Monday, March 31, 2008

Khir Toyo Blogger?


Dr Mohamad Khir Toyo meneruskan perjuangan menerusi Blog


Bukan satu yang pelik pun bila Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo mula menulis blog. Cuma persoalannya kenapa sekarang? Kenapa tidak sewaktu masih menduduki kerusi Menteri Besar? Mungkin kerana keadaan diri beliau yang tidak sesibuk dulu, jadi banyak masa terluang untuk meluahkan segala yang terpendam. Walaupun agak terlewat, usaha beliau ini wajar disokong dan mungkin beliau juga mulai sedar tentang penangan laman blog sebagai senjata kempen paling berkesan dalam pilihan raya umum lalu.


Kemunculan laman blog beliau yang boleh dilayari di drkhir.blogspot.com mendapat reaksi positif berdasarkan komen-komen yang dihantar. Walaupun sesetengah komen yang dihantar kata beliau agak mengecewakan dan melukakan hati, beliau tabah menerima dan akan terus berjuang kerana bagi beliau jatuh bangun dalam politik adalah perkara biasa.
Seperti kata beliau, kitaran hidupnya kini telah lengkap – dari seorang anak kampong yang tidak punya apa-apa, menjadi pemimpin sebuah negeri dan kembali semula seperti dulu. Tapi kembalinya beliau hari ini penuh dengan pengalaman yang akan mematangkan beliau untuk menjadi seorang yang lebih terbuka dan memahami kehendak rakyat.
Dua penggal sebagai Menteri Besar, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Pengerusi Barisan Nasional dan Badan Perhubungan UMNO Selangor sebelum melepaskan jawatan, hari ini suara beliau akan kedengaran sebagai ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor. Bersediakah beliau untuk berdepan dengan semua ini?
Dalam politik jatuh bangun perkara biasa. Banyak yang jatuh tetapi bangkit semula dengan kekuatan. Belajar dari pengalaman dan mengambil iktibar daripada kesilapan sebagai satu pengajaran. Bukan mudah untuk menerima semua itu tetapi tentu ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya.
Seperti kata beliau dalam salam perkenalan kepada pengunjung laman blog beliau, menyalahkan atau menunding jari tidak memberi sebarang makna. Apa yang beliau perlukan sekarang ialah cadangan-cadangan bagaimana untuk kita sama-sama mengariskan haluan masa depan yang lebih konkrit untuk memastikan negara tidak terjerumus dalam kancah yang menghancurkan Wawasan 2020.
Jika ini yang menjadi matlamat perjuangan beliau, penyertaan Dato’ Seri Dr Mohamad Khir Toyo ke dalam dunia penulisan blog amat dialu-alukan. Juga tidak mustahil beliau bakal mempunyai pengikut sendiri seperti mana pemimpin politik lain tetapi perlulah lebih serius kerana penulisan blog juga menuntut komitmen tinggi, bukan sekadar suka-suka atau melepas batuk ditangga. - malaysiaaktif

Goblok : alahai...Datuk baru sekarang nak mula..kena sentiasa update la, kalu tak abislaa..

Sunday, March 30, 2008

Wajah Ketua Pembangkang Wanita Malaysia



Goblok-
Harap dapat membantu memantau dan berfungsi untuk check and balance dalam parlimen

Thursday, March 27, 2008

The Power Of The Palace

Malaysia Today
March 27,2008

By TAY TIAN YAN

The people now can understand that the Malay rulers are indeed having a major power in a constitutional monarchy country like Malaysia. It is actually incorrect to the general perception that Malay rulers are only symbol in this “powerless monarchy” system and perform only ceremonial duties.

In most democratic countries, particularly the Commonwealth countries, powers are separated into executive, legislative and judicial. These three powers have their own rights, while upholding each others for checks and balances to avoid power imbalance, which will harm the interests of the country and the people.

However, the Malaysian constitutional system has its own characteristics. It doesn't follow entirely the practice of “separation of powers”. Malaysia's constitutional system has given the rulers the important powers. In another word, the palace can be said as the informal “fourth power”.

"At that time, the palace who has been low-keyed for long time started to show its influence."

The constitution set up in the 1950s provides the Malay rulers with such powers. Perhaps, it is to show our respect for the feudal traditions of the Malay community, as well as to give a second layer of protection to the Malays and Islam. In other words, if the Malays lost their political power, they can still enjoy their political status under the power of the Malay rulers.

Of course, as the political status of the Malays is getting stable, with the UMNO control huge political power, the power of the palace is getting a low profile.

Even so, the contradictions between the executive powers and the monarchy power are inevitable.

When former Prime Minister Tun Dr. Mahathir was in power in the 1980s, he launched the campaign to amend the constitution. Since then, the law can be adopted and become effective without the assent from the Yang di-Pertuan Agong (Supreme Head of State). In the 1990s, once again Mahathir weakened the monarchy power by withdrawing their royal immunity.

These two incidents have weakened the powers of the palace. In the contrary, the UMNO-led executive powers is constantly expanding. Over the past 20 years, the executive powers overrode everything. The legislative and judicial powers were weakened, and lost the power of checks and balances.

At that time, the palace who has been low-keyed for long time started to show its influence. Perak Regent Raja Dr. Nazrin Shah continues to speak and express his views publicly. He criticised corruption and power abuse. He urged the building of a country of genuine democracy, moderate, unite and pluralism.

Sultan Sharafuddin Idris Shah of Selangor has made his comments on corruption, environmental protection, governance and other issues. He even scolded late Datuk Zakaria Md Deros, and the latter can no longer be arrogant and continue to be the state assemblyman for Perlabuhan Klang.

Sultan Mizan Zainal Abidin of Terengganu is also the current Yang Di-pertuan Agong. He is very concerned about corruption issues and has constantly made suggestions. Last year, Sultan Mizan replaced the Chief Justice Ahmad Fairuz, whose image pales in comparison to a competent and independent Datuk Abdul Hamid Mohamad. The people are impressed.

The ability of the new generation of the Malay rulers is recognised. Their vision is being praised. More importantly, they show their concern for the future of the country.

The royalty is re-establishing its credibility, and has received wide support from the people. Many people believed that the royal family has played an active role in the system of checks and balances.

Therefore, when the Terengganu royal family does not accept the former Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh and appointed Ahmad Said, the people widely believed that the royal family will have his legitimate reasons. It is the same for the case where Perlis Raja doesn't accept Datuk Seri Shahidan Kassim as the Perlis Menteri Besar. It doesn't bring much controversies.

Moreover, when UMNO was defeated in the general elections, they have also lost a strong dominant position. Even if they are dissatisfied with the royal family, they can't defy them. At the very least, they can't no longer talk about constitutional amendment after they lost the two-third majority.
(Translated LEE MEI NYEE/ Sin Chew Daily)

Ahmad Said disokong MT UMNO



Watikah pelantikan Menteri Besar Terengganu oleh Majlis Penasihat Pemangku Raja Terengganu
telah di hormati sepenuhnya oleh Majlis tertinggi UMNO yang bermesyuarat petang tadi.

Maka terungkai sudah akhirnya Datuk Ahmad Said Adun Kijal memang sah Menteri Besar Terengganu yang baru. Semua pihak perlu duduk bersama dan menyelesaikan ketegangan yang lepas.

Ambil iktibar dan pengajaran yang lepas dan sama-sama memperbaiki kelemahan yang ada,jika kita menghormati orang lain pasti kita juga akan dihormati.

akhir kata goblok ucapkan Tahniah buat Datuk Ahmad Said dan ingat pesanan
"
nobody perfect" and you have to keep improve yourself.



Kebebasan akhbar dalam ujian


Bashir Ahmad

27 Mac 2008

SEBAIK-BAIK sahaja Lim Guan Eng memulakan tugas, akhbar The Star mengatur satu interbiu dengan Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru dari DAP itu.

Ketua Pengarang akhbar berbahasa Inggeris milik MCA itu, Datuk Wong Chun Wai telah mengadakan interviu eksklusif dengan Lim. Soalan-soalan yang dikemukakan tidak datang dari Wong, tapi dilontarkan oleh orang ramai melalui internet. Ini taktik yang baik kerana jika ada apa jua perkara sensitif yang Lim bangkitkan, Wong boleh menjawab bahawa soalan berkaitan bukan datang dari mulutnya.

Dan pada hari ini Wong menginterviu Menteri Besar Selangor yang baru, Tan Sri Khalid Ibrahim, Bendahari PKR.

Sebuah lagi akhbar berbahasa Inggeris, The Sun hari ini turut menyiarkan interviu eksklusif dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini satu fenomena yang mungkin sukar dilakukan sebelum PRU 2008, tapi akhbar berbahasa Inggeris sudah mula menguji tembok kebebasan media di negara ini.

Bagaimanapun, Utusan Malaysia dan Berita Harian masih berhati-hati. Berita-berita yang suatu masa dulu boleh dianggap sebagai `jangan disiarkan’ kini diselit-selitkan sebagai berita kecil di halaman dalam.

Apakah Utusan Malaysia dan Berita Harian sudi menyiarkan interviu eksklusif dengan para pemimpin parti pembangkang di Parlimen? (Istilah pembangkang perlu digunakan mengikut konteks kerana di lima Dewan Undangan Negeri BN yang menjadi pembangkang).

Bayangkan Mingguan Malaysia yang terkenal dengan ruangan interviunya tiba-tiba memuatkan temu bual dengan pemimpin de facto PKR itu `tanpa tapis.’ Persoalannya adakah Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Khalid Mohd akan menerima telefon dari `atas.’

Sebelum PRU 2008 pun boleh dikatakan kesemua editor dan wartawan amat mengharapkan satu suasana media yang lebih bebas tapi bertanggung jawab di Malaysia. Bagaimanapun, perkara ini hanya menjadi bahan percakapan sama ada di seminar atau dalam perbualan sesama mereka.

Antara perkara –perkara yang dilarang ialah apa jua yang melanggar peruntukan undang-undang – Akta Rahsia Rasmi, Akta Hasutan, Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Fitnah dan beberapa lagi. Namun larangan yang tidak bertulis juga paling dijagai supaya tidak dilanggar. Di kalangan editor mereka akan menapis sesuatu bahan sebelum siaran dengan bertanya kepada diri sendiri, adakah ia `betul dari segi politik’ (politically correct)?

Andainya The Star dan The Sun menyiarkan interviu Lim dan Anwar Ibrahim sebelum PRU 2008, tentulah editor-edtornya akan ditanya “apa tujuan awak siarkan cerita ini?”

Tidak pula diketahui sama ada soalan tersebut telah ditanya kepada The Star dan The Sun sekarang. Rasa-rasanya tidak. Jika tidak, ia bermakna telah bermula perubahan ke arah media yang lebih bebas di negara ini.

Selepas menyaksikan betapa media alternatif dalam internet memainkan peranan yang besar dalam memberikan kejayaan kepada pembangkang dalam PRU 2008 dengan keputusan yang sama sekali tidak diduga oleh semua orang sebelum ini, akhbar tidak mempunyai pilihan lain lagi jika mahu kembali mendapat kepercayaan daripada orang ramai.

Agak menarik Radio 24 (milik kerajaan) beberapa hari sebelum PRU 2008 telah menyiarkan satu tinjauan pendapat pendengar dengan pertanyaan – Setujukah anda tulisan-tulisan negatif dalam blog menggugat proses demokrasi?

Kesemua pendengar yang memberikan respons menyatakan bukan sahaja tulisan-tulisan dalam blog itu tidak menjejaskan proses demokrasi, malah ia adalah sebahagian daripada proses demokrasi yang sihat.

Salah seorang pendengar memberitahu dengan tegas bahawa akhbar arus perdana di Malaysia sekarang tidak dipercayai lagi kerana terlampau berat sebelah kepada kerajaan dan BN. Sebab itulah semakin ramai yang beralih ke internet .

Disebabkan hilang kepercayaan kepada akhbar arus perdana, mereka memberikan kepercayaan pula kepada blog dan laman berita yang propembangkang. Apa sahaja yang dosogokkan oleh penulis-penulis blog akan ditelan bulat-bulat oleh pembaca sekalipun ia jelas berupa fitnah dan lebih berat sebelah kepada pembangkang berbanding condong akhbar arus perdana kepada kerajaan dan BN .

Sebaliknya akhbar arus perdana yang sentiasa berhati-hati dan beretika supaya tidak melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan tindakan diambil terhadap pengarang-pengarangnya telah hilang integriti, bukan kerana berbohong tapi kerana dianggap berat sebelah atau tidak adil.

Inilah kesan uruk daripada kawalan yang keterlaluan terhadap akhbar arus perdana yang dimiliki oleh parti-parti yang memerintah melalui pemilikan saham majoriti sama ada secara langsung atau melalui proksi.

Persoalannya, apakah pemilik-pemilik saham majoriti akan menuntut keadaan terus kekal seperti dulu atau memberikan sedikit kebebasan kepada para editor untuk menyiarkan apa yang betul atau tidak betul dari segi politik?

Realitinya, apa yang betul dari segi politik atau politically correct juga sudah berubah. Malah kawalan yang keterlaluan terhadap media arus perdana kini dianggap sebagai tidak betul dari segi politik. Manakan betul jika pembaca tidak lagi mempercayai apa yang disiarkan. Sebaliknya media alternatif dalam internet yang diuar-uarkan sebagai tidak boleh dipercayai, kini semakin dipercayai.

Kita tunggu dan lihat apakah Utusan Malaysia dan Berita Harian juga akan menginterviu Guan Eng dan Anwar Ibrahim. Atau setidak-tidaknya Menteri Besar Selangor dan Menteri Besar Perak yang baru? Kelihatan akhbar berbahasa Malaysia terlalu lambat menghidu angin perubahan. Atau mereka masih dalam fobia disebabkan trauma kawalan sebelum PRU 2008 terlalu kuat sehingga menjadikan mereka sebagai wartawan robot.

Angin perubahan sudah terasa dalam akhbar berbahasa Inggeris dan sudah lama bertiup dalam akhbar berbahasa Cina. Bila lagi mahu mencuba wahai pengarang-pengarang akhbar berbahasa Malaysia? Jangan sampai ketinggalan dan kehilangan lebih banyak pembaca. – malaysiaaktif.com

Goblok:

-Nasib baik dalam dunia siber bebas ;-)...


Friday, March 21, 2008

Menteri nak jumpa Bloggers..?

Shabery Jumpa Penulis Blog Berhubung Peranan 'bina Negara'

Bernama
21 Mac 2008

KUALA LUMPUR-- Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata pendapat penulis blog tidak boleh diketepikan dan beliau akan bertemu mereka secepat mungkin bagi mendapatkan maklumat balas berhubung pembinaan negara.Beliau berkata Kementerian Penerangan memandang berat peranan yang dimainkan media alternatif seperti laman blog dan internet kerana mereka mempunyai peranan tersendiri dalam membina negara."Contohnya ada peranan yang mereka mainkan dalam pilihan raya lepas. Ada mesej yang ingin disampaikan kepada kerajaan yang banyak dimainkan oleh pengundi kelas pertengahan dalam mendapatkan maklumat."Mereka (penulis blog) melayari internet dan sudah tentu saya rasa peranan yang dimainkan mereka perlu diketahui," katanya pada sidang akhbar selepas bertemu media di pejabatnya di sini hari ini.Ahmad Shabery, yang dilantik ke jawatan itu pada Selasa lepas ekoran pilihan raya 8 Mac, berharap pertemuannya dengan penulis blog tidak akan disalah anggap oleh mana-mana pihak kerana Kementerian Penerangan berhasrat untuk menjadi jambatan kepada sesiapa sahaja termasuk golongan itu untuk disampaikan kepada pihak lain.

"Pandangan bloggers tidak boleh diketepikan. Mereka menjadi saluran terus untuk rakyat menyampaikan pandangan walaupun kadang kala cara penyampaian mereka negatif," katanya.Ahmad Shabery berkata kewujudan pelbagai laman blog akhir-akhir ini sebagai alat untuk menyalur pandangan peribadi, seakan-akan terlepas pandang oleh sesetengah pihak."Setiap orang sudah ada kebebasan untuk menjadikan ia (laman blog) sebagai pusat penyebaran maklumat. Kita terlepas pandang dengan peranan yang dimainkan mereka, untuk memahami perasaan mereka secara langsung," katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Timbalan Menteri Penerangan Datuk Tan Lian Hoe.Ditanya pendekatan yang akan diambil beliau untuk bertemu penulis blog yang sangat ramai, Ahmad Shabery berkata beliau telah mengarahkan para pegawainya untuk mengaturkan pertemuan dengan mereka secepat mungkin."Kita cuba dulu jumpa mereka secara berperingkat-peringkat.

Mungkin mereka akan dipanggil melalui iklan atau tempat-tempat yang sesuai. Kami akan cuba mengenal pasti bagaimana untuk berjumpa," kata Ahmad Shabery.Ahmad Shabery juga berkata semua dasar lama kementerian itu akan diteruskan dan tiada perubahan besar yang akan dilakukan daripada segi kepimpinan dan beberapa perkara lain."Kita mahu lihat kementerian ini dan segala atau peralatan yang kita ada akan menjadi ejen kepada pembaharuan ..ejen kepada perubahan yang dikehendaki oleh pucuk kepimpinan kita.

"Jadi kita sama sekali tidak mahu dilihat supaya Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan sebagainya sebagai enggan membuat perubahan," katanya.Ahmad Shabery berkata Kementerian Penerangan dan agensi-agensinya seperti RTM, Jabatan Penyiaran dan Bernama memainkan peranan penting dalam mendidik masyarakat untuk menyediakan pemikiran rakyat untuk memahami asas-asas kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi."Saya sedar peranan dua hala yang perlu kami mainkan. Kita adalah ejen perubahan.

"Kita percaya (kepada) pendekatan yang selama ini ditunjukkan oleh kepimpinan PM yang mahu melihat bahawa negara ini lebih terbuka dan sistem kerajaan lebih telus dan lebih berintegriti," katanya.-- BERNAMA

Goblok:
Kalaulah dapat jemputan ;-)... kena tukar nama laa..goblok nampaknya

Thursday, March 20, 2008

Rafidah Aziz menangis ..



Goblok
-Menangis kerana sedih nak tinggalkan pejabat atau kecewa ..
Fikir-fikirkan ...

Barisan Kabinet Pak Lah



Coretan Goblok
-bagi bulan Mac jer tak tau laa sampai 4 tahun kot ...
no komen ;-)

Wednesday, March 19, 2008

Wajah-wajah sugul Kabinet 2006



Coretan Goblok;
-wajah-wajah diatas tidak tersenarai dalam Kabinet Baru Pak Lah.
Apa sebabnya? kenapa? dan mengapa?...
mungkin ada cerita disebalik nya

Tuesday, March 18, 2008

Khairy tiada dalam Kabinet 2008

persoalan terjawab,khairy Jamaluudin tiada dalam kabinet dan Rafidah Aziz, Datuk Radzi juga tiada

senarai kabinet 2008
boleh di perolehi
www.bernama.com

goblok:
ulasan lanjut akan diberi ;-)

Monday, March 17, 2008

Internet mempergaruhi keputusan PRU

Internet, blog pengaruhi persepsi pengundi

Utusan Malaysia
17 Mac 2008

Oleh: SAPORA SIPON

PENGGUNAAN Internet secara meluas di seluruh pelosok dunia telah mempercepatkan proses pensejagatan dan globalisasi. Teknologi maklumat seperti Internet dikatakan lama-kelamaan akan membentuk sikap, pandangan malahan budaya di kalangan masyarakat negara ini khususnya dan dunia secara umumnya.
Pembentukan sikap dan pandangan akan memberi kesan kepada perkara-perkara lain dalam kehidupan manusia termasuk dalam menentukan pemerintahan sesebuah kerajaan. Keadaan ini dilihat berlaku dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12).

Serangan terhadap Barisan Nasional (BN) melalui laman-laman blog dan Internet dilihat antara faktor yang telah mempengaruhi pengundi sehingga membawa kepada kegagalan BN mendapat keputusan cemerlang sebagaimana pilihan raya tahun 2004.
Dilaporkan gerakan berpolitik melalui Internet sudah wujud sejak pilihan raya 1999, tetapi strategi itu gagal membantu kemaraan pembangkang dengan berkesan, malah tidak efektif langsung dalam pilihan raya 2004.
Tetapi , pilihan raya 2008 menyaksikan keadaan yang amat berbeza di mana banyak rakyat yang memilih Internet dan blog sebagai satu medium berkomunikasi yang berpengaruh dalam berkempen.

Implikasi penggunaan Internet ke atas manusia mempunyai kesan positif dan negatifnya. Dari perspektif positif, penggunaan Internet mempercepatkan pengaliran maklumat dengan cepat dan berkesan.
Maklumat dalam pelbagai bidang boleh diperoleh dengan cepat dalam usaha melahirkan masyarakat yang bermaklumat. Apabila masyarakat bermaklumat tentu sekali proses pembelajaran dan percambahan minda rakyat ke arah yang positif akan berlaku.
Tidak semua maklumat atau kesan yang dilahirkan dari Internet atau laman-laman web adalah positif.

Sigmund Freud yang mempelopori teori psikoanalitik melihat naluri manusia sebagai kuali yang sedang mendidih. Pendedahan kepada pelbagai unsur negatif dalam laman web atau blog seperti fitnah- memfitnah, keganasan, penipuan, dan budaya kuning boleh membangkitkan thanatos atau death instinct individu.
Ternyata dalam konteks PRU12 ini, laman web dan blog lebih banyak berunsur cerita-cerita buruk terhadap BN.

Natijahnya cerita-cerita buruk ini tanpa mengira kesahihannya berjaya membentuk persepsi pembaca sehingga berjaya mempengaruhi mereka dan akhirnya persepsi mereka dimanifestasikan ke dalam bentuk memilih siapa yang mereka undi dalam pilihan raya.
Mungkin kesan sama ada positif atau negatif inilah yang dimanfaat sepenuhnya oleh pengguna Internet dan blog dalam PRU12 ini.
Setiap pihak terutama sekali parti lawan BN ternyata memanfaatkan sepenuh-penuhnya penggunaan Internet dan blog atas usaha mempengaruhi pemikiran dan psikologi rakyat untuk menyokong mereka.

Ternyata usaha mereka berjaya. BN pula mungkin terlepas pandang dengan mengandaikan bahawa pengaruh Internet dan lamam web ke atas psikologi dan pemikiran rakyat tidak akan ke mana-mana.
Setakat manakah Internet digunakan oleh ahli-ahli politik semasa berkempen. Menurut Laporan Bivings ke atas hasil kajian penggunaan Internet sebagai alat berkempen pada pilihan raya Sepanyol pada tahun 2006, walaupun penggunaan Internet meningkat untuk tujuan berkempen, calon masih lagi menjauhkan diri daripada melaburkan wang yang banyak untuk strategi berkempen yang dikatakan agak baru ini (penggunaan internet dan blog).
Laporan tersebut menunjukkan ahli-ahli politik gagal mengambil kesempatan daripada kebaikan yang diberikan oleh Internet.

Walaupun peratus calon yang mempunyai laman web yang aktif meningkat iaitu sebanyak 95 peratus berbanding 55 peratus pada tahun 2002, kebanyakan calon tidak mengambil peluang menggunakan strategi web yang lebih canggih seperti blog dan podcasts dalam kempen mereka.
Hanya 23 peratus calon Senat yang ada blog dan lima peratus menggunakan podcasts. Sebaliknya, di antara 90 hingga 93 peratus calon menggunakan laman web mereka hanya untuk menulis mengenai latar belakang mereka dan bagaimana untuk menghubungi mereka.
Bagaimanapun kempen melalui Internet mempunyai kelemahan tersendiri. Antaranya ramai pengundi yang berumur kurang selesa menggunakan komputer dan ada yang tidak mampu membeli komputer.

Berbalik dengan kempen melalui Internet dan blog dalam PRU12, antara faktor penggunaannya amat meluas ialah terdapat tuduhan bahawa masyarakat tidak dapat bersuara melalui media-media lain seperti surat khabar dan televisyen.
Jika benar dakwaan mereka, media terutama media saluran utama perlu mengambil inisiatif untuk menyediakan ruang untuk penyuaraan suara-suara yang lebih bebas. Apa pun, jika tidak diberi ruang ini, mereka tetap akan beralih kepada kaedah-kaedah lain seperti Internet dan blog.
Naluri manusia yang diibaratkan oleh Freud sebagai kuali yang sedang mendidih perlu ditangani sebijak-bijak.

Ternyata dalam konteks PRU12, penggunaan Internet dan blog banyak menguntungkan lawan BN. Tentu sekali ini memberi pengajaran kepada BN untuk tidak mengambil mudah peranan Internet dan blog dalam memujuk dan membentuk persepsi pengundi pada pilihan raya umum akan datang.

- DR. SAPORA SIPON ialah pensyarah kanan, Program Kaunseling, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Sunday, March 16, 2008

Mukhriz Mahathir


Coretan Goblok
-Wajah yang mungkin boleh menjawab seribu persoalan...

Friday, March 14, 2008

Perubahan selepas PRU 2008 perlu diurus dengan bijak.

Bernama
14 Mac 2008

Bijak Menguruskan Perubahan
Oleh Ir. Ahmad Jais Alias

KUALA LUMPUR --Tsunami Politik yang dikatakan melanda kancah politik negara, akibat keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 yang baru berlalu, masih meletakkan banyak pihak di dalam kecelaruan fikiran, perasaan dan tindakan.Tidak kurang juga yang terganggu tidurnya, hilang selera makan atau termangu tanpa sebarang arah tujuan dalam beberapa hari yang berlalu. Fenomena ini bukan sahaja dirasai oleh para pemimpin politik malah turut memberi kesan kepada masyarakat umumnya.Sekiranya itulah keadaaan yang berlaku, maka istilah Tsunami Politik memang sesuai digunakan untuk menggambarkan keadaan yang berlaku.Namun, tidak semua orang menjadi tidak menentu atau celaru selepas pilihan raya umum, kerana hampir separuh daripada pengundi, yang telah memberi undi kepada gabungan parti pembangkang, telah menyambutnya dengan perasaan kemenangan dan puashati. Wajah-wajah ceria yang saya temui di pelbagai tempat, tidak menggambarkan istilah Tsunami Politik ini secara tepat.

TSUNAMI POLITIK


Oleh itu, penggunaan istilah Tsunami Politik ini seolah-olah hanya sesuai digunakan kepada pihak yang tewas dan kehilangan kerusi dan kerajaan selepas pilihan raya umum yang lalu.Sememangnya itulah yang sebenarnya, kerana semasa peristiwa Tsunami yang melanda Aceh dan juga sebahagian Pulau Pinang dan Kedah pada Disember 2004, gelombang tersebut meninggalkan kenangan pahit, lantaran kehilangan nyawa dan harta yang diakibatkan olehnya.Tsunami Politik kali ini nampaknya mengorbankan tidak sedikit nyawa dan harta politik. Beberapa orang Menteri dan Timbalan Menteri Pusat telah kehilangan kerusi (dan mungkin juga jawatan) mereka.Manakala beberapa negeri telah beralih kepada gabungan parti pembangkang. Namun kejutan di pihak yang merasai kehilangan oleh Tsunami ini, menjadi satu yang menggembirakan dan diraikan di pihak yang meraih kemenangan.Bagi mereka, gelombang Tsunami yang membadai pantai Pulau Pinang dan Kedah empat tahun lalu, seolah-olah menjadi arus yang melorongkan kemenangan besar mereka pada kali ini.Bagaimana seharusnya kita menanggapi perubahan yang sedang berlaku ini

BIJAK URUS PERUBAHAN

Rakyat secara umumnya, harus bijak menerima dan menguruskan perubahan yang sedang dan akan berlaku, hasil daripada pilihanraya yang baru berlalu.Dengan kebijaksanaan ini, maka rakyat akan dapat mengawal keadaaan, tidak menjadi mangsa hasutan pihak-pihak tertentu yang cuba menangguk di air keruh dan seterusnya memainkan peranan positif demi kebaikan negara dan negeri yang mereka diami.Pertama, rakyat perlu bijak mentakrifkan semula erti istilah pemerintah danpembangkang. Ini penting kerana cubaan mentakrifkan Barisan Nasional sebagai pemerintah dan parti-parti lain sebagai pembangkang sudah menjadi tidak berasas lagi."Kini kita sudah ada lima buah kerajaan pembangkang". Ini salah satu contoh penggunaan istilah yang sangat mengelirukan. Bagaimana boleh kita katakan kerajaan pembangkang, sedangkan tugas kerajaan dan pembangkang adalah saling berlawanan.Penggunaan yang lebih tepat adalah seharusnya seperti berikut; Selepas Pilihan Raya Umum ke-12, Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah memerintah di peringkat pusat sekali lagi, manakala Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Selangor mendapat kerajaan campuran DAP, PKR dan PAS, dan Kelantan kekal diterajui oleh Kerajaan PAS.

ELAK KEKELIRUAN

Kenyataan seperti ini akan dapat mengelakkan kekeliruan, kerana di negeri-negeri tersebut, BN akan memainkan peranan sebagai pembangkang.Perkara kedua yang memerlukan kebijaksanaan rakyat, adalah kesediaan untuk menerima dan menguruskan perubahan. Rakyat perlu dijelaskan bahawa perubahan adalah suatu yang pasti dan akan terus berlaku di dalam kehidupan. Cuma yang berbeza adalah tahap perubahan tersebut.Keputusan pilihanraya kali ini, menuntut kita semua menerima tahap perubahan yang lebih besar, yang semestinya menuntut kita memiliki jiwa yang besar jua.Seseorang yang kerdil dan lemah jiwanya, akan mudah tewas dengan perasaan dan tekanan, lantas melahirkan tindakan dan tindakbalas yang tidak matang atau keanak-anakan.Seorang tokoh politk yang berjiwa besar, perlu berani menerima kenyataan, mengakui keputusan yang tidak meletakkan mereka sebagai pemenang, dan mengalu-alukan kejayaan pihak lawan. Bukankah kita sering diajar mengenai semangat kesukanan ini sejak di bangku sekolah lagiPihak yang menang juga perlu bijak meraikan kemenangan, kerana mereka perlu sedar dan ingat, di sebalik keceriaan mereka menyambut kemenangan, ada wajah-wajah yang sugul dan terkejut.Usah ditambah kepiluan mereka yang tewas ini, dengan sorak-sorai yang menambahkan luka, demi menjaga hati semua pihak. Begitu juga, cubaan untuk menuding jari atau meletakkan kesalahan kepada mana-mana individu sebagai penyebab kekalahan perlu dielakkan.

Kini masanya untuk semua rakyat, tanpa mengira parti yang telah mereka undi, menguruskan perubahan ini secara bijaksana. Rakyat juga perlu menasihatkan pemimpin yang telah mereka pilih, agar mentadbir dan menguruskan pemerintahan negara dan negeri secara bijaksana.Semua ini terkandung di dalam pengertian amanah dan tanggungjawab kepimpinan itu sendiri.
Selamat Bertugas, YB!
Penulis ialah Fellow Pusat Perundingan dan Latihan IKIM (PPLI) Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).( ahmadjais@ikim.gov.my)-- BERNAMA

Khairy mahu rebut kepimpinan negara?

Khairy mahu rebut kepimpinan negara?

Buat masa ini Khairy terpaksa merancang langkah defensif selanjutnya. Dikatakan beliau akan berusaha untuk menempatkan dirinya dalam kerajaan melalui kabinet. Jika Abdullah melantik Khairy sebagai menteri kabinet barunya, itu adalah bukti yang jelas bahawa dakwaan Zam mengenai golongan muda mahu mengambilalih kuasa adalah benar.

Bashir Ahmad
13 Mac 2008

BEKAS Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin atau Zam mendedahkan pada sidang akhbar selepas pilihan raya umum (PRU) 2008: “Tsunami politik telah mematahkan suatu percubaan untuk mengambilalih kepimpinan negara oleh golongan muda yang dibuat secara terurus dan terancang menerusi Pilihan Raya Umum ke 12 untuk perubahan politik secara drastik.”

Kenyataan yang disiarkan oleh banyak akhbar itu telah menimbulkan pelbagai percakapan dan spekulasi.
Disebabkan Zam tidak menghuraikan lebih lanjut dalam kenyataannya dan enggan menjawab pertanyaan wartawan, umum tertanya-tanya siapakah golongan muda itu dan siapakah ketua mereka?
Menyorot perkembangan dalam UMNO sejak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO, tidak sukar untuk meneka siapakah ketua golongan muda itu.
Sudah pasti golongan muda itu berada dalam UMNO. Barangkali kerana itulah Zam sukar untuk menjawab pertanyaan wartawan pada sidang akhbarnya itu.

Sesiapa sahaja yang mengikuti perkembangan UMNO boleh meneka dengan menjawab kepada soalan-soalan berikut:
1. Siapakah orang muda dalam UMNO yang kelihatan paling gelojoh dan rakus untuk berkuasa?
2. Siapakah orang muda yang kelihatan paling berpengaruh walaupun jawatannya dalam UMNO baru di peringkat pertengahan?
3. Siapakah orang muda yang mendapat publisiti paling meluas walaupun tidak memegang jawatan dalam kerajaan?

Banyak lagi pertanyaan yang boleh dikemukakan, tapi tiga soalan di atas sudah memadai untuk menunjukkan siapa orang muda ini.
Apabila disebut golongan muda dalam UMNO, tentulah mereka dari kalangan Pemuda UMNO atau setidak-tidaknya Putera UMNO. Tidak mungkin Puteri UMNO kerana peranan mereka tidak ketara untuk mengambilalih kepimpinan negera.
Menoleh ke kiri dan kanan, depan dan belakang, orang yang dimaksudkan tidak lain tidak bukan ialah Khairy Jamaluddin. Perlukah diceritakan dengan panjang lebar siapa Khairy? Tentulah tidak kerana cerita mengenainya sudah menjadi `rahsia umum.’

Khairy tidak pernah menafikan spekulasi dalam dunia siber bahawa beliau bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia sebelum usianya 40 tahun. Beliau baru meraikan hari jadinya yang ke-32 pada 10 Januari lalu.
Beliau sekarang memegang jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Bagaimana mungkin beliau menjadi Perdana Menteri dalam masa yang singkat tanpa memanjat tangga ke jawatan Presiden UMNO terlebih dulu.

Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba melakukannya dengan pantas dulu, tapi hanya sekadar hampir-hampir berjaya. Porak-peranda UMNO dibuatnya.
Jika Khairy mahu melakukannya, tentulah memerlukan jalan yang lebih singkat dengan masa yang lebih pantas daripada Anwar. Bagaimana mungkin? Jika dia cuba melakukannya, tentulah kesannya lebih buruk daripada apa yang Anwar lakukan dulu.

Banyak pemimpin UMNO yang akan kena cantas, lebih banyak daripada apa yang Anwar lakukan dulu. Dan mereka ini telah berjuang dan berkorban sekian lama dalam UMNO.
Jika Anwar dulu menyingkir Allahyarham Tun Ghafar Baba untuk naik ke atas, apakah Khairy boleh melakukannya tanpa menolak ke tepi Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak?
Semasa kempen PRU 2008, peranan Khairy melalui media telah mengatasi hampir kesemua pemimpin UMNO kecuali Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Malah beberapa stesen TV memberikan keutamaan kepada Khairy melebihi Najib.

Jika berdasarkan jawatan dalam kerajaan dan parti, Khairy tidak sepatutnya mendapat liputan yang kedua terpenting selepas bapa mertuanya. Tapi itu tidak berlaku. Malah dibandingkan dengan publisiti yang Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein peroleh semasa kempen adalah ibarat gunung dan busut.

Dengan keputusan PRU 2008 kurang memihak kepada BN yang kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen dan kuasa memerintah di lima negeri, golongan muda UMNO kini dalam keadaan defensive dan menghadapi masalah untuk mengejar cita-cita mereka.
Percaturan politik mereka tidak menjadi kerana kedudukan Abdullah juga sangat terjejas. Jika Abdullah berundur, percaturan politik Khairy akan turut ranap.

Buat masa ini Khairy terpaksa merancang langkah defensif selanjutnya. Dikatakan beliau akan berusaha untuk menempatkan dirinya dalam kerajaan melalui kabinet. Jika Abdullah melantik Khairy sebagai menteri Kabinet barunya, itu adalah bukti yang jelas bahawa dakwaan Zam mengenai golongan muda mahu mengambilalih kuasa adalah benar.
Kita sama-sama perhatikan sama ada Khairy berjaya menganggotai Kabinet baru Abdullah. _ www.malaysiaaktif.com

Wednesday, March 12, 2008

Was this the election made on the Internet?

Was this the election made on the Internet?
New Straits Times
March12, 2008
Koh Lay Chin


THEY are calling it a political tsunami; a watershed election; a wave of change. On Sunday, Malaysians woke up to news that took their breath away -- that the mighty Barisan Nasional was not so mighty after all, and that their challengers had succeeded in wresting away four states.

That the informal coalition of PKR, DAP and Pas will now have a substantial and potent voice in parliament. That old-timers and heavyweights from BN had been shown the door.Even the most optimistic watchers did not envision the scale and magnitude of this unmistakable clarion call from Malaysians of all races and religions. Political winners were shocked, leaders of component parties flabbergasted.How was it that nobody had seen it coming?

I do not think it was due to overconfidence among the incumbents nor humble expectations among their opponents. While Malaysia does not have the sophisticated opinion polls or indicators of other developed countries, it had been generally accepted by all sides that there would be some telling defeats for the ruling coalition.What was unexpected was that the slap on the hand turned out to be a big whipping and a punch in the stomach. But the reality is thankfully not as violent as this analogy.

The factors resulting in the defeat have been repeated many times -- worries about the economy, higher prices, more co-operation among opposition parties, ethnic frustrations and dissatisfaction with the administration.And while there were many disgruntled groups, history shows us that an unorganised or fractured civil society movement hardly succeeds in making dents.This time, however, there was another actor in the play which shattered the glass; an actor who had been underestimated, not least by the powers that be.

The Internet movement is now a player in Malaysian politics, and those who refuse to believe that may have to rethink their views. Many may think the Internet influence may not reach outside the urban masses but this is rather simplistic. According to international statistics, Malaysia is now at a 60 per cent Internet penetration rate. In our population of around 24.8 million, we had 3.7 million Internet users in 2000. Last year, this figure was nearly 14 million.

This means that in eight years, we had a user growth of 302.8 per cent. These are figures about Internet usage and not computer ownership or Internet subscribers, which are related but different things.The reality is that kampung folk and those in rural areas now have kith and kin who have moved to the towns and cities. And like a bad review of a restaurant that multiplies itself effortlessly by word of mouth, unflattering information, true or false, travels even faster with cyberworld denizens, who then spread the word outside it.Whether the news is fact or fiction is another story. This time around, civil society organisations, activists, and the nation's youth had a powerful tool at their disposal, and they used it like a weapon.

The fact that Malaysia now has members of parliament who are bloggers with no significant grassroots "bases" or previous political experience is something that has pricked the attention of international observers.Various alternative news sites sprung up in the run-up to the election; youth organisations used multiple methods such as mass emails, Facebook, blogs and networking groups to spread awareness about voting, and the opposition became a realm not one of parties alone, but one where the arts community, political bloggers, and civil society at large combined forces.Ironically, the best gift that the government has given to our civil society, it would seem, is the 1998 Communications and Multimedia Bill, in which the government committed to ensuring there would be no Internet censorship.Other countries like the United States and Britain have seen politicians seeking to reach the electorate via the Internet.

That the US presidential campaigners have used the Internet to both bolster their own efforts and attack rivals, and that British parliamentarians are on Facebook, are telling signs indeed.Malaysian politicians have a love-hate relationship with the Internet, and it has resulted in many angry denunciations from BN leaders. Information minister Datuk Seri Zainuddin Maidin's snubbing of bloggers several times did not go unnoticed in cyberworld, where there are infinitely more casual bloggers than socio-political bloggers. His speeches and his interview about the Bersih gathering with an international news network were also passed along, with much comment and ridicule for added effect, through many computers.What are the lessons learned?

That the Malaysian citizenry is far more sophisticated than the government figured. That the effects of development, globalisation and information through ones' fingertips have changed the landscape. The idea that the masses are generally simple-minded and easily influenced by "mob mentality" or fear should be rethought.Even as the surprising results were still being calculated, many sites were already launching a pre-emptive strike as it were, calling for calm, asking for no public celebrations.

Many Malaysians were already putting out caveats to new winners from PKR, DAP and Pas. "Make sure you fulfil your promises" is common. Another was a precise warning: "Rest assured, We vote you in, We can vote you out."It is a simple but effective message that goes for all winners and losers of the election.

That when the electorate speaks, it expects to be listened to.Perhaps this is the strongest reminder for leaders, now that the tsunami has receded. It's time for the clean-up, and it's back to business. - NST

Tuesday, March 11, 2008

Pengundi hantu PRU 2008

Mana dia pengundi hantu yang digembar-gembur oleh parti-parti pembangkang sebelum PRu 12 lalu. Pelik tapi benar bila kalah ada hantu tapi bila menang hantu hilang...

Goblok berpendapat PRU 2008 ini membuktikan bahawa tiada wujud pengundi-pengundi hantu kerana empat buah negeri telah jatuh ke tangan pembangkang dan satu kekal pembangkang. Kalau ada pun hantu pun pasti hantu ini pangkah BN lucu tapi mungkin benar

Tiada buat masa ini pemantauan saya dalam ruang siber, tidak banyak kisah pengundi hantu diperkatakan. Sedih tapi benar banyak hantu manusia berkeliaran selepas pilihan raya.

Hantu-hantu ini menyebarkan berita melalui medium internet dan sms mengancam kestabilan negara dengan membuat fitnah macam-macam.Contohnya bahawa belaku rusuhan sana-sini di war-warkan.

Saya nasihatkan hantu-hantu ini janganlah kita porak poranda negara kita yang aman ini. Meskipun empat negeri berada dalam peralihan kuasa dari parti kerajaan ke pembangkang,kita harus mengambil iktibar tentang apa yang telah kita lakukan dan memperbaiki kesilapan yang lepas.
Jadilah kita warga Malaysia yang baik dan berguna.

Salam siber...
Goblok88... bukan sekadar penulis blog

Monday, March 10, 2008

Pak Lah terpaksa letak jawatan




ANALISIS PILIHAN RAYA 2008




Abdullah terpaksa lepaskan jawatan


Cuma masanya bila? Buat masa ini beliau baru sahaja mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri. Setelah debu pertempuran mulai mendap ke atas tanah, itulah masa yang sesuai baginya melepaskan jawatan.

Bashir Ahmad
10 Mac 2008


DATUK Seri Abdullah Ahmad Badawi akan terpaksa melepaskan jawatan Perdana Menteri. Itulah mesej daripada keputusan pilihan raya umum (PRU) 2008 yang beliau tidak boleh tolak.Cuma masanya bila? Buat masa ini beliau baru sahaja mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri. Setelah debu pertempuran mulai mendap ke atas tanah, itulah masa yang sesuai baginya untuk melepaskan jawatan.
Tidak sesuai jika beliau meletakkan jawatan ketika ini kerana keadaan masih terumbang-ambing selepas BN masih berada dalam keadaan geruh akibat kejutan besar yang dialami. Masa yang sesuai ialah apabila kabinet dan kerajaan telah dibentuk.
Calon penggantinya adalah jelas. Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan mengambil alih tugas Perdana Menteri jika Abdullah meletakkan jawatan. Maka cara yang terbaik untuk memilih masa yang sesuai ialah dengan berunding dengan Najib dan Majlis Tertinggi UMNO.
Tiada sebab bagi Abdullah untuk terus menjadi Perdana Menteri kerana ia akan menambah kekusutan. Tun Mahathir Mohamad yang melantiknya kini menjadi seteru besarnya. Dan Mahathir sendiri telah bersuara supaya Abdullah berundur segera.
Jika pandangan orang ramai juga diambil kira, itulah juga pendapat mereka. Kedudukan beliau sekarang adalah ibarat orang bermain catur kena "syahmat."


Sekiranya Abdullah tidak berundur, keresahan dan kegelisahan dalam UMNO semakin membara. Mereka melihat kepimpinan beliau adalah punca utama BN hampir-hampir ditolak sepenuhnya dalam PRU 2008.
Sudah pasti kekecewaan mereka akan disalurkan melalui pemilihan pucuk pimpinan yang akan diadakan pada Perhimpunan Agung UMNO akan datang. Jumlah calon UMNO yang tewas adalah banyak. Mereka inilah yang akan bersuara menentang Abdullah.


UMNO perlu memulihkan imejnya dengan membuat penilaian diri atau post-mortem. Antara punca kelemahan yang sangat ketara ialah kepimpinan. Aspek-aspek lain ada, tetapi yang utama adalah aspek kepimpinan.
Parti tunjang BN itu juga perlu melihat sudut-sudut lain. Umpamanya UMNO kini dilihat sebagai parti orang kaya dan mereka yang mahu mencari kekayaan. Imej ini dipancarkan oleh wakil-wakil rakyat dan para pemimpin bahagian yang memandu kereta mewah dan tinggal di rumah banglo besar.


UMNO perlu kembali kepada usul asal perjuangannya. Sungguhpun negara sudah lama merdeka, semangat pejuang-pejuang kemerdekaan dulu perlu terpancar dalam parti utama orang Melayu ini. Itu semua dilihat sudah hilang daripada UMNO kerana masing-masing berlumba mahu mencari kekayaan dengan menggunakan kedudukan dalam parti. Sama ada benar atau tidak, inilah tanggapan kebanyakan rakyat terhadap UMNO.
Keputusan PRU 2008 menunjukkan bahawa rakyat kini boleh membuat perhitungan yang tidak diduga. Pilihan raya ini menandakan bermulanya era sistem dua parti yang tidak pernah wujud sebelum ini.


Barisan Nasional tidak lagi berhadapan dengan DAP, Pas dan PKR secara berasingan. Walaupun pakatan mereka bersifat sementara dan longgar, mereka berjaya bertanding satu lawan satu dengan BN hampir di semua kawasan. Ini membolehkan rakyat membuat perhitungan sama ada memilih Barisan Nasional atau Barisan Alternatif.
Zaman beranggapan bahawa rakyat tidak mempunyai pilihan lain sudah berakhir. Siapa yang memerintah tidak boleh lagi bermain silap mata kerana rakyat terdedah kepada pelbagai sumber maklumat, tidak lagi kepada akhbar dan TV.

Rakyat sekarang tidak lagi menerima bulat-bulat apa yang disogokkan kepada mereka seperti generasi dulu. Mereka semakin terpelajar dan turut dipengaruhi oleh perkembangan global. Maklumat di dalam dan luar negara boleh dicapai dalam sekelip mata melalui internet.
Mereka boleh membuat pilihan untuk tidak membeli akhbar atau tidak menonton TV. Internet memberikan pilihan yang lebih luas kepada mereka. Dan generasi Internet semakin berkembang pesat.

Jika dulu isu pembangunan seperti jalan raya, elektrik dan bekalan air memainkan peranan utama, kini tidak lagi. Rakyat mulai melihat kepada isu-isu semasa seperti kebebasan, ketelusan, rasuah, pendidikan, ekonomi dan kecekapan memerintah.
Dan jangan sekali membebanklan rakyat dengan kenaikan harga barang mendadak dan kadar tol dinaikan di sana sini. Isu periuk nasi tetap menjadi perhitungan pengundi sama ada di bandar atau luar bandar.

Malaysia sedang menuju ke arah negara maju. Ahli-ahli politik kena memahami perubahan hati nurani rakyat sebuah negara yang membangun pesat dalam dunia yang sudah jauh berubah. – www.malaysiaaktif.com

Sunday, March 9, 2008

ANALISIS PILIHAN RAYA 2008

Enam faktor kemerosotan undi BN

Bashir Ahmad
9 Mac 2008

KEPUTUSAN pilihan raya umum (PRU) 2008 akan menjadi bahan perbincangan yang panjang setelah ia melanda ibarat tsunami. Pasti tiada siapa yang terfikir bahawa pembangkang akan menawan lima negeri dan BN gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.Satu suasana politik yang tidak menentu menyelubungi masa depan negara. Adakah ia akan memberikan kesan ke atas perkembangan ekonomi dan kestabilan? Pemerintahan pusat oleh sebuah kerajaan yang akan berhadapan dengan kesukaran untuk mengemukakan dasar baru, peruntukan dan undang-undang di Parlimen. Jika dulu wakil-wakil BN boleh mampu untuk selalu bersenda-loka di luar dewan persidangan, akan datang mereka tidak boleh lagi berbuat demikian kerana kerajaan sentiasa memerlukan kehadiran mereka untuk menghadapi tindak-tanduk pembangkang yang tidak diduga.Tiada siapa termasuk pembangkang sendiri menjangka keputusan begitu teruk bagi BN. Mengapa perubahanboleh berlaku begitu mendadak? Ramai yang menuding jari kepada faktor-faktor berikut:

FAKTOR PERTAMA IALAH KEPIMPINAN:

Sebagaimana yang diketahui umum, PRU 2008 adalah pilihan raya kad laporan bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi.Setelah rakyat mengesahkan pelantikannya dengan memberikan sokongan paling besar kepada BN dalam PRU 2004, kali ini tibalah masanya bagi mereka menilai prestasi beliau. Keputusan PRU 2008 adalah markah yang mereka berikan kepada beliau. Perihal mengapa mereka memberikan penilaian yang begitu teruk, memerlukan kupasan yang panjang dalam satu tulisan berasingan.

FAKTOR HARGA BARANG:
Jika golongan menengah dan penduduk bandar menjadikan faktor kepimpinan sebagai markah utama penilaian, kenaikan harga barang-barang keperluan harian ekoran pengurangan subsidi minyak adalah faktor yang kuat menimbulkan perasaan tidak suka terhadap kerajaan BN terutama di kalangan mereka yang berpendapatan rendah.Pihak kerajaan cuba memberikan aneka penjelasan bagi mewajarkan pengurangan subsidi, tapi pembangkang memutar hujah dengan membentangkan angka pendapatan besar, Petronas. Keuntungan besar yang syarikatminyak negara itu peroleh setiap tahun sepatutnya digunakan untuk mengekalkan harga minyak. Kenaikan yang berlaku dianggap terlalu tinggi.Malah pembangkang memanipulasi isu ini dengan membuat pelbagai tawaran istimewa melalui manifesto mereka. Antaranya dijanjikan harga minyak akan turut serta-merta, bonus RM6,000 setahun untuk golongan miskin dan negara kebajikan. Mereka sendiri tidak percaya ia mudah dilaksanakan, tapi tujuan mereka hanyalah memomokkan kerajaan BN di kaca mata rakyat ekoran kenaikan harga minyak. Sungguhpun gaji kakitangan kerajaan telah dinaikkan dengan kadar yang tinggi atas alasan bagi mengimbangikenaikan harga barang tetapi kenaikan pendapatan tidak berlaku di sektor swasta yang jumlah pekerjanyajauh lebih besar.

FAKTOR MAHATHIR:
Serangan Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap penggantinya Abdullah secara terbuka turut memberikan kesan yang mendalam. Kritikannya yang berterusan terhadap dasar dan pengurusan ekonomi kerajaan pimpinan Abdullah turut mencemarkan imej penggantinya itu bukan sahaja di kalangan rakyat biasa, malah di kalangan ahli-ahli UMNO sendiri.Kemuncak serangan Mahathir ialah apabila beliau mendedahkan tentang `gentlemen's agreement' antaranya dan Abdullah. Kononnya mereka bersetuju bahawa Abdullah akan melorongkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selepas satu penggal perkhidmatan. Abdullah menafikan kewujudan perjanjian berkenaan, tapi orang ramai tentulah lebih mempercayai cakap Mahathir.

FAKTOR MEDIA INTERNET: Penggunaan internet yang semakin meluas sebagai media alternatif dimanfaatkan sepenuhnya oleh pembangkang untuk mempengaruhi pengundi supaya menolak BN.Pembangkang yang selama ini tidak mendapat tempat dalam oleh akhbar dan TV yang sangat pro-BNmenggunakan blog dan laman berita sebagai media alternatif. Beratus blog propembangkang muncul sejakera Reformasi tajaan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada akhir 90-an.Antara bahan utama siaran mereka ialah serangan peribadi terhadap Abdullah dalam bentuk tulisan, posterdan kartun. Serangan dalam internet ini tidak ditangkis oleh akhbar dan TV kerana mereka telah `dinasihatkan' supaya tidak respons kepada apa jua yang datang dari blog.BN yang terlalu bergantung kepada media tradisional akhbar dan TV tidak memanfaatkan internet sebagaimana pembangkang. Ini kebetulan berlaku ketika internet menjadi saluran utama hiburan dan maklumat bagi generasi baru. Disebabkan akhbar dan TV memberikan liputan yang terlalu berat sebelah, akhirnya media tradisional ini tidak lagi mendapat kepercayaan sebagai sumber maklumat yang tepat.Dalam peperangan media ini, blog dan laman berita propembangkang yang lebih agresif dan tidak tertakluk kepada pantang larang yang diamalkan oleh akhbar dan TV ternyata mempunyai kelebihan. Mereka lebih pantas dalam menyebarkan propaganda melalui tulisan, gambar dan video yang boleh disiarkan pada bila-bila masa.Bahan-bahan propaganda yang boleh disimpan lama menjadi bahan yang sangat berkesan apabila dimuat turun pada bila-bila masa bagi penyebaran yang lebih luas di kalangan pengundi-pengundi yang tidak sempat akses kepada internet kerana faktor masa atau langsung tidak memiliki komputer.

FAKTOR KHAIRY:
Media alternatif telah menggarap imej yang sangat negatif terhadap Khairy jamaluddin, menantu Abdullah. Khairy digambarkan sebagai seorang muda rakus kuasa yang sangat berpengaruh ke atas Perdana Menteri.Istilah `tingkat empat' Pejabat Perdana Menteri menjadi bahan sindiran untuk menggambarkan bahawa di situlah segala dasar dan urusan pentadbiran Abdullah dirancang dan diarahkan. Tingkat empat itu merujuk kepada pejabat Khairy dan rakan-rakannya yang menjadi pembantu Perdan Menteri. Malah media alternatif mendakwa senarai calon BN juga dimuktamadkan di `tingkat empat.' Ini pasti menimbulkan kegelisahan, jika tidak kemarahan di kalangan ahli-ahli UMNO. Tuduhan ini mewujudkan kem Abdullah dan kem Najib.Semasa kempen PRU 2008, Khairy juga dituduh menggunakan kedudukannya untuk menghakiskan pengaruhNajib dalam UMNO dengan mengenepikan para penyokongnya daripada menjadi calon. Cerita ini tersebar luasdi kalangan ahli-ahli UMNO dan tiada sesiapa pun di kalangan pemimpin parti itu cuba menafikannya.Sedikit sebanyak gambaran negatif terhadap Khairy menempias Abdullah dan menjejaskan integritinyasebagai pemimpin negara.FAKTOR BN/ UMNO: Sebagai parti yang memerintah selama lebih 50 tahun, kritikan yang bertali arussekian lama terhadapnya boleh menimbulkan kesangsian terhadap BN/UMNO.Budaya hidup mewah dengan memiliki kereta dan rumah besar di kalangan orang-orang BN/UMNOtidak membantu untuk menangkis tuduhan-tuduhan politik wang, rasuah dan kronisme yang dilemparkanterhadap mereka.Apa jua tuduhan, sekalipun tidak benar, jika diulang setiap hari lama kelamaan akan dipercayai. Jika tidakoleh semua orang, sebilangan orang akan menganggapnya perkara yang benar.

FAKTOR PROPAGANDA PEMBANGKANG: Pembangkang berjaya menampilkan imej mereka sebagai mangsa `penganiayaan' kerajaan BN. Mereka mendakwa pilihan raya di Malaysia memihak kepada BN dan tidak adil kepada parti-parti pembangkang.Apabila SPR membatalkan cadangan menggunakan dakwat hitam bagi penyelewengan dalam pengundianhanya empat hari sebelum hari mengundi, jentera kempen pembangkang dengan pantas mengambil kesempatan untuk menjadikan langkah tersebut sebagai bukti bahawa SPR menolong untuk memenangkanBN.Pembangkang berjaya memperlihatkan bahawa pertarungan dengan BN dalam pilihan raya ini seolah-olah antara manusia kerdil David dan gergasi Goliath.Ini melengkapkan ramuan supaya lebih banyak pengundi bersimpati kepada pembangkang. Sebilangan mereka hanya sekadar mahu memberikan isyarat untuk menegur BN melalui undi kepada pembangkang, tapi oleh kerana undi adalah rahsia, akhirnya mereka memberikan `pukulan', bukannya isyarat. Sesama mereka tiada siapa yang tahu dengan tepat berapa banyakkah undi yang perlu diberikan kepada pembangkang. Akhirnya begitu ramai pengundi atas pagar yang mengundi pembangkang.Akhirnya PRU 2008 berakhir dengan satu keputusan yang membuka era baru yang tidak menentu. Limakerajaan negeri di bawah pemerintahan pembangkang dan kerajaan pusat di bawah BN yang gagal mendapat majoriti dua pertiga. Bolehkah mereka bekerjasama?Muafakat antara tiga parti pembangkang (DAP, PKR dan Pas) pula terlalu longgar dan bersifat sementara.Ibarat perkahwinan mutaah, menimbulkan tanda tanya berapa lama mereka boleh hidup rukun damai.-

www.malaysiaktif.com

Coretan goblok:
-pengaruh media internet telah terbukti

Coretan Khas Goblok PRU 12


Saya ingin mengucapkan tahniah kepada saudara Jeff Oii (gambar) seorang Penulis blog yang menang di parlimen Jelutong.


Hasil dari pemantauan saya bermula dari hari pertama saya menulis blog ini menunjukan pengaruh media alternatif iaitu media internet ini amat memberi impak yang besar kepada keputusan pilihan raya 2008 ini
Parti DAP,PKR dan PAS amat memanfaat kan media alternatif ini.
Selain daripada itu faktor penyumbang lain seperti "bread & butter" termasuk kenaikan harga barangan, mempengaruhi keputusan kali ini.
Goblok ini menyarankan kepada semua pihak supaya tidak mengambil sikap tunding-menunding di antara satu sama lain dan kita wajar menerima kekalahan dalam PRU 12 ini sebagai satu bentuk pembaikan yang berterusan.
Pada pihak yang menang dalam PRU 12 ini buktikan sesuatu yang anda nyatakan dalam manisfesto masing-masing dan kekalkan keselamatan dan kemakmuran bumi Malaysia ini
Salam Siber
Goblok
...bukan sekadar penulis blog

KEPUTUSAN PRU 2008


BN KEKAL MEMERINTAH MALAYSIA

Tepat jam 1.30 pagi Barisan Nasional telah berjaya memenangi kerusi parlimen sebanyak 112 kerusi untuk membentuk kerajaan.

Dalam pilihan raya ini menyaksikan semua pemimpin tertinggi parti MIC ( Malaysia Indian Congres) tewas, Datuk Seri S.Samy Vellu,Datuk G.Palanivel, Datuk S.Sothinathan dan Datin Paduka P.Komala Dewi.

Parti Gerakan juga kecundang dengan teruk apabila Pulau Pinang tewas di tangan parti DAP.

Parti UMNO tewas memerintah di Selangor,Perak dan Kedah dan hampir di Terengganu.

Saturday, March 8, 2008

Kuasa Di Tangan Rakyat


KUASA DI TANGAN RAKYAT


HARI ini bukanlah hari biasa. Sebagai pengundi, hari ini anda berkuasa menentukan masa depan negara, masa depan kita semua.
Justeru, melangkahlah dengan minda yang tenang ke pusat pengundian dan berfikirlah semasak-masaknya sebelum memuktamadkan siapa yang anda akan pilih. Walaupun hanya satu undi, ia amat berharga.
Selepas 13 hari mendengar janji-janji dan rayuan parti-parti politik pada majlis-majlis ceramah, kempen dari rumah ke rumah dan melalui media, kini pilihan mutlak di tangan anda.
Ingatlah, hari ini anda adalah salah seorang daripada lebih 10.9 juta pengundi yang akan menunaikan tanggungjawab bagi menentukan kerajaan.
Sebanyak 214 daripada 222 kerusi Parlimen menjadi taruhan bagi menentukan parti yang akan membentuk Kerajaan Persekutuan. Sebanyak 501 daripada 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pula menjadi rebutan untuk membentuk kerajaan negeri yang baru, kecuali Sarawak.
Barisan Nasional (BN), sekali lagi dijangka menang dengan majoriti dua pertiga, selain berusaha untuk merampas Kelantan yang dikuasai Pas selama 18 tahun.
Parlimen dibubarkan pada 13 Februari manakala penamaan calon berlangsung pada 24 Februari lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuka 7,950 pusat pengundian dengan 21,822 tempat mengundi, kebanyakannya membabitkan sekolah, dewan pelbagai guna dan rumah panjang, akan dibuka mulai 8 pagi hingga 5 petang.
Bagaimanapun, pengundian di beberapa kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak akan ditutup lebih awal, dijadual pada pukul 1 tengah hari memandangkan jumlah pengundi yang kecil selain faktor geografi. Antara kawasan itu ialah Baram, Lawas dan Hulu Rejang yang hanya boleh dimasuki menggunakan helikopter dan bot.
Pengerusi SPR, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman berkata, suruhanjaya itu menjangkakan 75 peratus pengundi akan keluar menunaikan tanggungjawab mereka.
BN sudah pun memenangi lapan kerusi Parlimen dan tiga kerusi DUN tanpa bertanding manakala pembangkang memenangi satu kerusi DUN menerusi Pas di Kijang, Kelantan.
BN menang kerusi Parlimen Selangau, Kanowit, Tanjung Manis, Kapit dan Igan (Sarawak), Kalabakan dan Pensiangan (Sabah) dan Pengerang (Johor) manakala kerusi DUN bagi Bugaya dan Gum Gum (Sabah) dan Sementa (Selangor).
BN yang menaungi 14 parti, bertanding di kesemua 214 kerusi Parlimen manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) di 97 kerusi, Pas (66 kerusi) dan DAP (47 kerusi).
Pada pilihan raya umum 2004, BN yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, menang besar apabila menguasai 199 daripada 219 kerusi Parlimen dan 453 kerusi DUN. Terdapat tiga kerusi baru, kesemuanya di Sarawak kali ini.
Walaupun terdapat 10,922,139 pengundi, termasuk 221,085 pengundi pos, pengundian esok hanya menyaksikan 10,607,874 pengundi melaksanakan hak mereka itu.
Ini kerana anggota polis dan tentera telah menunaikan undi pos minggu ini dan sejumlah 93,180 pengundi dari lima kawasan Parlimen yang menang tanpa bertanding di Sarawak, tidak perlu keluar mengundi memandangkan pilihan raya DUN tidak diadakan di negeri itu.
SPR yang memperuntukkan RM200 juta bagi mengurus pilihan raya kali ini dengan menggerakkan 200,000 kakitangannya, memperkenalkan peti undi lut sinar bagi menggantikan peti besi hitam lama serta tidak mencetak nombor siri pengundi pada kertas undi.
Rancangan SPR bagi menggunakan dakwat untuk dicalit pada jari pengundi, bagaimanapun dibatalkan pada saat akhir atas sebab-sebab keselamatan awam dan masalah undang-undang.
Walaupun kempen pilihan raya kali ini secara relatifnya bebas daripada sebarang kejadian yang tidak diingini, polis tidak memandang mudah dan telah meningkatkan tahap keselamatan bagi memastikan pengundi keluar mengundi tanpa rasa bimbang.
Selain polis biasa, anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) juga ditugaskan, terutama di kawasan yang dianggap “panas”.

(Utusan Malaysia,8 Mac 2008)

Friday, March 7, 2008

Peringatan Buat Semua Pengundi PRU 12



Coretan Goblok:
Demi untuk masa depan anak-anak kita buatlah Pilihan yang Bijak.

Thursday, March 6, 2008

Ramalan Keputusan PRU 2008

Coretan Goblok:
-hmm terjumpa pula Ramalan PRU 2008 ni
..apa lagi..baca ler ;-)


CELOTEH ABANG MAT

Ramalan keputusan Pilihan Raya Umum 2008

6 Mac 2008

KETIKA Abang Mat mencoret tulisan ini, tinggal kira-kira 36 jam sahaja lagi sebelum 10.7 juta pengundi menentukan keputusan pilihan raya umum (PRU) 2008.

Maka Abang Mat telah berjumpa dengan Nujum Pak Belalang untuk meneropong keputusan PRU 2008.

Menurut Pak Belalang, janganlah percayai sangat teropongnya kerana sudah dipakai sejak pilihan raya pertama. Sekarang pilihan raya ke-12. Disebabkan sudah lama dipakai, maka lensa teropongnya agak kelabu sedikit.

Tidak mengapalah. Kelabu pun kelabulah, asalkan masih boleh meneropong. Tapi kena beri ruang untuk kesilapan sebanyak 20 peratus.

Beginilah ramalan Pak Belalang berdasarkan teropong kelabunya.

Masih ingatkah cakap Haji Hadi Awang, panglima angkatan Pas beberapa hari selepas pembubaran Parlimen pada 13 Februari lalu. Katanya, Pas akan terus berkuasa di Kelantan, menawan semula Terengganu dan menawan buat kali pertama negeri Kedah.

Kata Pak Belalang, jangan percaya sangat cakap Haji Hadi kerana dia bukan ahli makrifat. Nasibnya sendiri di Rhu Rendang (DUN) dan Marang (Parlimen) beliau tidak pasti.

Cakap Haji Hadi untuk berkuasa di tiga negeri itu hanyalah angan-angan peribadinya. Dan sekadar mahu memberikan semangat kepada orang-orang Pas supaya berkempen bermati-matian menentang BN.

Abang Mat agak tidak sabar mendengar mukadimah Pak Belalang, lalu meminta dia terus pergi kepada ramalan secara spesifik.

“Sabar..sabar,” kata Pak Belalang.” Teropong ini mengambil masa sedikit untuk nampak apa yang diteropong kerana kelabu.”

Abang Mat terpaksalah diam selama beberapa minit sebelum tersentak apabila Pak Belalang bertempik:” Sudah nampak!”

Kata Pak Belalang sambil telinga Abang Mat mendengar dengan penuh suspens:” Barisan Nasional akan terus berkuasa di Terengganu, Kedah dan negeri-negeri lain...tapi di Kelantan kurang jelas.”

“Isyyy...tak boleh nampak jelas,” sambung Pak Belalang sambil menggosok lensa teropong dengan kertas tisu.” Sekejap nampak biru...sekejap nampak hijau...susahlah.”

Selepas lebih dua jam menghabiskan masa di pondok Pak Belalang, Abang Mat beredar kerana jawapan bagi negeri Kelantan masih kelabu.

Maka terpaksalah Abang Mat mencari kaedah lain untuk mendapatkan jawapan bagi negeri Kelantan. Kaedah teropong Pak Belalang tidak jelas bagi Kelantan.

Mula-mula Abang Mat menggunakan kaedah analisis statistik dengan membelek keputusan PRU 2004. Dalam pilihan raya itu BN menang besar di semua negeri, kecuali di Kelantan yang mempunyai 45 kerusi DUN.

Pas memenangi 24 kerusi, BN memperoleh 21 kerusi. Perlawanan sengit berlaku di 21 kerusi di mana majoriti kemenangan tidak sampai 1,000 undi. Ertinya kali ini apa jua boleh berlaku di 21 kerusi itu – 11 dipegang Pas dan 10 BN.

Di antara 21 kerusi itu, lima dimenangi dengan majoriti bawah 100 undi. Pas menang di Gaal (majoriti 43 undi), Kota Lama (34), Temangan (80) dan Kemuning (2), manakala BN menang di Manek Urai dengan majoriti 53 undi.

Berdasarkan statistik 2004 ini, memang agak sukar untuk membuat andaian. Siapa yang menggunakan taktik kempen yang betul boleh mengubah kedudukan 2004. BN berjanji macam-macam projek akan dibawa ke Kelantan. Tapi dulu pun BN telah menjanjikan seribu macam projek pembangunan, tapi orang-orang Kelantan masih pangkah `bule.’

Suasana PRU 2008 sangat berbeza daripada suasana PRU 2004. Tentulah ia juga akan mempengaruhi pendirian pengundi.

Maka Abang Mat terpaksalah merisik maklumat daripada seorang rakan yang bekerja di sebuah agensi kerajaan yang tugasnya sekarang memantau pilihan raya di Kelantan.

“Susah cakaplah,” katanya.``Ini hari begini...esok berubah pula.”

Maka akhirnya Abang Mat terpaksalah membuat andaian dengan melambung duit 20 sen. Kalau tepak sireh menang BN, kalau angka 20 menang Pas.

Duit 20 sen pun dilambung...bergolek di atas lantai....terus bergolek sehingga terpaksa Abang Mat mengejarnya....terus bergolek jauh...ehh..ehh...bergolek ke bilik air dan terus masuk ke dalam saluran air dan hilang.

Abang Mat minta maaf kerana belum dapat memberikan jawapan yang kata orang putih “affirmative.” Terpaksa merisik lagi daripada sumber-sumber lain. Hasilnya jika dapat akan disiarkan esok. Sementara menunggu hasil pencarian seterusnya, pandai-pandailah serkap jarang kalau ditanya rakan-rakan. - malaysiaaktif.com

TAHUKAH ANDA?



Coretan Goblok
-ooo tidak.....paham-paham laaa

Masjid tak siap antara mimpi dan realiti


Goblok
-Hmm tak tau la apa nak jadi..ni..

Parti Keadilan Rakyat


coretan Goblok
Hmm kena tanya la orang-orang ini....

Selamat , Aman dan Makmur



Goblok.
-Hmm memang patut..setuju .fikir-fikirkan lah

Kisah Benar Anwar Ibrahim


Coretan Goblok
hmm cam tak mengenang jasa si Anwar tu.

Wednesday, March 5, 2008

SPR tolong BN atau pembangkang?

CELOTEH ABANG MAT

Batal dakwat hitam: SPR tolong BN atau pembangkang?


5 Mac 2008


KECOH…gamat dan bising bagaikan demokrasi sudah berakhir di Malaysia. Itulah reaksi parti-parti pembangkang dan jentera pilihan raya mereka, termasuk beratus blog dan laman berita yang bekerja keras menyebarkan propaganda anti-BN menjelang tarikh 8 Mac 2008.


Puncanya ialah SPR membatalkan cadangan penggunaan dakwat hitam untuk mengelakkan kemungkinan seseorang pengundi mengundi banyak kali.

SPR sebagai badan bebas telah mengumumkan langkah tersebut tidak lama sebelum hari pembubaran Parlimen pada 13 Februari lalu. Langkah tersebut dicadangkan atas desakan pembangkang, terutama Pas yang menuduh pilihan raya tidak bersih dan tidak adil.

Yang mengumumkan SPR akan menggunakan dakwat hitam dari India itu ialah pengerusinya, Abdul Rashid Abdul Rahman, orang yang paling dibenci oleh para penyokong pembangkang. Banyak penulis propembangkang mengeja nama Rashid sebagai Rashit.

(Nota: Shit adalah perkataan yang dipopularkan oleh bekas Ahli Parlimen Pas, Shahanon Ahmad melalui novelnya Shit yang ditujukan kepada Dr. Mahathir Mohamad)

Menurut Rashid, ada dua sebab penggunaan dakwat itu tidak dapat dilaksanakan. Pertama kerana polis telah menangkap empat orang di beberapa negeri di utara Semenanjung yang memliki dakwat hitam berkenaan.

Ertinya, sudah ada dakwat hitam dibawa masuk untuk digunakan bagi mensabotaj pilihan raya. Ia akan digunakan untuk mencalit jari mereka yang tidak mengetahui tentang tujuan dakwat itu digunakan. Apabila mereka datang ke pusat mengundi, dengan sendiri mereka akan dilarang daripada membuang undi kerana jari tangan mereka sudah bercalit dakwat hitam.

Kedua penggunaan dakwat hitam itu memerlukan peruntukan undang-undang yang belum lagi digubal.

Yang mengejutkan, pembatalan itu diumumkan empat hari sebelum hari pengundian. Jentera pembangkang telah memanfaatkan sepenuhnya isu ini dengan tuduhan bahawa SPR melakukan tindakan tersebut hanya untuk `menolong’ BN yang sedang menghadapi keadaan tenat.

Kononnya tanpa dakwat hitam sebagai mekanisme untuk mencegah undi berganda dan pengundi hantu, BN berpeluang untuk menipu bagi menyelamatkan kedudukan yang sangat terancam dalam pilihan raya 2008.

Jika benar SPR melakukan pembatalan guna dakwat itu untuk menolong BN, ia adalah satu langkah yang paling bodoh. Sokong membawa rebah. Ia memberikan peluang kepada pembangkang untuk menyerang SPR dan BN.

Malangnya yang terjejas teruk akibat serangan ini ialah BN. SPR hanyalah sebuah badan yang mengendalikan pilihan raya mengikut undang-undang yang ada. Orang boleh melemparkan apa jua kemarahan terhadap Rashid. Lihat maki-hamun dalam blog-blog propembangkang.

Contohnya komen-komen yang disiarkan dalam tranungkite.net , sebuah blog Pas.

KITA DITIPU LAGII????!!!!

Jahat sungguh mereka ini!!! Aku tidak halal satu sen pun duit aku digunakan oleh mereka ini!!! Tunggulah nasib kau diakhirat, Rashid, Musa dan Ghani!!!! Aku ingat kau dan akan sebut nama kau depan Allah Rabbul Jalil!!!

"Ya Allah! Berilah pentunjuk kepada orang-orang yang zalim ini!!!"

Pasti jalan utama disesakkan agar pengundi hantu sangkut. JOM BUAT PLAN REVOLUSI!!!! REVOLUSI !!!!REVOLUSI !!!!! hapus rejim abdulah badawi laknat ini

Celaka punye org tua..... Mari pakat doakan mintak org tua ni tak sempat ngundi 8hb ni...

Ana baru dapat reply sms dari ustaz ana... kata nya darah si rashid ni dah halal dah... so apa lagi 'geng 30', 3 line... takat tunjuk terror tarik kete jer wat per...

Reaksi dari kalangan penyokong PKR tidaklah seteruk penyokong Pas. Blog-blog PKR turut menyerang Rashid dan SPR, tapi tidaklah sampai `menghalalkan darahnya.’

DAP pula tidaklah sebising Pas dan PKR walaupun setiausaha agungnya Lim Guan Eng mendesak Rashid meletakkan jawatan. Barangkali isu ini tidak meninggalkan kesan yang mendalam di kalangan pengundi Cina, tidak seperti pengundi Melayu yang cepat melenting jika dijolok.

Kenapa Pas paling bising? Kerana Pas paling kuat melemparkan dakwaan terhadap SPR. Kerana Pas yang menghadapi serangan paling kuat daripada UMNO. Kerana Pas hilang paling banyak kerusi dalam pilihan raya 2004.

Setelah difikir banyak kali, ternyata pembatalan dakwat hitam lebih menguntungkan pembangkang kerana mereka mendapat peluru berpandu untuk menyerang BN.

Kesimpulannya boleh diberikan dalam bentuk pertanyaan: SPR tolong pembangkang atau BN? - malaysiaaktif.com


Coretan Goblok

hmm mungkin ya? atau mungkin Tidak?

Pembangkang PRU 12



Goblok
.ooo gitu kah? apa komen anda? setuju?

Kabinet Anwar 2008


Goblok.
.biar betul..atau sekadar propaganda .
Tapi.tapi tak bertanding dalam PRU 12 mana boleh jadi PM.
Hmm No Komen

Kempen BN lagi



Goblok
Hmm Fikir-fikirkan

Tuesday, March 4, 2008

Poster Nikmat BN



Coretan goblok
..mungkin ada kebenaran tapi fikir-fikirkan lah

Anwar kini..

Monday, March 3, 2008

Artikel tentang anwar

Coretan Goblok:
-saya dapat dari www.freelittlebrain.blogspot.com agak menarik tak tau.
fikir-fikirkan lah

IS ANWAR IBRAHIM POLITICAL CHAMELEON?

The newly circulated MCA leaflet portraying Anwar Ibrahim as a political chameleon that changes colours to suit its political surroundings, despite reinforced the image of a sinister character, untrustworthy and unprincipled.


The leaflet claimed Anwar Ibrahim was against lion and dragon dances when he was then culture, youth and sports minister in 1982; he decreed the teaching of Chinese and Indian studies in University Malaya be in Bahasa Malaysia in 1987 when he was education minister; and he placed non-Mandarin speaking administrators in government-run Chinese primary schools.

When responding, Anwar Ibrahim said: “The notion that I’m a political chameleon misses things by a mile.” “I suppose all is fair and foul in the midst of a high stakes election campaign,” commented Anwar. “But the notion of me as a Malay ultra is a base canard.”


He elaborated: “Nothing I did and said in the language and cultural spheres were not standard BN-UMNO policy and nowhere did I take my
championing of any issue to the extent that I waved a “keris” and called for bloodletting, stirring crowds to emotive outbursts.”

The real question remains:
Who is telling the truth?

www.freelittlebrain.blogspot.com

Sunday, March 2, 2008

BN Barang naik? antara realiti dan Mitos



Coretan Goblok

Biar apa yang orang kata tapi kita dapat lihat sendiri perkara-perkara ini berlaku. Orang tak kisah beli barang dengan harga yang tinggi kerana mereka semua mampu.
fikir-fikirkan ;-)

Antara gambar dan kata-kata


Coretan Goblok

Bukan saya nak komen tapi gambar mengatakan sesuatu,
fikir-fikirlah .

Saturday, March 1, 2008

ISU GAMBAR PAK LAH










Pak Lah melakukan kesilapan kecil, tapi penyebar gambar-gambar ini melakukan dosa besar


Maulana Arrif 1 Mac 2008

Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mencerca sebahagian yang lain. Sukakah kamu salah seorang daripada kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” 49:12

DUA gambar di atas menghiasi banyak laman blog. Semua orang kenal lelaki dalam gambar ini. Beliau adalah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang lebih popular dengan panggilan Pak Lah.

Wanita dalam gambar itu ialah Datuk Michelle Yeoh, pelakon dan penerbit filem terkenal kelahiran Perak. Semua orang juga kenal Michelle, kecuali jika seseorang tidak pernah membaca akhbar.
Pak Lah dan Michelle juga pasti saling mengenali. Tidak munasabah mereka tidak kenal sesama mereka. Seorang Perdana Menteri Malaysia dan seorang lagi anak Malaysia yang telah mengukir nama di persada perfileman antarabangsa.
Kedua-dua gambar pasti dirakamkan di majlis terbuka di mana ramai orang lain turut hadir. Ertinya, mereka bukan berdua-duaan. Apa yang dirakamkan pasti berlaku dalam masa beberapa saat sahaja.
Salah satu gambar mungkin ketika Pak Lah baru mengenali Michelle. Satu gambar lagi ketika Pak Lah sudah lama mengenali Michelle. Sambil lalu di majlis berkenaan yang dihadiri beratus-ratus orang di Kuala Terengganu, Pak Lah melihat Michelle. Lalu Pak Lah menegurnya sambil tangannya singgah beberapa saat di bahu Michelle tanda kemesraan antara seorang pemimpin yang umurnya jauh lebih tua dan seorang yang dikenalinya.

Setakat ini kita tidak pernah mendengar sebarang gosip skendal melibatkan Pak Lah dan Michelle, yang ketika gambar itu dirakam sudah bertunang dengan Jean Todt, bos pasukan Formula One Ferrari.

Ertinya, selepas gambar itu dirakam, tiada apa yang tidak baik berlaku.

Kenapa gambar-gambar ini banyak dijaja dalam dunia siber Malaysia? Tujuannya hanyalah untuk mengaibkan Pak Lah. Ia dilakukan oleh musuh-musuh politiknya, atau oleh penyokong-penyokong parti politik yang memusuhinya.

Disebarkan luas di dunia siber Malaysia pada musim pilihan raya 2008. Jelas ia digunakan untuk tujuan politik pihak pembangkang. Apa salahnya Pak Lah? Tidak dinafikan beliau telah melakukan kesilapan.

Beliau telah melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan fitnah. Mereka yang memfitnah mengambil kesempatan untuk mengesyorkan sesuatu yang boleh dipanjang-panjangkan lagi mengikut imaginasi sesiapa sahaja yang melihat gambar-gambar itu. Ia menyuburkan prasangka. Boleh jadi mereka yang melihat gambar ini akan menyangka bahawa Pak Lah adalah kaki perempuan atau seorang lelaki yang gatal.

Kebetulan pula Pak Lah telah menggagaskan Islam Hadhari. Maka berpestalah musuh-musuh politik Pak Lah dengan menyiarkan dua gambar itu bersama dengan gambar Pak Lah sedang menjadi imam solat.

Tidak mungkin Pak Lah mempunyai niat lain apabila bergambar dengan Michelle kecuali sekadar memenuhi permintaan. Biasalah, banyak orang hendak bergambar dengan PM apabila berpeluang. Inilah yang berlaku dalam gambar pertama.

Dalam gambar kedua, Pak Lah memegang bahu Michelle secara spontan. Tidak munasabah Pak Lah mahu `meraba’ di hadapan khalayak ramai.

Apa jua kupasan yang diberikan, Pak Lah tetap melakukan kesilapan. Dia tersilap kerana tidak mengambil berat kepada perkara-perkara sebegini yang boleh dijadikan modal untuk mengaibkannya. Pasti tidak ada niat buruk dalam diri Pak Lah ketika adegan-adegan di khalayak ramai ini dirakam.

Kesimpulannya, Pak Lah tidak boleh melakukan perkara-perkara seumpama ini kerana ia akan menjadi bahan fitnah besar. Pak Lah tersilap dan kesilapannya bukanlah besar sangat. Tetapi kesalahan yang dilakukan oleh mereka yang menyebarkan gambar-gambar ini adalah lebih besar. Mereka telah melakukan perbuatan yang memenuhi takrif ayat 12 Surah al-Hujurat yang maksudnya dipaparkan pada permulaan tulisan ini.

Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mencerca sebahagian yang lain. Sukakah kamu salah seorang daripada kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” Mereka yang menyebarkan gambar ini dengan tujuan jahat hendaklah bertaubat kerana Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.

Apa yang Pak Lah lakukan, jika ia berdosa, hanyalah satu dosa yang sangat kecil. Lainlah jika Pak Lah mempunyai niat lain. Tetapi apa yang penyebar gambar-gambar ini lakukan dengan tujuan untuk mencari kesalahannya dan mencerca (mengumpat), adalah satu kesalahan yang lebih besar. Mereka mengenepikan kepentingan akhirat untuk mencapai kepentingan dunia.

malaysiaaktif.com

Goblok:
Fikir-fikirkan lah