Wednesday, March 5, 2008

SPR tolong BN atau pembangkang?

CELOTEH ABANG MAT

Batal dakwat hitam: SPR tolong BN atau pembangkang?


5 Mac 2008


KECOH…gamat dan bising bagaikan demokrasi sudah berakhir di Malaysia. Itulah reaksi parti-parti pembangkang dan jentera pilihan raya mereka, termasuk beratus blog dan laman berita yang bekerja keras menyebarkan propaganda anti-BN menjelang tarikh 8 Mac 2008.


Puncanya ialah SPR membatalkan cadangan penggunaan dakwat hitam untuk mengelakkan kemungkinan seseorang pengundi mengundi banyak kali.

SPR sebagai badan bebas telah mengumumkan langkah tersebut tidak lama sebelum hari pembubaran Parlimen pada 13 Februari lalu. Langkah tersebut dicadangkan atas desakan pembangkang, terutama Pas yang menuduh pilihan raya tidak bersih dan tidak adil.

Yang mengumumkan SPR akan menggunakan dakwat hitam dari India itu ialah pengerusinya, Abdul Rashid Abdul Rahman, orang yang paling dibenci oleh para penyokong pembangkang. Banyak penulis propembangkang mengeja nama Rashid sebagai Rashit.

(Nota: Shit adalah perkataan yang dipopularkan oleh bekas Ahli Parlimen Pas, Shahanon Ahmad melalui novelnya Shit yang ditujukan kepada Dr. Mahathir Mohamad)

Menurut Rashid, ada dua sebab penggunaan dakwat itu tidak dapat dilaksanakan. Pertama kerana polis telah menangkap empat orang di beberapa negeri di utara Semenanjung yang memliki dakwat hitam berkenaan.

Ertinya, sudah ada dakwat hitam dibawa masuk untuk digunakan bagi mensabotaj pilihan raya. Ia akan digunakan untuk mencalit jari mereka yang tidak mengetahui tentang tujuan dakwat itu digunakan. Apabila mereka datang ke pusat mengundi, dengan sendiri mereka akan dilarang daripada membuang undi kerana jari tangan mereka sudah bercalit dakwat hitam.

Kedua penggunaan dakwat hitam itu memerlukan peruntukan undang-undang yang belum lagi digubal.

Yang mengejutkan, pembatalan itu diumumkan empat hari sebelum hari pengundian. Jentera pembangkang telah memanfaatkan sepenuhnya isu ini dengan tuduhan bahawa SPR melakukan tindakan tersebut hanya untuk `menolong’ BN yang sedang menghadapi keadaan tenat.

Kononnya tanpa dakwat hitam sebagai mekanisme untuk mencegah undi berganda dan pengundi hantu, BN berpeluang untuk menipu bagi menyelamatkan kedudukan yang sangat terancam dalam pilihan raya 2008.

Jika benar SPR melakukan pembatalan guna dakwat itu untuk menolong BN, ia adalah satu langkah yang paling bodoh. Sokong membawa rebah. Ia memberikan peluang kepada pembangkang untuk menyerang SPR dan BN.

Malangnya yang terjejas teruk akibat serangan ini ialah BN. SPR hanyalah sebuah badan yang mengendalikan pilihan raya mengikut undang-undang yang ada. Orang boleh melemparkan apa jua kemarahan terhadap Rashid. Lihat maki-hamun dalam blog-blog propembangkang.

Contohnya komen-komen yang disiarkan dalam tranungkite.net , sebuah blog Pas.

KITA DITIPU LAGII????!!!!

Jahat sungguh mereka ini!!! Aku tidak halal satu sen pun duit aku digunakan oleh mereka ini!!! Tunggulah nasib kau diakhirat, Rashid, Musa dan Ghani!!!! Aku ingat kau dan akan sebut nama kau depan Allah Rabbul Jalil!!!

"Ya Allah! Berilah pentunjuk kepada orang-orang yang zalim ini!!!"

Pasti jalan utama disesakkan agar pengundi hantu sangkut. JOM BUAT PLAN REVOLUSI!!!! REVOLUSI !!!!REVOLUSI !!!!! hapus rejim abdulah badawi laknat ini

Celaka punye org tua..... Mari pakat doakan mintak org tua ni tak sempat ngundi 8hb ni...

Ana baru dapat reply sms dari ustaz ana... kata nya darah si rashid ni dah halal dah... so apa lagi 'geng 30', 3 line... takat tunjuk terror tarik kete jer wat per...

Reaksi dari kalangan penyokong PKR tidaklah seteruk penyokong Pas. Blog-blog PKR turut menyerang Rashid dan SPR, tapi tidaklah sampai `menghalalkan darahnya.’

DAP pula tidaklah sebising Pas dan PKR walaupun setiausaha agungnya Lim Guan Eng mendesak Rashid meletakkan jawatan. Barangkali isu ini tidak meninggalkan kesan yang mendalam di kalangan pengundi Cina, tidak seperti pengundi Melayu yang cepat melenting jika dijolok.

Kenapa Pas paling bising? Kerana Pas paling kuat melemparkan dakwaan terhadap SPR. Kerana Pas yang menghadapi serangan paling kuat daripada UMNO. Kerana Pas hilang paling banyak kerusi dalam pilihan raya 2004.

Setelah difikir banyak kali, ternyata pembatalan dakwat hitam lebih menguntungkan pembangkang kerana mereka mendapat peluru berpandu untuk menyerang BN.

Kesimpulannya boleh diberikan dalam bentuk pertanyaan: SPR tolong pembangkang atau BN? - malaysiaaktif.com


Coretan Goblok

hmm mungkin ya? atau mungkin Tidak?

No comments: