor tetapi hanya kepada Syabas.
Di samping itu Tony
Pua mendakwa jika peruntukan tambahan
yang diberikan untuk membantu Syabas maka projek Loji Rawatan Air Langat 2 tidak seharusnya diteruskan atas
dakwaan bahawa Selangor tidak mempunyai masalah kekurangan air mentah. Hanya
masalah ialah pihak Syabas tidak menjaga dan membaik pulih Rumah Pam yang sedia
ada dijadikan alasan utama.
Persoalan sekarang,
secara logiknya isu bekalan air tidak perlu dipolitikkan. Peruntukan yang
diberikan oleh kerajaan Pusat kerana tindakan pihak kerajaan negeri Selangor yang
menghentikan peruntukan atas alasan yang remeh.
Dakwaan kononnya
kegagalan pihak Syabas mengawal kehilangan air terawat dalam sistem pengagihan
bekalan air adalah masalah yang berpanjangan. Namun usaha Syabas senantiasa pro
aktif seperti memantau kes kecurian
bekalan air yang saban hari keluar di akhbar tidak dihiraukan oleh kerajaan
negeri.
Manfaat projek Loji
Rawatan Air Langat 2 sengaja dipolitikkan. Keperluan loji ini adalah bagi
menampung keperluan permintaan yang senantiasa bertambah saban hari.
Jika dilihat pertumbuhan
taman-taman perumahan baru dan industri yang semakin banyak pastinya keperluan
bekalan air akan meningkat.
Oleh yang demikian
langkah yang dibuat oleh Kerajaan Pusat dengan meneruskan Projek Loji Rawatan
Air Langat 2 untuk jangka panjang. Ia bagi mengelakkan krisis bekalan ai serius
seperti tahun 1997 berulang kembali.
Tindakan pemimpin DAP
dan Kerajaan negeri Selangor hanya untuk mencetus persepsi negatif terhadap
Kerajaan Pusat akibat kegagalan urus tadbir negeri di bawah pakatan
pembangkang.
Thursday, January 31, 2013
Adakah layak Mat Sabu digelar Bapa Kemerdekaan Baru?
OLEH: Anis Sofea
Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu atau Mat Sabu telah digelar sebagai
bapa kemerdekaan baru oleh Subky Latif dalam kolumnya yang disiarkan dalam
Harakah akhbar tabloid parti PAS.
Gelaran tersebut diberikan kepada Mat Sabu atas dakwaan kononnya kemampuan
dia berjaya menghimpunkan sejumlah orang hadir di Stadium Merdeka semasa
Himpunan Pakatan Pembangkang pada 12 Januari lepas.
Persoalan sekarang adakah layak Mat Sabu semudah itu digelar Bapa
Kemerdekaan?
Umum tahu bahawa untuk mencapai kemerdekaan tanpa mengeluarkan setitik
darah sebagaimana yang telah dibuat oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman bukan perkara yang mudah.
Jika sandaran jumlah kehadiran orang ramai dijadikan kayu pengukur nyata ia
adalah sandaran paling tidak kukuh dan konsisten serta kualiti.
Himpunan Pakatan Pembangkang pada 12 Januari lepas sebenarnya adalah
himpunan ceramah-ceramah lapuk yang hanya mahu meniru apa yang telah dibuat
oleh Perdana Menteri.
Boleh dikatakan Himpunan tersebut gagal menarik perhatian rakyat yang
berharap sesuatu yang baru atau kelainan.
Namun apa yang dipertontonkan hanyalah segelintir ibu bapa mempergunakan
anak-anak yang diheret sama untuk sertai himpunan tersebut
Ia jelas melanggar akta Perhimpunan Aman 2012 yang baru
diluluskan.
Artikel Subky Latif juga dilihat cuba menonjolkan kononnya kemampuan Mat Sabu untuk menjuarai kebangkitan
rakyat sedangkan pada hakikat beliau gagal .
Rakyat mulai sedar bahawa mereka sebenarnya tertipu dengan
mainan pakatan pembangkang ini yang hanya mahukan populariti tanpa
merealisasikan janji-janji mereka terdahulu.
Sikap penulis seperti Subky Latih sebenarnya mahu
mengembalikan serta memulihkan imej Mat Sabu sebenarnya.
Walau bagaimanapun gelaran Bapa Kemerdekaan Baru memang
tidak layak diberikan kepada Mat Sabu semudah itu. Ia menggambarkan betapa
terdesaknya parti Pas untuk memulihkan
imejnya kembali di kalangan rakyat.
Tuesday, January 29, 2013
Laporan kononnya peningkatan sokongan rakyat terhadap Kerajaan Selangor hanya permainan Persepsi .
OLEH: Anis Sofea
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa bahawa keyakinan
rakyat Selangor terhadap Kerajaan Negeri pimpinan gabungan PKR,DAP dan Pas
semakin meningkat kepada 65 peratus berdasarkan kajian yang telah dibuat mereka
sejak Ogos tahun lalu.
Laporan kenyataan Khalid
Ibrahim ini disiarkan dalam Sinar Harian Edisi Ahad 27 Januari 2013. Menteri
Besar Selangor itu dilaporkan turut
meniup kata-kata semangat di hadapan lebih 500 jentera pilihan raya dari Ijok
dan Bandar Tun Razak.
Maka tidaklah hairan
Menteri Besar sengaja membangkitkan isu kononnya sokongan rakyat Selangor
terhadap Kerajaan Negeri semakin meningkat.
Kerajaan Selangor perlu
sedar bahawa kesengsaraan rakyat yang menderita ketika krisis gangguan bekalan
air yang pada Disember tahun lepas perlu diambil kira.
Sikap Kerajaan Selangor
yang bermain tarik tali dalam isu bekalan air Bersih di Lembah Klang
membuktikan bahawa mereka hanya mementingkan kuasa politik daripada kebajikan
rakyat Selangor.
Oleh yang demikian jika
dakwaan kononnya sokongan rakyat Selangor semakin meningkat terhadap kerajaan
negeri sewajarnya boleh diragui.
Tan Sri Khalid dan
pemimpin kerajaan negeri dilihat akan
senantiasa menggunakan strategi untuk
menimbulkan persepsi positif. Ini bertujuan untuk mengalihkan pandangan
rakyat atas pagar yang
masih belum berpendirian atau membuat keputusan untuk menyokong mana-mana
parti. Mereka berharap golongan ini cenderung memilih mereka kembali dalam
pilihan raya umum akan datang.
Permainan gerak saraf
Kerajaan Selangor ini haya dilihat untuk
memulihkan kembali sokongan di kalangan para pengundi di atas pagar . Perlu
diingat bahawa semua rakyat Selangor sekarang telah sedar antara janji-janji
yang telah ditepati dan janji palsu Manifesto yang belum tertunai.
Friday, January 25, 2013
Sinar Harian cuba bantu pulihkan imej Anwar.
OLEH: Anis Sofea
KUALA LUMPUR (malaysiaaktif)
. Akhbar Tabloid Sinar harian hari ini menyiarkan wawancara ekslusif bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar
Ibrahim.
Gambar Anwar yang sinis
dan tajuk “saya tidak mahu jawatan PM” dijadikan sandaran penuh akhbar itu
untuk menarik jumlah pembaca yang ingin mengetahui inti pati wawancara
berkenaan.
Namun jika diteliti
dalam wawancara berkenaan jelas dimanfaatkan penuh oleh Anwar untuk
menyampaikan mesej yang menjejaskan
kredibiliti kerajaan.
Persoalan sekarang Anwar
terpaksa menampilkan imej yang positif untuk tatapan umum. Ini berikutan beliau
sedar bahawa penggunaan medium melalui media siber sahaja tidak mampu
memulihkan imej beliau yang semakin terhakis dengan isu-isu sensitif dalam
pakatan pembangkang termasuk isu penggunaan perkataan kalimah Allah yang
dilihat tiada kesepakatan antara DAP dan Pas.
Wawancara yang disiarkan
oleh Sinar Harian dalam siri pertama hari
ini jelas hanya mahu menonjolkan watak Anwar dari sudut positif. Sinar
hanya menumpang populariti Anwar untuk menambahkan lagi jumlah jualan dan
pembaca yang dilihat amat terdesak memandangkan media arus perdana semakin
hebat bersaing dengan media siber.
Persoalan sekarang
adakah benar-benar Anwar akan menunaikan janji beliau seperti dalam wawancara
iaitu tidak mahu jawatan Perdana Menteri jika gabungan rapuh pembangkang memang
majoriti pilihan raya?
Pembangkang masih gagal
dengan kabinet bayangkan seperti yang dicabarkan oleh pemimpin Barisan Nasional.
Malah ura-ura yang mahukan presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai
Perdana Menteri dalam muktamar Pas telah ditolak sekeras-keras oleh DAP.
DAP tetap bertegas
mahukan Datuk Seri Anwar dipilih sebagai Perdana Menteri jika pembangkang berjaya
dalam pilihan raya akan datang.
Sikap Anwar yang manis
berbicara memang sudah dijangka dan kenyataan beliau yang tidak mahu menjadi
Perdana Menteri hanyalah sandiwara yang mahu memulihkan imej beliau yang
kononnya memperjuangkan hak dan perjuangan reformasi.
Umum tahu matlamat Datuk
Seri Anwar hanyalah untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang menjadi idaman
beliau sejak dari awal penglibatan beliau dalam politik.
Sama ada layak atau
tidak Anwar menjadi Perdana Menteri terletak kepada keputusan pengundi dalam pilihan raya akan datang .Walaupun
demikian kuasa tuhan adalah mutlak sama ada akan mengizinkan beliau menjawat
jawatan berkenaan atau sebaliknya.
Isu kematian C.Sugumar :Jangan mudah sangka buruk terhadap pihak berkuasa
OLEH: Anis Sofea
KUALA LUMPUR (malaysiaaktif)
. Laporan portal Malaysiakini yang cenderung kepada pembangkang mensensasikan
kes kematian pengawal keselamatan C.Sugumaran dengan mengaibkannya akibat dipukul oleh pihak
polis.
Manakala portal
MalaysiaInsider turut kaitkan Sugumaran dipukul sambil bergari oleh polis yang
mempunyai saksi.
Kedua-dua portal dalam
laporannya mengambarkan seolah-olah pihak yang menyebabkan kematian C.Sugumaran
adalah akibat daripada dipukul oleh pihak polis. Laporan yang disiarkan oleh
Malaysiakini dikomen oleh para pembaca seolah-olah pihak polis membuat tindakan
sesuka hati tanpa sebarang batasan undang-undang.
Kepantasan pihak polis
menerusi laman sosial menyiarkan kenyataan penuh Ketua Polis
Daerah Kajang, ACP Ab Rashid bin Hj Ab
Wahab berkait dengan kematian Sugumaran ini dengan mengesahkan bahawa
kematiannya akibat dari "Coronary
Artery Disease' atau Salur Jantung Tersumbat.
Malah ACP Ab Rashid telah
memperinci kejadian yang berlaku dengan
jelasnya dalam siaran di laman facebook berkenaan.
Namun seperti kelaziman
pihak pembangkangtelah mengambil kesempatan atas isu ini. Menurut portal
malaysiakini keluarga C.Sugumaran telah diwakili oleh peguam N Surendran dan
Latheefa Koya .
Surendan dan Latheefa
Koya memang merupakan dari parti Keadilan rakyat (PKR) yang senantiasa
mengambil kesempatan untuk popular dan menjejaskan kredibiti pihak berkuasa dan
kerajaan.
Penjelasan dari pihak
berkuasa dianggap tidak boleh diterima malah mendakwa pihak polis sengaja mahu
menutup kes kematian C.Sugumaran ini .
PKR memang gemar
mengambil kesempatan dengan isu ini semata-mata untuk mendapat simpati golongan
tertentu dalam kes ini kaum India yang kelihatan semakin beralih arah kepada
pihak kerajaan berbanding dengan dahulu.
Semua pihak perlu sedar
dengan permainan simpati oleh pihak PKR ini . Mereka hanya cuba mainkan isu
persepsi negatif terhadap pihak berkuasa dengan harapan merenggangkan hubungan
murni antara pihak polis dan orang ramai.
PKR hanya berharap akan
menjadi jaguh kerana berjaya menperjuangkan hak-hak asasi sedangkan pada
hakikatnya mereka sebenarnyamembenarkan orang ramai sewenang-wenangnya tidak
menghormati dan melanggar undang-undang negara.
Wednesday, January 23, 2013
Anwar dicabar dedahkan perkara sebenar dalam isu Pendatang Tanpa Izin (PATI)
OLEH: Anis Sofea
KUALA LUMPUR (malaysiaaktif)
. Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar
Ibrahim telah dicabar untuk tampil memberitahu perkara sebenar mengenai
pendatang tanpa izin kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang dipertanggungjawabkan menyiasat masalah
itu di Sabah.
Timbalan Pengerusi Badan
Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Salleh Keruak mengeluarkan cabaran itu kepada
Anwar kerana ketua pembangkang itu dilihat sengaja mensensasikan isu pendatang
tanpa izin di Sabah .Anwar seharusnyalebih tahu kerana semasa beliau menjawat
jawatan Timbalan Perdana Menteri ia mempunyai kuasa yang penuh dan mengetahui dengan terperinci
sebenarnya.
Kenyataan Salleh Keruak
itu dilaporkan oleh Bernama semalam. Penubuhan
RCI ini mengambarkan ketelusan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam
memberi penjelasan sebenar isu pendatang tanpa izin ini.
Oleh yang demikian
rakyat harus menghargai usaha murni kerajaan ini tanpa mengira batasan politik.
Apa yang penting ialah penubuhan
RCI adalah mengetahui punca sebenar
tanpa sebarang pengaruh politik.
Pihak pembangkang
terutama Anwar sedar bahawa isu-isu yang dibawa oleh mereka untuk menjejaskan
kredibiliti BN Sabah telah berjaya ditangkis dengan baik oleh yang demikian
mereka sedaya upaya akan cuba membangkitkan pra sangka jahat terhadap RCI.
Namun cabaran yang
dikemukan oleh Salleh Keruak mungkin menyebabkan Anwar terkedu seketika.
Walaubagaimanapun mengenali sikap ketua pembangkang yang mahir dalam memanipulasi
isu ini pasti akan timbul isu-isu baru yang berniat jahat terhadap RCI ini.
Rakyat Sabah disaran
melihat penubuhan RCI ini secara holistik matlamat dan tujuan sebenarnya agar
tidak mudah dipesong oleh mana-mana individu seperti Ketua Pembangkang ini.
Monday, January 21, 2013
Parlimen Malaysia akan dibubarkan pada 21 Mac ini?
Isu tarikh pembubaran parlimen Malaysia bagi menghadapi pilihan raya umum yang ke 13 menjadi semakin hangat akhir-akhir ini. Baru-baru akhbar berbahasa Inggeris The Star yang mempunyai kepentingan MCA dan yang merupakan salah satu parti komponen Barisan Nasional telah menyiarkan laporan lengkap tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan parlimen .
Bagi negeri di bawah pemerintahan Barisan Nasional seperti Johor dewan akan terbubar secara automatik pada 21 Mac manakala negeri lain seperi Negeri Sembilan 26 Mac, Pahang 7 April, Perak 24 April, Melaka 26 April ,Perlis 28 april ,Sabah 29 April dan Terengganu pada 5 Mei 2013.
Manakala negeri yang di bawah pakatan pembangkang Selangor pada 22 April ,Kelantan pada 28 April ,Pulai Pinang dan Kedang pada 2 Mei 2013. Laporan akhbar The star turut mengulas spekulasi yang bakal dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai tarikh pembubaran parlimen dibuat di antara 20 Feb dan 20 Mac ini. Namun jika diteliti dengan jadual padat Perdana Menteri tarikh yang di spekulasi itu memang sesuai dan ia tiada elemen kejutan yang mungkin tidak menguntungkan kerajaan.
Walau bagaimanapun yang menjadi persoalan sekarang tahap kesiap siaga jentera parti untuk menghadapi pilihan raya. Pari pembangkang memang telah lama bersedia namun bagaimanakah dengan jentera parti Barisan Nasional. Adakah budaya cah keting atau menjatuhkan calon yang tidak dipersetujui akan kembali wujud sebagaimana pilihan raya 2008 lepas? Pemilihan calon yang boleh menang atau winnable candidate sudah muktamad? Ia terus menjadi persoalan di kalangan para pemerhati politik. Di sebalik ramalan tarikh pembubaran parlimen dan DUN ini ,kerajaan Barisan Nasional masih terus berbakti kepada rakyat. Pembahagian BR1M 2.0 bakal diagihkan kepada penerima yang layak dan bantuan RM 100 kepada para pelajar telah berjalan dengan lancar .
Kesinambungan pemerintahan Barisan Nasional perlu diteruskan dengan menekankan aspek penambahbaikan calon dan lebih bertumpu membantu rakyat serta mengembalikan keyakinan rakyat. Oleh yang demikian Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menzahirkan pemilihan calon yang boleh menang dan direstui para pengundi bagi menjamin kemenangan besar Barisan Nasional. Pemilihan calon dan kesiap siaga jentera BN menjadi aspek penting dan apa-apa tarikh pembubaran parlimen tidak akan menjadi halangan untuk kemenangan majoriti dua pertiga parlimen.
Subscribe to:
Posts (Atom)